Anda di halaman 1dari 1

Kata alu-aluan Su Kurikulum –Afifah Binti Ariffin

“Age quod agis”


-Motto Tradisi Latin-
Maksud:
“Buat yang terbaik dalam setiap perkara dan fokus
dengan tanggungjawab yang diberikan.”

Transformasi pendidikan yang kian mencabar selaras


dengan keperluan untuk melahirkan generasi millenial
yang berkembang secara holistik dan kompetitif di abad
ke-21 ini memerlukan setiap agen didalam sistem
pendidikan untuk mengambil tindakan yang proaktif
dalam mendukung cita-cita dan aspirasi seperti yang
terkandung didalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Justeru, untuk mencapai sesuatu objektif dan aspirasi, jati
diri dan moral yang tinggi merupakan tunjang utama yang
perlu dimiliki oleh setiap warga pendidik. Selaras dengan
itu, saya percaya motto tradisi Latin seperti yang tersebut
diawal mukadimah ini, dapat dijadikan ‘mantra’ oleh setiap
warga pendidik dalam memastikan kesangggupan untuk
menggembeleng tenaga untuk menjayakan setiap aktiviti
dan program yang dirancang bagi melahirkan modal insan
yang memiliki minda kelas pertama dan cemerlang dalam
segala aspek.
Sehubungan itu, marilah kita semua selaku warga
pendidik memelihara martabat dan profesion perguruan
dengan menjalankan segala tanggungjawab yang diberi
dengan penuh amanah dan sentiasa mentajdid niat dalam
setiap urusan yang dilakukan. Semoga semua rakan guru
diberi kekuatan untuk terus berjuang di arena pendidikan
demi kemaslahatan agama, bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai