Anda di halaman 1dari 16

UJIAN DAN PENGUKURAN DALAM PSIKOLOGI ABPC1203

1.PENGENALAN

Setiap manusia mempunyai tingkah laku yang berbeza. Dan kadang-


kadang akan bertindak jauh dari biasa apabila berada dalam keadaan
tertentu. Seseorang yang berfikiran waras perlu tahu cara untuk
mengawal tingkah lakunya dari bertindak sedemikian. Memang tidak
dapat dinafikan kita sebagai manusia akan melakukan kesilapan sama ada
secara sedar atau tidak. Tetapi apa yang penting adalah cara kita reaksi
akan mempengaruhi orang-orang di sekeliling dan kehidupan kita sendiri.

Justeru, dalam tugasan kali ini. Saya akan membincangkan tentang


kepentingan ujian dan pengukuran psikologi serta memfokuskan pada
isu-isu ujian yang berkhaitan dengan psikopatologi dan neuropsikologi.
Apa yang saya faham tentang ujian psikologi ialah satu kaedah
pengukuran untuk melihat dan mengenalpasti ciri-ciri psikologikal
seperti tret personaliti, kompetensi, konsep kendiri, tahap stres,
kemurungan, komunikasi, tingkah laku dan sebagainya.

Dalam erti kata lain, ujian psikologi merupakan satu bentuk pengukuran
yang menggambarkan penggunaan persampelan tingkah laku bagi
membuat keputusan berhubung individu tertentu. Ia juga merupakan
suatu instrumen yang bertujuan mengukur pelbagai watak atau
personaliti yang berkait dengan tingkah laku manusia terutamanya
tingkah laku interpersonal. Ujian psikologi juga beroperasi atas prinsip
bahawa individu yang mempunyai personaliti tertentu akan menjawab
soalan tertentu secara berbeza daripada individu yang kurang
mempamerkan personaliti berkenaan.

Umumnya, ujian psikologi boleh didefinisikan sebagai penggunaan satu


atau lebih daripada alat pengukuran atau instrumen yang standard,
prosedur yang direkodkan atau memerhatikan tingkahlaku manusia dan
penggunaan data normatif yang bersesuaian bagi tujuan membuat
interpretasi atau klasifikasi. Salah satu sebab ujian psikologi digunakan
adalah kerana ianya menggunakan standard, jadi kurang dipengaruhioleh
faktor bias atau berat sebelah. Terdapat kaedah untuk menentukan
keberkesanan ujian psikologi. Sementara itu ujian psikologi dibuktikan
lebih sah dan bagus berbanding kaedah lain.

Sementara itu, psikopatologi adalah kajian tentang penyakit mental,


tekanan mental dan perilaku maladaptif. Istilah ini paling sering
digunakan dalam psikiatri dimana patologi merujuk pada proses
penyakit. Psikologi abnormal adalah istilah yang sama digunakan lebih
kerap di bidang psikologi non-perubatan. Menurut Atkinson terdapat
enam criteria untuk menentukan kesihatan mental seseorang iaitu
pertama; adanya persepsi yang realistik dan efisen dalam mereaksi atau
menilai apa yang berlaku di dunia sekitar, kedua; mengenali diri sendiri,
baik berkaitan dengan kesedaran atau motifnya, ketiga; kemampuan
untuk mengawal tingkah laku secara sedar, seperti menahan perilaku
impulsive dan agresif, keempat; mempunyai harga diri dan dirinya dapat
diterima oleh lingkungan sekitarnya, kelima; kemampuan untuk
membentuk ikatan kasih, seperti tidak menuntut berkelebihan pada
orang lain dan dapat memuaskan orang lain bukan hanya memuaskan diri
sendiri dan yang keenam; ada jiwa yang bersemangat yang mendorong
seseorang untuk mencapai produktiviti.

Manakala, neuropsikologi adalah ilmu yang mempelajari hubungan antara


otak dan tingkah laku seseorang. Neuropsikologi dapat diperhatikan
dengan cara pengamatan naturalistik, kerana ianya sukar untuk
mengamatinya dengan pengamatan kualitatif atau dengan pemberian
angket terhadap suatu individu yang diteliti. Seorang ahli neuropsikologi
tertarik pada banyak hal dari fungsi termasuklah kemampuan kognitif
dan kemampuan motorik. Menurut Golden, Zillmer & Spiers (1992),
neuropsikologi secara ringkas boleh ditakrifkan sebagai suatu kajian
tentang hubungan antara fungsi otak dan tingkah laku. Hal ini berkaitan
dengan pengertian, penilaian dan rawatan dalam tingkah laku secara
langsung dengan fungsi otak.

Penilaian neuropsikologis merupakan kaedah non invasif yang


menggambarkan fungsi otak berdasarkan prestasi pada ujian standard
yang telah terbukti secara tepat dan peka terhadap otak/tingkah laku.
Neuropsikologi juga berkaitan dengan penyakit yang sering disebut
dengan skizofrenia. Sebagai contoh skizofrenia adalah penyakit yang
menganggu sistem saraf otak. Penyakit itu dapat dilihat apabila
seseorang individu yang tidak normal seperti orang gila, tidak menyedari
apa yang telah dilakukannya selama mengalami gangguan tersebut atau
boleh disebut juga sebagai gangguan mental. Penyakit lain yang
berkaitan dengan ini melibatkan ciri-ciri emosi seperti kemampuan
untuk menjelaskan dan memahami perasaan.
2.UJIAN NEUROPSIKOLOGI

Antara beberapa contoh ujian neuropsikologi ialah penilaian ke atas


tumpuan dan daya fokus, ingatan, fungsian eksekutif dan sebagainya.
Ujian neuropsikologi yang saya pilih ialah penilaian ke atas tumpuan dan
daya fokus. Setiap manusia yang mempunyai sistem kognitif dan aset
minda yang bermakna, kita mungkin sedang memandu kereta di sebuah
jalanraya secara tenang dan bersahaja ambil mendengar alunan muzik di
radio diiringi perbualan dengan seorang atau lebih penumpang dalam
kereta yang kita pandu, serta dalam masa yang sama berfikir untuk
berhenti di mana apabila tiba makan tengahari nanti. Dalam situasi itu,
kita mengandaikan bahawa jalan adalah luas dan tiada masalah
kesesakan yang menyesakkan hati dan jiwa malahan aktiviti-aktiviti di
atas boleh dilakukan dengan skala ketegangan yang amat kecil. Ini
adalah satu gambaran jelas bahawa berlakunya tumpuan yang
menunjukkan tabiat pemanduan kereta sebenarnya antara satu aktiviti
yang menuntut siri tumpuan kompleks dan luar biasa melalui proses
mental yang berbeza dalam sistem kognitif.

Menurut William James (1890), iaitu tumpuan itu adalah terhad kerana
manusia hanya mampu tertumpu pada satu perkara pada satu masa.
Tumpuan itu juga adalah terpilih sifatnya kerana manusia boleh memilih
satu tumpuan pada satu perkara dan penumpuan itu juga adalah berkait
rapat dengan konsep kesedaran yang merupakan satu situasi yang kita
sedar dalam apa juga masa. Malah William James juga menekankan
kesedaran adalah satu falsafah yang mempunyai konsep sukar untuk
diukur kerana berkait dengan konsep mengawal yang melawan proses
automatik kognitif.
Tumpuan juga mungkin boleh diungkapkan sebagai perhatian yang
bertugas dalam memberikan tumpuan terhadap tugas mental dengan
mengetepikan rangsangan lain yang mengganggu. Ia turut membawa
konotasi pada kesediaan menerima maklumat tertentu, contohnya
arahan supaya individu memberikan perhatian pada satu pengumuman
penting. Meskipun berbeza dari segi pemahaman namun, asasnya tetap
sama iaitu tumpuan adalah sebahagian daripada aktiviti mental yang ada
kaitan dengan pengkategorian, pembentukan konsep, penyelesaian
masalah dan membuat keputusan. Tumpuan dapat diperolehi dengan cara
memfokuskan perhatian kita terhadap sesuatu rangsangan. Pemilihan ini
berlaku berdasarkan perkara-perkara penting yang diperlukan pada
ruang dan masa tertentu.

