Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN TEMU BUAL

1.0 Konsep Mengajar Sebagai Satu Profesion

Sebagai seorang guru mengajar semestinya menjadi satu tugas yang hakiki. Cruess, et
al. (2004), mentakrifkan bahawa profesion adalah pekerjaan yang melibatkan penguasaan
terhadap pengetahuan dan kemahiran. Setiap individu guru perlulah menguasai asas
pedagogi dan sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan bagi meningkatkan kualiti dan
keberkesanan pengajaran agar dapat memenuhi kehendak arus pendidikan negara.
Sebagai contoh konsep pendidikan abad ke-21 yang sering menjadi topik hangat dalam isu
pendidikan di dalam negara.

2.0 Ciri-Ciri Guru Profesional

Seorang guru yang profesional ia perlulah mendapat latihan yang secukupnya. Untuk
menjadi seorang guru seseorang perlulah menjalani latihan perguruan dalam tempoh masa
yang telah ditetapkan. Salah satu pusat latihan perguruan ialah institut pendidikan guru yang
mana institute ini melatih para guru selama lima tahun. Dengan adanya latihan ini maka
seseorang guru itu boleh dilabelkan sebagai profesional namun begitu latihan ini perlulah
dilakukan secara berterusan dan tidak boleh berhenti sehingga tamat tempoh yang telah
ditetapkan. Dokumen PPPM (2013 – 2025) turut mengakui bahawa hanya 50 peratus
pengajaran telah disampaikan dengan berkesan. Oleh itu, seorang guru yang profesional
perlulah sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Ini adalah disebabkan
keadaan murid yang kini semakin bijak dan cerdik. Di mana pada masa kini maklumat itu
sangat mudah diakses. Justeru guru perlulah sentiasa berada di hadapan murid agar sentiasa
dihormati dan dipandang tinggi oleh murid.

3.0 Cabaran Guru Masa Kini

Pendidikan adalah merupakan satu proses berterusan yang bermatlamat untuk


membentuk nilai baharu atau perubahan positif kepada seseorang individu mengikut norma
sesuatu masyarakat (Abdullah Nasih Ulwan, 1998; Abdullah dan Ainon, 2006). Sebagai
seorang guru abad ke 21 semestinya terdapat pelbagai cabaran yang perlu diharungi. Antara
cabaran yang dihadapi oleh guru pada masa kini adalah perubahan dalam sistem pendidikan
yang sentiasa berlaku. Apabila berlaku perubahan pada tampuk kepimpinan di peringkat
kementerian, sudah pasti akan berlakunya banyak transformasi serta perubahan di dalam
sistem pendidikan negara. Perkara ini merupakan satu cabaran kepada guru untuk sentiasa
mengadaptasi sistem yang sering berubah ini. Sebagai seorang guru perlulah menjadi pihak
pertama yang perlu ambil tahu dan juga menguasai kemahiran-kemahiran baru yang
dinyatakan dan digariskan kerana guru adalah merupakan kumpulan pelaksana di dalam

1
sistem pendidikan. Jika hal ini diremehkan sudah pasti pelaksanaan dalam sistem pendidikan
negara akan terjejas.

4.0 Undang-Undang Yang Melindungi Hak-Hak Seorang Guru

Dari segi perundangan hak seorang guru kurang dilindungi. Dapat kita lihat contoh-contoh
yang telah berlaku di negara ini di mana guru dengan mudah didakwa di mahkamah hanya
kerana menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang guru. Kalau dulu seorang guru itu
sangatlah dihormati dan dipandang tinggi. Namun seiring peredaran zaman perkara ini
seakan berubah. Akibat kurangnya undang-undang yang melindungi seorang guru maka
dengan mudahnya ibu bapa menyalahkan guru sehingga ke tahap menyerang guru di sekolah
lalu menyaman guru kerana rasa tidak puas hati dengan layanan guru terhadap anak mereka.
Kesatuan-kesatuan guru perlulah kuat untuk memperjuangkan dan menjaga hak hak seorang
guru dan tidak menyebelahi mana-mana pihak terutama hal-hal yang berkaitan dengan politik.
Stewart (2005), mengatakan bahawa pengetahuan dalam bidang undang- undang pendidikan
oleh guru dan pentadbir sekolah dianggap sudah memadai sebagai suatu tindakan berjaga-
jaga bagi mengelakkan mereka daripada dikenakan dakwaan di mahkamah.

5.0 Peranan Guru Sebagai Pemimpin Profesional Dalam Aspek Pembelajaran Dan
Pemudahcaraan

Sebagai seorang pemimpin profesional dalam pelbagai aspek pembelajaran dan


pemudahcaraan seseorang guru itu perlulah mempunyai ilmu yang cukup terutamanya dalam
bidang pedagogi dan juga pengurusan bilik darjah. Ini bermakna guru bukan sahaja mengajar
subjek-subjek tertentu di dalam kelas tetapi penekanan terhadap nilai-nilai murni perlulah
dibuat supaya murid-murid dapat dibentuk bukan sahaja dari aspek akademik tetapi yang
lebih penting dari aspek-aspek yang berkaitan dengan sahsiah diri. Selain itu, sebagai
seorang pemimpin yang profesional juga perlulah peka dengan persekitaran. Sudah pasti
seorang guru berperanan untuk mengetahui dan menyedari tentang perubahan-perubahan
yang berlaku bukan sahaja di dalam bilik darjah bahkan juga persekitaran sekolah. Nilai
kemanusiaan perlulah tinggi di dalam diri seorang guru yang mana mereka perlulah sentiasa
prihatin terhadap anak murid.

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, menjadi seorang guru abad ke 21 perlulah melengkapkan diri dengan


ilmu-ilmu tentang bidang perguruan. Anggaplah bidang ini sebagai satu ibadah bukan hanya
sebagai satu kerjaya. Dengan itu, tugas seorang guru itu dapat dijalankan dengan hati yang
terbuka supaya hasil daripada kerja seorang guru itu mampu membina negara yang maju.

2
Rujukan

Abdullah Nasih Ulwan. (1998). Pendidikan anak-anak menurut pandangan Islam.


Jld. 1-3. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Cruess, et al. (2004). Profession: A working definition for medical educators. Teaching and
learning in Center for Research on the Context of Secondary School Teaching,
Stanford University.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia , 2013-2025. (2013). Kementerian Pengajian


Tinggi. Putrajaya: KPT.

Stewart, (2005). Transformational Leadership: An Evolving Concept Examined Through The


Works of Burns, Bass, Avolio and Leithwood. Canadian Journal of Educational
Administration and Policy, 54: 1-29

Anda mungkin juga menyukai