Anda di halaman 1dari 79

MODUL PEMBELAJARAN

PJMS3123
LAKUAN MOTOR

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN
BESUT, TERENGGANU

2019
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
ISI KANDUNGAN

TOPIK TAJUK MUKA SURAT


Topik 1 Definisi dan konsep 1-5
 Pertumbuhan
 Kematangan
 Perkembangan
 Prestasi Fizikal
 Aktiviti Fizikal
 Kecergasan Fizikal
 Pembelajaran Motor
 Kawalan motor

Topik 2 Perkembangan Motor 6-9


 Lahir – 2 tahun
 Umur 2 – 6 tahun
 Umur 6 – akil baligh
 Akil baligh dan seterusnya
 Perkembangan postur
 Perkembangan lokomotor
 Perkembangan kemahiran manual

Topik 3 Kematangan 10-14


 Konsep dan pentaksiran kematangan
biologi yang merangkumi kematangan
rangka, seksual, somatik, dan gigi
 Kematangan berhubung variasi dalam
pertumbuhan dan prestasi

Topik 4 Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan, 15-18


kematangan, prestasi dan aktiviti
 Aktiviti fizikal
 Keadaan sosial
 Variasi kaum dan etnik
 Pemakanan dan penyakit kanak-kanak
 Iklim
 Kanak-kanak di dalam aktiviti fizikal dan
sukan Atlet muda
 Aliran sekular pertumbuhan, kematangan
dan prestasi kanak-kanak

Topik 5 Kaedah Pembelajaran Prestasi Motor 19-22


 Klasifikasi kemahiran motor
 Pengukuran pembelajaran
 Lengkuk prestasi
 Ujian pengekalan
 Ujian pemindahan
Topik 6 Perbezaan Individu 23-27
 Kebolehan
 Kebolehan motor
 Taksonomi kebolehan motor persepsi
manusia (Fleishman, 1972)
 Variabel perbezaan individu

Topik 7 Asas Neuromotor 28-44


 Kawalan pergerakan voluntari dan
involuntari Propriosepsi dan kawalan motor
- sistem vestibular
- reseptor otot
- organ tendon Golgi
- reseptor sendi
 Visual dan kawalan motor
- Membidik
- Aliran optik
- Tindakan pemintasan
- Imbangan
- Pergerakan
 Sentuhan dan kawalan motor

Topik 8 Pemprosesan Maklumat 45-46


 Model pemprosesan maklumat
 Masa respons
 Masa reaksi dan masa pergerakan
 Faktor-faktor yang mempengaruhi masa
reaksi
 Antisipasi

Topik 9 Teori dan Peringkat Pembelajaran Motor 47-53


 Teori Lingkaran Tertutup Adam (1971)
 Teori Skema Schmidt (1975)
 Model tiga peringkat Fitts dan Posner
(1967)
 Model Dua Peringkat Gentile (1972)

Topik 10 Memori 54-60


 Model Stor Pelbagai Atkinson dan Shiffrin
(1968)
 Memori kerja
 Memori jangka panjang
 Lupaan
 Gangguan memori - Proaktif - Retroaktif
 Strategi meningkatkan memori
Topik 11 Perhatian 61-63
 Teori Perhatian
- Teori Penapisan Bottleneck
(Bottleneck Filter Theories)
- Model Perhatian Kahneman
(Kahneman’s Model of Attention)
 Kesan Stroop (Stroop Effect)
 Perhatian berpilih

Topik 12 Praktis 64-70


 Praktis keseluruhan & sebahagian
 Praktis massa
 Agihan praktis
 Keberubahan praktis
 Gangguan Kontekstual
 Penjadualan praktis

Topik 13 Maklum Balas Tambahan 71-74


 Jenis maklum balas tambahan
 Knowledge of Results (KR)
 Knowledge of Performance (KP)

75
RUJUKAN
TOPIK 1 DEFINISI DAN KONSEP

1.0 KONSEP PERTUMBUHAN, PERKEMBANGAN DAN KEMATANGAN

Menurut buku perkembangan kanak-kanak nukilan Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan
Rafidah Kastawi, perkembangan manusia melibatkan perubahan. Kebanyakkan orang
menggunakan perkataan pertumbuhan dan perkembangan dalam konteks yang sama.
Realitinya, makna perkataan ini berbeza tetapi tidak boleh dipisahkan.

