Anda di halaman 1dari 66

KONSEP ILMU, IJTIHAD &

JIHAD DALAM ISLAM

Selasa, 14 Februari 12
APA ITU EPISTEMOLOGI ISLAM?

Definisi bahasa :Epistemologi berasal


daripada bahasa Yunani ‘episteme’ yang
bermaksud pengetahuan dan ‘logos’
bermaksud kata/pembicaraan.

- Definisi Istilah: Teori pengetahuan


berhubungan dengan hakikat dari ilmu
pengetahuan, andaian2, dasar2nya serta
pertanggungjawaban atas pernyataan
mengenai pengetahuan yang dimiliki oleh
setiap manusia. Ia merupakan cabang falsafah
yang berkaitan dengan asal, sifat dan jenis
pengetahuan.

- Epistemologi Islam ialah teori/falsafah ilmu


berdasarkan ajaran Islam. Ia bukanlah semata-
mata persoalan bersifat falsafah malah
merupakan tindakbalas terhadap persoalan2
bersifat kehidupan, masyarakat dan
kenegaraan yang merangkumi keseluruhan
kehidupan dunia dan akhirat.

Selasa, 14 Februari 12
KONSEP ILMU
Definisi dari segi bahasa: ilmu berasal
daripada perkataan arab ‘!"#‘ – yang
bermaksud mengetahui tentang sesuatu
dengan sebenar-benarnya.

Definisi dari segi istilah:

1) Al-Ghazali – “suatu kepastian secara


demonstratif (menyeluruh) di mana untuk
sampai kepada ilmu yang pasti mestilah
melalui pengalaman secara langsung”.

2)Confucius – “apabila kamu mengetahui sesuatu,


meyakinkan yang kamu sudah tahu dan apabila kamu tidak
tahu sesuatu menunjukkan bahawa kamu tidak mengetahui
sesuatu”. Menunjukkan bahawa ilmu adalah keyakinan dan
kebenaran.

Selasa, 14 Februari 12
3) Plato – “suatu pemindahan roh atau
jiwa dari kegelapan kepada cahaya”

4) Syed Naquib al-Attas – “ suatu


kebenaran yang sampai ke dalam
roh atau menerusi roh atau jiwa
manusia”

5) Kamus Mu’jam al-Wasit – “ilmu


merupakan penghasilan yang
menyeluruh secara tersusun atau
himpunan segala masalah dan
prinsip dalam satu kesatuan disiplin
ilmu seperti ilmu kalam (theology),
ilmu tatabahasa, geologi, astronomi
dan arkeologi” dan juga “
pencapaian sesuatu hakikat atau
disebut sebagai ilmu yaqin”

Selasa, 14 Februari 12
MARTABAT ILMU DALAM ISLAM

Surah al-Mujadalah ayat 11 Allah berfirman;

% ِِ َ'َ‫ِ ْ" َ! َدر‬+,‫ْا ا‬.ُ0‫ أ ُو‬3َ 4ِ5,6 ‫ ْ! وَا‬7ُ ْ 89ِ:ْ‫ا‬.ُ 89:َ َ ‫ أ‬3َ 45,‫َ ْ>=َ<ِ ا;ُ ا‬4

bermaksud “Allah meninggikan beberapa darjat (tingkatan) orang2


yang beriman di antara kamu dan orang2 yang berilmu (diberi
ilmu pengetahuan) dan Allah maha mengetahui apa yang kamu
kerjakan”

– Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang beriman dan berilmu


akan mendapat tempat/darjat yang tinggi di sisi Allah. Keimanan
yang dimiliki merupakan pendorong utk menuntut ilmu & ilmu
yang bermanfaat akan menyedarkan dirinya tentang hakikat
kerdilnya manusia di sisi Allah kerana ilmu Allah yang maha luas.

Selasa, 14 Februari 12
Surah Fatir 35:28, Allah berfirman;

ْ ‫ءا‬. َ@َ"+ُ ,‫ ِد ِه ا‬BَC9ِ# 3ِ: َ;‫ ا‬DEْ


َ Fَ4 B َ@6Gِ‫إ‬
Maksudnya; Sesungguhnya yang takut (melanggar perintah) Allah di antara para hamba-
Nya hanyalah orang yang berilmu.

Surah Ali Imran ayat 18 Allah berfirman


ُI4ِI+َ ,‫َا‬.Jُ Lِّ ‫ ا‬Mَ ,ٰ ‫ ِا‬L ۗPQِR,BِS B ً@ِUٙB9Wَ ِ !9"ْ ِ+,‫ا‬.ُ,‫ وا ُو‬Xُ 7َ Yِ "َ َ Z‫وا‬ L .َ Jُ L‫ا‬
6 Mَ ,‫ا‬Lَ Mُ 6Gَ‫] ِ\ َ[ ا;ُ ا‬
َ
۞!ْ_7ِ َ`,‫ا‬

bermaksud “Allah menerangkan (kepada sekalian makhluknya dengan dalil2 dan bukti),
bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa
mentadbirkan seluruh alam dengan keadilan dan malaikat2 serta orang2 yang
berilmu(mengakui dan menegaskan juga yang demikian), (maka tiada yang berhak
disembah ) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”

Ayat ini membuktikan kemuliaan dan keutamaan orang yg berilmu bahkan dalam hal
kesaksian yang dimulai dgn Allah, malaikat dan orang2 yang berilmu.

Selasa, 14 Februari 12
3) Surah Thaha ayat 114 Allah berfirman

۞B9@ََ "ْ #ِ DِG‫ ِز ْد‬b‫ب‬6‫ْ ر‬dُW‫ َو‬...


bermaksud “ dan berkatalah, Wahai Tuhanku,
tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan”
Ayat ini menjelaskan bahawa bagaimana Islam
meninggikan kedudukan ilmu dengan
mendorong umat Islam supaya sentiasa
berdoa agar ditambahi ilmu pengetahuan.

4) Surah Al-’Alaq ayat 1-5 Allah berfirman


bermaksud “ Bacalah dengan menyebut
nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah
menciptakan kamu dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmu yang paling pemurah.
Yang mengajar manusia dengan pena dan
tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang
tidak diketahuinya” –

Ini wahyu pertama diturunkan kepada


Rasulullah adalah berkaitan ilmu iaitu suruhan
‘membaca’.
Selasa, 14 Februari 12
5) Surah Az-Zumar ayat 9 Allah berfirman

‫ َن‬. ُ@َ"+ْ 4َL ‫ َن‬5ِ ,6 ‫ َن وا‬.ْ ُ@َ"+ْ َ4 3َ 4ِ5,ّ ‫ِى ا‬.َg9Qَ


ْ 4 ْdَJ ْdُW
bermaksud“Katakanlah lagi (kepadanya); Adakah sama orang2 yang
mengetahui dengan orang2 yang tidak mengetahui

Selasa, 14 Februari 12
HADITH
1)Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud
“Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan,
maka dia dipintarkan dalam agama dan diilhami
olehNya kepandaian dalam perkara itu”

2) Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu


Majah dan Ibnu Hibban bermaksud “para alim ulama’
adalah pewaris para nabi”

3) Hadith riwayat Baihaki yang bermaksud “carilah ilmu


walau ke negeri Cina kerana sesungguhnya
menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim”

4) Hadis riwayat Ibn Majah & lain-lainnya yang


bermaksud “daripada anas bin malik r.a., katanya;
rasulullah s.a.w. Bersabda: “ menuntut ilmu adalah
satu fardhu yang wajib atas tiap-tiap seorang
muslim”.

Selasa, 14 Februari 12
5) Hadis riwayat al-Bazzari;

،!"i‫ و‬M_"# ;‫ ا‬D"j DC8,‫ِ ا‬3# ،M8# ;‫ ا‬Dk‫ْ>ةَ ر‬7S DS‫ أ‬3#
َ :BَF,‫ِ ا‬3ُ7َ0Lَ‫ و‬BًC9 ِ`ُ:‫ أو‬B ً@b"+َ َ g9:ُ ‫ أ َو‬Bً ZB# [ُ nْ ُ ‫)ا‬:‫ل‬BW
mَِ "9ْ\َg9َ= Xَ Qِ
Maksudnya; Daripada Abu Bakar r.a., daripada nabi s.a.w. Sabdanya
“Jadikanlah dirimu orang alim, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang
yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai
(tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi (daripada)
golongan yang kelima yang dengan sebabnya engkau akan binasa”.

Selasa, 14 Februari 12
Celaan terhadap kebodohan & Orang-orang yang bodoh
1. Surah Al-A’raf 7:119, Allah berfirman:

p
َ ِ"9Jِ B َq,‫ِ ا‬3َ# ‫ِض‬
ْ >#ْ َ ‫ُ>فِ َوا‬+,BِS >ُ:ْ‫ َوأ‬.َ ْt+َ ,‫ِا‬5u
ُ

Bermaksud; Jadilah pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjan


makruf serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.
2. Surah Hud 11:46, Allah berfirman:

‫ ا َ ْن‬mَُ v#ِ َ ‫ْ ا‬DbG‫ ْ"!ُ ۗ ِا‬#ِ Mِ Sِ mَِ , wْ


َ _,َ Bَ: ِ3ْ"َY9Qَ
ْ 0 xََ = ِyِ,Bj
َ >ُ ْ_nَ dُُ َ@َ# Mُ 6G‫ ۚ ِا‬mَِ "9Jْ َ ‫ ا‬3ْ :ِ wْ
َ _,َ Mُ 6G‫ ُح ِا‬.ْ ُ 89ٰ4 ‫ل‬BW

َ ْ "9\ِ ٰqْ,‫ ا‬3َ :ِ ‫ َن‬.ْ 7ُ َ0

Maksudnya‫ ؛‬Dia (Allah) berfirman, Wahai Nuh ! Sesungguhnya dia
bukanlah termasuk keluargamu, karena perbuatannya sungguh tidak baik,
sebab itu jangan engkau memohon kepada-Ku sesuatu yang tidak
engkau ketahui (hakikatnya). Aku menasihatimu agar (engkau) tidak
termasuk orang yang bodoh.
Ayat ini Allah jawab permohonan nabi Nuh berkaitan anaknya yang kafir...

Selasa, 14 Februari 12
KLASIFIKASI ILMU MENURUT ISLAM

Persoalan: Adakah segala jenis


ilmu WAJIB dituntut oleh setiap
muslim?

Pendapat Syech Zarnuji -


“ sesungguhnya tidak wajib bagi
setiap muslim dan muslimah
menuntut segala jenis ilmu tetapi
yang diwajibkan adalah menuntut
ilmu perbuatan (ilmu al-hal)
sebagaimana diungkapkan
bahawa sebaik2 ilmu adalah ilmu
perbuatan dan sebagus-bagus
amal adalah menjaga perbuatan”
– meliputi ibadah kepada Allah
seperti kewajipan solat, puasa,
zakat & haji.

Selasa, 14 Februari 12
Pendapat Al-Ghazali – “ilmu boleh
diklasifikasikan kepada;

1)Ilmu fardhu ‘ain ialah ilmu tentang cara


amal perbuatan yang wajib seperti ilmu
agama dan segala cabangnya sebagai
contoh rukun Islam.

2) Ilmu fardhu kifayah ialah tiap2 ilmu


yang tidak dapat dihindarkan dalam
menegakkan urusan duniawi. Sebagai
contoh ilmu jual beli, kedoktoran, politik,
pertanian dan ilmu bagi urusan yang
perlu dan penting untuk pembangunan
negara dan masyarakat

Selasa, 14 Februari 12
Pendapat Ibnu Khaldun;

1) Ilmu ‘aqliyyah ialah ilmu yang


merupakan sesuatu yang dialami
pada manusia yang boleh dihasilkan
melalui berfikir. Ia termasuk ilmu
hikmah, falsafah yang terhasil
daripada penelitian dan penyelidikan.

