Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH


SK SRI SERDANG
2019

TARIKH
30 APRIL 2019 (SELASA)

ANJURAN BERSAMA
KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN SK SRI
SERDANG 2018/2019 (KKGK SKSS)
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK SRI SERDANG
(PIBG)

1
KERTAS KERJA

SAMBUTAN HARI GURU 2019


SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SERDANG
____________________________________________________________________
PENGENALAN
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah merupakan acara tahunan yang diadakan secara meriah dan penuh
warna bersama dengan para pelajar dan juga murid dari berbagai peringkat sekolah. Sambutan ini diadakan
bertujuan untuk meraikan guru-guru yang telah banyak berjasa dan berkorban dalam mendidik dan mengajar
anak- anak daripada peringkat pra-persekolahan, sehinggalah ke tahun 6.

Sebagai penghargaan kepada guru yang telah bertungkus lumus mendidik anak bangsa ke arah kejayaan
maka tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru Malaysia. Tema hari guru 2019 “GURU, OBOR
HEMAH MENYINARI PERTIWI” menjadi tonggak kata semangat menyelami tugas dan pengorbanan seorang
guru dalam abad yang penuh cabaran. Tugas guru untuk mendewasakan anak-anak bangsa secara intelektual,
rohani dan jasmani tanpa mengabaikan kepentingan pembentukan sahsiah diri yang lebih berkualiti.

1. SAMBUTAN HARI GURU “GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI” SK SRI SERDANG,
2019.

2. LATAR BELAKANG
Sambutan Hari Guru 2019 anjuran bersama Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan Sek. Keb. Sri Serdang dan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sri Serdang memfokuskan tentang perjalanan dan pengorbanan guru-guru di
sekolah ini secara khususnya dan guru-guru di seluruh Malaysia secara amnya dalam membentuk sahsiah diri
dan kemenjadian murid dalam pelbagai aspek akademik dan juga bukan akademik. Dengan pengorbanan yang
tidak berbelah bagi dan perjalanan yang penuh warna warni, tugas guru kini dianggap terlalu berat untuk
digalas tetapi tetap teguh berbakti. Ia menjadi obor menerangi kehidupan anak bangsa yang berjaya di masa
akan datang. Bertepatan dengan Tema Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2019 “GURU, OBOR HEMAH
MENYINARI PERTIWI”. Bagi meraikan dan membalas jasa guru-guru yang tercinta, Kelab Guru dan
Kakitangan SK Sri Serdang dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sri Serdang turut tidak ketinggalan
mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bertemakan “BAJU KOSONG, KAIN CORAK”.

3. RASIONAL
Memberi penghormatan dan meraikan guru-guru bersama dengan anak-anak didik tersayang dan mencetuskan
kesedaran kepada semua murid di sekolah untuk menghormati, mengasihi dan menyayangi guru-guru yang
telah banyak berkorban dan berpenat lelah mendidik mereka saban hari.

4. OBJEKTIF
1. Meraikan guru-guru SKSS dengan penuh meriah dan warna-warni sempena Hari Guru 2019.
2
2. Mengenang dan membalas jasa guru-guru yang mencurahkan bakti mendidik murid-murid SK Sri
Serdang.

3. Memupuk perasaan perpaduan, ikhtisas, ikhlas, muhibbah dan mengeratkan serta merapatkan
hubungan silaturrahim antara guru, kakitangan, murid-murid dan PIBG SK Sri Serdang.

4. Memberi laluan kepada murid untuk menyampaikan penghormatan dan rasa kasih sayang mereka
kepada guru-guru yang telah mendidik dan mengajar mereka selama ini.

5. KUMPULAN SASARAN
1 Semua murid Sekolah Kebangsaan Sri Serdang.
2 Persatuan Ibu bapa dan guru SK Sri Serdang.
3 Semua guru, pentadbir dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Sri Serdang.

6. BUTIRAN PROGRAM
Tarikh Program : 30 April 2019 (Selasa)

Tempat : SK Sri Serdang

(Dewan Gemilang & Dewan Cemara)

Masa : 7.30 pagi – 1.20 tengah hari

Aktiviti Program : Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2019.

7. IMPLIKASI KEWANGAN
(Rujuk Lampiran 1)
8. ATUR CARA MAJLIS
(Rujuk Lampiran 2)
9. PELAN KONTIGENSI
Jika terdapat kekangan untuk melaksanakan program ini seperti masalah cuaca dan sebagainya, lokasi
program akan berubah. Program ini akan dilaksanakan di dewan Gemilang ataupun dewan tertutup SK Sri
Serdang.