Woolfolk dan margetts (2007) mensifatkan pertumbuhan sebagai perubahan dalam saiz dan
kematangan. Daripada segi saiz fizikal, ini bermaksud pertambahan dalam saiz bahagian-
bahagian bahan ketinggian dan juga bilangan saraf-saraf ke otak. Pertumbuhan ialah
perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan diukur daripada satu peringkat ke peringkat
yang lain.

1.0.1 Ciri-ciri Pertumbuhan

Antara ciri pertumbuhan ialah:

 Pertumbuhan manusia bersifat kuantitatif, dapat dilihat dan diukur.


 Saiz dan stuktur badan bertambah dan kanak-kanak kelihatan lebih besar secara
fizikal.
 Saiz otak dan organ dalaman juga bertambah.
 Dipengaruhi oleh baka dan keturunan,kematangan, kesihatan ibu bapa dan
persekitaran individu tersebut.
 Kadar pertumbuhan berbeza daripada individu ke individu dan berlaku secara
berperingkat.

Santock (2008) pula mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi,
kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daipada peringkat percambahan sehingga
akhir hayat.Perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara
kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih
awal.

1.0.2 Ciri-ciri perkembangan

Antara ciri perkembangan adalah:

 Perkembangan bersifat kualitatif dan perubahan-perubahan yang berlaku adalah dari


segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral.
 Perubahan ini adalah stabil, berlaku secara teratur dan progresif dalam arah tertentu.

1
 Perubahan yang berlaku adalah berterusan sepanjang hayat dan melalui peringkat-
peringkat kematangan tertentu.
 Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.
 Hasil daripada kematangan dan pembelajaran.

1.0.3 Perbezaan di antara Pertumbuhan dan Perkembangan

Pertumbuhan Perkembangan
Fizikal Perubahan tinggi, pertambahan Kemahiran menggunakan anggota
berat badan, pertumbuhan gigi badan, misalnya seorang bayi
bermula dengan kebolehan
memusing badan, duduk, merangkak,
berdiri, berjalan dan berlari
Kognitif Keupayaan berfikir Kemahiran membaca, menulis,
mengira, berfikir secara kreatif dan
kritis
Emosi Perasaan gembira, sayang, marah, Kemahiran mengurus emosi
cemburu
Sosial Menjalin perhubungan dengan ibu Kemahiran menjalin perhubungan
bapa, keluarga, rakan dan orang di sosial dan menunjukkan perlakuan
sekitar individu tersebut baik dan sesuai

1.1 PRINSIP ASAS PERKEMBANGAN

I. Proses perkembangan berlaku mengikut aturan.


II. Perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan
umum kepada yang lebih spesifik.
III. Pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara
berterusan.
IV. Corak dan aturan perkembangan adalh hampir sma tetapi kadar perembangan
manusia berbeza untuk setiap individu.
V. Perkembangan bergantung keada hasil interaksi di antara kematangan dan
pembelajaran.

1.2 PRINSIP ASAS KEMATANGAN

 Lazimnya dijelaskan sebagai satu proses menjadi matang atau satu langkah ke arah
mencapai keadaan matang.
 Maturation = proses matang, maturity = kematangan, mature = matang
 Proses matang ini berlaku dalam semua tisu, organ, dan sistem organ, memberi
kesan ke atas enzim, komposisi kimia dan fungsi.
 Proses matang berbeza mengikut sistem biologi seseorang.
 Proses matang seksual adalah keadaan di mana keupayaan organ-organ pembiakan
berfungsi sepenuhnya.

2
 Proses matang tulang adalah keadaan di mana rangka seseorang terbentuk
sepenuhnya.
 Proses matang sistem endokrin dan saraf (neuroendocrine) adalah satu faktor utama
dalam proses kematangan seksual, tulang dan somatik semasa peringkat lewat
kanak-kanak dan remaja.
 Proses matang adalah merujuk kepada tempo (kadar kematangan berlaku) dan
waktu (bila berlakunya kematangan khusus) perkembangan ke arah keadaan yang
matang secara biologikal.
 Proses matang berfokus pada kadar pencapaian saiz dewasa dan kematangan.

