Anda di halaman 1dari 6

HNF 3012- FALSAFAH ILMU

TUGASAN INDIVIDU (ARTIKEL JURNAL)


KUMPULAN KULIAH: K

TAJUK ARTIKEL:
NILAI YANG DIRANCANG OLEH GURU MATEMATIK
TAHUN LIMA DALAM PENGAJARAN PENYELESAIAN
MASALAH

NAMA : HAFIZAN BIN JULIS


NO. K/P : 971016-10-5459
NO. MATRIK : D20172080308
SEMESTER :2
SESI : 2018/2019
E-MAIL : fizanjulis@gmail.com / d080308@siswa.upsi.edu.my
PHONE : 013-5954518
PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN MATEMATIK
KOD PROGRAM : AT-14
FAKULTI : FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK
NAMA PENSYARAH : DR SAKINAH BINTI SALLEH
1. PENDAHULUAN

Artikel jurnal ini adalah salah satu jurnal yang dikategorikan dalam Jurnal Pendidikan Sains
dan Matematik Malaysia Vol.4 No.2. Artikel jurnal ini telah diterbitkan pada bulan Disember
2014 dimana ia adalah berkaitan dengan isu nilai dalam kalangan guru matematik sekolah
rendah. Tajuk rasmi bagi artikel ini adalah Nilai Yang Dirancang Oleh Guru Matematik Tahun
Lima Dalam Pengajaran Penyelesaian Masalah. Artikel ini juga melibatkan seramai 4 orang
penulis dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris
iaitu Sivagami Sundari Thruvankadam, Mohd Uzi Dollah, Noor Shah Saad dan Qismullah
Yusuf dimana kajian yang dilakukan adalah bertempat di SJK(T) Bukit Beruntung, 48300
Rawang, Selangor Darul Ehsan. Kajian dilakukan secara pemerhatian pengajaran, temu bual
serta pengumpulan dokumen. Kaedah kajian secara kualitatif ini bertujuan untuk mengenal
pasti nilai yang dirancang oleh guru matematik tahun lima dalam pengajaran penyelesaian
masalah. Sampel kajian ini melibatkan tiga orang guru matematik yang terlatih.

2. SINOPSIS

Pendidikan sekolah rendah merupakan pendidikan asas yang diberikan kepada murid-murid.
Oleh itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyarankan agar kurikulum ini
dilakukan untuk memberi peluang yang sama kepada setiap murid bagi mendapat pengetahuan
serta menghayati nilai murni yang diperlukan. Oleh itu, Perancangan nilai tentang pengajaran
perlu dilakukan terlebih dahulu oleh seorang guru sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran terutama sekali bagi guru matematik. Hal ini kerana didapati guru matematik
masih sukar mengaitkan nilai dalam subjek matematik sewaktu merancang aktiviti pengajaran.

Antara nilai yang boleh diterapkan kepada murid-murid ialah nilai pendidikan umum (nilai
murni). Kualiti nilai pendidikan umum ini juga dapat dicapai dengan penglibatan guru dan
murid selain kandungan pengajaran juga memainkan peranan penting sewaktu guru merancang
penerapan nilai di bilik darjah. Penerapan nilai akan berlangsung melalui dua pendekatan iaitu
pendekatan implisit dan eksplisit. Sebanyak lima nilai telah dirancang oleh peserta kajian iaitu
nilai adil, kerjasama, rajin, teliti, dan sistematik. Hampir kesemua nilai ini adalah yang
berkaitan dengan perkembangan diri. Tetapi adakalanya pengajaran yang dirancang oleh guru
tidak dapat dilakukan dengan sepenuhnya kerana pengajaran guru dipengaruhi oleh nilai sosial
murid diluar bilik darjah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti nilai yang
dirancangkan oleh guru matematik tahun lima dalam pengajaran penyelesaian masalah.
3. ULASAN DAN KRITIKAN
 KEKUATAN

