Anda di halaman 1dari 11

Tajuk: Elektrokimia

Tujuan

Untuk mengkaji kesan kepekatan larutan ke atas daya gerak elektrik (d.g.e.) suatu sel kimia.

Pemboleh ubah:
Pembolehubah dimalarkan: Jenis elektrolit yang digunakan (larutan kuprum(II)sulfat dan
larutan zink acetat), titian garam
Pembolehubah bergerak balas: Nilai daya gerak elektrik
Pembolehubah dimanipulasi: Kepekatan zink acetat

Bahan dan radas:

1. 1.0 M larutan kuprum(II) sulfat


2. 2.0 M larutan zink acetat
3. 1.0 M larutan zinik acetat
4. 0.1 M larutan zink acetat
5. 0.01 M larutan zink acetat
6. 0.001 M larutan zink acetat
7. Larutan kalium klorida tepu
8. Bekalan kuasa arus ulang alik
9. Penyambung wayar
10. Multitester
11. Kepingan kuprum
12. Kepingan zink
13. Dawai potentiometer dan pembaris 100cm
Larutan
berwarna jernih
merupakan
larutan zink
acetat yang
berlainan
1.0M Larutan kepekatan (2M,
kuprum(II) sulfat 1M, 0.1M, 0.01M
dan 0.001M)

Gambar 1: Bahan yang digunakn dalam eksperimen ini.

Prosedur

1. Dengan menggunakan silinder penyukat, 50.0 cm3 larutan 1.0 M larutan kuprum(II) sulfat
disukatkan ke dalam bikar A dan 50.0 cm3 larutan 2.0 M larutan zink acetat disukatkan ke
dalam bikar B.
2. Kertas turas direndamkan ke dalam larutan kalium iodida tepu; keludian kedua-dua hujung
kertas turas itu dicelupkan ke dalam bikar A dan B membentuk titian garam.
3. Kepingan kuprum dan zink dibersihkan dengan kertas pasir kemudian dicuci dengan air
suliing dan dikeringkan.
4. Kepingan kuprum disambungkan ke[ada hujung ‘multimeter’ yang disambung ke terminal
positif akumulator.
5. Kepingan zink disambungkan ke ‘multimeter’ yang disambung ke ‘jockey’.
6. Terminal negatif akumulator disambungkan ke hujung potentiometer yang satu lagi seperti
dalam Rajah 1.
7. Kedua-dua kepingan logam dicelupkan ke dalam larutan ion masing-masing selepas 1 minit,
‘jockey´ disentuhkan di sepanjang wayar potentiometer sehingga ‘multimeter’ menunjukkan
bacaan sifar.

Gambar 2: ‘Jockey’ disentuhkan


pada wayar potentiometer.
8. Panjang wayar potentiometer dicatatkan sebagai x cm dan direkodkan dalam Jadual 1.
9. Langkah 1 – 8 diulang dengan menggunakan 1.0 M larutan zinik acetat, 0.1 M larutan zink
acetat, 0.01 M larutan zink acetat, 0.001 M larutan zink acetat untuk menggantikan larutan
2.0 M larutan zink acetat.
10. Esel dikira menggunakan formula di bawah:

𝑋
𝐸𝑠𝑒𝑙 = 𝑋 2𝑉
𝑃𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔 𝑤𝑎𝑦𝑎𝑟 𝑝𝑜𝑡𝑒𝑛𝑡𝑖𝑜𝑚𝑒𝑡𝑒𝑟

Bekalan kuasa
arus ulang alik

Larutan kuprum(II)
sulfat beserta plat Dawai
kuprum yang potentiometer dan
dicelupkan pembaris 100cm

Larutan zink acetat ‘Jockey’


beserta plat zink
yang dicelupkan
Klip buaya Multimeter

Gambar 3: Susunan bahan dan radas.


Penjadualan data

Panjang wayar potentiometer = 100 cm

Eksperimen Bikar A Bikar B Panjang EӨ cell (V) [Zn2+]


wayar, x (cm) (mol dm-3)
50 cm3 1.0 M 50 cm3 2.0 M
larutan larutan zink
1 60 1.20 2.0
kuprum(II) acetat
sulfat
50 cm3 1.0 M 50 cm3 1.0 M
larutan larutan zink
2 65 1.30 1.0
kuprum(II) acetat
sulfat
50 cm3 1.0 M 50 cm3 0.1 M
larutan larutan zink
3 72 1.44 0.1
kuprum(II) acetat
sulfat
50 cm3 1.0 M 50 cm3
larutan 0.01M
4 84 1.68 0.01
kuprum(II) larutan zink
sulfat acetat
50 cm3 1.0 M 50 cm3
larutan 0.001M
5 94 1.88 0.001
kuprum(II) larutan zink
sulfat acetat
Jadual 1.
Pengiraan / Analisis data

Bagi eksperimen 1:
60
𝐸 𝜃 𝑠𝑒𝑙 = 𝑋 2𝑉 = 1.2 𝑉
100
log[𝑍𝑛2+ ] = log[2.0] = 0.30 𝑚𝑜𝑙 𝑑𝑚−3

