Anda di halaman 1dari 11

SJK(T) LADANG SUNGAI BUAR

BAHASA MALAYSIA (PEMAHAMAN)


TAHUN 4
UJIAN PERTENGAHAN TAHUN /2018
100
NAMA : _______________________________

BAHAGIAN A

Soalan 1 hingga 16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “Ampun _________________, patik telah menyiasat kejadian di situ”, kata


Datuk Bendahara.

A beta B tuanku

C patik D baginda

2. “Eh, Datuk Bendahara , _____________ lihat ada orang terjatuh di situ! ”,


kata Sultan Mansur kepada Bendahara.

A beta B hamba

C tuanku D baginda

3. Yang melakonkan watak raja itu _________________ ?

A apa B mana

C siapa D mengapa

4. “Apakah yang berlaku di _________________?”, tanya Sultan Mansur


kepada Datuk Bendahara sambil menunjuk ke arah sekumpulan rakyat yang
berdiri di tepi sawah.

A itu B ini

C sana D sini

5. Rasa buah durian belanda itu agak ____________.

A sunyi B nipis

C masak D manis

1
6. Azman berasa amat ___________ kerana dapat pergi ke ladang Ayah Aznan

A sunyi B damai

C deras D gembira

7.

Buah durian belanda ______________ apabila sudah masak.

A nipis B damai

C lembik D tinggi

8. Encik Daud telah ke __________ untuk mendaftarkan kelahiran Azwin.

A hospital B balai polis

C pejabat pendaftaran D klinik swasta

9. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

“ Zhi Wei , tolong ibu angkat meja ini”, kata ayah.

A Ayah meminta Zhi Wei supaya menolong ibunya mengangkat meja.

B Zhi Wei meminta ayahnya mengangkat meja dengan ibunya.

C Ibunya disuruh mengangkat meja dengan ayah dan Zhi Wei.

D Ibu meminta ayah dan Zhi Wei supaya mengangkat meja.

10. Pilih ayat yang betul.

A Azwin dilahirkan dari Hospital Kuala Lumpur.

B Semua murid bekerjasama menghias kelas supaya kelihatan ceria.

C Majlis ulang tahun kelahiran telah diraikan kepada Azwin.

2
D Saya akan menyampaikan maklumat tentang lawatan itu pada mereka.

( /10 markah)

Soalan 11 hingga 15

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sekolah Saya Ceria

Kai Chun dan kawan – kawannya mengadakan aktiviti mengemaskan dan


membersihkan sekolah. Mereka ingin menceriakan sekolah.

Mula – mula, Kai Chun dan kawan – kawannya membaiki meja dan kerusi
yang rosak. Meja dan kerusi yang tidak dapat dibaiki telah dileraikan.

Nisah , Siew Min dan Ratna pula mengecat bilik darjah. Mereka mengecat
dengan warna yang dipilih oleh guru.

Aznan dan Herina mengemaskan buku – buku di pondok bacaan. Buku – buku
disusun dan disimpan di rak. Rak – rak itu dilabelkan supaya murid – murid dapat
meletakkan buku – buku pada tempatnya.

Selepas tamat aktiviti, guru besar mengucapkan terima kasih dan


mengadakan jamuan untuk mereka di kantin. Kai Chun dan kawan – kawannya
sangat seronok. Sekolah mereka semakin ceria.

11. Siapakah yang mengadakan aktiviti mengemas dan membersihkan sekolah?

A Guru-guru C Ibu bapa

B Guru Besar D Kai Chun dan rakan – rakannya.

12. Program mengemas dan membersihkan sekolah diadakan bertujuan untuk

A mengadakan jamuan makanan

B meningkatkan keceriaan kawasan sekolah.

C membincangkan cara menceriakan kawasan sekolah.

D mengadakan sesi perkenalan antara ibu bapa dan murid-murid

3
13. Apakah yang telah dilakukan pada meja dan kerusi yang tidak dapat dibaiki?

A dileraikan menjadi pagar taman herba.

B dicat dan dilabelkan semula.

C disusun dan disimpan di rak.

D diletak di pondok bacaan.

14. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A Program membersih dan mengemas sekolah melibatkan ibu bapa dan guru
sahaja.

B Program membersih dan mengemas sekolah telah menambah keceriaan


kawasan sekolah.

C Kai Chun dan Herina telah mengecat bilik darjah.

D Nisah dan Ratna telah meleraikan meja dan kerusi yang rosak.

15. Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan dibaiki.

A rosak B baik pulih

C elok D lerai

BAHAGIAN B

Soalan 16

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberi.

melahirkan kesejahteraan kesihatan

pegang menyayangi mengucapkan

Kepada pak cik dan mak cik ,

Kami ingin ____________ tahniah kepada pak cik dan mak cik. Kami berasa
sangat gembira dengan ___________ adik Safiah. Kami bersyukur kerana

4
mak cik selamat ____________ adik Safiah. Kami akan membantu pak cik dan
mak cik menjaga ____________ adik. Kami mendoakan agar adik sentiasa sihat
dan sejahtera. Kami amat ____________ adik.

( /4 markah)

Soalan 17

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

___________________________________________________________

__________________________________________________________?

Jawapan:

Encik Arjun telah pergi ke Kuala Lumpur menaiki bas pada hari Ahad yang lalu.

[2 markah]

b. Tulis respons yang sesuai untuk ayat perintah berikut.

Mei Mei , tolong beritahu


kepada ayah kamu bahawa
mesyuarat PIBG akan
diadakan esok.

___________________________________________________________

___________________________________________________________

5
[2 markah]

c. Nyatakan bandingan semacam yang sesuai berdasarkan gambar di bawah.