Antara kekuatan artikel yang diterbitkan ini ialah ianya telah merangkumi aspek nilai yang
diterapkan bukan sahaja oleh guru matematik, malah kesemua guru di sekolah rendah bagi
setiap subjek juga. Berdasarkan metodologi kajian iaitu temubual, data-data yang dikumpulkan
akan melalui tiga peringkat pengumpulan hasil kajian iaitu temu bual pra pengajaran, diikuti
pemerhatian pengajaran dan temu bual pasca pengajaran. Temubual berperingkat ini bertujuan
untuk mengenal pasti tajuk pengajaran, objektif pengajaran yang dirancang, kefahaman nilai,
nilai yang dirancang untuk sesi pengajaran bilik darjah, alat bantu mengajar yang akan
digunakan, latihan yang disediakan serta kaedah pengajaran yang akan dilaksanakan dan pada
Maka jelaslah disini bahawa metodolgi yang sistematik dapat memudah kerja dalam kajian
yang dilakukan.

Kajian analisis dokumen kajian juga dapat menimbulkan isu yang berkaitan
perancangan penerapan nilai dalam subjek matematik di mana para responden tidak
menghiraukan keutamaan dalam merancang nilai secara tersurat dalam rekod atau dokumen
persediaan mengajar sebelum menjalankan sesi pengajaran bilik darjah. Dapatan ini turut
disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Mohd Uzi (2007) bahawa kebanyakan guru tidak
bersedia dan merancang nilai sebelum melakukan sesi pengajaran bilik darjah.

Selain itu, konsep kajian juga mampu dihasilkan oleh pengkaji dalam artikel ini yang
mengenai perancangan nilai oleh guru matematik ketika menyediakan rancangan pengajaran.
Berdasarkan konsep kajian yang dicipta, terdapat tiga aspek yang memainkan peranan penting
dalam penerapan nilai iaitu guru yang merancang nilai sebelum mengajar, pelajar yang
meibatkan diri dalam proses penerapan nilai dan kandungan kurikulum yang berkenaan.
Konsep kajian ini amat penting bagi mengenal pasti dari sudut manakah perancangan nilai yang
berlaku di bilik darjah ini dikaji sekalius dapat mengenali keutamaan perancangan nilai oleh
guru matematik di sekolah rendah ini adalah nilai pendidikan umum iaitu merujuk kepada
amalan nilai murni yang juga terdapat dalam agama seperti kasih sayan, kesederhanaan dan
baik hati. Hal ini juga berkait rapat dengan Sukatan Pendidikan Moral untuk sekolah rendah
mengandungi 16 nilai utama yang digariskan dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara
(Kementerian Pendidikan,1995)
 KELEMAHAN

Kelemahan yang terdapat dalam artikel ini ialah kaedah yang dijalankan secara kualitatif tidak
sepenuhnya merangkumi aspek perancangan nilai yang ingin dikaji. Hal ini kerana terdapat
kaedah lain seperti kaedah pengumpulan maklumat secara kuantitatif juga amat membantu
dalam menguatkan lagi sampel daripada populasi murid sekolah tahun lima rendah ini. Kaedah
kuantitatif ini seperti agihan soalan yang berkaitan dan kaedah penyelesaian secara statistik
juga dapat dijalankan. Selain itu melalui pengkajian ini, umum akan melihat bagaimana sambil
lewanya guru matematik mahupun guru-guru subjek yang lain dalam membuat rekod
persediaan belajar kerana banyak alasan yang dikeluarkan seperti tidak cukup ruang dan
terpaksa menulis rancangan pengajaran untuk subjek-subjek yang lain. Hal in akan
menyebabkan perancangan nilai dalam isi pembelajaran tidak diambil peduli. Menurut
pengkaji, responden terpaksa mengingat kembali kepada topik pengajaran sebelum
menyatakan nilai sewaktu temu bual. Jika perkara ini berterusan, rakyt mrhen akan
berpandangan negatif tentang profesion perguruan sekolah masa kini. Akhir sekali, kajian bagi
mengenal nilai yang dirancang oleh guru matematik tahun lima dalam pengajaran penyelesaian
masalah ini harus berfokus kepada isi kandungan subjek atau subtopik pelajaran kerana
perancangan nilai yang berkait dengan isi kandungan subjek seperti subjek mematik ini amat
penting untuk murid-murid untuk dijadikan pedoman.
4. PERKAITAN DENGAN FALSAFAH ILMU