Kajian dimensi tumpuan adalah salah satu daripada elemen disiplin sains
yang merangkumi psikologi kognitif. Ia juga adalah satu proses yang
berterusan dan kesinambungannya adalah sehingga ke saat ini. Perkara
utama didebatkan ialah tentang bagaimana manusia belajar
memperuntukkan ruang dalam minda untuk tumpuan. Terdapat teori
yang mencadangkan tumpuan ditempatkan di tahap awal proses mental
manakala lain-lain cadangan menetapkan tumpuan di tahap akhir proses
mental. Ini menggambarkan tentang usaha minda menempatkan ruang
untuk proses kognitif penumpuan berdasarkan tempoh masa tertentu.

Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang akhirnya menyedari tentang


kesan pada perbezaan kaji selidik yang membawa kepada perbezaan
hasil atau keputusan kerana penempatan tumpuan dalam minda adalah
sesuatu yang sebenarnya perlu memiliki daya sensitif yang tinggi.
Terdapat dua konsep utama tumpuan terpilih seperti elemen
perkongsian masa (The Elements of Time Sharing) iaitu menyambung
proses maklumat dari satu situasi ke situasi lain. Dan elemen
kemampuan kapasiti iaitu kapasiti minda terhad tetapi semua
rangsangan boleh diproses ke satu tahap secara sehala.

Dari segi kehidupan kita, tumpuan sebagai salah satu daripada proses
melibatkan kognitif kombinasi penggunaan deria, bukanlah sesuatu yang
boleh dipandang remeh kerana bermula daripada situasi penumpuan,
seseorang individu akan mampu memperolehi sesuatu yang bermakna
dalam kehidupan melingkupi pelbagai aspek. Maka secara hakikinya,
mungkin amat perlu jika realistik penumpuan ini dapat dihayati
kepentingannya dan diamalkan mengikut unsur yang mempunyai nilai dan
motif yang boleh membawa kebaikan yang berpanjangan.

Apa yang dapat dikatakan di sini, sistem kognitif dalam minda manusia
adalah amat kompleks. Ciptaan manusia sememangnya tidak dapat
menandingi kehebatan minda ciptaan daripada Tuhan. Manusia sendiri
tidak berupaya memberikan penumpuan kepada semua rangsangan yang
memasuki kawasan sistem deria dan kognitifnya. Untuk manusia
mempersepsikan sesuatu dengan sebaiknya dan lebih bermakna, manusia
harus membuat pemilihan yang tepat. Ini adalah suatu perhatian
terhadap sesuatu fenomena. Lazimnya manusia akan hanya dapat
memberikan penumpuan mutlak kepada satu bentuk rangsangan yang
didaftarkan oleh satu organ deria.
Hanya terdapat satu rangsangan sahaja akan berlaku dalam keadaan
sedar dan satu lagi berkemungkinan besar dalam keadaan separa sedar.
Kajian demi kajian mentafsirkan bahawa realistik keupayaan manusia
untuk mengagihkan dan menggunakan sumber perhatian yang terbatas.
Menggunakan eksperimen penumpuan terbahagi, manusia perlu
memberikan penumpuan terhadap beberapa tugas berbeza. Akan tetapi,
melalui pendekatan penumpuan terpilih pula, manusia perlu untuk
memberikan penumpuan kepada hanya satu tugasan.

3.UJIAN PSIKOLOGI UNTUK MENGUKUR TAHAP STRES

Setiap orang pasti akan mengalami stres sama ada berkaitan dengan
keluarga, saudara mara, dalam pergaulan di tempat kerja, hasrat yang
tidak kesampaian, gagal dalam percintaan dan sebagainya. Namun
begitu, tahap stres seseorang adalah berbeza dengan orang lain
walaupun situasi dan faktor yang menyebabkan stres tersebut adalah
serupa. Ini juga berkait rapat dengan tahap emosi, kekuatan minda,
daya fikiran, semangat, dan cara seseorang itu menghadapi masalah
atau sesuatu kejadian yang di luar jangkaan. Seseorang yang berjiwa
kuat tidak mudah stres kerana ianya mampu mengendalikan emosinya
dengan baik. Seseorang itu boleh mengukur sejauh mana stres yang
ditanggungnya dan mengenal pasti faktor yang menyebabkan stres
tersebut. Dengan itu, dapatlah ia mengendalikan stres tersebut dengan
berkesan.