1.3 KONSEP KECERGSAN FIZIKAL

Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti


seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti
kesenggangan.

Definisi kecergasan fizikal: Falls (1980)

"Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi


fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari
ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung,
kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula
merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau
bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan,
kemahiran dan sebagainya"

1.3.1 Komponen Kercergasan Perlakuan Motor. Komponen Kecergasan Kesihatan.


I. Kelajuan
I. kardiovaskular
II. Keseimbangan
III. Koordinasi II. kekuatan
IV. Kuasa III. daya tahan otot
V. Ketangkasan
IV. kelenturan
VI. Masa tindak balas
V. komposisi badan

1.4 KONSEP PEMBELAJARAN MOTOR

Pembelajaran motor ialah proses untuk meningkatkan prestasi kemahiran motor. Ia


juga bertujuan untuk meningkatkan kehalusan dan ketepatan sesuatu pergerakan.
Setiap kemahiran motor memerlukan tahap dan bilangan motor neuron serta bilangan
fungsi mental yang berbeza.

3
Sumber Definisi
Schmidt (1988) Pembelajaran motor sebagai proses gabungan latihan dan
pengalaman yang menyebabkan perubahan tindakan atau
pergerakan yang kekal
Drowatzky (1981)  Pembelajaran motor sebagai aktiviti motor dan gerak balas
motor yang mewujudkan pola kemahiran
 Pembelajaran motor juga ialah perlakuan yang dapat
diperhatikan. Perlakuan ini adalah hasil daripada gerak
balas otot yang menyebabkan pergerakan badan atau
sebahagian anggota badan.

4
1.5 KONSEP KAWALAN MOTOR

Kajian kawalan motor merupakan kajian kesan faktor neurofisiologi ke atas pergerakan
manusia. Kawalan motor memberi tumpuan pada aspek neural, fizikal dan tingkah laku
yang menjadi asas pergerakan manusia. Pembelajaran motor dan kawalan motor adalah
bidang pengajian berkaitan dengan bagaimana otak merangsangkan pergerakan otot yang
kompleks. Pengetahuan dalam bidang pembelajaran motor dan kawalan motor dapat
membantu kita mempelajari pergerakan yang kompleks dengan lebih berkesan. Melalui
latihan berterusan, sesuatu kemahiran motor dapat dilakukan secara efisien. Rajah 1.2
berikut menerangkan hubungan antara pembelajaran motor dan kawalan motor untuk
menghasilkan tingkah laku motor.

5
TOPIK 2 PERKEMBANGAN MOTOR

2.0 Perkembangan motor dengan cepat. Sejak lahir hingga umur 3


tahun, kanak-kanak banyak dilatih
Perkembangan adalah perubahan yang kebolehan menyimpan dan
bersifat kualitatif. Perubahan ini tidak mengendalikan sesuatu. Apabila
dapat diukur secara kuantiti seperti mencapai usia prasekolah, kebolehan
pertumbuhan yang boleh diukur dengan menyimpan dan mengendalikan sesuatu
kilogram bagi berat misalnya. Namun ini akan menjadi semakin mahir, misalnya
begitu, perubahan dalam perkembangan dalam permainan memasukkan blok ke
seseorang itu dapat dilihat jelas berlaku dalam bentuk lubang yang sesuai. Mereka
jika dibandingkan dengan peringkat awal juga sudah mempunyai kebolehan untuk
atau yang sebelumnya. mengambil objek-objek kecil seperti manik
2.1 Peringkat Perkembangan Motor menggunakan ibu jari dan telunjuk namun
mereka masih belum cermat dalam
2.1.1 Lahir – 2 tahun kawalan tersebut.

