Anda di halaman 1dari 1

Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh,

Yang berat sama dipikul, Yang ringan dijinjing sama,


Sepakat membawa berkat, Asas hidup bermasyarakat,
Amalkan hidup yang sihat, Selamat dunia akhirat.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Terima kasih pengerusi majlis, yang saya
hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan
sebuah cerita yang bertajuk “Bersatu Hati”.

Ada tiga sekawan, iaitu Sang Ular, Sang Tikus, dan Sang Burung. Mereka selalu tolong-
menolong antara satu sama lain.

Pada suatu hari, tiga sekawan itu bermain di dalam hutan. Malangnya, mereka terkena
jerat. Mereka cuba membebaskan diri.

Sang Tikus menggigit jaring dengan giginya. Suara merdu Sang Burung memanggil kawan-
kawan mereka di dalam hutan.

Tidak lama kemudian, kawan-kawan mereka pun datang membantu. Akhirnya, mereka
bebas.

Kawan-kawan, begitulah cerita mengenai bersatu hati. Kita mestilah bersatu hati untuk
memastikan hidup harmoni. Bulat Air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat,
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing,
hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah. Semoga, kita sentiasa hidup dalam
keadaan yang harmoni. Sekian, terima kasih.