Anda di halaman 1dari 2

Pemerkasaan Pekerja, Kesatuan Sekerja dan Inovasi di Era Revolusi Industri 4.

oleh

MOHD NOH BIN BINTING


HA24 SEJARAH
Universiti Malaysia Sabah

Kesatuan Sekerja di Malaysia memerlukan lebih banyak penambahbaikan disebabkan


kesatuan sekerja tidak dipandang serius oleh syarikat dan juga pekerja itu sendiri. Oleh
itu,pemerkasaan pekerja untuk lebih memahami tentang kesatuan sekerja amat penting agar
kebajikan mereka terjaga. Hasil dari pemerkasaan ini juga turut mendorong kepada
peningkatan mutu pekerja dan penghasilan pekerja produktif sekiranya kesatuan sekerja dapat
dijalankan dengan baik. Pekerja yang inovatif dapat melakukan pekerjaan diluar kemampuan
dan seterusnya melahirkan suatu pembaharuan dalam pekerjaan terbabit. Oleh itu, seiring
dengan Revolusi Industri 4.0, pekerja di Malaysia seharusnya lebih peka dan proaktif dalam
memastikan gerak kerja mereka seiring dengan pembangunan inovasi tidak kira teknologi
ataupun sistem pekerjaan. Kesemua ini bertujuan meletakkan Malaysia seiring dengan
negara-negara maju dan untuk mengecapi hal tersebut harus bermula daripada pemerkasaan
kesatuan sekerja dan seterusnya di peringkat pekerja. Kesatuan sekerja yang mantap dapat
memastikan pekerja untuk mematuhi peraturan dan mengenalpasti masalah yang dihadapi
oleh pekerja. Justeru itu, pekerja dibawah kesatuan sekerja akan memiliki emosi yang baik
dan prestasi kerja yang tinggi.

[Katakunci: kesatuan sekerja, revolusi industry 4.0, inovasi, pekerja, Malaysia]


Rujukan:

Azizan, H. M., & Razlina, H. J. (2015). Relationship between workplace incivility, job attitudes and
muslim religiosity personality among trade union members. Global Journal Al-Thaqafah, 5(2), 43-51.

Satar, N. S. M., & Morshidi, A. (2007). An Evaluation of Cultural Roles and Usability Attributes in
Learning Management System. Faculty of Information Technology and Multimedia Communication,
Open University Malaysia.

Morshidi, A. H., & Hamid, F. A. (2010). E-Government and Malaysia: A Theoretical


Consideration. SOSIOHUMANIKA, 3(2).

Nurhizam, Azizan dan Yuriny (2019). Revolusi Perindustrian 4.0: Satu Pemanfaatan Transformasi
Digital dalam Sektor Awam. UKM Pakarunding, Bangi. ISBN: 9789671244210

Anda mungkin juga menyukai