Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI MIKRO TEACHING

Kekuatan

Semasa menjalankan mikro teaching saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan
pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat mengawal kelas dengan baik. Selain
itu saya telah membuat persediaan rapi sebelum memulakan mikroteaching ini, maka
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan mengikut apa yang telah dirancang. Pemilihan
kaedah yang sesuai dapat menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada
dalam keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Aktiviti pantun teka teki pada sesi induksi dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar
selain memberi keseronokan kepada murid. Saya juga menyediakan contoh ilustrasi agar murid
dapat memahami topik yang disampaikan dengan jelas dan menggunakan teknik ganjaran dan
pujian untuk menghargai murid dan menarik minat murid. Selain itu, suara guru yang lantang
akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa
yang ingin disampai oleh guru. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran
tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran
akan membuatkan pelajar lebih hormat kepada guru. Kejelasan dalam memberikan arahan
merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap guru. Ini adalah kerana
kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh mempengaruhi peribadi pelajar agar lebih
berkeyakinan untuk menimba ilmu. Selain itu, pertuturan yang baik dapat melancarkan proses
pengajaran dan pembelajaran iaitu menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami
oleh pelajar ketika mengajar, suara jelas dan lantang serta penyampaian yang lancar. Arahan
yang diberikan dengan jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut
arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan
kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran. Oleh itu, secara
ringkasnya kejayaan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kebolehan dan
kemahiran seseorang guru untuk menguruskan kelas dan aktiviti pengajaran dan
pembelajarannya dengan bijak.

Kelemahan
Antara kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan mikro teaching ini ialah tidak
mengaitkan peristiwa semasa dalam sesi induksi. Saya juga tidak mencadangkan aktiviti
susulan kepada murid. Lembaran kerja yang disediakan tidak mengikut aras kebolehan murid.
Saya dapati murid yang lemah agak sukar menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu
kelemahan lain yang dapat dikesan ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan
masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan
lancar. Ketepatan masa adalah penting bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang berjalan dengan lancar. Hasil pemerhatian saya keatas rakaman pengajaran dengan
rancangan pengajaran harian yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk
menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini berlaku atas beberapa faktor
iaitu terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih
diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Jika langkah menyampaikan isi pelajaran terganggu,
hasil penbelajaran yang dirancang akan turut tergendala. Jadi, pengagihan masa perlu
dioptimumkan sebaik mungkin. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu
terjejas. Pemantauan didalam kelas juga agak lemah. Guru hanya berada dihadapan kelas dan
tidak memantau aktiviti murid disetiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau
aktiviti yang dilakukan oleh murid. Dengan melakukan pemantauan secara tidak langsung guru
akan dapat mengawal keadaan dan disiplin murid dengan lebih baik. Melalui pemantauan juga
guru dapat mengesan murid yang lemah dan membimbingnya dengan lebih dekat.

Langkah mengatasi
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan dalam pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang perlu diatasi dengan melakukan beberapa penambaikan. Penambaikan adalah perlu
bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Setelah kajian
dijalankan terhadap mikroteaching yang telah saya jalankan, terdapat beberapa
penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memperbaiki kelemahan pengajaran saya.
Antaranya adalah ketepatan masa dalam menyampaikan pelajaran dan pemantauan murid di
dalam kelas. Saya akan cuba menggunakan ruang masa dengan efektif supaya pengajaran dan
pembelajaran mengikut rancangan yang disediakan. Guru perlu mengikuti masa yang telah
ditetapkan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Menepati masa akan
memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari mula hingga
akhir pengajaran. Guru tidak seharusnya berdiri dihadapan kelas semasa menyampaikan
pengajaran, sebaliknya guru perlu sentiasa bergerak bagi memantau setiap aktiviti yang
dilakukan oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Aktiviti
pemantauan ini dapat membantu guru mengawal disiplin murid di dalam kelas samada
mengawal tingkah laku murid atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara
serta merta. Pada pelajaran yang akan datang, saya akan melakukan penambahbaikan yang
sepatutnya dengan mengambil tindakan-tindakan seperti memperbaiki set induksi agar lebih
mengujakan murid, memperbanyakkan aktiviti berpasangan dan berkumpulan,
memperbanyakkan aktiviti menjana idea dan sumbang saran oleh murid, pengawalan masa
setiap aktiviti dan memberi nasihat dan dorongan kepada murid. Saya berharap agar dengan
melakukan tindakan seperti ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik
dan berkesan. Lembaran kerja yang disediakan mesti sesuai mengikut aras kebolehan dan
keupayaan murid. Jika aras pengajaran guru tinggi, pelajar yang lemah tidak dapat
mengikutnya, akhirnya mereka akan ketinggalan dalam pelajarannya. Apabila aras pengajaran
itu rendah, pelajar-pelajar yang cerdik tidak akan memberikan tumpuan terhadap pengajaran
guru. Ini akan merugikan pelajar yang cerdik, kerana guru terpaksa menumpukan lebih banyak
masa kepada pelajar yang lemah. Salah satu cara untuk mengatasinya ialah guru perlu
mengumpulkan pelajar yang cerdik ke dalam satu kumpulan dan pelajar yang lemah dalam satu
kumpulan yang lain berdasarkan kebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran.

Guru ceria menjadikan murid ceria.

Anda mungkin juga menyukai