Anda di halaman 1dari 4

SMUA TARBIAH ISLAMIAH (SABK)

KG.LEPAH, SELISING
PASIR PUTEH, KELANTAN.

PROGRAM :
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PENJARA PENGKALAN
CHEPA

ANJURAN :
PERSATUAN AGAMA ISLAM
DENGAN KERJASAMA :
BADAN DAKWAH
DAN KEPIMPINAN PELAJAR

TARIKH :
12 JUN 2014

TEMPAT :
PENJARA PENGKALAN CHEPA , KOTA BHARU
PENDAHULUAN

Lawatan sambil belajar adalah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Persatuan Agama Islam
dengan kerja sama Badan Dakwah dan Kepimpinan sekolah . Program ini telah disertai oleh para pelajar
yang menjadi ahli persatuan tersebut . Aktiviti ini adalah aktiviti tahunan Persatuan Agama Islam .Aktiviti
ini dilaksanakan bagi melatih para pelajar berdisiplin dan menimba ilmu pengetahuan dengan
melakukan penerokaan kendiri . Ianya merupakan pembelajaran tidak langsung di luar bilik darjah .
Persatuan Agama Islam memilih penjara Pengkalan Chepa sebagai destinasi lawatan sambil belajar .
Antara lain tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada pelajar meneliti tentang kepentingan
moral dalam hidup seseorang individu . Pembentukan sahsiah yang unggul adalah merupakan satu
disiplin dalam kehidupan pelajar .

MATLAMAT UMUM

1). Memberi peluang kepada pelajar meminba ilmu secara tidak formal.
2). Membina keseimbangan intelek , jasmani , emosi dan rohani semasa lawatan .
3). Membentuk jati diri dalam diri pelajar .
4). Memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar membentuk kepimpinan melalui aktiviti yang
dirancang.

OBJEKTIF
Lawatan yang dirancang mempunyai objektif yang tersendiri . Antara objektif yang hendak dicapai
sepertimana berikut :
1). Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aktiviti yang dijalankan oleh warga penjara
sepanjang mereka berada dalam tahanan .
2). Memberi kesedaran kepada tentang pentingnya keperibadian mulia dalam diri setiap individu.
3). Memberi peluang kepada untuk memusabah diri sendiri untuk menjadi insan yang berguna dan
boleh memberi sumbangan dan bakti kepada ibu bapa , agama , bangsa dan Negara.
4). Membina dan mendidik akhlak pelajar melalui aktiviti selaras dengan tuntutan agama .
5). Mewujudkan keinsafan dalam diri pelajar untuk berakhlak dengan akhlak yang mulia lagi terpuji .

TEMA
“ Keperibadian unggul teras kepimpinan masa depan”

PERLAKSANAAN
Tarikh : 12 JUN 2014 .
Hari : Khamis
Tempat : Penjara Pengkalan Chepa , Kota Bharu , Kelantan .

PENGANJUR
Persatuan Agama Islam SMUA Tarbiah Islamiah Lepah,Selising dengan kerjasama Badan Dakwah dan
Kepimpinan Sekolah .

PENYERTAAN
Seramai 40 orang pelajar yang menyertai lawatan ini dengan kebenaran ibu bapa / penjaga . Pelajarnya
terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan tingkatan satu hingga tingkatan lima .
TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi : Berkumpul di dataran sekolah

8.00 pagi : Taklimat kepada para peserta

8.30 pagi : Bersedia untuk bertolak ke penjara Pengkalan Chepa

10.00 pagi : Tiba di penjara


Diberi taklimat ringkas oleh pegawai yang bertugas

10.30 pagi : Menonton tayangan vedio perit jerih kehidupan seorang


Warga penjara
11.00 pagi : Rehat

11.20 pagi : Melawat sekitar penjara

1.00 tengahari : Makan tengahari dan solat zohor di masjid Pengkalan


Chepa
2.00 petang : Slot Motivasi oleh warga penjara
3.30 petang : Penyampaian cenderahati.

3.45 petang : Bertolak balik ke sekolah.

5.30 petang : Tiba di perkarangan sekolah

SUMER KEWANGAN

1.Peruntukan Unit Kokurikulum = RM 1424.84


2. Kutipan yuran daripada pelajar = RM5.00 X 40 = RM200

BUTIRAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA


1 Bayaran Pengankutan (bas) 1 bas RM650.00
2 Makanan pelajar RM15 x 40 RM600.00
3 Rencam RM150 RM150.00
4 Cenderamata untuk pegawai RM100 X 2 RM200.00
penjara
Jumlah keseluruhan RM1600.00
AJK PELAKSANA

Pengerusi : Tn Hj. Mat Yusoh bin Mat Noh ( Pengetua )


Naib Pengerusi : En Mohd Shuhaidin bin Ismail
Guru Penasihat : Pn Siti Sarwana bt Zakaria
Setiausaha : Pn . Juariah bt Harun
Bendahari : Pn . Naemah bt Zakaria

AJK
1) Makanan : Pn Siti Rahmah bt Muhammad
2) Keselamatan : En Mohd Zin bin Mohamed
3) Fotografi : Cik Norazyda bt Abd Aziz
4) Disiplin : Pn Fakiah bt Mustapha
Pn Noraini bt Abd Rahman
Pn Wan Norizan bt Wan Ismail
Pn Wan Najwa bt Wan Muhammad
Pn Nik Roshamizam bt Wan Mahmmod

Penutup.

Semoga lawatan yang akan diadakan nanti dapat membuka minda pelajar dan dapat
menimba ilmu pengetahuan bak kata pepatah “Jauh berjalan luas pemandangan ”.
Disamping memberi peluang kepada pelajar melihat lebih dekat corak dan suasana hidup
insan yang kurang bernasib baik . Selain itu , segala ilmu yang diperolehi dan dipelajari
menerusi aktiviti lawatan ini dapat dimanfaatkan dan dipraktikkan dalam kehidupan
seharian demi melahirkan modal insan yang cemerlang , gemilang dan terbilang .
Pembentukkan sahsiah sangat dalam kehidupan seorang individu lebih – lebih lagi
kehidupan seorang pelajar muslim . Keperibadian mereka menjadi tunggak kepada
kepimpinan pada masa akan datang . Kami sebagai pihak yang menganjurkan lawatan ini
mengucapkan berbanyak –banyak terima kasih atas kerjasama yang diberikan pihak-
pihak yang terlibat bagi menjayakan program ini .

Disediakan oleh,

___________________________
(SITI SARWANA BT ZAKARIA)
GURU PENASIHAT PERSATUAN AGAMA ISLAM/B.ARAB 2014
SMUA TARBIAH ISLAMIAH ,KG LEPAH

Anda mungkin juga menyukai