2) Ilmu naqliyyah ialah ilmu yang


bersifat tradisional iaitu yang
bersumberkan al-Quran dan as-
Sunnah

Selasa, 14 Februari 12
SUMBER-SUMBER ILMU
1. WAHYU

Ia terdiri daripada al-Quran dan as-Sunnah di mana


keduanya adalah sumber rujukan ilmu dan
perundangan yang utama dan paling penting kepada
kehidupan manusia.

Al-Quran dan As-Sunnah merupakan wahyu daripada


Allah yang disampaikan melalui rasulnya kepada umat
manusia sebagai garis panduan untuk kebahagiaan
hidup di dunia dan akhirat.

Al-Quran dan as-Sunnah adalah sumber2 yang


membekalkan asas2 ilmu pengetahuan supaya
manusia tidak terjerumus dalam logik akal dan nafsu
semata-mata kerana kedua2nya hanya dapat
menjangkau perkara yang melibatkan material dan
logik semata-mata dan tidak perkara yang disebaliknya
(perkara ghaib).

Selasa, 14 Februari 12
2) 2. AKAL & PANCAINDERA

Akal merupakan elemen utama yang


dapat memandu manusia kepada
kebenaran.

Akal adalah neraca pada kebenaran


yang bertunjangkan wahyu kerana
melalui akal manusia mampu
mencapai kebenaran dan
mengelakkan daripada keraguan.

Pancaindera pula merupakan alat


yang digunakan akal untuk
mendapatkan ilmu kepada sesuatu
fakta menerusi fungsi2 akal.

Selasa, 14 Februari 12
Menurut Imam al-Ghazali – semua ilmu bersifat hakiki dan bukannya buatan
manusia. Manusia hanya melakukan penemuan yang sememangnya telah
wujud dan melalui akal inilah manusia mampu membezakan sesuatu yang benar
dan palsu.

Ilmu yang menggunakan akal menurut al-Ghazali dikategorikan sebagai ilmu


matematik, logik, metafizik, politik dan etik.

Status ilmu ini adalah sebagaimana berikut:

1) Ilmu matematik – (aritmetik, geometri, dan al-Jabar) disifatkan ilmu yang


bersifat neutral – tujuan dicipta ilmu ini bukan untuk mengingkari atau mengakui
kewujudan Allah s.w.t. Ilmu ini digunakan untuk kegunaan dan kebaikan manusia
dan sekiranya disalahgunakan maka sudah tentu hasilnya turut salah dan
sekiranya digunakan dengan betul maka akan mendatangkan hasil yang berguna
kepada manusia.

Aritmetik adalah salah satu cabang utama ilmu matematik yang berkembang
dan hidup sebagai konsep2 nombor yang menjadi kegunaan umum – dikenali
sebagai Teori Nombor.

Selasa, 14 Februari 12
Penggunaan dan manipulasi simbol bagi menggantikan sesuatu yang fizikal
yang digambarkan oleh mental membawa kepada idea awal penggunaan
operasi matematik bercorak kiraan campur dan tolak tanpa memerlukan pada
pengiraan objek tertentu.

Ahli matematik Islam yang banyak memberi sumbangan dalam bidang ini
ialah Abu Yusof Yaakub ibn Ishaq al-kindi karyanya bertajuk al-Karki dan al-
Fakhri.

Terjemahan teks pertama ilmu aritmetik ini ditemui di Univ.Cambridge(1857) “


Algoritmi de Numero Indorum” dari salinan teks al-Khawarizmi dalam abad
ke-12 menjadi alchawarizmi, al-karizmi, al-Goritmi dan al-Gorismi.

Algebra - juga salah satu daripada ilmu matematik berbentuk analisis


berdasarkan kuantiti dengan menggunakan huruf sebagai simbolnya. Ia
adalah kebijaksanaan mendapatkan tak ketahuan dari data-data yang diberi
jika terdapat perhubungan daripada data-data.

Contohnya:

Aritmetik (2+2+2 =3x2) merupakan kes khusus kenyataan algebra


(umum) bagi (x+x+x =3x) dan x ialah sebarang nombor.

Al-Jabr bermaksud memperbaiki keseimbangan suatu persamaan


dengan menukar tempat sebutan-sebutannya.

Selasa, 14 Februari 12
Geometri – ialah cabang ilmu matematik yang mengkaji sifat2 ruang dan
pengukuran magnitud. Berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘geo’ bermaksud
tanah dan ‘metre’ iaitu pengukuran.

Tokoh2 Islam yang terkemuka dalam bidang ini ialah Ibnu Haitham dalam
bukunya Teori Optik, Thabit Ibn Qurra serta al-Khawarizmi dan al-Kindi.

2) Ilmu Logik – iaitu ilmu yang mengkaji tentang cara , kaedah mendemonstrasi dan
mengkaji syarat2 premis, cara menggabungkan premis, syarat mendapatkan takrif
yang betul dan cara2 menyusunnya.

Kaedah yang digunakan adalah bersifat penaakulan atau penularan melalui premis2
umum yang menghasilkan natijah khusus daripada premis umum tersebut.

Contoh: A=B, B=C, A=C iaitu menggunakan kaedah silogisma (al-qiyas al-aqli) yang
digunakan dalam ilmu logik bermula drpd premis umum kepada khusus.

Selasa, 14 Februari 12
3.ALAM SEJAGAT
Alam juga dikira sebagai sumber ilmu
sampingan kepada wahyu dan akal.

Plato;

berpendapat bahawa alam yang nyata


yang dapat dirasai oleh pancaindera
merupakan subjek utama kepada
ilmu kebenaran.

Ini kerana hubungan manusia dan


alam maya mencetuskan ilmu sains
yang wujud hasil daripada
pertembungan dan kesusahan yang
dialami oleh pengalaman
pancaindera biasa.

