Anda di halaman 1dari 12

7.45 PAGI Perhatian!

UCAPAN ALU- Minta kerjasama semua murid untuk memberi laluan. Majlis sambutan Hari Guru
ALUAN akan berlangsung sebentar lagi. Terima kasih.
PENGERUSI
MAJLIS Rakan-rakan sekalian,
Marilah sama-sama kita memberikan tepukan gemuruh kepada semua guru SK
(AZREL) Sri Layang.

Istana kota sebelas tingkat,


Tempat baharu nakhoda pekan;
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.

Jalan ke darat berpilin-pilin,


Cuaca redup menawan duka;
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

(ADLEEN) Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera, , Salam SK Sri
Layang Excellent.

Yang Berusaha Puan Naziah bt Ahmad,


Guru Besar SK Sri Layang,

Yang Berusaha En. Ismail b Che Mat


Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Yang Berusaha Puan Zaimah bt Anuar
Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Berusaha Puan Rosyati bt Ismail,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Berusaha Encik Muhammad Amri b Hj Osman,


Penolong Kanan Ko-kurikulum,

Barisan warga pendidik, kakitangan Sri Layang, AJK PIBG dan rakan-rakan
yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya pada pagi ini kita dapat
berkumpul bersama-sama bagi meraikan insan yang amat kita sanjungi dalam
majlis sambutan perayaan hari guru peringkat SK Sri Layang bagi tahun
2019. “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi” demikianlah tema perayaan hari
guru pada tahun ini.

Bacaan Doa Awal Bismillah pembuka bicara


Kata disusun untuk keberkatan,
(AZREL) Semoga kebaikan datang jua,
Doa tulus pinta dilafazkan.

Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan
dilafazkan oleh Ustaz Mohd Hafiszan b Mohd Nor. Dijemput dengan
hormatnya….

(bacaan doa)
Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi. Semoga
yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.

NYANYIAN Sebagai pembuka tirai majlis kita pada pagi ini, dijemput para guru dan murid
LAGU berdiri untuk menyanyikan lagu ‘Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu
NEGARAKU Sekolah’

(ADLEEN) Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian sebentar tadi.

Semua dipersilakan duduk.

UCAPAN Sidang hadirin sekalian,


WAKIL
MURID Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Murid, untuk itu
dipersilakan Azrel Azran b Azahari selaku Ketua Pengawas untuk
(AZREL) menyampaikan ucapannya. Dipersilakan...
(ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

UCAPAN Hadirian yang dihormati sekalian,


GURU BESAR
Seterusnya Bacaan Perutusan...
(ADLEEN)
Dipersilakan Yang Berusaha Pn. Zaimah bt Anuar, GPK Pentadbiran untuk
membacakan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dipersilakan...
(ucapan perutusan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

UCAPAN Hadirian yang dihormati sekalian,


GURU BESAR
Sebagai acara penerus bicara, majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn. Naziah
(AZREL) bt Ahmad, Guru Besar SK Sri Layang untuk menyampaikan ucapan beliau dan
seterusnya merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Sri
Layang bagi tahun 2019. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.
(ucapan)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar di atas ucapan
dan perasmian itu tadi.

GIMIK HARI Hadirian yang dihormati sekalian,


GURU
Seterusnya adalah ”Gimik Hari Guru”. Bagi menyempurnakannya, majlis dengan
(ADLEEN) hormatnya menjemput...................................................................................

Dipersilakan.
Sidang dataran yang dimuliakan,
BACAAN
IKRAR HARI Angin menderu dengan sepoinya,
GURU DAN Di anak tangga duduk berperikan;
NYANYIAN Kasih guru akan muridnya,
LAGU ‘HARI Masa dan tenaga rela korbankan.
GURU
Paluan gendang pembuka majlis,
(AZREL) Moden tradisional bersatu senada;
Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
Barisan guru tersenyum bangga.

Untuk itu, dijemput semua guru ..........tampil ke atas pentas bagi acara
melafazkan ikrar diketuai oleh ........., ...................................................
Dipersilakan....

SUKANEKA Sidang Hadirin yang dimuliakan,

(ADLEEN) Tidak lengkap rasanya tanpa Sambutan Hari Guru kita tanpa melihat aksi guru-
guru dalam SUKANEKA.
Jadi, acara kita pada pagi ini diteruskan SUKANEKA GURU. Selepas itu, majlis
akan berhenti rehat dan bersambung semula pada jam 10.30 pagi.
PERARAKAN Sidang Hadirin yang dimuliakan,
MASUK GURU Mengumumkan perarakan masuk guru-guru SK Sri Layang ke Dewan SK Sri
Layang. Semua murid diminta berdiri.
(AZREL)
Hadirin dipersilakn duduk.

TAYANGAN Majlis diteruskan lagi dengan tayang video sempena Sambutan Hari Guru SKSL
VIDEO 2019. Sama-sama kita saksikan.....

(ADLEEN) Terima kasih atas tayangan video yang sangat bermakna sebentar tadi.

Sekarang ini kita akan saksikan persembahan daripada adik-adik PRA kita pula.
PERSEMBAHA
N MURID Untuk itu, majlis mempersilakan Prasekolah Bestari dan Gemilang untuk
membuat persembahan.. Dipersilakan.
(AZREL)
Untuk makluman hadirin, persembahan tadi adalah di bawah pimpinan Unit
Prasekolah SKSL. Terima kasih diucapkan.

PPENYAMPAI Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan Majlis penyampaian Anugerah Guru
AN Paling……………..
ANUGERAH
GURU Bagi menyempurnakannya, majlis dengan penuh takzim mempersilakan
PALING……… ……………………………………………………………………………………
….. ……………….. untuk naik ke pentas. Dipersilan………..

