Anda di halaman 1dari 10

KEMAHIRAN BELAJAR

1. Kemahiran belajar yang harus dikembangkan di kalangan pelajar untuk pembelajaran


masteri.
2. Rasional Kemahiran Belajar Perlu Diperkembangkan

2.1 Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumr hidup yang perlu dikuasai oleh
pelajar.
2.2 Pada akhirnya pelajar perlu belajar atau mengulangkaji dengan sendiri untuk
menguasai apa yang telah diajar
2.3 Oleh yang demikian, pelajar harus belajar dan menguasai kemahiran belajar
berikut:

i. Kemahiran dalam proses belajar


ii. Kemahiran menguruskan masa
iii. Kemahiran perpustakaan
iv. Kemahiran memperoleh maklumat
v. Kemahiran membaca
vi. Kemahiran membuat nota
vii. Kemahiran memotivasi
viii. Kemahiran berfikir
ix. Kemahiran mengingat
x. Kemahiran menjawab soalan peperiksaan

3. Kemahiran-kemahiran Dalam Proses Belajar Yang Perlu Dikembangkan?


3.1 Pelajar harus tahu dan mengamalkan langkah belajar berikut semasa belajar:

i. Menerima dan mendaftar data atau maklumat:


a. Pelajar anda boleh menerima dan 'mendaftar' data atau meklumat di
mindanya dengan membaca, mendengar atau membuat sesuatu.
b. Pembelajaran lebih berkesan sekiranya pelajar menggunakan ketiga-
tiga cara itu.
ii. Memahami apa yang diterima
a. Pelajar harus memahami data atau maklumat yang diterima kerana
pemahamannya akan membantu proses meningkat dan proses
mengaplikasi
b. Pemahaman bermakna pelajar anda boleh menerangkan semula data
atau maklumat dan boleh juga berfikir secara kritis dan kreatif
tentang maklumat itu.
iii. Mengingat apa yang telah dipelajari:

a. Pelajar harus mengingat apa yang telah dipelajari


b. Kemahiran mengingat akan dihuraikan di bawah dan pada asasnya
prinsipdalam proses mengingat ialah ulangan.

iv. Mengaplikasi apa yang telah diperljari


a. Pelajar anda harus boleh mengaplikasikan apa yang telah dipelajari
ke dalam situasi yang baru.
b. Proses mengaplikasi melibatkan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang

3.2 Dalam setiap langkah belajar tersebut di atas, pelajar harus


i. memberi penuh tumpuan, tekun dan tabah
ii. memotivasi diri
iii. mempunyai kemahiran berkomunikasi
iv. berfikir secara kritis dan kreatif
v. menggunakan kemahiran belajar lain yang akan dihuraikan di bawah.

3.3. Dalam pembelajaran masteri, pelajar harus boleh mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan dalam proses belajar tersebut di atas dan mengambil langkah-langkah
yang sewajarnya untuk mengatasi kelemahannya.
4. Kemahiran Mengurus Masa Yang Perlu Dikembangkan.
4.1. Pembelajaran masteri bergantung kepada masa yang diperlukan untuk belajar
dan menguasai sesuatu.
4.2. Pelajar lemah memerlukan lebih banyak masa untuk menguasai sesuatu
berbanding dengan pelajar cerdas.
4.3. Pelajar harus boleh menyediakan jadual waktu belajar di rumah.
4.4. Jadual waktu belajar bolehlah mengandungi waktu untuk belajar setiap mata
pelajaran, rehat, makan, bermain dan menonton TV.
4.5. Pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran harus memberi lebih masa
belajar untuk mata pelajaran itu.

5. Kemahiran Perpustakaan Yang Perlu Dikembangkan


5.1. Pelajar di Tahap Dua sekolah rendah dan ke atas harus diajar kemahiran
perpustakaan.
5.2. Kemahiran perpustakaan akan membolehkan mereka mencari maklumat yang
dikehendaki di perpustakaan sekolah atau perpustakaan negeri.
5.3. Kemahiran perpustakaan melibatkan pengetahuan sistem klasifikasi bahan
rujukan dan peraturan perpustakaan, kemahiran dalam merujuk melalui kad
katelog atau komputer, dan mendapat bahan rujukan daripada rak-rak.
5.4. Guru boleh mendapatkan bantuan guru perpustakaan untuk melatih pelajar anda.

