Anda di halaman 1dari 3

AKIDAH

(PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN)

Maksud iman

 Dari segi bahasa ialah percaya

 Menurut ahli sunnah wal jamaah ialah membenarkan dihati, mengakui dengan lidah dan
beramal dengan anggota

Keperluan iman dalam kehidupan

 Membentuk insane muslim sejati

 Supaya istiqamah dalam ibadat

 Bertanggungjawab dan amanah

 Melakukan kebaikan

 Sabar dan redha menghadapi kesusahan

Perkara-perkara yang membatalkan iman

a) syirik ( syirik jail dan syirik khafi)

 Syirik bermaksud menyekutukan allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’alnya (perbuatan)

 Syirik jail bermaksud perlakuan syirik secara terang-terangan (contohnya: Menyembah berhala)
ia membatalkan iman atau akidah

 Syirik khafi bermaksud tidak meletakkan allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam
ibadat (contohnya: riak, ujub dan takbur) iman atau akidah tidak terbatal tetapi merosakkan
iman atau akidah.

b) Kufur (kufur hakikat dan kufur nikmat)

 kufur bermaksud tidak percaya kepada allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh
nabi Muhammad.

 Kufur hakikat bermaksud ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa
oleh Rasulullah. (contohnya: menolak hokum yang terdapat dalam al-Quran)

 Kufur nikmat bermaksud mengingkari allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan
makhluk ciptaannya. (contohnya: boros membelanjakan harta)
c) Riddah

 Maksudnya berpaling atau keluar daripada agama Islam.

 Seseorang itu boleh menjadi murtad melalui:

CARA HURAIAN

I’tikad Berniat hendak meninggalkan agama Islam

Perkataan Mengistiharkan dirinya keluar daripada agama Islam

Perbuatan Menganut agama selain daripada agama Islam

Kesan daripada perbuatan riddah

 Hubungan suami isteri terfasakh

 Haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam

 Hartanya haram dipusakai oleh ahli waris beragama Islam

 Haram dikebumikan diperkuburan Islam

 Menjadi penghuni neraka selama-lamanya.

Cara menangani orang murtad

 Memberi nasihat supaya dia bertaubat

 Membari perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf

 Menguatkuasakan hukuman Islam iaiti dibunuh

Hikmah hukuman bunuh terhadap orang murtad

 Membari amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermainkan

 Mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama Islam

 Menghindarkan masyarakat Islam daripada berpecah belah dan huru-hara

 Menghalang perbuatan yang merendah dan memburukkan agama Islam

d) Khurafat

 Ia bermaksud kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan
agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam
Contoh khurafat yang masih diamalkan dalam masyarakat

 mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang

 mempercayaai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial

 Membuang ancak bagi menghalau hantu

 Mengunjungi kubur yang dianggap keramat untuk meminta sesuatu hajat.

Kesan mempercayai dan mengamalkan khurafat

 menyebabkan syirik dan batal imannya

 membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara yang sia-sia

 menyekat akal berfikir secara logic dan sistematik

 masyarakat akan menjadi mundur kerana dipengaruhi oleh khayalan.

e) Sihir

 Ia bermaksud ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib
iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudarat atau mengelirukan manusia.

Cara mengelakkan daripada terkena sihir

 Beriman sepenuhnya kepada kekuasaan allah

 Sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada terkena sihir

 Sentiasa membaca al-Quran

 Beribadah dengan ikhlas

f) Nifak (Munafik)

 Ia bermaksud berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada allah.

 Orang yang melakukan sifat ini digelar munafik.

Akibat buruk munafik

 Menghilangkan sikap percaya mempercayai

 Melemahkan perpaduan masyarakat

 Menghancurkan kekuatan umat Islam

 Tidak mendapat ketenangan hidup di dunia dan di akhirat