Anda di halaman 1dari 1

BADAN KEBAJIKAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SERAI


23000 DUNGUN, TERENGGANU. TEL/FAX: 09-8481672
Rujukan kami : SKPSD 600/02/13/35(15)
Bertarikh : 11 April 2019

…………………………………………
………………………………………...

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI LAWATAN MUHIBBAH MURID-MURID


PENDIDIKAN KHAS, SK PULAU SERAI DAN SK KOMPLEKS KUALA ABANG,
DUNGUN.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Program Pendidikan Khas Integrasi SK Pulau Serai akan mengadakan lawatan


Muhibbah untuk sesi Terapi Hidro dan Terapi berkuda bagi Murid Berkeperluan Khas.
Maklumat lawatan adalah seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 17 & 18 April 2019


Bil peserta : 53 orang
Tempat : TERENGGANU INTERNATIONAL ENDURANCE PARK
(TIEP LEMBAH BIDONG,SETIU) ,
: PERPUSTAKAAN AWAM TERENGGANU DAN
: HOTEL SUTRA BEACH RESORT, MERANG,SETIU.

3. Sehubungan itu, kami ingin memohon sumbangan kewangan bagi menampung


keperluan kami semasa lawatan itu nanti. Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Bank
Islam PIBG SK Pulau Serai, 13044010025992. Bersama-sama ini disertakan tentatif
lawatan tersebut.

4. Untuk sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh berhubung dengan Penyelaras


Lawatan, Puan Khatijah binti Zawawi di talian 010-9067185. Diharap pihak tuan dapat
memberi maklumbalas dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ Memperkasakan Transformasi Pendidikan ”


“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menjalankan amanah,

.......................................................
(AFIZAL BIN MOHD YASIN)
Pengerusi Badan Kebajikan PPKI,
SK Pulau Serai, Dungun.

Sk Fail Lawatan PPKI

Anda mungkin juga menyukai