Bagi eksperimen 2:
65
𝐸 𝜃 𝑠𝑒𝑙 = 𝑋 2𝑉 = 1.3 𝑉
100
log[𝑍𝑛2+ ] = log[1.0] = 0 𝑚𝑜𝑙 𝑑𝑚−3

Bagi eksperimen 3:
72
𝐸 𝜃 𝑠𝑒𝑙 = 𝑋 2𝑉 = 1.44 𝑉
100
log[𝑍𝑛2+ ] = log[0.1] = −1 𝑚𝑜𝑙 𝑑𝑚−3

Bagi eksperimen 4:
84
𝐸 𝜃 𝑠𝑒𝑙 = 𝑋 2𝑉 = 1.68 𝑉
100
log[𝑍𝑛2+ ] = log[0.01] = −2 𝑚𝑜𝑙 𝑑𝑚−3

Bagi eksperimen 5:
94
𝐸 𝜃 𝑠𝑒𝑙 = 𝑋 2𝑉 = 1.88 𝑉
100
log[𝑍𝑛2+ ] = log[0.001] = −3 𝑚𝑜𝑙 𝑑𝑚−3
Eksperimen Bikar A Bikar B EӨ cell (V) [Zn2+] log [Zn2+]
(mol dm-3)
50 cm3 1.0 M 50 cm3 2.0 M
larutan larutan zink
1 1.20 2.0 0.3
kuprum(II) acetat
sulfat
50 cm3 1.0 M 50 cm3 1.0 M
larutan larutan zink
2 1.30 1.0 0
kuprum(II) acetat
sulfat
50 cm3 1.0 M 50 cm3 0.1 M
larutan larutan zink
3 1.44 0.1 -1
kuprum(II) acetat
sulfat
50 cm3 1.0 M 50 cm3
larutan 0.01M
4 1.68 0.01 -2
kuprum(II) larutan zink
sulfat acetat
50 cm3 1.0 M 50 cm3
larutan 0.001M
5 1.88 0.001 -3
kuprum(II) larutan zink
sulfat acetat
Jadual 2
EӨ cell melawan log[Zn2+] EӨcell
2

1.8

1.6

1.4

y = -0.2615x + 1.6627 1.2

0.8

0.6

0.4

0.2

0
-3.5 -3 -2.5 -2 -1.5 -1 -0.5 0 0.5
log[Zn2+]

Graf 1: EӨcell melawan log[Zn2+]

Daripada Graf 1, EӨsel adalah berkadar sonsang dengan log[Zn2+].


Perbincangan
Dalam eksperimen ini, kami dikehendaki untuk mengkaji kesan kepekatan larutan ke atas daya
gerak elektrik suatu sel kimia. Kepekatan larutan kuprum(II) sulfat dimalarkan iaitu pada 1.0 M
manakala larutan zink acetat pula diubah-ubah kepekatannya (dimanipulasi) iaitu pada 2.0 M, 1.0
M, 0.1 M, 0.01 M dan 0.001 M. Lima eksperimen telah dijalankan iaitu;

Eksperimen Bikar A Bikar B


3 3
1 50 cm 1.0 M larutan kuprum(II) sulfat 50 cm 2.0 M larutan zink acetat
2 50 cm3 1.0 M larutan kuprum(II) sulfat 50 cm3 1.0 M larutan zink acetat
3 50 cm3 1.0 M larutan kuprum(II) sulfat 50 cm3 0.1 M larutan zink acetat
4 50 cm3 1.0 M larutan kuprum(II) sulfat 50 cm3 0.01M larutan zink acetat
5 50 cm3 1.0 M larutan kuprum(II) sulfat 50 cm3 0.001M larutan zink acetat
Jadual 3: Pasangan bahan eksperimen yang dijalankan.

Sel galvanik terbentuk daripada dua jenis elektrod yang berbeza, iaitu elektrod zink dan
elektrod kuprum. Setiap elektrod dielupkan ke dalam larutan garam berdasarkan jenis elektrod
tersebut. Dalam eksperimen ini, larutan zink acetat digunakan sebagai elektrolit bagi elektrod zink
dan larutan kuprum(II) sulfat dijadikan sebagai elektrolit bagi elektrod kuprum. Kedua-dua
elektrolit ini dihubungkan oleh titian garam (salt bridge). Fungsi titian garam adalah untuk
memisahkandua jenis larutan bahan tindak balas tersebut dan juga membenarkan ion-ion
mengalir melaluinya untuk melangkapkan litar

Zink merupakan anod (terminal negatif) pada sel ini kerana ia mempunyai nilai keupayaan
elektrod piawai (EӨsel) yang lebih tinggi berbanding dengan kuprum. Berdasarkan siri elektrokimia
(rujuk lampiran), zink mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada kuprum dengan nilai
EӨselnya -0.76 V, manakala nilai EӨsel bagi kuprum ialah +0.34 V. Ini juga bermaksud kuprum
merupakan katod (terminal positif) dalam sel ini (Morrel, n.d.)