Menurut Dr. Hans Selye iaitu pengasas kepada teori stress atau
tekanan perasaan telah mendefinisikan stress sebagai suatu reaksi yang
tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan
yang menimpanya. Sementara itu, menurut Dr. David B. Posen yang
merupakan ‘Lifestyle Counselor and Psychotherapist Stress’, beliau
menyatakan ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran
ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan
pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik
lagi positif dan ianya dinamakan sebagai ‘eustress’ dan ada pula yang
buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai ‘distress’.

Tekanan yang positif amat perlukan di dalam kehidupan untuk


menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih
memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita
lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis
telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah
tertentu. Contohnya, ketika Alexander Graham Bell sedang berusaha
untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard yang telah hilang
pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah
meledakkan sistem telekomunikasi pada hari ini.

Walau bagaimanapun ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu


hormon rangsangan yang dikenali sebagai ‘adrenaline’ ke dalam saluran
darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain
akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita
sebagai persiapan untuk melindungi kita. Di antara perubahan-
perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah
akan meningkat, gula dan lemak serta kolesterol di dalam darah akan
bertambah, pernafasan seseorang akan lebih laju dan begitulah
seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii selari dengan
keperluan tubuh kita ketika itu. Namun, jika stres atau tekanan
berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk
mengurusnya maka ianya akan bertukar menjadi ‘distress’ yang boleh
menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.

4.PROSES PERLAKSANAAN DAN ULASAN UJIAN KE ATAS TIGA


ORANG RESPONDAN

Dalam membincangkan soal ujian neuropsikologi seperti yang


diterangkan di atas, tiga respondan yang masing-masing mempunyai
masalah berbeza telah dijalankan ujian ke atas mereka. Dalam pada itu,
stres merupakan salah satu punca penyebab berlakunya pelbagai gejala
dan gangguan terhadap seseorang individu itu. Huraian adalah seperti di
bawah.

Respondan Pertama

Merupakan seorang pekerja swasta yang telah bekerja selama 15 tahun.


Menurut respondan, beliau kadang-kadang mengalami keadaan yang
tidak dapat digambarkan apabila berdepan dengan sesuatu kerja yang
diberikan kepadanya. Menurut beliau lagi, keadaan dan orang
disekelilingnya menjadi punca beliau menjadi sedemikian. Apa yang boleh
dikatakan disini ialah beliau mengalami tahap stres yang sebenarnya
dapat dikawal.
Respondan Kedua

Merupakan seorang suri rumah yang baru dua bulan berhenti bekerja
untuk menjaga anak-anaknya kerana orang gajinya telah melarikan diri.
Menurut beliau, keadaan yang sebegini memang tidak boleh diterima
apatah lagi beliau merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat
ternama yang biasa berhadapan dengan tugasan yang diminatinya.
Apabila menjadi suri rumah secara mendadak, keadaan ini menyebabkan
beliau mengalami stress dengan karenah anak-anaknya. Menurut beliau
lagi, beliau merupakan seorang yang aktif semasa kerja dan tidak dapat
terima apabila terpaksa tinggal di rumah.

Respondan Ketiga

Merupakan seorang pelajar tahun akhir di sebuah universiti tempatan.


Tekanan yang diberikan untuknya dalam menyiapkan kajian amatlah
memeningkannya. Ini adalah kerana beliau baru sembuh dari sakit akibat
pembedahan di lutut kirinya. Beliau menyatakan kadang-kadang beliau
stress dan tidak dapat memenuhi rutian hariannya seperti biasa kerana
perlu menyiapkan kajian yang telah diberikan dalam masa yang singkat.

Ketiga-tiga respondan ini diberikan satu gambar bercorak abstrak yang


sama untuk menguji tumpuan dan daya fokus dalam mengukur tahap
stress masing-masing. Apa yang dapat dikatakan disini adalah setiap
mereka mempunyai masing-masing tahap stressyang berbeza. Tumpuan
dan daya fokus respondan pertama menunujukkan beliau mengalami
tahap stress yang kritikal. Ini kerana menurut beliau, gambar yang
diberikan seolah-olah bergerak dengan laju apabila dipandang.
Sementara respondan kedua pula menyatakan bahawa beliau melihat
gambar tersebut bergerak tapi agak perlahan. Dan yang terakhir iaitu
respondan ketiga pula menyatakan bahawa gambar yang dilihatnya
seolah-olah berpusing dalam bulatan dari kiri ke kanan dan dari kanan ke
kiri.

Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah semakin lama gambar bercorak
abstrak tu lihat bergerak dengan laju, maka tahap stress seseorang
individu itu berada dalam keadaan kritikal. Manakala, jika gambar
bercorak abstrak tu lihat bergerak agak perlahan, ini menunjukkan
bahawa tahap stress individu kurang. Di bawah ini merupakan keputusan
tahap stress yang dialami oleh ketiga-tiga individu yang diuji.

RESPONDAN

PERATUSAN TAHAP STRES

Pertama

60 %

Kedua

22%

ketiga

18%
5.KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, ujian psikologi melibatkan isu-isu yang


berkaitan antaranya ialah Isu silang budaya, isu profesional, isu sosial,
isu moral dan isu etika serta perundangan. Dalam isu silang budaya
melibatkan masalah penterjemahan, masalah percanggahan makna
gagasan dan kriteria, bentuk rangsangan verbal dan bukan verbal,
pengimportan norma luar set-set gerak balas, kecenderungan membuat
interpretasi yang keterlaluan kesesuaian dan motif mengambil ujian.
Dalam isu professional ianya melibatkan Ketepatan, isu teoritikal dan isu
kecukupan. Selain itu, dalam isu sosial pula melibatkan kegunaan alat
ujian, bias, dehumanization dan keupayaan mengguna perkhidmatan
ujian. Sementara itu, isu moral pula melibatkan hak manusia, isu melabel
dan pelanggaran rahsia peribadi. Dan yang terakhir isu etika dan
perundangan melibatkan ujian yang berbeza memerlukan aras kebolehan
dan pengetahuan yang berbeza untuk mentadbir, membuat pemarkatan,
membentuk profil dan interpretasi.

Justeru dalam membincangkan soal stres menurut Rice (1999), stres


dapat didefinisikan berdasarkan tiga aspek iaitu pertama merujuk
kepada rangsangan peristiwa atau persekitaran yang menjadi penyebab
seseorang individu merasa tertekan. Dengan kata lain ia boleh dianggap
sebagai faktor luaran. Kedua, stres merujuk kepada gerak balas
subjektif dan ianya juga boleh dianggap sebagai faktor dalaman iaitu
aspek mental. Proses emosi, defensif dan daya tindak stres berlaku
dalam diri seseorang individu. Sesetengah proses dalaman ini
menghasilkan kematangan fikiran dan ada juga menghasilkan ketegangan
mental. Aspek ketiga merujuk kepada reaksi fizikal tubuh badan. Fungsi
bagi reaksi fizikal ini merujuk kepada cara mengatasi stres melalui
kaedah tingkah laku dan psikologikal.

Keadaan stres yang kronik membawa maksud suatu keadaan


negatif seperti merasa keletihan, penyakit dan kematian. Sementara
keadaan positif merujuk kepada cabaran fisiologikal yang baik. Menurut
Lahey (2001), beliau mentakrifkan stres sebagai satu keadaan yang
tidak selesa dan ancaman yang tidak sihat kepada seseorang individu.
Sementara menurut McNamara (2000) pula, stres merujuk kepada
faktor dalaman individu, peristiwa luaran atau interaksi antara individu
dengan persekitarannya.