Ketika dilahirkan bayi mempunyai daya Semasa umur 4 tahun, pengendalian


kawalan motor yang lemah dan terhad. motor halus kanak-kanak sudah
Walaupun begitu, mereka sudah meningkat dan menjadi lebih cekap dan
menguasai banyak bahagian kawalan otot tepat. Walaupun begitu, kanak-kanak
yang kemudiannya menjadi selaras dan pada usia ini tetap menghadapi masalah
sempurna dalam pergerakan tangan, untuk membina menara tinggi dengan
lengan dan jari-jari tangan. Kemahiran blok-blok kerana kurang sempurna dalam
mencapai dan menggenggam bertambah meletakkan blok tersebut.
baik dalam masa dua tahun pertama
kehidupan. Biasanya bayi hanya Pada umur 5 tahun, motor halus kanak-
memperlihatkan pergerakan bahu, lengan kanak akan semakin terurus dan
meningkat lebih maju. Seiring dengan
dan siku secara kasar. Kemahiran
menggerak pergelangan tangan, penyelarasan antara mata dan jari kanak-
memusing tangan, dan menyelaras ibu jari kanak pada usia ini mampu untuk
serta jari yang lainnya berlaku kemudian. mengimbangi kawalan tangan, lengan dan
badan dengan pergerakan mata. Oleh itu
Menurut Gesell (1928) dan Shirley (1933), mereka dapat membina sesuatu binaan
pada usia dua tahun pertama ini, kawalan yang lebih kompleks dengan mahir dan
tangan bermula sebagai pergerakan yang mudah sahaja. Pada umur 5 hingga 6
berbentuk pantulan kemudian tahun, penguasaan kawalan jari serta
berkembang menjadi kemahiran motor penyelarasan tangan dan mata
halus yang lebih terkawal. menyebabkan kanak-kanak dapat
mencapaikebolehan yang berikut dalam
2.1.2 2 – 6 tahun kemahiran motor halus seperti
mencantum puzzle, menggunakan sudu
Menurut kajian-kajian Furuno et al.(1987),
kecekapan motor halus kanak-kanak pada 6
usia 2 hingga 6 tahun akan berkembang
semasa makan, menggunting mengikut
garisan tepi, melukis bentuk, mengenakan
butang di baju dan lain- lain lagi. 2.2.2 Sistem Vestibular

2.1.3 Umur 6 – akil baligh Fungsi : Menyelaras keseimbangan badan


dan perubahan fisiologi yang wujud dalam
Semasa kanak-kanak masuk ke alam badan
persekolahan, otot mata dan tangan
mencapai koordinasi yang memuaskan Struktur utama : Alat vestibular
dan bersedia untuk belajar menulis, Catatan : memfokuskan pelbagai
membaca, mengira dan melakukan aktiviti
pergerakan dengan memerlukan
permainan di luar bilik darjah. Mereka keseimbangan pengawalan terhadap
memperoleh kemahiran tersebut apabila aktiviti atau perlakuan oleh sistem ini
otot-otot kecil bertambah di bahagian
tangan dan kaki terutamanya. Dengan ini,
segala aktiviti dan pergerakan yang
hendak dilakukan dapat dikawal dengan 2.2.3 Sistem Somatosensori
sempurna.
Fungsi : Menafsir maklumat dari pelbagai
2.2 Perkembangan Postur reseptor bagi menyelarasinteraksi diri dan
persekitaran.
Kawalan postur ialah perkara asas dalam
membina pengusaan kemahiran sukan Struktur utama : Reseptor
yang lebih kompleks. Ianya dipengaruhi Catatan :
oleh pengawalan keseimbangan statik
dan dinamik. Keupayaan manusia dalam -Melibatkan pelbagai reseptor – maklumat
proses pengawalan postur melibatkan kinestetik bagi membolehkan pentafsiran
komponen seperti sistem visual, sistem pelbagai reseptor bagi menyelaras
vestibular dan sistem somatosensori. interaksi diri dan persekitaran mengenai
keadaan persekitaran.
2.2.1 Sistem Visual
-Proprioseptor – mendominasi perubahan
Fungsi : Mengawal dan mengetahui pergerakan tubuh
pergerakan sekeliling.