Elektrod zink mengalami tindak balas pengoksidaan, manakala elektrod kuprum


mengalami tindak balas penurunan. Ini adalah kerana apabila nilai EӨsel lebih positif, maka ia
mempunyai keupayaan yang lebih tinggi untuk bertindak sebagai agen penurunan. Sebaliknya,
apabila nilai EӨsel negatif, maka ia mempunyai keupayaan lebih tinggi untuk bertindak sebagi agen
pengoksidaan. Nilai EӨsel bagi zink ialah -0.76 V, manakala nilai EӨsel bagi kuprum ialah +0.34 V.

Tindak balas di dalam sel galvanik melibatkan penurunan, pengoksidaan dan juga tindak
balas redoks. Pengoksidaan berlaku apabila sesuatu bahan membebaskan atau melepaskan
electron dan menjadi agen penurunan. Apabila pengoksidaan berlaku, nombor pengoksidaan
sesuatu bahan itu akan bertambah. Penurunan sesuatu bahan pula akan berlaku apabila ia
menerima electron dan bahan ini akan menjadi agen pengoksidaan. Nombor pengoksidaan akan
menurun apabila penurunan berlaku (Loh, 2004). Berikut merupakan persamaan setengah yang
berlaku di anod dan katod:

Tindak balas pengoksidaan (katod):


Zn (pe)  Zn2+ (ak) + 2e-

Tindak balas penurunan (anod):


Cu2+ (ak) + 2e-  Cu (pe)

Tindak balas redox:


Zn (pe) + Cu2+ (ak)  Zn2+ (ak) + Cu (pe)

Berikut merupakan lukisan rajah sel bagi sistem elektrokimia ini:


Zn (pe) | Zn2+ (ak) || Cu2+ (ak) | Cu (pe)

Daripada bahagian Pengiraan / Analisis data, satu graf telah diplot iaitu graf EӨsel melawan
log[Zn2+]. Berdasarkan graf tersebut, dapat dilihat bahawa nilai EӨsel adalah berkadar sonsang
dengan nilai log[Zn2+]. Nilai EӨsel meningkat apabila nilai log[Zn2+] menurun. Ini bermaksud
kepekatan Zn2+ mempengaruhi daya gerak elektrik (d.g.e.) sel.

Daripada graf, EӨsel meningkat, log[Zn2+] menurun.


Jika log[Zn2+] menurun, [Zn2+] juga menurun.

Dapat disimpulkan bahawa, nilai EӨsel adalah berkadar sonsang dengan nilai kepekatan Zn2+. Jika
kepekatan Zn2+ meningkat, maka nilai EӨsel menurun dan sebaliknya.

Berikut merupakan langkah berjaga-jaga agar keputusan yang diperoleh lebih tepat:

1. Bekalan kuasa mestilah ditetapkan pada 2V agar pengukuran dan pengrekodan eksperimen
ini adalah sentiasa kosisten.
2. Sebelum memulakan eksperimen, kita mesti memastikan agar semua wayar disambungkan
dengan betul.
3. Multimeter mesti berfungsi dengan baik dan jarum multimeter meter harus diperiksa agar ia
menunjukkan sifar bagi mengelakkan sebarang ralat paralaks.
4. Semasa membersihkan plat kuprum dan zink, kita mestilah berhati-hati kerana ia mempunyai
hujung tajam dan mungkin akan mencederakan kita.
5. Bagi memastikan keputusan eksperimen yang tepat dan jitu, kepingan kuprum dan zink perlu
dibersihkan sepenuhnya dengan menggunakan kertas pasir kerana kuprum dan zink akan
mudah teroksida.
6. Joki yang kita gunakan mesti diletakkan dengan serta-merta di atas wayar potentiometer.
7. Joki tidak boleh digelongsorkan di sepanjang wayar potentiometer bagi mengelakkan
pembentukan rintangan

Kesimpulan

Kepekatan ion mempengaruhi nilai daya gerak elektrik (d.g.e.) sesuatu sel, di mana d.g.e. akan
menurun apabila kepekatan produk (ion larutan) meningkat. Dalam eksperimen ini, kita dapat
ketahui bahawa nilai Eөsel adalah berkadar secara songsang dengan nilai log [Zn2+].

Jika kepekatan ion Zn2+ meningkat, maka nilai Eөsel menurun.

Jika kepekatan ion Zn2+ menurun, maka nilai Eөsel meningkat.

Rujukan
Loh, Y. L., & Sivaneson, N. (2004). STPM Physical Chemistry Volume 2. Johor Darul Takzim:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Morrel, F. C. (n.d.). Standard electrode potentials. Diambil pada 6 Februari 2019 daripada
http://m.everythingscience.co.za/grade-12/04-electrochemical-reactions/04-
electrochemical-reactions-04.cnxmlplus.
Lampiran

Anda mungkin juga menyukai