Setelah meneliti artikel ini, aspek peranngan nilai oelh guru matematik sebelum mengajar ini
amat berkait dengan falsafah aksiologi iaitu falsafah nilai. Dalam kontek ilmu, aksiologi ilmu
ini merangkumi manfaat sesuatu ilmu yang dipelajri. Jika seorang guru matematik hendak
mengajar sesuatu topik, beliau perlulah tahu terlebih dahulu akan kepentingan atau apakah
manfaat ilmu itu kepada murid-murid. Justeru itu,nilai ilmu yang dipelajari ini dapat
menjadikan murid lebih terdorong kepada kebaikan.

Selain itu, nilai pendidikan umum yang diterapkan melalui sistem pendidikan
mempunyai ciri ikatan sosial. Nilai pendidikan umum ini merujuk kepada nilai moral, etika,
atau akhlak yang dikembangkan melalui pendidikan matematik. Hal ini amat berkaitan dengan
pembahagian aksiologi ilmu iaitu etika dimana manfaat yang diperoleh dari ilmu untuk
kehidupan manusia atau bagaimana ilmu pengetahuan dengan kaedah-kaedah moral dalam
kehidupan bermasyarakat. Seperti contoh, nilai pendidikan matematik dalam subtopik purata
dapat memberi nilai adil kerana pembahagian kuantiti yang sama rata. Nilai adil ini merupakan
nilai moral yang boleh dicontohi oleh murid-murid.

Tambahan pula, guru memaikan peranan penting dalam perancangan nilai yang hendak
dipelajari oleh murid. Ini amat bertepatan dengan pengelasan ilmuwan iaitu ilmuan terpuji
menurut teori falsafah aksiologi. Seorang guru yang dikatakan ilmuwan yang terpuji perlu
menjadikan pengajaran, penyelidikan dan penerbitan sebagai kayu ukur kecemerlangan beliau
kerana dengan proses pengajaran yang baik bukan setakat menyampaikan maklumat tetapi
mampu berfikir secara kreatif disamping mendidik adab serta akhlak yang mulia murid-murid
daripada perancangan nilai yang telah dibuat sebelum sesi pembelajaran dijalankan. Hal ini
berkait rapat dengan tanggungjawab para ilmuwan iaitu guru itu sendiri yang
bertanggungjawab atas hasil-hasil penelitian ilmiah yang dilaksanakan dari aspek perancangan
nilai agar memberi manfaat kepada murid-muridnya.
5. KESIMPULAN

Melalui artikel yang dikaji, dapat disimpulkan disini bahawa pengetahuan serta kefahaman
guru mengenai pendidikan nilai dalam matematik masih lagi jauh. Seperti mana yang
diketahui, nilai merupakan perkara yang penting dalam mencerminkan sifat seseorang oleh itu,
para pendidik matematik perlu mengembangkan kefahaman serta mendalami nilai seperti yang
digariskan dalam sukatan pendidikan moral seperti nilai kerjasama, adil, rajin, teliti dan
sistematik. Kefahaman serta penerapan nilai perlu dilaksanakan dan dirancang terlebih dahulu
oleh para pendidik negara kita agar membantu melahirkan generasi yang mantap untuk negara
kita. Oleh yang demikian, sebagai pendidik, seseorang guru perlu melengkapkan diri dengan
kualiti dan Standard Guru Malaysia agar mereka diakui mampu menjamin keberhasilan negara
disamping mengikut garis panduan yang digubal iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
melahirkan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.