Struktur utama : Mata


2.3 Pembelajaran Motor
Catatan :
-Asas pemahiran perkembangan motor
1)Ambient : Penggunaan yang tidak
akan melalui empat proses perkembangan
maksimum semasa situasi pergerakan
motor manusia iaitu: i.Tahap satu –
menyeluruh.
perkembangan reflex
-Tidak di kawal oleh otak.Berfungsi dalam
ii.Tahap dua – kemahiran motor asas
mengawal keseimbangan dinamik
iii.Tahap tiga – kemahiran permainan
2)Fokal : Penggunaan system visual yang
awalan
sepenuhnya.
iv.Tahap empat – kemahiran fizikal
-Melibatkan konteksvisual – otak.
7
-Fungsi – pemfokusan imej
Keempat-empat tahap perkembangan Proses pembelajaran sesuatu kemahiran
motor dipengaruhi oleh dua dalam bidang sukan dipengaruhi oleh tiga
pembolehubah iaitu perubahan tahap iaitu:
keupayaan motor dan perubahan fisiologi.
i.Tahap lisan kognitif
2.3.1 Perubahan keupayaan motor.
ii.Tahap asosiatif
-Terdapat dua peringkat fasa yang
menjadi tunjang kepada perubahan iii.Tahap autonomi
keupayaan motor iaitu perkembangan dan
penurunan.
2.3.2 Tahap lisan kognitif
-Perkembangan motor – proses
mempelajari kemahiran motor iaitu dari -Berkait rapat dengan kemhiran asas
mudah kepadakompleks. kerana berlaku di peringkat awalan dan
melalui proses arahan kepada sesuatu
-Penurunan – proses perkembangan pergerakan (terminologi lisan) dan
motor merosot (penuaan) pentafsiran maksud arahan oleh pelaku
-Contoh: sistem kinestetik dan vestibular (terminologi kognitif).
berkembang dari lahir kepada 6 bulan Contoh: pemain midfield dalam permainan
untuk tempoh kematangan, sistem visual
bola sepak mendapat bola dikedudukan
juga bermula dari lahir tetapi memerlukan 25meter dari tiang gol pihak lawan dan
tempoh masa sehingga berumur 10-12 pemain ini boleh melakukan beberapa
tahun. keputusan pergerakan samada
Secara umumnya, perkembangan melakukan tendangan terus
lokomotor merupakan antara skop (menjaringkan gol), menghantar bola ke
subdisiplin bidang kawalan motor yang sebelah tepi /kiri dan kanan (Side attack)
memfokuskan kepada pengkajian dan menghantar bola ke bahagian
kemahiran yang berlaku melalui beberapa bawah(hold position).
pembolehubah seperti praktis, latihan, 2.3.3 Tahap asosiatif
pemindahan pembelajaran, penjadualan
praktis dan teknik penyampaian maklum -Perkara dasar bagi tahap asiosiatif ini
balas. adalah pelaku tidak memerlukan sebarang
arahan dari luar untuk membuat
-Pembolehubah yang mempengaruhi keputusan sesuatu pergerakan kerana
pembelajaran motor berkait rapat dengan telah mencapai tahap pembelajaran
tahap pemerolehan kemahiran motor yang
secara sendiri.
wujud pada sistem biologi.
2.3.4 Tahap autonomi
-Kemahiran motor ialah kebolehan
mencapai objektif pergerakan yang ingin -Proses penguasaan kemahiran yang
dilakukan dan Keberkesanan pencapaian berlaku adalah sebati dengan diri pelaku
objektif seharusnya berada padatahap yang berpandukan kepada situasi
yang konsisten. Ini bermaksud, kemahiran persekitaran dan respons/keputusan yang
motor merujuk kepada keupayaan sesuai dengan situasi.
mencapai objektif pergerakan secara
konsisten melalui usaha minimum.
8
-Autonomi lebih mudah ditafsirkan sebagai bagi memegang, mengenggam dan
automatik iaitu satu keadaan secara memusingkan skru tersebut. Kawalan
spontan berlaku kepada pergerakan manual ini akan melatih kemahiran
pelaku. mereka menyelaraskan kekuatan
genggaman dan pegangan jari-jari tangan
mereka.
2.4 Perkembangan kemahiran Aktiviti yang melibatkan pelbagai bentuk,
manual saiz, tekstur dan berat objek seperti ini
akan memperkembangkan kecekapan
Semasa peringkat perkembangan
kawalan manual kanak-kanak semasa
seseorang kanak-kanak, kemahiran
mengendalikan sesuatu objek. Aktiviti
mereka mengendalikan objek memberi
membuat guntingan kertas juga dapat
makna yang besar. Cara bagaimana
meningkatkan kawalan manual kanak-
mereka memegang sesuatu objek dengan
kanak. Contohnya, kanak-kanak diminta
yakin akan dapat menunjukkan kebolehan
membuat guntingan kertas bentuk sebuah
mereka. Misalnya, jika kita lihat kanak-
rumah. Mereka akan cuba mengunting
kanak bermain plastisin, apakah kawalan
dari satu sudut. Gerakan dan genggaman
manual yang dilakukan oleh mereka?
tangan mereka sangat penting bagi
Kanak-kanak akan menyesuaikan
membuat guntingan yang kemas mengikut
gerakan tangan bagi membentuk objek
garisan bentuk rumah tersebut. Semasa
yang tertentu. Mereka akan menekan dan
mengunting mereka juga perlu membuat
menggosok plastisin antara dua tapak
gerakan mata bagi memfokus pada
tangan untuk membuat bentuk bujur. Atau
bahagian yang betul untuk dipotong.
mereka akan mengenggam plastisin
tersebut dengan kuat untuk membuat Kawalan manual juga boleh dilihat
bola. Begitu juga, mereka akan semasa kanak-kanak sedang bermain.
menyelaraskan daya yang bersesuaian Contohnya semasa kanak-kanak bermain
ketika membentuk plastisin tersebut batu seremban, mereka akan membaling
semasa membuat bentuk bulat seperti dan menangkap batu dalam permainan
bola itu. tersebut. Kawalan manual dalam
permainan ini melibatkan kemahiran
Aktiviti kawalan manual juga merujuk
kanak-kanak mengawal gerakan
kepada kebolehan kanak-kanak untuk
membaling dengan daya yang sesuai.
membuat aktiviti motor halus. Aktiviti ini
Selain itu, mereka juga perlu cekap
adalah seperti memegang, menggengam,
menangkap dan mengenggam batu
menggosok dan menggunakan jari
tersebut pada masa yang tepat.
tangan. Contohnya, seperti kanak-kanak
membuka skru pada alat mainan mereka. Semasa kanak-kanak bermain mereka
Aktiviti ini memerlukan kecekapan kanak- akan mengembangkan kemahiran manual
kanak untuk menggunakan jari tangan kendiri masing- masing.

