Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA KANIVAL UNIT BERUNIFORM

SK SUNGAI SERAI 2014

1.0 PENGENALAN

Golongan pelajar-pelajar hari ini terdedah kepada alam persekitaran yang begitu mencabar.
Pembangunan pesat yang berlaku sejak kebelakangan ini memberikan banyak kesan ke atas
perkembangan fizikal, mental, emosi, psikologi dan sosio-budaya remaja.

Cara gaya didikan yang diberikan oleh ibubapa dan agen-agen lain tidak memadai dan
kadangkala tidak seimbang dengan kehendak dan keperluan perkembangan remaja. Justeru mereka
perlu diberikan bimbingan tambahan. Mereka perlu dibimbing meneruskan program dan aktiviti yang
dapat menyumbang ke arah pemupukan nilai, sikap dan ciri-ciri amalan yang positif, berketrampilan dan
berdaya tahan menghadapi cabaran perubahan yang semakin kritikal. Penyuntikan ilmu bagi membentuk
satu generasi yang diharapkan kebal terhadap segala rintangan dan dapat berfikir secara rasional tanpa
membelakangi hala tuju. Mereka perlu dibimbing untuk membuat pilihan yang tepat sebagai persediaan
mereka membina citra hidup yang sihat, dinamik, produktif dan kompetitif selaras dengan inspirasi
keluarga, masyarakat, agama dan Negara.

2.0 OBJEKTIF

Selepas menjalani program murid dapat :

 2.1 Mengetahui, memahami serta mempraktikkan aktiviti asas ikhtiar hidup melalui aktiviti
memasak.

 2.2 Mempelajari, memahami serta melakukan sendiri sesuatu aktiviti yang dilakukan untuk
memecahkan perasaan rendah diri, tidak yakin dan tidak mengharapkan orang lain.

 2.3 Menghayati, melindungi dan menghargai alam sejagat ciptaan Tuhan melalui konsep
perlindungan bersepadu.

 2.4 Mengetahui, menyedari serta dapat bertindak pantas dalam sebarang masa kecemasan
dengan penggunaan sebarang benda yang ada di persekitaran.

 2.5 Menanam sikap bertoleransi, bekerjasama, tolong-menolong dan sentiasa bermuafakat


dalam segala perkara dan melemparkan perasaan dengki, tamak, mementingkan diri sendiri dan
angkuh.
3.0 SASARAN

Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 (Pengakap, Bulan Sabit Merah dan TKRS )

4.0 TARIKH & TEMPOH

18 Oktober 2014 (Sehari)

5.0 TEMPAT

Padang sekolah

6.0 BILANGAN PESERTA

167 orang peserta (157 murid kelas normal dan 10 murid kelas khas)

7.0 SUMBER KEWANGAN

Wang PCG Kokurikulum


ANGGARAN PERBELANJAAN

A. PERALATAN

1. Musk keen (12 unit x RM 12.00 ) RM 144.00

2. Kayu gajet (40 batang x RM 4.00) RM 160.00

RM 304.00

SUMBER PENDAPATAN - PCG KOKURIKULUM RM 304.00


JAWATANKUASA PELAKSANA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK SUNGAI SERAI 2014

PENASIHAT : TN.HJ. AYUB BIN MAT RASHID

PENGERUSI : PN. RAHMAH BT HASHIM

NAIB PENGERUSI : PN.HURUL AIN

PN. ROHANA BT OTHMAN

PN.FAZIDAH BT ZAINAL ABIDIN

PENYELARAS : EN JOHARI BIN MOHAMED ZAWAWI

KETUA-KETUA UNIT UNIFORM:

1.EN.WAN ROSLAN B.WAN ABDUL GHANI (PENGAKAP)

2.EN.NORMIZI B. ABDULLAH (PBSM)

3.EN.YAHYA B. YAZIZ (TKRS)