Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2019

Program : PISMP
Nama Pelajar :

Semester /Tahun : Semester 2 /


KOD : PKPK3152
Tahun 3

Ambilan : Jun 2016


NAMA KURSUS : Inovasi Digital dalam
Kumpulan : PISMP Pemulihan
Pengajaran dan Pembelajaran
(PML)

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

Tugasan 1 : Projek (70%) 13.02.2019 14.03.2019

Tugasan 2 : Laporan Projek (10%)


13.03.2019 18.03.2019
Tugasan 3 : Pembentangan (10%
11.02.2019 14.02.2019
Tugasan 4 : Kuiz (10%)
05.03.2019 05.03.2019

Hasil Pembelajaran Kursus :

1. Menjelaskan konsep-konsep berkaitan inovasi melalui penyampaian idea dengan terang


dan berkesan secara lisan dan bertulis. (C2, A2, PLO1, PLO4, CS3)

2. Mengaplikasikan model pembelajaran trialogical dalam aktiviti pembangunan projek atau


aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (C3, A1, PLO2)

3. Menghasilkan inovasi berasaskan masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tujuan


pemasaran. (C6, A3, PLO2, PLO7, KK1)

4. Menilai penciptaan inovasi dan impaknya terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran
dengan mencadangkan idea dan penyelesaian alternatif. (C5, A3, PLO1, PLO3, CTPS3)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3,dan 4


Objektif Kerja Kursus :

Pelajar dapat :

1. Menerangkan konsep-konsep berkaitan inovasi melalui kuiz, pembentangan proposal dan


pelaporan projek berkaitan inovasi.

2. Menghubungkaitkan model pembelajaran trialogical dalam aktiviti pembangunan projek


atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

3. Menghasilkan produk inovasi digital berasaskan masalah pengajaran dan pembelajaran


yang boleh dikomersialkan.

4. Melaporkan hasil inovasi dan kesannya terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran
dengan mencadangkan idea dan penyelesaian alternatif

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Setiap insan mempunyai kemahiran dan kelebihan yang tersendiri. Hanya anda sendiri yang tahu
akan potensi diri anda. Terdapat pelbagai cara untuk menjadi individu yang berinovasi dengan
menimba ilmu, meneliti persekitaran dan seterusnya membina idea baharu. Ini menjurus kepada
matlamat dan hasrat negara selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025) untuk mencetus inovasi dan pencapaian prestasi yang lebih tinggi dalam kalangan
bakal guru.

Tugasan 1: Projek– (70%)

Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan proposal projek yang lengkap berdasarkan
model pembelajaran trialogikal yang sesuai melalui pelbagai sumber rujukan.

Seterusnya, anda dikehendaki menghasilkan satu produk inovasi digital yang dapat mengatasi
masalah pengajaran dan pembelajaran. Inovasi produk tersebut berpotensi untuk
dikomersialkan.

Hasil produk inovasi tersebut perlu diuji untuk menilai keberkesanannya terhadap penyelesaian
masalah pengajaran dan pembelajaran.

Promosikan hasil produk inovasi digital anda bagi tujuan memperoleh maklumbalas untuk
dikomersialkan.

Tugasan 2 - Laporan Projek (10%)

Sediakan satu laporan projek yang lengkap mengikut format yang betul.

Laporan projek perlu ada keberkesanan hasil produk inovasi digital anda terhadap penyelesaian
masalah pengajaran dan pembelajaran.

Laporan juga perlu ada cadang idea untuk penambahbaikan dan penyelesaian alternatif

Panjang penulisan laporan ialah 500 patah perkataan


Tugasan 3 – Pembentangan (10%)

Membentangkan secara terperinci proposal projek yang lengkap berdasarkan kepada model
pembelajaran trialogikal yang sesuai

Proposal projek yang dibentang perlu merujuk kepada pelbagai sumber rujukan yang berkaitan
dengan inovasi digital dan inovasi pengajaran pembelajaran.

Kandungan inovasi digital yang dibentang hendaklah berasaskan kepada mata pelajaran teras
atau mata pelajaran elektif teras anda

Tempoh pembentangan adalah selama 30 minit

Tugasan 4 – Kuiz (10%)

Anda dikehendaki menjawab tiga soalan struktur pendek dalam masa 30 minit.

Soalan kuiz adalah berdasarkan kepada tajuk;


- 1. Konsep dan proses inovasi
- 2. Pengenalan Pembelajaran Trialogikal

Penilaian adalah berdasarkan kepada skema pemarkahan yang disediakan

Arahan Pelaksanaan Tugasan :

1. Semua tugasan ialah tugasan INDIVIDU. Walau bagaimanapun anda boleh bergerak
secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
2. Buat rujukan yang mencukupi dan terkini serta lampirkan senarai rujukan dalam penulisan
anda.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :
i. Font Arial
ii. Saiz huruf ialah 11 point
iii. Langkau 1.5 baris
iv. Rujukan mengikut format A.P.A (American Psychological Association)
4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Jika didapati berlaku, pelajar akan
digagalkan kerja kursus
5. Muka depan tugasan merangkumi:
i. Nama pelajar
ii. Angka giliran
iii. No. Kad Pengenalan
iv. Kumpulan/Unit
v. Kod dan Nama Kursus
vi. Nama Pensyarah
vii. Tarikh hantar
6. Anda mesti hantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang dihantar
lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.
7. Tugasan ini membawa peratusan wajaran 100%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut :

1. Projek
 Pencapaian hasil produk
 Organisasi maklumat
 Bahasa
 Rujukan dan bahan-bahan sokongan
 Kemahiran insaniah

Kriteria Hasil Produk


 Mudah guna (friendly user)
 Perkaitan tema
 Kreativiti
 Kos efektif
 Keberkesanan pdp
 Potensi untuk dikomersialkan
 Mudah dan selamat/ketahanan

Kriteria promosi
 Mudah guna (friendly user)
 Inovasi dan kolaboratif (promosi)
 Kebolehpasaran
 Mudah dicapai

2. Laporan Projek
 Huraian keberhasilan dan impak
 Cadangan penambahbaikan
 Penyelesaian alternatif
 Organisasi maklumat
 Bahasa

3. Pembentangan Proposal
 Huraian isi kandungan
 Persembahan
 Model pembelajaran
 Bahasa
 Sumber rujukan
 Kemahiran insaniah

Kriteria Pentaksiran
Tugasan ini disemak berdasarkan rubrik pentaksiran dan skema pemarkahan yang disediakan.
Disediakan oleh: Disemak oleh:

(KHAIRUL ZAMRI OTHMAN) ( )


Pensyarah Kursus PKPK3152
Jabatan Teknologi Pendidikan
IPG Kampus Tawau

Disahkan oleh:

( DR. ABD HAMID ABD. RAHIM)


Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Tawau
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU
PENTAKSIRAN KERJA KURSUS

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama :
Angka Giliran :
Kod : PKPK3152 Nama Kursus : Inovasi Digital dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
Pensyarah : KHAIRUL ZAMRI OTHMAN
Tarikh Hantar : Tarikh Terima :

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan : Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :

Tanda tangan : Tarikh : Tanda tangan : Tarikh :

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Catatan

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai