Anda di halaman 1dari 3

Apam gula hangus

hazz_63@myresipi.com

resepi olahan sendiri. cubalah buat sendiri untuk merasakan kelainannya.

Bahan-bahan ( untuk sekeluarga. )

 2 biji telur
 1 cawan gula pasir
 1 cawan air
 1/2 cawan minyak masak
 2 sudu besar marjerin
 2 sudu susu pekat
 1 sudu teh soda bikarbonat.
 1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara

1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan


2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan
dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama
45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak
mendap dan basah dibahagian bawahnya.
Tiramisu simple

umi_e@myresipi.com

Modified dari kek oren buat hari tu...

Created on : 21-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi umi_e

Share

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

 1 biji sponge kek atau apa2 kek


 250ml whipping cream
 200ml cream cheese
 1/2 cawan gula halus
 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
 1 sudu makan serbuk nescafe
 serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara

1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi

2.

Satukan gula, cheese dan cream

3.

Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu


4.

Potong kek pada 3 bahagian

5.

Susun 1 bahagian dalam bekas

6.

Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek

7.

Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek

8.

Susun lagi bahagian yang selebihnya

9.

Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...

10.

Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

Tag

Anda mungkin juga menyukai