10. JAWATANKUASA PROGRAM


(Rujuk Lampiran 3)
11. PENUTUP
Semoga program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, SK Sri Serdang 2019 ini dapat mencapai objektif
yang disasarkan dengan jayanya. Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan sifat silaturrahim yang erat
serta kerjasama yang padu dari semua pihak.

3
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

___________________ ____________________ _________________________

(SITI SALMAH BT ZULKIFLI) (PN. RUZILAWATI BT SURATNU) (PN.NIK SUHAIDA BT RAZAK)

Penolong Setiausaha GPK Ko-Kurikulum Guru Besar

Sambutan Hari Guru 2019 SK SRI SERDANG SK SRI SERDANG

SK SRI SERDANG

4
LAMPIRAN 2
ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2019
TARIKH : 30 April 2019
TEMPAT : Dewan Gemilang & Dewan Cemara SKSS
MASA : 7.30 pagi – 1.20 tengahari ( Satu Sesi )
TEMA PAKAIAN :“BAJU KOSONG, KAIN CORAK”.
ANJURAN : KKGK DAN PIBG
07.20 pagi : Guru dan murid berkumpul di Dewan Gemilang dan Dewan Cemara
07.30 pagi : Guru kelas mengambil kedatangan
07.45 pagi : Perarakan Masuk GB, YDP PIBG dan Barisan Jemputan dan Pentadbir
08.00 pagi : - Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah
- Bacaan doa
- Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
- Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia
- Ucapan Guru Besar
- Ucapan YDP PIBG
- Ucapan wakil murid
- Bacaan Ikrar Guru
- Nyanyian Lagu Guru Malaysia
- Potong Kek (Tajaan PIBG)
9.30 pagi : Persembahan Murid Tahap 2 (tarian)
: Persembahan Guru & PIBG 1
: Pertandingan “Duo Karoks Terbuka”(Murid Tahap 2 berpasangan dengan guru pilihan)
9.40 pagi : Penyerahan hadiah hari guru (murid Tahap 1)
: Permainan Pra Sekolah
: Penyampaian hadiah “Duo Karoks Terbuka” dan Permainan Pra Sekolah
: REHAT TAHAP 1
10.00 pagi : REHAT PRA SEKOLAH
: “Mysterious Game”
10.30 pagi : Persembahan Murid Tahap 1 (action song)
10.40 pagi : Penyerahan hadiah hari guru (murid Tahap 2)
: REHAT TAHAP 2
: “Guess Who?” (Murid Tahap 1)
: Persembahan Guru & PIBG 2
: Penyampaian hadiah “Mysterious Game”, “Guess Who?”
11.30 pagi : “Mime Game ” (Guru lelaki vs. Guru perempuan) Acara berkumpulan.
: Penyampaian hadiah “Mime Game”
11.50 pagi : Persembahan wakil Pentadbir
: Persembahan wakil PIBG
12.30 pagi : Penyampaian Anugerah Khas Guru
1.20 petang : Bersurai
1.30 petang : Jamuan Guru dan tetamu jemputan

5
LAMPIRAN 1

ANGGARAN PERBELANJAAN
HARGA PER KOS JUMLAH CATATAN
BIL PERKARA
UNIT (RM) TERLIBAT (RM)
KKGK
1 BUNTING SAIZ 7 X 7 132.00 132.00 132.00

CENDERAHATI PERTANDINGAN KKGK


- Permainan Pra Sekolah
2 pasangan pemenang 5.00 X 4 20.00
2 pasangan saguhat 3.00 X 4 12.00

- Pertandingan “Duo Karoks”


5 murid dan 5 guru 5.00 X 10 50.00

2 - Pertandingan “Guess Who”


5.00 X 20 100.00
10 murid 10 guru
- Pertandingan “Mime Game”
5.00 X 6 30.00
3 guru x 4 kumpulan
3.00 x 6 18.00

- “Mysterious Game” 280.00


5.00 X 10 50.00
5 pentadbir dan 5 PIBG
KKGK
3 HIASAN PENTAS 150.00 150.00
150.00
PIBG & KKGK
JAMUAN GURU DAN TETAMU
4
110 ORANG 10.00 X 110 1100.00 1100.00

CENDERAHATI KELAB GURU PIBG


5 KEPADA GURU-GURU & 10.00 X 92 920.00 920.00
KAKITANGAN
PIBG
6 KEK 200.00 200.00 200.00
7 RUNCIT 100.00 100.00 100.00 KKGK

JUMLAH 2882.00

SUMBER KEWANGAN

- PIBG SK Sri Serdang

- Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Sri Serdang

- Sumbangan Individu dan badan-badan korporat

Anda mungkin juga menyukai