Anda di halaman 1dari 13

SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik

Isu – isu Semasa dalam Kurikulum Sains dan Pembudayaan Sains dan Teknologi di
Malaysia

Kemerosotan jumlah pelajar aliran sains yang semakin kritikal mencetuskan satu
polemik baru dunia pendidikan negara yang selama ini mensasarkan hala tuju sebuah negara
maju. Penurunan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan pelbagai pihak selain persoalan
mengapa aliran dianggap berprestij itu semakin kurang mendapat perhatian? Biarpun tidak
bersikap lepas tangan dan pelbagai usaha giat dilaksanakan bagi melonjakkan kembali
peningkatan kepada 60 peratus pelajar aliran sains, keadaannya masih samar. Justeru, timbul
persoalan, adakah subjek yang dulunya menjadi simbol status pelajar sudah semakin tidak
gah? Mengapakah pelajar drastik menukar ‘corak’ pemilihan pengajian? Timbalan Dekan
Akademik Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Dr Husin Wagiran, berkata
rasa ingin bebas daripada belenggu aliran sains yang sukar serta menganggap aliran sastera
mempunyai lebih peluang dalam kejayaan akademik menjadi faktor kemerosotan aliran
berkenaan. Beliau berkata, biarpun sains dikategorikan aliran berprestij, ‘pulangannya’ yang
tidak konsisten menyebabkan pelajar lebih rela bertukar aliran.

Dalam dunia persaingan hari ini, nilai prestij aliran tidak memainkan peranan penting
sebaliknya jaminan yang mampu diberikan menjadi faktor tarikan utama. Sebagai golongan
yang berada dalam situasi itu, tentu mereka membuat pemilihan aliran yang mampu
memberikan pulangan selepas belajar. Pada pendapat mereka, apalah ada pada sains kalau
kerjayanya terbatas. Masyarakat mungkin melihatnya dari perspektif berbeza, pelajar juga
begitu. Rasionalnya, mereka memilih bidang diingini biarpun pemilihan itu akan
menyebabkan sasaran ditetapkan tidak tercapai,” katanya. Sejak 2007, kemerosotan pelajar
aliran sains ketara, sekali gus memperlahankan sasaran Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains
dan Teknologi 2020 yang memerlukan 60 peratus pelajar aliran sains dan selebihnya sastera.
Senario itu berterusan ke tahap universiti apabila pelajar yang memasuki institusi pengajian
tinggi melihat pembelajaran dalam bidang sains tidak berbaloi selain sukar dan
membosankan. Beliau mengakui sains memang subjek sukar dan membosankan selain
menjadi milik pelajar pandai, namun jika golongan itu turut tidak meminatinya, pasti ada
sebabnya. Mengapa tidak mahu meneruskan pengajian dalam aliran itu sebaliknya memilih
sastera? Adakah aliran ini tidak menjanjikan masa depan biarpun diiktiraf kerana statusnya?
Banyak sebab perlu dikaji bagi menyelesaikan isu sedia ada. Sudah tentu kita tidak mahu
SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik

mengorbankan masa depan mereka hanya kerana dibelenggu dengan masalah yang boleh
diselesaikan.

Definisi sains sebagai ilmu mengenai alam semula jadi juga boleh berperanan
membina pengukuhan minat terhadap sains kerana masyarakat sering mengaitkannya dengan
subjek sukar seperti matematik, biologi, kimia dan fizik. Benar, subjek berkenaan terutama
Matematik sukar namun tidak bermakna pelajar tidak boleh menguasainya. Rasa tidak minat
boleh didorong dengan penjelasan terperinci. Ada pelajar meminati subjek Sains tapi tidak
Matematik, justeru ia boleh mengganggu proses pemilihan aliran, katanya. Menurutnya, sains
memang rumit berbanding sastera yang lebih menekankan konsep pemahaman. Budaya
pelajar juga lebih suka menghafal daripada melakukan analisis. Ini menyebabkan minat
terhadap aliran itu tidak berkembang kerana sesiapa pun mahu memilih aliran mudah yang
boleh menjamin mereka lulus cemerlang, katanya. Ditanya adakah senario ini boleh
menggugat usaha serta perancangan ditetapkan, katanya ia masih boleh diperbaiki meskipun
sukar mencapai sasaran 60 peratus ditetapkan. Selama ini, kita disogokkan bahawa sains
susah, tidak menarik, boleh mengakibatkan keputusan merudum dan sebagainya. Ini
menyebabkan pelajar takut. Apa salahnya, tanggapan itu ditukar kepada perspektif berbeza
seperti sains membantu melonjakkan imej seseorang, menyeronokkan atau boleh menjawab
pelbagai persoalan. Saya percaya, jika ditekankan dengan konsep pemikiran ini, minat
terhadap sains dapat berkembang, katanya.

