Anda di halaman 1dari 3

DIALOG : KEBAIKAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Jia Wen: Eh, Yu Nong! Buat apa kamu di sini? Belum pulang, kah?

Yu Nong: Hai, Jia Wen, Jasmine dan Jessie. Belum, saya tidak akan pulang ke rumah
selagi saya tidak menyelesaikan karangan saya ini.

Jasmine: Maksud kamu, karangan ‘Kebaikan Aktiviti Kokurikulum’ yang diberi oleh
Cikgu Sherrie?

Yu Nong: Ya. Saya langsung tidak ada sebarang idea untuk menulis karangan ini. Aduh,
penat!

Jessie: Jangan bimbang, biar kamilah membantu kamu untuk menghabiskan karangan
ini. Jika tak, saya takut kamu tak dapat balik rumah hari ini.

*Keempat-empat kawan itu ketawa*

Jia Wen: Tahukah kamu apakah itu aktivti kokurikulum dan berapakah jenis aktiviti ini
dibahagikan?

Yu Nong: Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis
kegiatan kokurikulum di sekolah. Contohnya, aktiviti badan beruniform, kelab dan
persatuan serta sukan dan permainan. Namun, apakah kebaikan kokurikulum?

Jasmine: Antaranya kebaikan kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang.
Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk bergaul dengan budak-
budak nakal atau kacang hantu.Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita
daripada terjebak dengan gejala sosial. Misalnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita
akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang
dengan berfaedah.
Jessie: Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin.
Ada pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli
jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita
akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh
belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan
menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.

Jia Wen: Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat
membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang
tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Contohnya, kita akan dilatih menepati masa,
berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan,
bersukan dan sebagainya.

Yu Nong: Seterusnya, aktiviti ini dapat meningkatkan ketahanan mental dan fizikal.
Marcapada ini, para pelajar akan didedahkan kepada pelbagai aktiviti yang menguji
ketahanan lasak diri mereka. Antara aktiviti yang kerap dilaksanakan untuk membina
peribadi individu termasuklah kursus kepimpinan, latihan kecergasan dan latihan
membina jati diri. Aktiviti sebegini kerap diaplikasikan supaya para pelajar arif tentang
kepentingan menjaga keadaan tubuh badan dan juga minda.

Jasmine: Pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti
kokurikulum ini.

Jessie: Kokurikulum menyediakan satu ‘medan’ yang sesuai kepada pelajar untuk
memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan.

Jia Wen: Situasi ini memberikan mereka satu keyakinan terhadap kemampuan mereka
dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mula menyedari bakat yang ada dan berupaya
untuk mengembangkannya serta mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih cemerlang
lagi seperti memimpin pertubuhan belia, syarikat dan mungkin juga negara.
Jasmine: Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap
persatuan dan kelab pasti ada banyak ahlinya.

Jessie: Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-
lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul.

Jia Wen: Dengan ini, kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta
bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Hal ini akan mengeratkan hubungan
sesama kita.

Yu Nong: Wah, banyak juga faedah kita menyertai kegiatan kokurikulum. Namun, saya
berpendapat bahawa pihak sekolah juga hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik
untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan
anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Dengan ini, barulah kita
menghasilkan pelajar yang cemerlang.

Jasmine&Jessie&Jia Wen: Ya! Kami bersetuju dengan kata kamu!

Yu Nong: Terima kasih atas bantuan kalian! Tanpa bantuan kamu semua, tak mungkin
saya dapat menghabiskan karangan ini dalam tempoh masa yang singkat!

Jasmine&Jessie&Jia Wen: Sama-sama.

Anda mungkin juga menyukai