Selasa, 14 Februari 12
Al-Ghazali telah membahagikan ilmu
kepada 4 kategori utama iaitu:-
ilmu yang diperolehi daripada pancaindera atau
kebendaan.
ilmu yang diperolehi oleh asas2 logik atau
perbandingan
ilmu yang diperolehi oleh akal iaitu melalui
pemahaman tentang perkara yang wajib dan
mustahil.
Ilmu yang diperolehi melalui wahyu para nabi dan
rasul atau dhauq, kasyaf, dan mushahadah oleh
para sufi.

Selasa, 14 Februari 12
KEPENTINGAN ILMU
Di dalam al-Quran ada lebih 750 ayat yang menggesa
umatnya supaya belajar , membuat renungan, dan
menggunakan akal dengan sebaik2nya untuk mencari
kebenaran. Contoh di dalam al-Quran dalam ayat 118 &
143 surah Ali Imran, surah at-Taubah ayat 122.
Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Abdul Barr Rasulullah
bersabda bermaksud “andaikata engkau berjalan,
kemudian engkau belajar satu bab dari ilmu
pengetahuan, maka itu adalah lebih baik daripada kamu
bersolat seratus rakaat”

Selasa, 14 Februari 12
Ilmu yang
membezakan di
antara manusia dan
juga haiwan

Ilmu membezakan darjat


kemuliaan seseorang individu
atau masyarakat.

Ilmu adalah asas kebahagiaan dunia dan akhirat

Selasa, 14 Februari 12
Ilmu adalah asas
ketakwaan kepada
Allah s.w.t.

Ilmu akan sentiasa


bertambah sekiranya
digunakan dan harta
akan habis sekiranya
digunakan.

• Ilmu dapat
mengeratkan tali
silaturrahim sesama
manusia.

Selasa, 14 Februari 12
ASPEK ASAS DALAM PENDIDIKAN ISLAM
Penekanan dan pemusatan utama dalam pendidikan Islam adalah berdasarkan Al-
Quran dan As-Sunnah.

Dalil:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Aku tinggalkan kepada kamu umatku
dengan 2 perkara. Kamu tidak akan sesat sekiranya kamu berpegang pada 2 perkara
tersebut iaitu Al-Quran dan As-Sunnah”.

Matlamat asal dasar pendidikan Islam adalah bertujuan untuk mentafsir dan merealisasikan
prinsip dan konsep daripada kedua2 sumber tersebut berdasarkan kepada pemerhatian
dan pengkajian yang telah dilakukan oleh sarjana dan ahli fikir Islam sejak dari awal
perkembangan Islam.

Aspek-aspek penting yang menjadi tunggak dalam Falsafah Pendidikan Islam ialah:
1.Aspek akidah Islamiyyah
2.Aspek Kemanusiaan dan Fitrah
3.Aspek Keilmuan
4.Aspek Tanggungjawab dan Pembalasan.

Selasa, 14 Februari 12
ASPEK AKIDAH

Selasa, 14 Februari 12
ASPEK AKIDAH

Asas utama dalam pendidikan Islam

Selasa, 14 Februari 12
ASPEK AKIDAH

Asas utama dalam pendidikan Islam

Kenapa?

Selasa, 14 Februari 12
ASPEK AKIDAH

Asas utama dalam pendidikan Islam

Kenapa?

kerana keimanan kepada Allah-faktor penggalak kepada tingkahlaku


manusia ke arah kebaikan serta sebagai benteng kepada perbuatan
jahat dan keji (rukun iman)

Selasa, 14 Februari 12
ASPEK AKIDAH

Asas utama dalam pendidikan Islam

Kenapa?

kerana keimanan kepada Allah-faktor penggalak kepada tingkahlaku


manusia ke arah kebaikan serta sebagai benteng kepada perbuatan
jahat dan keji (rukun iman)

Iman berperanan sebagai

Selasa, 14 Februari 12
ASPEK AKIDAH

Asas utama dalam pendidikan Islam

Kenapa?

kerana keimanan kepada Allah-faktor penggalak kepada tingkahlaku


manusia ke arah kebaikan serta sebagai benteng kepada perbuatan
jahat dan keji (rukun iman)

Iman berperanan sebagai

peng’arah’ yang meng’arah’ tingkahlaku dan berseiringan dengan


perbuatan yang dilakukan oleh manusia.

Selasa, 14 Februari 12
ASPEK AKIDAH

Asas utama dalam pendidikan Islam

Kenapa?

kerana keimanan kepada Allah-faktor penggalak kepada tingkahlaku


manusia ke arah kebaikan serta sebagai benteng kepada perbuatan
jahat dan keji (rukun iman)

Iman berperanan sebagai

peng’arah’ yang meng’arah’ tingkahlaku dan berseiringan dengan


perbuatan yang dilakukan oleh manusia.

Oleh yang demikian, ‘tarbiyyah Islamiyyah’ adalah berhubung secara


langsung dengan perbuatan manusia dan sesuatu yang lahir daripada
perbuatan keimanan.

Selasa, 14 Februari 12
ASPEK AKIDAH

Asas utama dalam pendidikan Islam

Kenapa?

kerana keimanan kepada Allah-faktor penggalak kepada tingkahlaku


manusia ke arah kebaikan serta sebagai benteng kepada perbuatan
jahat dan keji (rukun iman)

Iman berperanan sebagai

peng’arah’ yang meng’arah’ tingkahlaku dan berseiringan dengan


perbuatan yang dilakukan oleh manusia.

Oleh yang demikian, ‘tarbiyyah Islamiyyah’ adalah berhubung secara


langsung dengan perbuatan manusia dan sesuatu yang lahir daripada
perbuatan keimanan.

Selasa, 14 Februari 12
ASPEK KEMANUSIAAN DAN FITRAH
SEMULAJADI MANUSIA
Para saintis Barat berselisih pendapat tentang struktur asal kejadian manusia
sama ada berasal daripada hasil perkembangan sel, atau terdiri daripada akal
dan ruh, atau terdiri daripada ruh dan material – seterusnya mereka juga
berselisih pendapat tentang nature manusia sama ada nature haiwan atau ruh
atau gabungan kedua-duanya.