Beliau berharap sekolah dapat mewujudkan kembali Minggu Sains dan Matematik sebagai
peringkat asas menerapkan minat terhadap aliran itu. “Program ini satu berkesan mencambah
minat pelajar kerana sudah didedahkan dengan ‘kecantikan’ sains pada peringkat rendah,”
katanya. Sementara itu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains, Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, Shamim Salimon, berkata minatnya terhadap
aliran sains dipupuk menerusi pembacaan serta kejayaan individu terutama saintis
antarabangsa. Dia dulunya kurang meminati sains, tetapi pendekatan menarik diguna pakai
guru menjadikan ia terus bercambah hingga mengambil keputusan melanjutkan pengajian
dalam aliran itu. “Sains memerlukan pelajar gigih mengulang kaji kerana semua aspek saling
berkaitan. Cara guru mendidik juga penting. “Alasan enggan kerana takut keputusan tidak
cemerlang, sangat goyah kerana aliran sastera juga susah dan memerlukan usaha untuk
berjaya. “Pendapat saya, individu sendiri yang perlu mencabar diri dan menetapkan
matlamat sama ada untuk berjaya atau tidak,” katanya.
SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan


pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam
konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada
abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk
memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan
perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan
peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas
sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.
Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran
Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan
hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan
khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan.
Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau
bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan
berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung
sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga pengajar;
ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI; dan kurikulum
yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak
isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi
pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.

Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur


pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:

 Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan


kebanyakan negara lain di dunia;
 Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
disebabkan wujudnya pelbagai haluan;
 Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM); dan
 Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.
SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik

Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi


Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT)
dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah
melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama
penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut
adalah berkaitan dengan:
 pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar;
 perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;
 latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang
kurang berkesan;
 penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan
 bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.
Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan
memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.

Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan


di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur
yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum
yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan
dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah
bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan
sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-
2010, KPM).
Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu
banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang
dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau
peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang
amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya
sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber
pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.
SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik

Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam


pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan
oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran
Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM
menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman
dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang
berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku
ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah
keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru
yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan
Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan
pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu
kepada pelajar mula dipertikaikan.

Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM
juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai
pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat.
Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar.
Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam
pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.

Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan
internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh
dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui
komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-
nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini
disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan
nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan
materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan.
SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik

Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu
dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah
menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah
yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama.
Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng
sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.

Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan
pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:
 Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin
pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan;
 Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu
sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan,
keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program
pendidikan sendiri;
 Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah
mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza;
 Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya;
 Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara
maju adalah terhad;
 Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan
penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan;
 Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek
pemberian bantuan; dan
 Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.

Akhir sekali, jelaslah negara masih mempunyai pelbagai halangan dan isu dalam
merealisasikan pembudayaan sains dan teknologi di Malayasia dalam bergerak ke arah
sebuah negara maju.
SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik

PERKARA HURAIAN/CATATAN
1.Tempat pengajaran Saya telah memilih bilik sains sebagai tempat untuk menjalankan
sains dijalankan. penyiastan tersebut. Ini kerana bilik sains mempunyai perlalatan
yang lengkap, keselesaan dan pengudaraan yang baik.
2.Kaedah pengajaran Inkuiri
yang digunakan.
 Seperti kaedah penemuan, kaedah inkuiri menggalakkan
murid-murid melibatkan diri dalam proses menemui
jawapan atau rumusan melalui pengumpulan data dan
pengujian hipotesis. Kaedah ini adalah secara induktif.
 Guru membimbing murid-murid sepanjang mereka
menemui makna baru, mengamalkan kemahiran dan
memperolehi pengalaman yang membantu pembelajaran
mereka.
 Umumnya, kaedah inkuiri berpusatkan murid dan kurang
eksplisit berbanding dengan kaedah yang lain.
 Kaedah inkuiri merupakan penemuan berpandu. Satu
kebaikan kaedah ini ialah isi kandungan dan proses
penyiasatan diajar pada masa yang sama.