9
TOPIK 3 KEMATANGAN

3.0 Konsep Dan Pentaksiran Kematangan Biologi Yang Merangkumi Kematangan


Biologi Yang Merangkumi Kematangan Rangka, Seksual, Somatik, Dan Gigi.

 Konsep kematangan bererti perkembangan ke arah keadaan yang matang.


 Setiap individu dilahirkan dengan satu tempoh biologikal yang memastikan
perkembangan ke arah keadaan matang.
 Pertumbuhan biologikal dan kematangan seseorang kanak-kanak tidak semestinya
bergerak seiring dengan tarikh atau umur kronologinya.
 Sesetengah kanak-kanak akan berkembang lebih pesat dari aspek biologikal
berbanding umur kronologinya. Dengan kata lain, walaupun dua orang kanak-kanak
mempunyai umur kronologi yang sama, mereka tidak semestinya mencapai tahap
kematangan biologikal yang sama pada umur tersebut.
 Petunjuk atau indikator kematangan dalam kajian pertumbuhan lazimnya
berdasarkan kematangan rangka, kematangan seksual dan kematangan somatik.

3.1.1 Menilai kematangan rangka

 Merupakan kaedah yang paling baik dalam penilaian umur biologikal atau status
kematangan.Rangka merupakan indikator yang ideal tentang kematangan kerana
perkembangannya merangkumi tempoh pertumbuhan yang menyeluruh.Semua
kanak-kanak bermula dengan rangka rawan di peringkat pranatal dan berkembang
menjadi rangka lengkap di peringkat awal dewasa.Kadar di mana tulang berkembang
dari rawan ke pembentukan tulang awalan, ke bentuk tulang yang pelbagai dan
seterusnya ke peringkat dewasa berbeza antara tulang di dalam seseorang individu
dan antara individu-individu.
 Tulang-tulang tangan dan pergelangan tangan merupakan asas utama penilaian
kematangan rangka di dalam kanak-kanak.Pada lazimnya tulang-tulang tangan kiri
dikaji dengan meletakknya di atas satu permukaan rata pada plet sinar-X.Terdapat
dua kategori tulang iaitu tulang panjang dan tulang bulat. Setiap tulang panjang
merangkumi diafisis dan epifisis.Tulang bulat adalah sebenarnya tulang tak sekata,
yang kebanyakannya terletak di pergelangan tangan.
 Indikator kematangan memberi 3 jenis maklumat yang digunakan untuk menentukan
kematangan tulang.Pertamanya, adalah kemunculan awal pusat tulang yang khusus
pada sinar-X, yang menunjukkan penggantian rawan oleh tisu tulang di dalam tulang
yang terlibat.Keduanya, adalah definisi dan sifat-sifat setiap tulang berdasarkan
perbezaan bentuk semasa perkembangannya semakin jelas di peringkat
dewasa.Ketiganya, melibatkan penggabungan epifisis dengan diafisis masing-
masing di dalam metakarpal, falanks, radius dan ulna, dan pembentukan kontur dan
bentuk karpal dewasa.