Menurut perspektif Islam di dalam Surah as-Sajdah ayat 7-9 telah menetapkan
nature kejadian manusia adalah berasal dari sari pati tanah. Al-Quran menerangkan
beberapa peringkat kejadian manusia dari tanah kepada manusia.

Firman Allah dalam Surah as-Sajdah ayat 7-9 yang bermaksud “ Yang
memperindah segala sesuatu yang Dia ciptakan dan yang memulai penciptaan
manusia dari tanah [7] kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air
yang hina (air mani) [8] kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh
(ciptaan) Nya ke dalam (tubuh) nya dan Dia menjadikan pendengaran,
penglihatan dan hati bagimu (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur [9].

Surah al-Sajdah ayat 9 menjelaskan bahawa ruh adalah unsur yang memberikan
kemuliaan dan keistimewaan kepada ummat manusia.

Selasa, 14 Februari 12
Keseimbangan daripada unsur kejadian manusia
(tanah dan ruh) memberikan penekanan dalam
kehidupan sebagai manusia iaitu berkenaan tuntutan
dan juga tanggungjawab.
Ciri-ciri tersebut telah menjadikan diri manusia memiliki
sifat yang sempurna seterusnya menghasilkan
kecenderungan/keinginan yang dipanggil sebagai
“fitrah”.
Menurut Islam manusia akan tersasar daripada fitrahnya
namun melalui “tarbiyyah” akan mengembalikan
manusia kepada fitrah asalnya.
Tarbiyyah berperanan amat penting dan merupakan cara
yang terbaik untuk mengembalikan manusia ke fitrah
asal.
Selasa, 14 Februari 12
ASPEK KEILMUAN
Al-Quran telah menyatakan di dalam surah al-Isra’ ayat 9-11:

Firman Allah yang bermaksud;


Sesungguhnya al-Qur’an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan
memberi khabar gembira kepada orang Mukmin yang mengerjakan amal salih, bahawa
bagi mereka (disediakan) pahala yang besar [9] Dan sesungguhnya orang yang tidak
beriman kepada (kehidupan) akhirat, Kami (Allah) sediakan bagi mereka azab yang
pedih [10]. Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana dia berdoa untuk
kebaikan. Dan adalah manusia (bersifat) tergesa-gesa [11].

Ayat tersebut menerangkan bahawa Al-Qur’an merupakan kitab


yang membawa hidayah, memberi tunjuk ajar dan mengembirakan
orang yang beriman.

Selasa, 14 Februari 12
Tarbiyyah ilmiyyah dalam Al-Quran merujuk pada
beberapa aspek:
I. Aspek Akidah- menunjukkan kepada akidah yang jelas, mudah dan nyata. Membebaskan
ruh daripada kepercayaan karut, tahyul dan menggerakkan potensi manusia ke arah
kehidupan yang produktif dan proaktif.

II. Aspek Kemanusiaan- menunjukkan kepada manusia supaya wujudnya kesinambungan


antara fizikal, dalaman, tingkah laku dan dorongan.

III. Aspek Ibadat- memberi didikan bahawa diri manusia memerlukan pada keseimbangan
antara tuntutan fizikal dan spiritual.

IV. Aspek Pentadbiran dan Kenegaraan- peri pentingnya aspek siasah, ekonomi,
kemasyarakatan, pemerintahan.

Selasa, 14 Februari 12
ASPEK TANGGUNGJAWAB DAN
PEMBALASAN
Mendidik perasaan bertanggungjawab adalah unsur pendidikan
yang diberikan penekanan oleh Islam.
Aspek ini ditanam di dalam jiwa manusia kerana pihak yang
bertanggungjawab akan menanggung hasil daripada
perbuatannya di hadapan Allah atau setiap perbuatan akan
menerima balasan setimpal baik atau buruknya.
Pihak yang bertanggungjawab terdiri daripada pemimpin/ketua,
iaitu dalam sesebuah negara, atau keluarga atau diri sendiri
kerana setiap daripada kita adalah khalifah Allah di bumi.
Pihak yang bertanggungjawab juga bergantung pada syarat2
tertentu dari segi akal, baligh, merdeka, kemampuan, jantina,
waras dsb.

Selasa, 14 Februari 12
PENDIDIKAN ISLAM & PERKEMBANGAN MANUSIA

1.Peringkat Sebelum Kelahiran


a. Islam menggalakkan perkahwinan untuk mendapatkan
zuriat yang sah. Sama ada lelaki dan perempuan
hendaklah memilih pasangan yang sesuai dan baik. –
utamakan yang beragama.

Hadith riwayat Abnu Majah & Baihaki di mana Rasulullah


s.a.w pernah bersabda bermaksud “Janganlah kamu
mengahwini wanita kerana kecantikannya kerana
kecantikannya itu boleh mencelakakan kamu. Janganlah
mengahwini wanita kerana hartanya kerana hartanya
boleh buat dia sombong. Kahwini lah mereka kerana
agama.Sesungguhnya seorang wanita hamba abdi yg
hitam & cuping telinganya besar adalah lebih baik jika dia
beragama”

b. Memerlukan baka yang baik untuk lahirkan anak yang


baik.

c. Persekitaran yang sihat dan penjagaan dari segi fizikal


dan rohani dengan sebaik2nya semasa mengandung.

Selasa, 14 Februari 12
2) Peringkat Awal Kanak-Kanak

a. ketika lahir terus azan atau iqamah


di telinga anak-menyeru kepada
tauhid.
b.Bercukur pada hari ke-7 dan
bersedekah.
c.Memberikan nama yang
baik.
d.Menyusukan anak sehingga
umur 2 tahun.
e.Memberikan belaian, kasih
sayang dan kemesraan
terhadap anak2.
f.Hubungan yang baik dan
cara hidup pertama dilihat
oleh anak bermula
daripada keluarga. Ini
memberikan pengaruh yang
besar dan penting kepada
pembesaran dan
pertumbuhan fizikal dan
rohani anak.

