Gejala buli boleh didefenisikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan seperti
memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang
dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan
bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan
menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan
membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan,
masyarakat dan lain-lain lagi. Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin
meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah
dan institut pengajian tinggi awam semakin . “Banyak fektor mendorong kepada
berlakunya gejala buli ini bah kata pepatah melayu Jika tidak kerana angin masakan
pokok bergoyang”.
Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah
dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu
berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan
kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat
mungkin demi kesejahteraan sekolah.Manakala, pihak sekolah yang telah menerima
laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan
bersungguh- sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka
hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin
bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang
disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan
masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya.
Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut
agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar
kepada pelajar yang lain. Disiplin dan perturan sekolah juga perlu diketatkan dan
ditekankan kepada para pelajar supaya para pelajar mengikuti etika peraturan
sekolah dan tidak membuat kesalahn seperti penglibatan dalam gejala sosial seperti
membuli.
Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin
melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal
sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020
juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana
para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini
pada masa depan. Bak kata peribhasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa
dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi
liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih,
kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan
mengangkat martabat bangsa di persada dunia.
Isi 1 - mereka perlu memasang mata dan telinga terhadap gelagat anak-anak muda kita - perlu
lebih proaktif dan prihatin akan hal-hal yang berlaku di sekeliling mereka - sebagai contoh,
anak muda kita pada awalnya akan menghisap rokok, kemudian akan terlibat dalam gejala
menagih dadah - jika terlihat remaja berkumpul dengan rakan sebaya dalam keadaan
mencurigakan, segera laporkan kepada pihak polis ataupun paling tidak kepada ibu bapa
mereka.- menjadi masyarakat prihatin, proaktif dan penyayang
Isi 3 - orang dewasa dalam kelompok masyarakat perlu menjadi model untuk dicontohi oleh
anak-anak muda - andainya orang dewasa mahu melakukan perbuatan yang tidak senonoh,
janganlah di depan anak-anak muda, kelak dituduh seperti ketam menyuruh anaknya berjalan
betul - sebagai contoh, orang dewasa tidak boleh menegur anak muda yang menghisap rokok
sekiranya diri sendiri menghisap rokok.
Isi 4 - menegur atau membantu remaja yang sedang menghadapi cabaran dalam kehidupan
mereka - berani untuk menegur kelakuan sumbang remaja - menjalankan tanggung jawab
mereka untuk memberikan nasihat kepada remaja kita supaya remaja tidak tersesat jalan –
tidak terbabit dalam pelbagai fenomena sosial yang menjejaskan imej rakyat negara ini juga
- sama-sama membantu remaja dengan memberi teguran dan sokongan kepada remaja dalam
menyelesaikan pelbagai cabaran kehidupan yang melanda jiwa muda mereka itu.