Anda di halaman 1dari 2

Sosiologi Pendidikan

 Sosiologi pendidikan ini dapat diertikan sebagai sebuah kajian untuk mempelajari hubungan antara
masyarakat yang mempunyai interaksi social dengan ilmu pendidikan.
 Hubungan ini dapat membantu melihat bagaimana proses masyarakat mempengaruhi pendidikan
dan sebaliknya.
 Rumusnya, sosiologi dijadikan sebagai pendekatan kajian terhadap pendidikan dalam memahami
hubungan sosiologi dengan pendidikan.

Teori Fungsionalisme

 Sesuatu yang sangat penting dan bermanfaat dalam mengkaji masalah social dalam kalangan
masyarakat khususnya dalam bidang pendidikan..
 Teori ini berpendapat bahawa masyarakat adalah sistem yang disamakan dengan seperti badan yang
terdiri daripada bahagian-bahagian yang saling berkaitan, bersatu dengan satu sama lain dan
masing-masing mempunyai peranan untuk mewujudkan keseimbangan dalam struktur social
masyarakat.
 Banyak mengkaji fungsi perlakuan social atau sesebuah institusi dalam kegiatan-kegiatan yang
menyumbang kepada kehidupan masyarakat amnya yang mana khusus merujuk kepada pelajar.

Isu berdasarkan teori Fungsionalisme

1. Kelemahan akademik dan pretasi pelajar


 Kelas sosioekonomi
 Budaya sekolah
2. Isu pengurusan bilik darjah
 Guru kurang berfungsi
 Wujudkan kumpulan tertentu
 Pengajaran dan Pembelajaran kurang berkesan

Kaitan isu dengan teori sosiologi dengan pendidikan di Malaysia

1. Disebabkan menjadikan pendidikan itu sebagai alat pengukuhan ekonomi


2. Wujudnya persaingan antara golongan social yang berbeza dan ketidakadilalan dalam sitem
pendidikan.
3. Wujudnya pengkelasan sistem pendidikan (sejak zaman penjajahan British).
4. Punca kegagalan persekolahan atau perbezaan pencapaian murid sekolah.
5. Antaranya ialah:
o Sekolah harus kaji tentang ilmu pengetahuan yang perlu diajar – bentuk ilmu pengetahuan,
pemilihan ilmu pengetahuan, organisasi ilmu pengetahuan dan tahapkeberkesanan ilmu
pengetahuan.
o Proses penyampaian ilmu pengetahuan.
o Konsep yang digunakan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
o Pandangan dan sikap guru
Rujukan

Muhammad Rusyid Rasyid. 2015. Pendidikan Dalam Perspektif Teori Sosiologi. Indonesia: Fakultas
Tarbiyah dan Keguruan UIN Alauddin Makassar.

Ruminiati. 2016. Sosio- Antropologi Pendidikan Suatu Kajian Multikultural. Indonesia: Gunung Samudera.

Anda mungkin juga menyukai