Selasa, 14 Februari 12
3) Peringkat Kanak-Kanak (7 Tahun – 12 Tahun)
Peringkat perlunya anak
belajar menulis dan
membaca.
Mengajar anak supaya solat
5 waktu dan bila umur 10
tahun boleh merotan.
Perkenalkan yang mana baik
dan buruk dan hal dan
haram.
Mengenali rakan2 anak dan
memastikan rakan2 yang
baik.
Penekanan diberikan dalam
bentuk keimanan kepada
Allah, mengetahui tentang
dasar2 akidah, apa larangan
dan suruhan Allah dan didik
anak melalui perbuatan.

Selasa, 14 Februari 12
4) Peringkat Baligh (12 Tahun – 21 Tahun)

Zaman remaja dan peringkat ini mereka


telah dipertanggungjawabkan secara
individu atas apa yang dilakukannya.
Pada peringkat inilah anak2 perlu
diberikan gambaran yang betul serta
persekitaran yang baik untuk mencari
pasangan.
Biasanya remaja lebih terdorong untuk
melakukan sesuatu melalui logik akal.
Mereka sedang berusaha mencari
identiti diri dan ada sifat malu – perlu
diberikan kesedaran pemikiran, sebab
musabab, peraturan.
Mereka inginkan kebebasan dan mula
menjauhkan diri dengan keluarga.
Perlu diberikan garis panduan
berkaitan perhubungan di antara
lelaki dan perempuan.

Selasa, 14 Februari 12
5) Peringkat Matang (Rusyd) (Umur 22 – 40 Tahun)

Pada peringkat ini dikategorikan


sebagai dewasa dan telah
mencapai akhlak dan pemikiran
yang sempurna

Selasa, 14 Februari 12
IJTIHAD
Selasa, 14 Februari 12
definisi
• bahasa:”pencurahan segenap
kemampuan untuk mendapatkan
sesuatu”
• Bermaksud penggunaan akal sekuat
mungkin untuk menemukan sesuatu
keputusan hukum tertentu yang tidak
ditetapkan secara nyata di dalam al-
Quran dan as-Sunnah.

• istilah: ialah suatu proses penyelidikan


yang serius yang dilakukan secara
bersungguh-sungguh oleh sarjana Islam
(digelar mujtahid) untuk menerbitkan
hukum-hukum yang bersifat amali.

• Proses ijtihad hanya berlaku terhadap


hukum-hukum yang tidak jelas yang
wujud di dalam al-Quran atau al-Sunnah,
sama ada ketidakjelasan itu berpunca
daripada lafaz yang terlalu umum,
ataupun berpunca daripada kredibiliti
dalil yang digunakan itu sendiri.

Selasa, 14 Februari 12
• Ijtihad perlu sekiranya;
• sesuatu dalil teks telah jelas dan
putus,
• jelas maknanya tanpa boleh
ditakwilkan lagi, dan
• dalil itu pula disahkan berautoriti,
• Ijtihad biasanya berlaku dengan
mengambil pengajaran-pengajaran di
dalam sumber hukum seperti quran
dan sunnah untuk direalisasikan dalam
realiti semasa yang memerlukan hukum
untuk diamalkan

Selasa, 14 Februari 12
kesimpulan
1) pelaku ijtihad adalah seorang
ahli fiqih/yang arif tentang
hukum Islam.
2) Apa yang ingin dicapai oleh ijtihad
ialah hukum syarie yang
berhubungan dengan tingkahlaku
dan perbuatan orang2 dewasa
bukannya hukum I’tiqadi atau
hukum khuluqi. Wahbah Az-Zuhaily

3) Status hukum syarie yang


dihasilkan oleh ijtihad adalah
dhanni dan bukannya absolute.
4) Ijtihad hanya digunakan untuk
menentukan sesuatu hukum yang
tidak ditentukan secara nyata di
dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Yusuf al-Qaradhawi

Selasa, 14 Februari 12
DALIL KEHARUSAN
IJTIHAD
• Firman Allah s.w.t dalam Surah an-
Nisaa’ ayat 59 yang bermaksud
“Wahai orang2 yang beriman, taatlah
kamu kepada Allah dan Rasul dan Ulil
Amr (orang yang berkuasa) dari
kalangan kamu. Dan apabila kamu
berbantah2 (berselisih pendapat)
dalam sesuatu perkara maka
hendaklah kamu kembali kepada Al-
Quran dan As-Sunnah. Jika kamu
benar2 beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Yang demikian, adalah lebih
baik bagi kamu dan lebih elok pula
kesudahannya”.

Selasa, 14 Februari 12
DALIL KEHARUSAN
IJTIHAD
• Rasulullah s.a.w. pernah bersabda
kepada Abdullah Ibn Mas’ud sebagai
berikut “berhukumlah engkau dengan al-
Quran dan as-Sunnah apabila sesuatu
persoalan itu engkau temukan pada dua
sumber tersebut. Tetapi sekiranya
engkau tidak menemukannya pada dua
sumber itu maka berijtihadlah”.

• Rasulullah s.a.w. pernah bersabda


kepada Ali bin Abi Talib “apabila
engkau berijtihad dan ijtihadmu itu
betul maka engkau mendapat 2
pahala tetapi apabila ijtihadmu itu
salah maka engkau mendapat satu
pahala”.

Selasa, 14 Februari 12
JENIS-JENIS IJTIHAD
Selasa, 14 Februari 12
JENIS DEFINISI CONTOH
Segi bahasa adalah azam atau Ijmak Sahabat tentang
tekad. pemerintahan.
Segi istilah syara’, Ijmak adalah Wajib hukumnya mengangkat
kesepakatan yakni kesepakatan para seorang imam atau khalifah untuk
ulama dalam menetapkan suatu menggantikan Rasulullah dalam
hukum dalam agama Islam mengurusi urusan Daulah Islamiyah
berasaskan Al-Quran dan Hadis yang menyangkut urusan agama dan

IJMA’
tentang suatu perkara yang terjadi dunia yang disepakati oleh para
pada suatu masa setelah zaman Sahabat di Saqifah Bani Sa’idah.
Rasululullah S.A.W.
ijma’ para ulama’ mujtahidin
muslimin dan bersemuafakat mereka
tanpa berkecuali oleh mana-mana
seorang pun daripada mereka
terhadap sesuatu hukum syara’.

reasoning by analogy iaitu Contohnya pengharaman dadah


menetapkan sesuatu hukum diqiyaskan dengan hukum
terhadap sesuatu hal yang belum pengharaman arak kerana
diterangkan oleh al-Quran dan As- memabukkan dan menghilangkan

QIYAS Sunnah dengan dianalogikan


kepada hukum sesuatu yang sudah
diterangkan hukumnya oleh al-
kewarasan.