Persediaan Sebelum Sebelum memulakan aktiviti, saya telah merancang satu


Menjalankan Aktiviti penyiasatan tentang ketumpatan cecair yang berbeza. Apa masalah
ini timbul maka saya cuba mencari aktiviti yang sesuai untuk di
jalankan bagi mencari jawapan tentang perbezaan ketumpatan
cecair yang berlainan. Sebelum penyelesaian masalah dijalankan,
saya telah memberi penerangan ringkas kepada murid tentang cara-
cara menjalankan eksperimen untuk menyelesaikan masalah yang
dikemukan kepada mereka dalam kertas aktivit
yang disediakan agar murid faham apa yang patut mereka lakukan
kemudian. Saya telah memilih dua orang murid sahaja bagi
menyiasat perkara di atas. Murid tersebut ialah Iffah Afiqah bt
Mohd Sukri dan Nur Amira bt Abd Mutalib dari kelas 5 Cerdik
SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik

Aktiviti yang AKTIVITI : DUA CECAIR BERTUKAR TEMPAT


dijalankan

1.Apa yang diperlukan hanya dua jenis cecair yang berlainan


ketumpatan. Jika kedua – dua cecair tidak bercampur (seperti air
dan minyak), ia boleh menampakkan kesan pengasinan dengan
lebih jelas.
2. Bahan – bahan yang diperlukan dua gelas yang sama, air,
minyak dan satu kad yang kalis air.
3. Isikan satu gelas dengan air dengan penuh.
4. Isikan gelas yang kedua dengan cecair yang dipilih (minyak)
sampai penuh.
5. Tempatkan kad di atas gelas yang mengandungi air. Pegang kad
dan kemudian terbalikkan gelas berisi air di atas gelas yang kedua.
6. Sebariskan kedua – dua gelas dan gerakkan kad secara perlahan
sehingga terdapat bukaan pada hujung gelas.
7. Dalam lebih kurang beberapa minit, kedua – dua cecair akan
bertukar tempat. Minyak akan naik ke atas sementara air akan
bergerak tenggelam ke dasar gelas.
Kedua – dua cecair mempunyai ketumpatan yang berbeza – beza.
Asasnya, cecair yang lebih ringan akan terapung sementara cecair
yang lebih berat akan tenggelam. Anda akan mendapat keputusan
yang sama jika anda mengalihkan kad sepenuhnya, tapi cara yang
ini akan nampak lebih magika.
SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik

Sebelum, Semasa dan Sebelum menjalankan aktiviti guru telah mencari maklumat
Selepas Menjalankan tentang ketumpatan cecair melalui sumber rujukan seperti buku,
Aktiviti jurnal dan laman sesawang. Apabila semua bahan tersebut di
kumpul, maka guru merancang aktiviti penyiasatan ketumpatan
cecair mengikut jenis iaitu air dan minyak.
Guru hanya bertanggungjawab sebagai fasilitator. Sebelum
penyelesaian masalah dijalankan, saya telah memberi penerangan
ringkas kepada murid tentang cara-cara menjalankan eksperimen
untuk menyelesaikan masalah yang dikemukan kepada mereka
dalam kertas aktivitiyang disediakan agar murid faham apa yang
patut mereka lakukan kemudian. Semasa menjalankan eksperimen,
saya perhatikan ada sikap ingin tahu pada murid tersebut. Selain
itu, sikap kerjasama juga di tunjukkan semasa mereka menjalankan
eksperimen di atas. Ada juga masalah yang timbul semasa
menjalankan eksperimen seperti tumpahnya bahan cecair sebelum
selesainya eksperimen. Selepas mengikut arahan eksperimen,
murid berasa teruja dengan hasil tindak balas eksperimen tersebut.
Murid dapat mengukur ketumpatan cecair yang berbeza mengikut
jenis cecair.
SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik

REFLEKSI

Secara lumrahnya, setiap kanak-kanak mempunyai kemahuan dan naluri untuk


meneroka setiap perkara yang berlaku. Naluri semulajadi ini telah membantu mereka dalam
pembelajaran mereka. Melalui pengetahuan sedia ada murid ini saya cuba merancang satu
penyiasatan ringkas mengenai ketumpatan cecair yang berbeza iaitu air dan minyak. Saya
cuba mengumpul sebanyak mana bahan yang membantu saya dalam menghasilkan satu
ujikaji ringkas tetapi penuh bermakna untuk pengetahuan semua. Apabila semua bahan telah
di perolehi maka saya telah memilih kaedah eksperimen atau penyiasatan dalam tugasan
saya. Oleh kerana ia perlu di jalankan secara individu atau dalam kumpulan kecil sahaja,
maka saya hanya memilih dua orang murid iaitu Iffah Afiqah bt Mohd Sukri dan Nur Amira
bt Abd Mutalib dari kelas 5 Cerdik. Ini kerana saya perlu merakam aktiviti maka pemilihan
murid yang betul berkeyakinan dalam bercakap di hadapan kamera video amat penting dalam
menyelesaikan tugasan ini.

Cara belajar ini sebenarnya bukan sahaja memberikan mereka kebebasan untuk
meneroka, malah membuatkan mereka lebih seronok dalam mengikuti proses pembelajaran.
Rasa ingin tahu yang membuak-buak menjadikan mereka begitu aktif untuk belajar dan
memberikan respon yang baik didalam kelas. Apabila semua bahan tersebut di kumpul, maka
guru merancang aktiviti penyiasatan ketumpatan cecair mengikut jenis iaitu air dan minyak.

Guru hanya bertanggungjawab sebagai fasilitator. Sebelum penyelesaian masalah


dijalankan, saya telah memberi penerangan ringkas kepada murid tentang cara-cara
menjalankan eksperimen untuk menyelesaikan masalah yang dikemukan kepada mereka
dalam kertas aktivitiyang disediakan agar murid faham apa yang patut mereka lakukan
kemudian. Semasa menjalankan eksperimen, saya perhatikan ada sikap ingin tahu pada murid
tersebut. Selain itu, sikap kerjasama juga di tunjukkan semasa mereka menjalankan
eksperimen di atas. Ada juga masalah yang timbul semasa menjalankan eksperimen seperti
tumpahnya bahan cecair sebelum selesainya eksperimen. Selepas mengikut arahan
eksperimen, murid berasa teruja dengan hasil tindak balas eksperimen tersebut.

Pembelajaran cara ini juga lebih bermakna kepada murid kerana mereka dapat
melakukan sendiri dan menyiasat sendiri apa yang mereka perlu ketahui. Soalan-soalan yang
membantu para pelajar dalam memberi pemahaman dan menimbulkan minat menyiasat juga
adalah sangat berkait rapat. Guru yang memahami dunia pelajarnya akan mencuba pelbagai
SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik

cara supaya para pelajar dapat melakukan sendiri dan merasai betapa seronoknya belajar. Ini
bukan sahaja memberikan kefahaman kepada murid, malah akan memotivasikan mereka
untuk terus belajar dan meneroka.

Dari pengalaman saya sendiri, cara belajar ini memberikan saya lebih kefahaman dan
lebih mudah untuk diingati. Setelah melakukan sendiri penyiasatan dalam pembelajaran
seperti melakukan eksperimen dalam subjek sains, saya lebih mudah untuk mengingati
langkah-langkah, tindak balas yang berlaku dan sebagainya. Ingatan terhadap pelajaran ini
juga lebih lama dan mendalam.

Akhir sekali, melalui tugasan ini saya dapat menghasilkan satu penyiasatan yang
ringkas mengenai ketumpatan cecair yang berlainan. Selain itu, murid juga dapat
menyelesaikan tugasan dengan baik dan semangat kerja sama yang kuat di anyara
mereka.Saya yakin bahawa cara belajar ini dapat memberikan lebih kefahaman, memupuk
minat belajar malah dapat memotivasikan murid dalam pembelajaran.
SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik

RUJUKAN

Barrow, Lehtinen, Orrill. (2002). Teaching Primary Science. New York:


TransAtlantic Pubns.

Finkle, Torp. (1985). Infusing critical and Creative Thinking. New jersey:
Grove press.

Lester. (1985). Science, an involvement approach to elementary science methods. New York:
Pacific press.

Schoenfeld. (1985).Teaching in science. Columbush:


The Ohio State University press.

Piaget, J. 91972). Intellectual evolution from adolescence to adulthood.


Human development, 5, 1-12.

Wynee Harlen. (1985). Changing approaches to teaching: a relational perspective.


Studies in Higher education, 21(3), 275-284.
SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik

Anda mungkin juga menyukai