6. Kemahiran Memperoleh Maklumat Yang Perlu Dikembangkan?


6.1. Dalam p&p untuk pembelajaran masteri, anda harus melatih pelajar menjadi
pelajar berdikari supaya mereka mahir memperoleh maklumat atau
menyelesaikan sesuatu masalah dengan sendiri.
6.2. Dalam kemahiran memperoleh maklumat, pelajar harus boleh:
i. menentu atau mempastikan maklumat yang dikehendaki: Ini dapat dilakukan
dengan berfikir sendiri, pembelajaran koperatif, sumbang saran atau
bertanya.
ii. mengumpulkan maklumat itu: Ini dapat dilakukan melalui kemahiran
membaca, bertanya atau menggunakan multimedia atau internet.
iii. menganalisa, menilai dan menyusun maklumat iut: Ini boleh dilakukan
secara sendiri, berpasangan atau berkumpulan.
iv. menyampaikan maklumat itu secara lisan atau bertulis: Ini boleh dilakukan
secara sendiri, berpasangan atau berkumpulan.

7. Kemahiran Membaca Yang Perlu Dikembangkan


7.1. Pelajar seharusnya dapat menguasai kemahiran membaca kerana kemahiran itu
merupakan kemahiran sseumur hidup.
7.2. Kemahiran membaca akan membantu pelajar memilih maklumat yang
dikehendaki dan mengenal pasti idea utama atau idea yang penting.
7.3. Pada asasnya, pelajar anda harus menguasai lima lankah berikut (SQ3R):
i. Skim: Baca sepintas lalu. Pembacaan secara cepat semua tajuk atau topik
untuk mengetahui tajuk atau topik yang mungkin mengandungi maklumat
yang dikehendaki.
ii. Question: Menyoal. Untuk mengetahui jenis maklumat yang dikehendaki.
iii. Read: Membaca. Untuk memahami maklumat yang terkandung dalam tajuk
atau topik yang telah dipilih dalam buku itu dan mencatatkan idea utama.
iv. Recite: Menyebut kembali. Kemahiran menyebut kembali idea utama atau
penting yang telah dicatatkan
v. Review: Menyemak. Untuk menyemak idea utama yang telah dicatatkan
supaya dapat memahaminya.

8. Kemahiran Membuat Nota Yang Perlu Dikembangkan


8.1. Selalunya pelajar diminta menyalin nota yang diberi oleh guru tetapi mereka
tidak diajar bagaimana membuat nota.
8.2. Guru harus melatih pelajar dalam kemahiran membuat nota kerana kemahiran ini
merupakan kemahiran seumur hidup dan penting untuk menguasai sesuatu
maklumat.
8.3. Kemahiran membuat nota mempastikan pelajar betul-betul memahami sesuatu
maklumat dan ini dapat membantu mereka membuat ulang kaji dengan cepat
serta mengingat maklumat itu.
8.4. Kemahiran membuat nota haruslah dibezakan daripada menyalinatau mencatat
nota.
8.5. Menyalin nota bermakna pelajar menyalin semula nota yang diberi oleh guru,
atau yang dibuat oleh pelajar lain, atau yang terdapat dalam buku, majalah dan
sebagainya.
8.6. Mencatat nota bermakna pelajar mencatat maklumat ringkas dan penting yang
terdapat dalam ceramah, syarahan, buku, atau sumber lain.
8.7. Membuat nota bermakna pelajar membuat nota ringkas sendiri dalam pelbagai
bentuk yang dihuraikan di bawah.

8.8. Langkah-langkah dalam kemahiran membuat nota ialah:


i. Memahami maklumat yang didapati daripada pelbagai sumber.
ii. Memilih idea atau maklumat yang penting dan menyusunnya.
iii. Menulis atau merekod dalam komputer idea atau maklumat penting secara
ringkas dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki dan menggunakan pelbagai
warna jika perlu.

8.9. Semasa menulis nota ringkas, pelajar boleh menggunakan:


i. Perkataan atau frasa yang penting
ii. Singkatan: Misalnya: dgn = dengan, spt = seperti, U.K.=United Kingdom
iii. Simbol: Misalnya: * = penting, ù = jadi
iv. Nemoniks atau akronim: Misalnya: BaFIA = Baca, Faham, Ingat, Aplikasi
v. Lukisan atau lakaran