Quran dan As-Sunnah kerana


adanya sebab yang sama.

Selasa, 14 Februari 12
JENIS DEFINISI CONTOH
utility iaitu menetapkan hukum Contohnya mewujudkan
terhadap sesuatu persoalan matawang, menyediakan
ijtihadiyah atas pertimbangan penjara adalah atas dasar
kegunaan dan kemanfaatan kegunaan dan
yang sesuai dengan tujuan kemanfaatan yang tidak
MASHALIH AL syariat. bercanggah dengan syariat
Kaedah ini mempertimbangkan Islam.
MURSALAH dasar kepentingan dan
kegunaan dengan tanpa adanya
dalil yang secara bertulis dan
nyata dalam al-Quran dan As-
Sunnah.

juristic preference iaitu Contohnya Saidina Umar


menetapkan sesuatu hukum r.a.tidak menghukum
terhadap sesuatu persoalan pencuri kerana kebuluran
ijtihadiyah atas dasar prinsip2 semasa kemarau panjang
umum ajaran Islam seperti dengan hukuman hadud
keadilah, kasih sayang dll. kerana atas dasar keadilan
ISTIHSAN Kaedah ini sedikit berbeza
daripada mashalih al-mursalah
dan kasih sayang dan dalil
daripada al-Hadith bahawa
kerana ia mempertimbangkan Islam tidak menyusahkan
dasar kemaslahatan itu umatnya.
dengan disertai dalil al-Quran
dan As-Sunnah yang umum.

Selasa, 14 Februari 12
JIHAD

Selasa, 14 Februari 12
Definisi
bahasa – perkataan jihad berasal
daripada kalimah arab ‘jahada’ yang
bermaksud ”keberatan dan kesusahan”

istilah – jihad bermaksud “mencurahkan


daya dan tenaga kekuatan dalam usaha
mencapai sesuatu matlamat atau cita2
mulia dalam bentuk kata2 atau perbuatan.

Ia mencakupi usaha bersungguh2 untuk


mencapai satu2 tujuan yang diingini atau
mempertahankan sesuatu yang tidak
diingini dengan berbagai cara”.

Kesimpulannya jihad meliputi pelbagai


aspek iaitu melibatkan perlawanan dan
peperangan secara fizikal dan juga
perlawanan secara mental dan spiritual.

Selasa, 14 Februari 12
JIHAD MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
• Surah an-Nisaa’ ayat 95 bermaksud “ tidaklah
sama keadaan orang2 yang duduk (tidak
turut berperang) dari kalangan orang2 yang
beriman selain daripada orang2 yang ada
keuzuran dengan orang2 yang berjihad di
jalan Allah(untuk membela Islam) dengan
harta dan nyawanya. Allah melebihkan orang
yang berjuang dengan harta benda dan jiwa
mereka atas orang2 yang duduk (tidak
berperang disebabkan uzur) dengan
kelebihan satu darjat”

• Ayat ini mengerahkan tenaga dan usaha


untuk berperang pada jalan Allah sama ada
secara langsung (bertempur di medan
perang) ataupun dengan harta, akal fikiran,
membekalkan tentera tambahan, logistik,
bantuan perubatan bagi tentera dsbg.

Selasa, 14 Februari 12
Surah At-Taubah ayat 41 bermaksud
“Pergilah kamu beramai-ramai untuk
berperang pada jalan Allah, sama ada
dengan keadaan ringan (dan mudah
bergerak) ataupun dengan keadaan berat
(disebabkan berbagai-bagai
tanggungjawab) dan berjihadlah dengan
harta benda dan jiwa kamu pada jalan
Allah(untuk membela Islam). Yang
demikian itu amatlah baik bagi kamu, jika
kamu mengetahui.” –

ini menjelaskan bahawa berjihad pada


jalan Allah pada kebiasaannya ialah
dengan harta dan nyawa.

Kenapa Allah sentiasa mendahulukan frasa


‘jihad dengan harta’ – bertujuan memberi
semangat dan mendorong mereka berjihad
kerana jihad dengan harta adalah lebih
mudah dilakukan berbanding jihad dengan
nyawa.

Selasa, 14 Februari 12
• Surah Al-Baqarah ayat 190 yang
bermaksud “Dan perangilah kerana
(menegakkan dan mempertahankan)
agama Allah akan orang yang
memerangi kamu, dan jangan kamu
menceroboh(dengan memulakan
peperangan) kerana sesungguhnya
Allah tidak suka kepada orang2 yang
mmenceroboh”.

• Ayat ini menjelaskan bahawa agama


Islam menganjurkan jihad untuk
mempertahankan agama sekiranya
kedudukan Islam terancam walau
bagaimanapun Islam juga melarang
umatnya daripada memulakan
pencerobohan dan menitikberatkan
keamanan.

Selasa, 14 Februari 12
• Hadith sahih di mana
• Hadith diriwayatkan oleh Abu Rasulullah s.a.w. pernah
Hurairah bermaksud “Seorang ditanya: Wahai
lelaki berkata kepada Rasulullah Rasulullah!ada orang
s.a.w. Wahai Rasulullah! berperang dengan gagah
Beritahulah aku amalan apakah berani, ada yang
yang setanding dengan jihad? berperang dengan penuh
Rasulullah menjawab: Aku tidak semangat, dan ada pula
memperolehnya. Lelaki tersebut yang berperang agar
berkata: Beritahu dan dikenal kedudukannya
terangkanlah maka siapakah yang
kepadaku.Rasulullah s.a.w. disebut berperang di jalan
bersabda lagi:Apabila mujahid Allah? Rasulullah s.a.w.
berangkat untuk berjihad, menjawab sesiapa yang
sanggupkah kamu masuk ke berperang untuk
masjid, lalu berdiri sembanhyang menegakkan Kalimatullah,
dan tidak berhenti, adakah kamu maka dialah yang
terdaya untuk berpuasa terus berperang di jalan Allah”
menerus tanpa berbuka walau
sehari?Baginda bersabda lagi:
Siapakah yang sanggup
melakukan sedemikian?”

