Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1.0 Pendahuluan
Guru akan melalui pelbagai bentuk perubahan samada di dalam atau di luar profesion.
Diantara tuntutan dalaman yang diperlukan ialah kesediaan guru untuk mencuba pelbagai
teknik, kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif disamping
menghadapi perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum serta penggunaan teknologi
baru (Mohamad SaniIbrahim & Zuraidah Majid, 2002).Pelan pembangunan diri dan kerjaya
adalah merupakan panduan halatuju pencapaian yang dikehendaki untuk diri dan juga kerjaya
yang diceburi. Setiap individu haruslah mempunyai pelan pembangunan diri. Seorang guru
tidak terkecuali untuk mempunyai pelan pembangunan diri sendiri. Manakala pelan
pembangunan kerjaya pula adalah merupakan halatuju perjalanan seseorang yang bergelar
guru. Oleh itu, sebagai seorang guru pelatih saya juga perlulah menguraikan pelan
pembangunan diri dan kerjaya untuk diri saya sendiri.
Sebagai seorang guru, saya haruslah mempunyai keyakinan yang tinggi untuk
memberi, mengubah, membentuk, mengasuh serta mendidik anak murid mengikut apa yang
telah di sasarkan oleh arus pendidikan semasa. Perkembangan profesional boleh dilihat
sebagai perkembangan dalam aspek penyuburan diriguru dalam pekerjaan mereka,
mengukuhkan keyakinan, memupuk kemahiran, mengemaskini pengetahuan secara
berterusan, mendalami dan memahami dengan meluas apa yang mereka ajar dan menambah
kesedaran tentang sebab mereka perlu berbuat sesuatu di dalam bilik darjah (Perry, 2000).
Keyakinan ini bukan hanya dapat saya gunakan untuk mengendalikan proses pembelajaran
dan pemudahcaraan, tetapi sebagai kekuatan kepada diri saya sebagai seorang guru yang
tugas utamanya adalah untuk memimpin. Saya telah membahagikan keyakinan diri ini kepada
dua bahagian iaitu keyakinan untuk mengajar dan keyakinan untuk memimpin.
Keyakinan untuk mengajar (mengendalikan proses PdPc)
Saya dapat meningkatkan keyakinan diri saya sendiri melalui latihan-latihan yang
telah diberikan sewaktu berada di Institut Pendidikan Guru. Latihan ini dimulakan
dengan pengalaman berasaskan sekolah yang perlu dijalani oleh semua guru pelatih
semester 2, 3 dan 4. PBS ini adalah merupakan pengalaman pertama guru pelatih di
sekolah. Mereka akan berada di sekolah selama seminggu dan menyelesaikan tugas-
tugas yang diberikan. Ini adalah merupakan pendedahan awal tentang suasana
persekitaran sebenar di sekolah kepada guru pelatih. Seterusnya, apabila beranjak ke
semester 5, guru pelatih perlu menjalani amalan profesional selama 3 bulan. Amalan
profesional ini juga akan diteruskan sewaktu berada di semester 7.
Sepanjang menjalani latihan seperti PBS dan juga amalan profesional keyakinan
untuk memimpin juga dapat diasah. Guru pelatih akan diberikan tugas untuk
mengendalikan program-program sama ada di sekolah mahupun di ipg. Dengan ini,
saya dapat menyediakan diri dari aspek keyakinan sebelum menjadi guru sebenar.
Langkah pertama yang perlu saya ambil untuk menjadi seorang guru adalah dengan
menamatkan pengajian di institut pendidikan guru dengan baik. Ini kerana untuk menjadi
seorang guru saya perlulah melepasi latihan perguruan yang berterusan dan telah ditetapkan
tempoh masanya. Dokumen PPPM (2013 – 2025) turut mengakui bahawa hanya 50 peratus
pengajaran telah disampaikan dengan berkesan. Oleh itu, sewaktu menjalani latihan
perguruan saya perlulah mendapatkan sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu tentang
perguruan sebagai persediaan untuk menjadi seorang guru kelak. Saya juga perlulah
memantapkan ilmu-ilmu tentang pedagogi dan menguasai cara untuk mengendalikan proses
pembelajaran dan pemudahcaraan dengan berkesan melalui strategi, pendekatan, kaedah
dan teknik yang betul. Menurut kajian yang dilakukan oleh Kelchtermans (2013) aspek
preskriptif menghubungkan faktor latihan dalam mencorak sikap profesionalisme
sebagaimana yang kita inginkan.
Selama tiga tahun pertama menjadi seorang guru sebelum disahkan jawatan, saya
akan mengumpulkan seberapa banyak pengalaman hasil daripada bidang pekerjaan seorang
guru dan juga kursus-kursus yang diadakan bagi mengembangkan potensi saya sebagai
seorang guru. Saya akan Melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak
sekolah. Saya akan sedaya upaya untuk tidak menolak tugas yang diberikan dan sekiranya
diberikan tugas, saya akan cuba melaksanakan tugas tersebut dengan baik. Saya akan
mengambil tugasan itu sebagai satu cabaran positif agar saya dapat memperbaiki dan
mengasah kemahiran saya untuk menjadi lebih baik.
Setelah disahkan jawatan sebagai seorang guru, saya akan terus mencuba untuk
menjadi seorang guru yang lebih baik dari masa ke semasa. Saya juga akan mencuba untuk
menjadi guru yang pakar terhadap tugas dan bidang pekerjaan saya. Diantara ciri sahsiah
yang perlu dimiliki oleh seorang guru ialah peribadi mulia dan mempunyai komitmen yang
tinggi untuk menjayakan apa sahaja program (Md Sani et al., 2008). Berdasarkan pernyataan
ini, saya akan meningkatkan tahap profesionalisme saya sebagai seorang guru mata
pelajaran RBT di samping meningkatkan kompetensi saya terhadap tugas-tugas lain yang
diberikan kepada saya.
4.0 Rumusan