Selain itu, stres adalah sebahagian daripada masalah yang sering


dihadapi oleh kita. Ia adalah satu perasaan yang dialami oleh seseorang
individu apabila mengalami tekanan. Stres adalah tindakan tidak spesifik
badan terhadap sebarang tuntutan misalnya, rangsangan dalaman
seperti rangsangan kognitif atau rangsangan luaran seperti rangsangan
persekitaran seperti suhu,kelembapan, kebisingan dan lain-lain. Oleh
demikian, stres adalah suatu tindak balas seseorang individu terhadap
sesuatu keadaan atau suasana yang mengganggu serta memerlukan
penyesuaian dari segi sistem tubuh badan atau pemikiran. Ia juga
merujuk kepada keadaan dalaman individu yang dipersepsikan sebagai
ancaman terhadap kesejahteraan fisiologi dan psikologi. Perangsang
yang menyebabkan stres dikenali sebagai ‘stressor’.

Dalam erti kata lain, stres merupakan suatu cara badan manusia
melindungi seseorang. Apabila ia melakukan sesuatu fungsinya, ia dapat
membantu seseorang fokus, bertenaga, dan cergas. Dalam keadaan
kecemasan, tekanan dapat menyelamatkan nyawa seseorang dan
memberikan seseorang tenaga yang berlebihan untuk mempertahankan
diri (Belmonte, 2008). Tambahan pula, tindak balas stres juga dapat
memotivasikan seseorang untuk menghadapi suatu cabaran.

APENDIKS

6.RUJUKAN / REFERENSI

Ujian Psikologi. (2009). [Online].

Available : http://nashriza.wordpress.com/2009/01/25/ujian-
psikologi/.

[2014, Jun 8].

Pengukuran Psikologi. (2011). [Online].

Available :
http://psychologymania.wordpress.com/2011/07/09/pengukuran-

psikologi-defenisi-sejarah-dan-langkah-langkah-menyusun-alat-
tes/.

[2014, Jun 8].

Paradigma Psikopatologi. (2013). [Online].

Available :
http://rachmatnadia.blog.com/2013/05/04/paradigma-psikopatologi/.

[2014, Jun 9].

Psikopatologi. (2013). [Online].


Available : http://rusdiniprianto.blogspot.com/2013/05/normal-
0-false-false-

false-en-us-x-none.html. [2014, Jun 9].

Psikopatologi Sebagai Salah Satu Obyek Psikoterapi Islam. (n.a.).


[Online].

Available : http://bagusarmono.blogspot.com/. [2014, Jun 9].

Psikopatologi : Gangguan Pada Mental. (n.a.). [Online].

Available : http://fita-fauziah-
fpsi12.web.unair.ac.id/artikel_detail-69424-

Psikologi%20Umum-
Psikopatologi:%20gangguan%20pada%20mental.html

[2014, Jun 9].

Psikopatologi. (2011). [Online].

Available : http://gugus-5-
psikiatri.blogspot.com/2011/06/psikopatologi.html.

[2014, Jun 10].

Psikopatologi, Jenis dan Proses Terjadinya Gangguan Jiwa. (2011).


[Online].

Available :
http://gemapanglima.blogspot.com/2011/05/psikopatologi-jenis-dan-

proses.html. [2014, Jun 10].


Kategori : Pentaksiran Neuropsikologi. (n.a.). [Online].

Available :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Pentaksiran_neuropsikologi.

[2014, Jun 10].

Neuropsikologi. (2013). [Online].

Available : http://wafiqel-
husna.blogspot.com/2013/07/neuropsikologi.html.

[2014, Jun 10].

Neuropsikologi Itu Apa?. (2014). [Online].

Available :
http://edukasi.kompasiana.com/2014/06/18/neuropsikologi-itu-apa--

662871.html. [2014, Jun 10].

Neuropsikologi Klinis. (2010). [Online].

Available :
http://jungjera.wordpress.com/2010/05/21/neuropsikologi-klinis/.

[2014, Jun 10].