Anda di halaman 1dari 2

Masalah Pembuangan Bayi dalam Kalangan Remaja

NAMA:Tan Shieh Er
KELAS: 4 Kejora
Kad pengenalan:030325010934

Yang dihormati guru-guru dan rakan-rakan yang saya hormati


sekalian.Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan.Pada pagi yang
mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk “Masalah
Pembuangan Bayi dalam Kalangan Remaja”.

Hadirin yang saya hormati,

Pada masa kini , pelbagai laporan tentang pembuangan bayi di merata-


rata tempat seperti di dalam tandas, di tepi longkang dan sebagainya.
Golongan yang tidak bertanggungjawab ini membuang bayi secara membuta
tuli sahaja tanpa nilai kemanusiaan.Selain itu,pembuangan bayi yang semakin
banyak telah dilaporkan di surat khabar atau media massa.Secara realitinya,
perbuatan membunuh anak mengatasi nilai hidup kebinatangan.

Faktor utama berlakunya permasalahan ini ialah pengaruh rakan sebaya.


Hal ini kerana remaja mudah dipengaruhi rakan sebayanya. Hal ini
bertambah teruk jika remaja sentiasa bergaul dengan rakan yang negatif dan
tidak bermoral. Rakan negatif mengajak remaja untuk melakukan perkara di
luar batasan agama seperti pergi tempat hiburan, menghisap dadah, melepak,
melakukan pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan dan sebagainya.
Remaja yang bergaul dengan rakan yang negatif tersebut akan melakukan
hubungan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila
mendapati bahawa dirinya telah mengandung. Dalam keadaan yang terdesak,
mereka terpaksa membuang bayi demi mengelakkan maruah diri dan
keluarga tercemar.

Selain itu, sikap manusia yang suka mengkritik dan menghukum turut
juga akan menyebabkan masalah pembuangan bayi berlaku. Hal ini
disebabkan kerana semasa seseorang remaja perempuan melahirkan anak luar
nikah, maka pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang serong
pada dirinya. Dengan secara tidak langsung, remaja perempuan pastinya
dianggap menjatuhkan maruah diri dan keluarganya. Dengan itu, remaja
perempuan berasa tertekan dengan bebanan yang ditanggung oleh seorang
diri kerana belum kahwin sudah mengandung dengan lelaki yang lain.Demi
menjaga imej keluarga dan sendiri, remaja tersebut mengambil jalan mudah
dengan membuang bayinya supaya tidak dipandang jijik dan hina oleh
masyarakat.Tuntasnya,perempuan mesti berfikiran dengan rasional dan
berfikir dengan sebaik-baik sebelum berlaku hubungan seks jika belum
berkahwin dengan lelaki itu.

Dari perspektif yang lain,kurang didikan agama yang merupakan panduan


dan pedoman hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam
kehidupan dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas antara lelaki
dengan perempuan dan pastinya menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini
akan menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum ada ikatan yang
sah. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama tidak teragak-
agak untuk membuang dan meninggalkan anak yang selepas dilahirkan.
Demikian juga, terdapat yang lebih teruk iaitu ada segelintir remaja
membunuh dan membakar bayi yang dilahirkan yang semata-mata mahu
menghilangkan bukti hasil hubungan sulit mereka. Kesimpulannya,anak-anak
yang dilahirkan oleh remaja yang tersebut adalah tidak bersalah dan ibu bapa
mereka haruslah memberi kasih sayang yang sepatutnya bukan membuat
perkara-perkara yang keterlaluan kepada mereka.

Faktor yang terakhir adalah sikap remaja yang ingin tahu. Hal ini dikatakan
kerana,remaja kini gemar mencuba sesuatu yang baru supaya mereka berasa
sesuatu yang baru mempunyai n cabaran.Setiap perkara yang dilarang, itulah
yang ingin yang diterokai oleh mereka. Remaja berfikiran bahawa mereka
menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh
orang lain iaitu seks rambang.Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu ini
sebenarnya tidak mengetahui baik atau buruk serta akibat yang bakal diterima
mereka. Sebagai contoh,remaja yang matang mestilah berfikiran rasional dan
bijak dalam menilai sesuatu perkara supaya tidak menyesal kemudian hari.
Bak kata pepatah: “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai