Anda di halaman 1dari 9

Laporan Hasil Temubual

1.0 Pengenalan

Pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran telah mengadakan kursus
Budaya dalam Pembelajaran (EDUP3073) sebagai kursus wajib kepada pelajar 4
PISMP Ambilan Jun 2014. Dengan itu, temubual terhadap dua orang murid tahap dua
yang berlain sosiobudaya telah dijalankan di Sk Pamilaan Tenom pada 19 March 2018
sebagai pengisian tugasan ini.

2.0 Objektif

Temubual ini dijalankan dengan tujuan memenuhi beberapa objektif seperti berikut:

1. Mengenalpasti latar belakang sosio-budaya murid-murid

2. Mengenalpasti kesan dan implikasi kepelbagaian Sosiobudaya di Malaysia

3.0 Biodata Responden

Data Responden 1 Responden 2


Nama Lawrence Pius Muhd. Akhmal b. Azlan
Umur 11 Tahun 10 Tahun
Bangsa Murut Melayu
Jantina Lelaki Lelaki
Agama Kristian Islam

4.0 Transkrip Temubual

RESPONDEN 1 & 2

Pelapor(Saya sendiri) : Selamat pagi. Kamu berdua sihat?

Responden 1 & 2 : Sihat cikgu.

Pelapor : Syukur. Kamu suka datang ke sekolah?

1 | EDUP 3073 Budaya dan Pembelajaran


Responden 1 & 2 : Suka. Boleh jumpa kawan dan cikgu.

Pelapor : Apa cita-cita kamu?

Responden 1 : Petani

Responden 2 : Doktor

Pelapor : Apa hobi kamu pada masa lapang?

Responden 1 : Memancing dan memburu

Respenden 2 : Bermain bola

Pelapor : Lepas balik dari sekolah kamu buat apa?

Responden 1 : Masuk kebun tolong ibu bapa

Responden 2 : Bermain video games dan tidur

Pelapor : Kamu makan apa setiap hari?

Responden1 : Paku pakis masak ikan sardin dalam tin


ataupun ikan sungai

Responden 2 : Nasi ayam goreng

Pelapor : Baiklah. Sampai sini sahaja sesi temubual


kita. Terima kasih

Responden 1 & 2 : Sama-sama cikgu.

2 | EDUP 3073 Budaya dan Pembelajaran


5.0 Hasil dapatan Temubual

i) Aspek budaya

Saya mendapati ciri-ciri responden pertama adalah pemalu, rendah diri, suka
membantu guru dan mudah lupa mengenai apa yang diajar. Lawrence adalah
penganut agama kristian yang mengamalkan nilai murni dengan baik. Saya juga
mendapati bahawa Lawrence sering ponteng ke sekolah kerana membantu ibu
bapanya di kebun serta kurang minat ke sekolah kerana menghadapi kesukaran
memahami dan mengingati isi pelajaran.

Melalui hasil temubual dengan murid, saya mendapati bahawa Lawrence


hanya berminat untuk datang ke sekolah kerana ingin bertemu rakan-rakan serta guru-
guru. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang petani seperti ayahnya. Saya juga
mendapati bahawa aktiviti harian Lawrence selepas waktu sekolah adalah membantu
ibu bapanya dikebun untuk mencari makanan serta menjaga adik-adiknya yang lain.
Manakala makanan harian mereka ialah paku pakis yang dimasak dengan lauk lain
seperti haiwan buruan dan juga ikan sardin dalam tin. Hobi murid ini juga adalah
memburu. Lawrence dibesarkan sesuai dengan cara hidup kaum murut yang gemar
memburu serta melakukan kerja hutan. Lawrence berasal dari struktur sosial ekonomi
yang rendah. Oleh itu, menurut Lawrence dia bertekad untuk menjadi seorang petani
bagi membantu menampung kehidupan keluarganya. Dari aspek bahasa, saya
mendapati Lawrence boleh bertutur dalam bahasa Melayu tetapi dialek ataupun logat
yang digunakannya turut dipengaruh oleh bahasa kaum Murut berbeza dengan
responden kedua yang berbangsa Melayu.

Manakala bagi murid yang bernama Muhd. Akhmal b. Azlan, terdapat banyak
perbezaan dari aspek budaya serta cara hidup yang ditunjukkan melalui pertuturan
dan perlakuan kedua-dua murid ini. Responden ini merupakan anak kepada salah
seorang guru di sekolah tersebut. Ibu bapanya berbangsa Melayu yang berasal dari
Semenanjung dan telah berkhidmat di Sabah selama hampir 12 tahun. Responden
sangat peta berbahasa Melayu dan merupakan penganut agama Islam. Dari aspek
struktur ekonomi sosial pula, responden berasal dari keluarga yang sederhana, kedua
ibu bapanya bekerja sebagai seorang guru. Dengan itu, responden bercita-cita tinggi
untuk menjadi seorang doktor. Menurut Puan Izza yang merupakan seorang guru di
sekolah Sk Pamilaan Tenom, Muhd. Akhmal b. Azlan merupakan seorang murid yang
baik dari segi pencapaian akademiknya. Responden turut menjadi contoh kepada

3 | EDUP 3073 Budaya dan Pembelajaran


murid-murid yang lain disebabkan sikapnya yang rajin, berani, berkeyakinan serta
mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.

Selepas menemubual kedua-dua responden ini, saya mendapati aspek budaya


sememangnya sangat mempengaruhi pemikiran dan cara hidup seseorang. Budaya
yang dimaksudkan bukan sahaja melihat kepada elemen bahasa, bangsa mahupun
adat resam yang diamalkan tetapi juga cara hidup yang telah menjadi kebiasaan suatu
bangsa yang berupaya melahirkan satu bentuk pemikiran baru Syed, I. M.(2012).
Misalnya disebabkan pengaruh daripada aspek budaya yang wujud di persekitaran,
Lawrence lebih gemar melakukan kerja-kerja kebun berbanding ke sekolah.
Sementara, bagi responden ke-2 aspek budaya yang wujud dalam kehidupannya telah
membentuk satu personaliti yang berbeza dengan responden pertama. Responden
merupakan seorang murid yang menjadi contoh kepada murid-murid lain. Selepas
menemubual responden kedua, saya mendapati keluarganya sangat menitikberatkan
aspek pendidikan. Chew, F. P (2008) turut menyatakan bahawa aspek budaya yang
wujud pada persekitaran seseorang individu berupaya mempengaruhi cara hidup dan
pemikirannya mengenai sesuatu perkara.

Dalam teori Ekologi Bronfenbrenner turut menjelaskan perkembangan kanak-


kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut.
Menurut beliau, perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap
kanak-kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran. Persekitaran
banyak mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan intelek dan rohani seorang
pelajar. Persekitaran yang positif akan membantu kanak-kanak mencapai
kecemerlangan dalam akademik manakala persekitaran yang negatif akan
membantutkan segala usaha pelajar tersebut. Persekitaran yang diwarisi oleh seorang
pelajar akan membentuk tingkahlaku yang akan mencorakkan perkembangan
akademik dan sahsiah. Oleh yang demikian, persekitaran boleh mempengaruhi
perkembangan dan pembelajaran murid secara mutlak. Oleh itu, seseorang guru
seharusnya membuat pertimbangan dalam menentukan objektif pengajaran kerana
terdapat perbezaan individu dari segi jantina, fizikal, kesihatan, sosial, bahasa dan
bangsa di dalam bilik darjah.

4 | EDUP 3073 Budaya dan Pembelajaran


ii) Kesan dan Implikasi kepelbagaian Sosiobudaya

Selepas menemubual kedua responden saya mendapati faktor kelas sosial


sememangnya mempengaruhi pencapaian akademik murid. Selain itu, kemudahan
mendapat rawatan dan sumber makanan berkhasiat menjadi faktor kepada
pencapaian murid Zaid, A. (2012). Murid yang berkekurangan mungkin akan
menghadapi masalah pembelajaran kerana kemungkinan besar ibu bapa tidak dapat
menyediakan kemudahan dan keperluan pembelajaran anak-anak mereka. Namun,
hal ini tidak berlaku sekiranya ibu bapa dan para guru sedar akan peluang pendidikan
yang harus diberi keutamaan kepada semua.

Hasil daripada temubual juga saya mendapati kesan dan implikasi sosiobudaya
turut melihat kepada peranan guru dalam memberikan peluang pendidikan yang sama
kepada semua murid tanpa dipengaruhi oleh aspek budaya yang wujud dalam
kehidupan murid. Semasa mengajar, guru hendaklah memahami perbezaan kelas
sosial murid. Murid yang datangnya dari kelas sosial yang rendah tidak harus
diabaikan. Manakala, bagi mereka yang datang dari kelas sosial atasan dan
berkedudukan juga harus dilayan sama rata dengan murid yang lain.

Selain itu, guru juga perlu sentiasa membantu murid untuk memahami diri
sendiri dalam membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai. Murid dibimbing
untuk memahami kekuatan pada diri sendiri yang boleh digunakan untuk membantu
murid lain. Dalam pada itu guru seharusnya membantu murid membina konsep kendiri
yang positif serta memberi tunjuk ajar bagi meningkatkan prestasi murid samada dari
aspek akademik mahupun aspek lain. Sehubungan itu, guru perlu sentiasa memikirkan
kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan dengan mengetahui dan memahami
bidang kerjayanya dan bijak dalam mengendalikan anak muridnya Noriati, R. (2011).

5.0 Rumusan

Kepelbagaian sosiobudaya yang wujud menjadikan peranan dan tangungjawab ibu


bapa, guru dan sekolah semakin mencabar. Kepelbagaian sosiobudaya hendaklah
dilihat sebagai satu aset kepada Negara dalam mendepani era globalisasi serta
menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik berbanding dengan negara lain.

5 | EDUP 3073 Budaya dan Pembelajaran


Rujukan

Bronfenbrenner,U.(1994). Ecological models of human development. International


Encyclopedia of Education, Vol.3, 2ndEd. Oxford: Elsevier
Chew, F. P (2008). Budaya dan Masyarakat Berbilang Kaum Di Malaysia. Kuala
Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara.
Noriati, R. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Syed, I. M.(2012). Budaya dan Pembelajaran. Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd
Urie Bronfenbrenner. Diperolehi daripada laman web New World
Encyclopedia:http://www.newworldencyclopedia.org/entry/Urie_Bronfenbrennr
pada 01 Mac 2018
Zaid, A. (2012). Hubungan Etnik di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

6 | EDUP 3073 Budaya dan Pembelajaran


LAMPIRAN

7 | EDUP 3073 Budaya dan Pembelajaran


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT
TUARAN, SABAH

PROFIL MURID YANG DITEMUBUAL

Nama Sekolah :__________________________

Nama Responden :__________________________

Umur :__________________________

Kelas :__________________________

Kaum :__________________________

Jantina :__________________________

Agama :__________________________

Alamat Rumah :__________________________

8 | EDUP 3073 Budaya dan Pembelajaran


Gambar 1: Muhd. Akhmal b. Azlan
(Responden kedua)

Gambar 2: Lawrence Pius


(Responden pertama yang enggan gambarnya diambil)

9 | EDUP 3073 Budaya dan Pembelajaran