Anda di halaman 1dari 1

MODEL REFLEKSI

Terdapat beberapa model refleksi yang dibincangkan dalam kajian lepas iaitu Gibbs’ reflective cycle,
Kolb’s Learning Cycle, Atkin dan Murphy’s Reflective Practice, John’s Nuances of Reflection, Barksby’s
Reflection for Clinical Practice dan sebagainya. Kesemua model tersebut melibatkan langkah-langkah
yang berbeza dalam proses refleksi, namun mempunyai tujuan yang sama iaitu mempelajari daripada
pengalaman lepas dan membuat perancangan untuk tindakan seterusnya. Penerangan setiap model
tersebut adalah seperti berikut

Model 1 : Gibbs’ Reflective Cycle

Model ini diperkenalkan pada tahun 1988 oleh Graham Gibbs untuk membantu individu mempelajari
daripada situasi yang telah dialami, terutamanya situasi yang tidak baik. Proses refleksi ini melibatkan
lima tahap iaitu :

1. Menerangkan
2. Perasaan
3. Penilaian
4. Rumusan
5. Tindakan

Berdasarkan rajah di atas, tahap pertama memerlukan individu menerangkan situasi yang telah
berlaku secara terperinci dengan bertanya beberapa soalan yang melibatkan bila, di mana, kenapa,
siapa dan apa yang berlaku. Pada tahap kedua, di untuk menyatakan perasaan dan pemikiran yang
dialami semasa situasi tersebut. Kemudian, pada tahap ketiga, individu perlu menilai secara objektif
untuk mengenalpasti aspek yang berjalan lancar dan aspek yang memerlukan penambahbaikan. Pada
tahap keempat pula, individu perlu membuat rumusan daripada penilaian tersebut kemudian diikuti
dengan tahap kelima iaitu mengambil tindakan yang sesuai agar individu dapat berhadapan situasi
yang lebih kurang sama pada masa akan datang