Anda di halaman 1dari 4

3.4.

1 Graf skor larian – Perbandingan halaju purata anda dengan seorang rakan lain

 Pada segmen 1 pelari pertama mula melakukan larian dan pecutan.

 Pelari pertama mula menunjukkan larian yang baik dan meunjukkan halaju yang

positif dari segmen 1 hingga segmen 2.

 Kemudian pada segmen 2 hingga segmen 3 pecutan larian pelari pertama semakin

laju.

 Akan tetapi, pada segmen 3 hingga segmen 4 pecutan larian pelari pertama menjadi

negatif.

 Selepas segmen 4, pelari pertama mula memecut semula larian dan menunjukkan

halaju yang positif.

 Pelari kedua memulakan larian dan melakukan pecutan. Pada awal larian pecutan

adalah sifar.

 Pelari kedua menunjukkan larian pecutan yang baik pada segmen 1, segmen 2 dan

segmen 3. Tetapi, pada segmen 4 pelari kedua mula menunjukkan pecutan yang

perlahan.

 Selepas segmen 4, pelari kedua memecut semula larian dan mendapati halaju yang

positif sehingga segmen akhir iaitu segmen 6.

 Pelari pertama yang berketinggian160cm melakukan pecutan larian yang baik dan

mendapat purata halaju 0.44 saat manakala pelari kedua yang berketinggian 166cm

melakukan pecutan dan mendapat purata halaju 0.46 saat.

 Pecutan larian pelari kedua menunjukkan perbezaan yang sangat ketara kerana pada

segmen 2 pelari kedua menunjukkan halaju yang malar hingga segmen 3.


3.4.2 Graf beza masa (positif, negatif atau malar mengikut segmen)

 Pada awal larian pecutan adalah sifar. Pada segmen 1 pelari melakukan pecutan

dengan perlahan dan masa yang diambil oleh pelari adalah malar iaitu 0.02.

 Pada segmen 2 hingga 3 pelari menunjukkan larian yang positif dan ianya mengambil

masa selama 0.07 saat.

 Kemudian dari segmen 3 hingga segmen 4 masa yang diambil oleh pelari adalah 0.07

saat .

 Pada segmen 4 hingga segmen 5 masa yang diambil oleh pelari untuk melakukan

pecutan semula adalah 0.09 saat.

 Masa yang diambil oleh pelari pada segmen 5 hingga segmen 6 adalah 0.08 saat

 Pada akhir larian iaitu segmen 6 pelari menunjukkan larian yang negatif.
3.5 Rumusan

3.5.1 Membandingkan catatan skor larian anda dengan seorang rakan lain berdasarkkan

faktor-faktor yang mempengaruhi halaju larian anda.

 Berdasarkan catatan skor larian pelari pertama, terdapat beberapa perbazaan yang

dapat dilihat jika dibandingkan dengan pelari kedua yang mempunyai kestabilan dan

ketinggian.

 Salah satu punca yang mempengaruhi halaju larian pelari pertama ialah keadaan

padang yang tidak sesuai kerana terdapat banyak lubang. Hal ini boleh menyebabkan

pelari kurang keseimbangan badan .

 Faktor cuaca juga menjadi punca pelari pertama hilang fokus pada larian kerana cuaca

pada masa itu sangat panas dan mempengaruhi suhu badan pelari pertama.

 Jika dibandingkan dengan pelari pertama, purata halaju dan pecutan menunjukkan

kadar yang rendah kerana tenaga yang digunakan oleh pelari pertama adalah berbeza

dengan tenaga pelari kedua. Hal ini kerana pelari kedua tiada pengambilan makanan

yang secukupnya.

 Dari segi pemakaian pula, didapati bahawa pakaian pelari petama adalah tidak sesuai

digunakan untuk berlari kerana pelari pertama menggunakan baju t-shirt dan ianya

mempengaruhi halaju larian pelari.

 Seterusnya, salah satu punca yang mempengaruhi keseimbangan badan pelari kedua

ketika melakukan larian ialah kasut yang digunakan oleh pelari kedua adalah tidak

sesuai untuk di pakai di kawasan padang kerana kasut yang digunakan oleh pelari

kedua hanya sesuai digunakan di kawasan balapan.


3.5.2 Cadangkan bagaimana untuk meningkatkan prestasi larian anda berdasarkan faktor-

faktor yang dinyatakan di 3.5.1

 Bagi meningkatkan prestasi larian , pelari seharusnya bersarapan sebelum melakukan

sebarang aktiviti. Hal ini kerana , supaya pelari tidak berasa lapar dan mempunyai

tenaga untuk melakukan larian.

 Seterusnya melakukan regangan badan sebelum memulakan larian adalah penting

kerana apabila melakukan regangan, darah akan mengalir lebih banyak kedalam otot

menyebabkan pembahagian nutrien ke otot yang diperlukan untuk menghasilkan

tenaga berlaku dengan lebih pantas.

 Selain itu, pelari hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian bagi melakukan larian

dan pakaian tersebut hendaklah selesa digunakan bagi memastikan pelari berlari

dengan lebih selesa sebagai contoh running vest yang sangat sesuai dipakai dan selesa.

 Aktiviti sukan hendaklah dilakukan pada waktu dan cuaca yang sesuai. Hal ini kerana,

untuk memastikan pelari tidak mudah jatuh sakit seperti demam disebabkan cuaca

yang tidak mengizinkan seperti panas terik ataupun hujan yang mengakibatkan pelari

berasa cepat penat dan dahaga bagi meneruskan aktiviti

 Aktiviti larian juga sesuai dilakukan di kawasan yang rata seperti kawasan balapan

kerana kawasan padang yang tidak rata dan berlubang merupakan satu halangan bagi

pelari untuk meneruskan larian dan ianya menyebabkan kecederaan.

 Pelari juga perlu memakai kasut yang bersesuaian untuk digunakan sama ada di

kawasan padang ataupun balapan bagi mengelakkan pelari mendapat sebarang

kecederaan terutamanya pada bahagian kaki. Contoh kasut yang sesuai digunakan

ialah spike dan running shoes.

Anda mungkin juga menyukai