8.10. Pelajar boleh menggunakan mana-mana bentuk berikut untuk membuat nota:
i. Nota objektif: seperti yang ditulis dalam panduan ini tetapi lebih ringkas
ii. Jadual
iii. Carta aliran
iv. Gambar rajah Venn
v. Peta konsep dalam pelbagai bentuk seperti kelompok, awan dan kaitan,
pokok dan ranting, tulang ikan, kipas, dan sotong.
9. Kemahiran Mengingat Yang Perlu Dikembangkan
9.1. Walaupun pelajar sudah memahami apa yang telah diajar, ini tidak bermakna
mereka boleh ingat untuk jangka masa panjang.
9.2. Jadi, guru harus menentukan pelajar mempelajari kemahiran mengingat.
9.3. Pada asasnya, cara untuk mengingat ialah mengulang kaji: kerap kita ulangkaji
lebih lama ingatan
9.4. Pelajar yang berbeza dalam kecerdasan memerlukan bilangan ulang kaji yang
berbeza.
9.5. Teknik mengingat yang boleh digunakan oleh pelajar termasuk:
i. Menyedia dan mengulang kaji peta konsep atau peta minda: Berbagai-bagai
peta konsep atau minda telah diterangkan.
ii. Menyedia dan mengulang kaji carta aliran dan gambar rajah Venn.
iii. Menyedia dan mengulang kaji singkatan, simbol, nemoniks, lukisan atau
lakaran.
iv. Membuat bayangan atau visual:
a. Membuat bayangan atau visual dalam minda dengan gambar, gambar
rajah, peta konsep, carta aliran, jadual, graf, pemandangan atau
pergerakan.
b. Mengulang atau mengingat kembali bayangan atau visual itu dengan
lebih kerap.
v. Menyebut berulang kali:
a. Menyebut berulang kali perkataan, data, fakta atau maklumat akan
membantu ingatan.
b. Mengingat perkataan adalah susah tetapi boleh dicapai sekiranya
bilangan perkataan dikurangkan kepada perkataan yang penting sahaja
dan juga digunakan dgn teknik lain seperti peta konsep, bayangan, carta
aliran dan sebagainya.
vi. Menulis atau melakar semula:
a. Menulis atau melakar semula berulang kali perkataan, data, fakta, peta
konsep, carta aliran dan sebagainya akan membantu daya mengingat.
b. Pelajar anda perlu dilatih menulis atau melakar tanpa melihat nota yang
telah disediakan.
vii. melakukan gerakan, kerja amali, eksperimen:
a. sekiranya pelajar melakukan sesuatu gerakan, kerja amali atau
eksperimen, ingatan mereka lebih lama. Misalnya pelajar yang
melakukan kerja amali atau eksperimen berkaitan dengan fotosintesis,
ingatan mereka lebih lama
viii. membuat kaitan:
a. membuatan kaitan dengan cepat dan meluas akan membantu daya
mengingat
b. nombor, perkataan, data, fakta atau meklumat boleh dikaitkan dengan
akronim, nemoniks atau perkataan berirama, dengan bayangan atau
visual seperti gambar, peta konsep, atau carta.
c. misalnya, untuk mengingat kembali proses belajar kita boleh
mengaitkannya dengan akronim 'BaFIA' iaitu baca, faham, ingat, dan
aplikasi.
9.6. Pelajar harus menggunakan mana-mana teknik mengingat yang tersebut di atas
secara berasingan atau kombinasi.
9.7. Yang penting ialah pelajar harus mengulang kaji berkali-kali.

10. Kemahiran Menjawab Soalan Pepeperiksaan Yang Perlu Dikembangkan


10.1. Kemahiran menjawab soalan peperiksaan adalah penting untuk pelajar anda
mendapat markah yang lebih tinggi.
10.2. Pelajar harus mengkaji soalan-soalan peperiksaan awam pada tahun-tahun yang
lepas untuk mengetahui:
i. Format dan peraturan bagi peperiksaan mata pelajaran itu termasuk format
dan peraturan menjawab soalan atau mengisi kertas jawapan.
ii. Bilangan, bentuk dan susunan soalan-soalan
iii. Masa untuk peperiksaan mata pelajaran itu.
iv. Fakta, konsep, kemahrian berfikir dan kemahiran lain yang selalu diuji.
10.3. Pelajar seharusnya berlatih sepanjang tahun dalam teknik menjawab soalan
peperiksaan supaya mereka tahu bagaimana serta merasa yakin untuk menjawab
soalan peperiksaan awam.
10.4. Dalam proses berlatih: Pelajari harus mengetahui cara menjawab soalan
peperiksaan dengan contoh-contoh yang sesuai.
10.5. Soalan peperiksaan untuk sesuatu mata pelajaran mungkin berbentuk objektif,
subjektif atau kedua-duanya.
10.6. Dalam menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif, guru harus
menentukan pelajar boleh:
i. tenangkan hatinya supaya tidak panik
ii. baca, faham dan ikut arahan sebelum menjawab soalan-soalan.
iii. tulis atau tandakan butir-butir yang betul di kertas jawapan
iv. jawab seboleh-bolehnya semua soalan dalam masa yang diberi
v. hadkan masa untuk menjawab sesuatu soalan
vi. jawab soalan-soalan yang mudah dahulu.
vii. baca dan faham sesuatu soalan sebelum menjawabnya.
viii. pilih jawapan daripada pilihan beraneka
ix. tandakan jawapan dalam kertas jawapan dengan cara yang betul
x. semak semua jawapan
10.7. Dalam menjawab soalan peperiksaan berbentuk subjektif atau esei guru harus
menentukan pelajar boleh:
i. tenangkan hatinya supaya tidak panik
ii. baca, faham dan ikut arahan sebelum menjawab soalan-soalan.
iii. tulis atau tandakan butir-butir yang betul di kertas jawapan
iv. jawab semua soalan dalam masa yang diperuntukkan.
v. pilih soalan-soalan yang mudah dahulu.
vi. jawab soalan-soalan yang mudah dahulu
vii. hadkan masa untuk menjawab sesuatu soalan
viii. baca dan faham sesuatu soalan sebelum menjawabnya
ix. rancang jawapan (3-5 min) sebelum menjawab.
x. tulis jawapan dengan laju serta boleh dibaca
xi. semak semua jawapan.