Selasa, 14 Februari 12
Pandangan Ulama’

Pendapat daripada ulama’ fiqh kontemporari, Wahbah al-Zuhaili terdapat


beberapa cara manifestasi jihad yang boleh dilakukan iaitu jihad dengan
jiwa dan raga, harta dan juga kata2 bagi tujuan mempertahankan diri
daripada musuh.

Jihad boleh diertikan dengan jihad menentang hawa nafsu dan syaitan, jihad
dalam menuntut ilmu dan memerangi kejahilan, jihad membanteras
kemiskinan, gejala sosial dan sebagainya.

Waktu yang aman dan sejahtera di negara kita sekarang memerlukan kita
berjihad bagi membangunkan ummah, memerangi kejahilan, penyakit serta
masalah sosial.

Selasa, 14 Februari 12
PENSYARI’ATAN JIHAD UNTUK
BERPERANG DALAM ISLAM
1. Pada peringkat awal dakwah Rasulullah di era Makkah, jihad
memerangi musuh belum disyari’atkan oleh Islam. Walaupun turun
beberapa ayat di era tersebut tentang jihad seperti di dalam surah
al-’Ankabut ayat 6,8 & 69 serta surah Luqman ayat 15, namun jihad
dalam konteks tersebut lebih kepada makna jihad ma’nawi
bukannya jihad melibatkan pertempuran dan peperangan.

2. Manakala semasa proses hijrah ke Madinah, kaum muslimin


mendapat keizinan untuk berjihad dan berperang daripada Allah
Taala. Namun pada tahap ini, Allah Taala membenarkan orang2 Islam
berperang tetapi bukan mewajibkannya.

3. Selepas hijrah ke Madinah, kaum muslimin diwajibkan berjihad


memerangi mereka yang memusuhi dan memerangi Islam dan kaum
muslimin. Terdapat hampir 26 istilah jihad yang disebut dalam surah2
madaniyyah. Kebanyakannya dengan jelas membawa maksud
berperang pada jalan Allah atau kerana Allah.
Selasa, 14 Februari 12
Kajian tentang kronologi pensyari’atan jihad mendapati bahawa
tuntutan dan hukum jihad diturunkan secara beransur2, berperingkat
dan mengikut kesesuaian masa, kepelbagaian dan keperluan situasi
serta persediaan mental dan fizikal kaum muslimin.

Ini membuktikan keistimewaan Islam sebagai agama fitrah manusia


yang tidak membebankan serta relevan dengan keadaan semasa.

Secara perbandingan, keadaan kaum muslimin di Makkah sebelum


hijrah agak lemah, memandangkan pengikut nabi Muhammad s.a.w.
masih sedikit dan mereka merupakan golongan minoriti yang sering
ditindas.

Oleh itu, Allah Taala Yang Maha Mengetahui ketidakupayaan mereka


untuk bertempur tidak mensyari’atkan kaum muslimin di Makkah utk
berjihad. Sebaliknya setelah wujud kerajaan dan semasa
pemerintahan Islam kukuh di bawah pimpinan Rasulullah di Madinah,
jihad telah disyari’atkan.

Pada masa itu, Rasulullah telah mempersiapkan barisan pejuang


Islam yang beriman & sanggup berkorban segala2nya demi Islam.

Selasa, 14 Februari 12
TUJUAN & KEPENTINGAN JIHAD
1) Mempertahankan Islam dan ajarannya – iaitu
membanteras sebarang pergerakan, usaha dan rancangan
untuk memutarbelitkan ajaran Islam atau menghancurkan
akidah muslimin.
2) Membela diri dan nasib kaum muslimin daripada kezaliman dan
penganiayaan pihak musuh – termasuklah jihad untuk mengusir
para penceroboh & penjajah yang merampas negara atau
kawasan kaum muslimin. Penindasan juga termasuk pencabulan
hak2 asasi manusia yang beragama Islam.
3) Meluaskan syiar Islam – sekiranya dakwah secara aman tidak
dapat dijalankan maka caranya ialah dengan berjihad/berperang.
Namun dalam Islam tidak dibenarkan menggunakan kekerasan dan
paksaan dalam berdakwah.

4) Membangunkan ummah dan menjadi yang terbaik dalam segala


aspek iaitu akhlak, ekonomi, sosial, politik dan pendidikan.
Selasa, 14 Februari 12
KESIMPULAN
• Terdapat 4 jenis keadaan jihad sepertimana
dibuat oleh para ulama’:-
1.Jihad maknawi - jihad melalui tutur kata dan
perbuatan, jihad melawan hawa nafsu dan
godaan syaitan, jihad menuntut ilmu,
membanteras kemiskinan dan gejala sosial
dan sebagainya.
2.Ketika bertemu dan bertembung dengan
tentera musuh di medan perang – pejuang
dalam keadaan ini mestilah bertahan dan
diharamkan daripada lari dari medan
perang.
3.Apabila orang2 kafir menyerang sesebuah
negara Islam – dalam keadaan ini
penduduk2 negeri tersebut mestilah
bertahan untuk memerangi musuh dan
menghalau mereka.
4.Apabila ketua negara mengisytiharkan
kerahan tenaga bagi memerangi sesuatu
kaum, mereka hendaklah turun ke medan
perang bersama2 mereka.

Selasa, 14 Februari 12
SEKIAN
Selasa, 14 Februari 12
SEKIAN

Selasa, 14 Februari 12
Selasa, 14 Februari 12

Anda mungkin juga menyukai