(ADLEEN) Guru Paling …………………ialah


………………………………………………..
Terima kasih diucapkan.
PERSEMBAHA Sekarang ini kita akan saksikan persembahan daripada Kelas Tahun 1 & 2.
N MURID Dipersilakan..

(AZREL) Persembahan tadi adalah di bawah bimbingan guru kelas Tahun 1 & 2. Terima
kasih diucapkan.
PPENYAMPAI Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan Majlis penyampaian Anugerah Guru
AN Paling……………..
ANUGERAH
GURU Bagi menyempurnakannya, majlis dengan penuh takzim mempersilakan
PALING……… ……………………………………………………………………………………
….. ……………….. untuk naik ke pentas. Dipersilan………..

(ADLEEN) Guru Paling …………………ialah


………………………………………………..
Terima kasih diucapkan.

PERSEMBAHA Sekarang ini kita akan saksikan persembahan daripada Kelas Tahun 3 & 4.
N MURID Dipersilakan..

(AZREL) Persembahan tadi adalah di bawah bimbingan guru kelas Tahun 3 & 4. Terima
kasih diucapkan.
PPENYAMPAI Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan Majlis penyampaian Anugerah Guru
AN Paling……………..
ANUGERAH
GURU Bagi menyempurnakannya, majlis dengan penuh takzim mempersilakan
PALING……… ……………………………………………………………………………………
….. ……………….. untuk naik ke pentas. Dipersilan………..

(ADLEEN) Guru Paling …………………ialah


………………………………………………..
Terima kasih diucapkan.

PERSEMBAHA Sekarang ini kita akan saksikan persembahan daripada Kelas Tahun 5 & 6.
N MURID Dipersilakan..

(AZREL) Persembahan tadi adalah di bawah bimbingan guru kelas Tahun 5 & 6. Terima
kasih diucapkan.

PPENYAMPAI Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan Majlis penyampaian Anugerah Guru
AN Paling……………..
ANUGERAH
GURU Bagi menyempurnakannya, majlis dengan penuh takzim mempersilakan
PALING……… ……………………………………………………………………………………
….. ……………….. untuk naik ke pentas. Dipersilan………..
(ADLEEN) Guru Paling …………………ialah
………………………………………………..
Terima kasih diucapkan.

PERSEMBAHA Rakan-rakan sekalian,


N GURU Majlis menjemput semua guru SK Sri Layang untuk naik ke pentas.
Hari ini merupakan hari yang sangat bermakna bagi guru-guru SK Kati kerana
(AZREL) mereka diraikan sempena sambutan hari guru peringkat sekolah. Sehubungan itu,
marilah sama-sama kita mendengar gemersik suara para guru mendendangkan
lagu ‘Guru Malaysia’ DAN Warisan,
Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian para guru menghiburkan kami
semua.

PERTUKARAN Sidang dewan yang dimuliakan.


HADIAH
Tak meriah dan bermakna rasanya Sambutan Hari Guru tanpa hadiah. Jadi untuk
(ADLEEN) itu kita teruskan majlis dengan acara pertukaran hadiah guru. Bagi
menyempurnakannya, majlis dengan hormatnya mempersilakan
……………………………………………………………………………………
………….

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada


……………………………………..
atas kesudian menyempurnakan acara pertrukaran hadiah sebentar tadi.

PENYAMPAIA Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Hadiah Sukaneka. Untuk itu, majlis
N HADIAH mempersilakan …………………………………………………………………
SUKANEKA untuk naik ke pentas. Dipersikan.

(AZREL) Trima kasih diucapkan kepada………………………..kerana sudi menyampaiak


hadiah sukaneka tadi.

PENYAMPAIA Maju Bangsa Kerana Bahasa,


N Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;
CENDERAHAT Ingatan Diberi Tidak Seberapa,
I KELAB Penghargaan Tanda Pernah Berjasa
GURU.
Untuk itu bagi menyempurnakannya, majlis
(AZREL) mempersilakan.........................menjemput dan mengiringi ............................,
....................................... untuk menyampaikan cenderahati daripada Kelab Guru
kepada barisan guru-guru. Dipersilakan.....
(penyampaian cenderahati.)
.
ANUGERAH Sidang hadirin yang dikasihi sekalian.
KOSTUM
TRADISIONAL Majlis diteruskan pula dengan penyampaian Anugerah Kostum Tradisional
TERBAIK Terbaik untuk guru Lelaki dan Prempuan.

(ADLEEN) Untuk itu bagi menyempurnakannya, majlis


mempersilakan.........................menjemput dan mengiringi ............................,
....................................... untuk menyampaikan Anugerah. Dipersilakan.....
(penyampaian Anugerah)
PENYAMPAIA Sampailah kita kepada acara terakhir untuk majlis kita pada hari ini iaitu
N HADIAH penyampaian Hadiah murid kepada guru. Semua murid diminta berbaris
MURID mengikut kelas masing-masing. Kita akan mulakan dengan kelas Prasekolah.
KEPADA Diikuti oleh Tahun 1, 2,3 ,4, 5 dan 6.
GURU

(AZREL)
PENUTUP Sidang dewan yang dimuliakan,

(ADLEEN) Andai berkayuh dah sampai ke seberang


Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini

sebagai penutup bicara,

Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,


Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya daripada
Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala
kekurangan dan kepincanganmajlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami
dan kemaafan jua yang kami pinta.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh


dan terima kasih.”SELAMAT HARI GURU”

Anda mungkin juga menyukai