_________________________________________________________

( /2 markah)

Soalan 18

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Telur Omega 3 mengandungi khasiat lima kali ganda berbanding telur


biasa. Ia juga mempunyai jumlah kolestrol yang rendah berbanding telur
biasa.

Telur ini mengandungi asid lemak omega 3 , vitamin E, vitamin A dan


vitamin D. Vitamin ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko
penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, dan penyakit barah.

Harga telur Omega 3 lebih mahal berbanding telur biasa. Saiznya


agak besar.Telur Omega ini juga boleh membantu meningkatkan
pertumbuhan dan perkembangan otak, sistem saraf dan tisu-tisu mata

( retina ).

Bak kata pepatah alah membeli menang memakai. Walaupun harganya


lebih mahal sedikit tetapi ia amat baik untuk kesihatan kita sekeluarga.
Pada masa kini, orang ramai sudah mula mementingkan pemakanan sihat dan
seimbang.

Kerajaan telah menggalakkan rakyat agar sentiasa menjaga pemakanan


untuk menjamin kesihatan yang lebih baik.

6
a. Apakah kelebihan telur Omega 3?

___________________________________________________________

___________________________________________________________

[2 markah]

b. Nyatakan vitamin – vitamin yang terkandung dalam telur Omega 3.

___________________________________________________________

___________________________________________________________

[2 markah]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan.

Telur Omega 3 adalah lebih murah

berbanding telur biasa.

Kita perlu memakan telur Omega 3


Betul
kerana ia lebih berkhasiat.

Salah
Telur Omega 3 memelihara

perkembangan otak, saraf dan mata.

Kerajaan tidak menggalakkan rakyat

untuk membeli telur Omega 3

( / 2 markah)

7
Soalan 19

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah


memaklumkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari stesen KL Sentral ke
Padang Besar, Perlis dan Ipoh, Perak ke Padang Besar telah bermula hari ini.
KTMB dalam kenyataannya memberitahu, kedua-dua perkhidmatan tren tersebut
dikendalikan oleh KTM Intercity.

Buat permulaan KTMB hanya menyediakan satu perkhidmatan tren untuk


setiap arah bagi dua unit ETS. Kekerapan tren akan ditambah dari semasa ke
semasa apabila ETS baharu mula beroperasi. Perkhidmatan ETS Ekspres ke
Padang Besar hanya akan berhenti di 15 buah stesen atau hentian bermula dari
KL Sentral.

“Laluan tren dari KL Sentral ke Padang Besar berlepas pada pukul 9:30
pagi dan dijangka tiba pada pukul 3:00 petang manakala, perjalanan dari Padang
Besar ke KL Sentral pula bertolak pada pukul 4:00 petang dan sampai 9:15
malam. Harga tiket untuk perjalanan sehala adalah RM80.00,” menurut kenyataan
yang dikeluarkan oleh pihak KTMB hari ini.
Dalam pada itu, menurut kenyataan itu lagi, perkhidmatan tren ETS Transit Ipoh
ke Butterworth ke Padang Besar dan sebaliknya telah bermula semalam.
Perkhidmatan transit ini akan berhenti di kesemua 24 stesen dari Ipoh ke
Padang Besar.

Tambah kenyataan itu, sebanyak sepuluh stesen atau hentian baharu turut
diperkenalkan iaitu Anak Bukit, Bukit Ketri, Bukit Tengah, Kamunting, Kobah,
Kodiang, Padang Rengas, Simpang Ampat, Tasek dan Tasek Gelugor.

“Penumpang boleh membuat pembelian dan tempahan tiket bermula hari


ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang KTMB di www.ktmb.com.my
atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 1-300-88-5862,” kata
kenyataan tersebut.

a. Perkataan tren dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan


__________________

(2 markah)

8
b. Nyatakan laluan yang diperkenalkan oleh KTMB melalui perkhidmatan tren
elektrik (ETS) yang bermula pada 11 Julai.

____________________________________________________

____________________________________________________

(2 markah)

c. Apakah nama sepuluh stesen atau hentian baharu yang diperkenalkan oleh
KTMB melalui perjalanan ETS dari Ipoh ke Padang Besar?

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(2 markah )

d. Berapakah harga tiket yang dikenakan bagi perjalanan sehala menggunakan


perkhidmatan ETS dari KL Sentral ke Padang Besar? Nyatakan dua cara untuk
membeli dan menempah tiket ETS tersebut?

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

( 3 markah)

9
Soalan 20

Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Alam sekitar tanggungjawab kita

Keindahan perlu dijaga

Tempat kehidupan

Manusia, flora, fauna

Indahnya suasana

Alam sekitar tanggungjawab kita

Asap, toksik dan sisa

Hindarinya di mana sahaja

Ceria alam kita

Bersih dan selesa

Alam sekitar tanggungjawab kita

Amalkan kitar semula

Teknologi hijau usah dilupa

Alam sekitar terpelihara

Hidup kita sejahtera

a. Apakah yang harus kita lakukan untuk menjaga alam sekitar berdasarkan
rangkap ketiga puisi?

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

[ 2 markah]

10
b. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkap di bawah:

Keindahan perlu dijaga

Tempat kehidupan

Manusia, flora, fauna

__________________________________________________________

__________________________________________________________

( 2 markah)

c. Apakah nilai yang perlu ada mengikut puisi di atas.

____________________

(2 markah)

d. Berikan 3 kesan yang mungkin berlaku jika kita tidak menjaga alam sekitar.

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

[3 markah]

…kertas soalan tamat…..

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(Pn.R.Komala) (Pn.R.Kavitha Sri)

Guru BM K.Panitia BM

11

Anda mungkin juga menyukai