11. Rumusan
11.1. Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup dan kemahiran itu
adalah penting untuk pelajar mempelajari dan menguasai sesuatu yang diajar
oleh anda.
11.2. Guru harus melatih pelajar dalam demahiran belajar berikut:
i. Kemahiran dalam proses belajar: Ini melibatkan kemahiran membaca,
memahami, mengingat dan mengaplikasi
ii. Kemahiran menguruskan masa: Kemahiran ini adalah kemahiran
menyediakan jadual waktu belajar.
iii. Kemahiran perpustakaan: Ini melibatkan kemahiran mencari maklumat yang
dikehendaki.
iv. Kemahiran meperoleh maklumat: Ini melibatkan kemahiran mengenal pasti,
mengumpul,membuat analisa, dan menyampaikan maklumat.
v. Kemahiran membaca: SQ3R (Skim, Question, Read, Recite, Review): Baca
sepintas lalu, menyoal, membaca, menyebut semula, menyemak.
vi. vi. Kemahiran membuat nota: Dengan pelbagai cara seperti perkataan
penting,singkatan, simbol,nemoniks, akronim, lukisan atau lakaran, dan
pelbagai bentuk seperti objektif,jadual, carta aliran, gambar rajah Venn, peta
konsep atau minda.
vii. Kemiharan memotivasi: Dengan cara ekstrinsik di mana pelajar dirangsang
oleh anda dengan ganjaran atau hukumandancara intrinsik di mana pelajar
merangsang diri dengan ganjaran atau hukum.
viii. Kemahiran mengingat: Mengulang nota yang telah disediakan dengan
berulang kali, membuat gerakan, kerja amali, eksperimen dan dengan
membuat kaitan atau bayangan.
ix. Kemahran menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif dan subjektif.
TEKNIK BELAJAR CARA SISTEM PQRST

Sistem PQRST adalah suatu cara yang diperkenalkan oleh EL Thomas dan Ha Rabinson
dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class". Berikut adalah
lima item yang menjadi tunjang sistem ini.

(a) Preview ( mengimbas Tajuk-tajuk Penting )

Dalam item ini pelajar disarankan agar melihat tajuk utama dalam sesuatu bab dan
seterusnya melihat tajuk-tajuk kecil yang menjadi rangka dalam menggambarkan
maklumat atau isi penting dalam keseluruhan bab.

(b) Question ( Menyoal )

Daripada rangka ini, bina soalan yang boleh membantu anda mencari isi penting.
Dengan cara ini anda boleh mengingati sesuatu dengan lebih jelas.

(c) Read ( Membaca )

Membaca sesuatu tajuk akan menjadi lebih bermakna kerana setiap ayat menjawab
soalan anda sendiri dari rangka topik.

(d) Self-Recitation ( Menyebut Satu Persatu )

Apabila anda sudah membaca, anda perlu mencatat atau melakar sesuatu gambarajah
berkaitan dengan apa yang difahami. Kemudian baca isi penting itu semula tanpa melihat
nota yang telah anda catatkan.

(e) Test ( Ujian )

Untuk memastikan anda sudah memahami dan mengingati fakta sebaiknya, anda perlu
membuat penilaian kendiri. Dua cara boleh dilaksanakan iaitu melaksanakan ujian-ujian
tahun lepas tanpa melihat rujukan dan menggunakan teknik soal jawab dengan bantuan
rakan.

Anda mungkin juga menyukai