10
 Terdapat 3 kaedah penilaian kematangan rangka iaitu (i) kaedah Greulich-Pyle, (ii)
kaedah Tanner-Whitehouse dan (iii) kaedah Fels.

3.1.2 Menilai kematangan seksual

 Penilaian adalah berasaskan kepada perkembangan ciri-ciri seks sekunder iaitu


perkembangan buah dada dan haid (perempuan), zakar dan buah zakar (lelaki) dan
bulu pubik / kelamin (lelaki dan perempuan).Penilaian ke atas seks sekunder ini
hanya terhad sehingga peringkat remaja atau baligh. Oleh itu, indikator ini
mempunyai had aplikasi dalam pertumbuhan sepanjang hayat.
 Penilaian lazimnya dilaksanakan dalam 5 peringkat dan secara
pemerhatian.Peringkat 1 menunjukkan perkembangan prabaligh. Contohnya, alat
kelamin lelaki adalah sama saiz di peringkat awal kanak-kanak.Peringkat 2
menunjukkan perkembangan awalan setiap ciri – peningkatan awal buah dada
(perempuan), pembesaran alat kelamin (lelaki), pemunculan bulu pubik (lelaki dan
perempuan).Peringkat 3 dan 4 menunjukkan kematangan berterusan setiap ciri dan
adalah sukar untuk dinilai.Peringkat 5 menunjukkan keadaan perkembangan matang
atau dewasa bagi setiap ciri.Perlu diingatkan bahawa kelima-lima peringkat yang
dinyatakan adalah satu penilaian yang lazim hasil daripada pemerhatian. Setiap
individu akan berkembang mengikut tahap kematangan masing-masing dan tidak
semestinya semua ciri yang dinyatakan berkembang dari peringkat 1 ke 5.
 Terdapat 2 kaedah menentukan umur yang dicapai berdasarkan kematangan
seksual iaitu (i) kaedah status quo dan (ii) kaedah retrospective.

3.1.3 Menilai kematangan somatik

 Penggunaan ukuran badan sebagai indikator kematangan memerlukan data kajian


berbentuk longitudinal.Jika data yang diperolehi merangkumi zaman remaja,
ketepatan ukuran anggota badan yang khusus semasa pertumbuhan pesat remaja
ini boleh digunakan sebagai indikator kematangan somatik.
 Pengukuran ketinggian merupakan aspek yang lazimnya digunakan sebagai
penilaian kematangan somatik.Umur di puncak halaju ketinggian (peak height
velocity) adalah indikator yang lazim digunakan dalam kematangan somatik.
 Ini adalah peringkat umur di mana ketinggian maksimum dicapai semasa
pertumbuhan pesat remaja.
 Anggaran umur yang sama boleh dibuat pada puncak halaju anggota lain seperti
umur di puncak halaju pertumbuhan dalam panjang kaki, ketinggian berduduk,
biacromial, bicristal, lebar, berat badan dan kekuatan otot.Satu lagi indikator
kematangan somatik boleh dikira berdasarkan peratusan ketinggian dewasa yang
dicapai pada sesuatu peringkat umur.

11
3.1.4 Menilai kematangan gigi

 Penilaian kematangan gigi bergantung pada pertubuhan gigi dan tanggalnya gigi.
Penilaian dilakukan dengan mengira jumlah gigi yang tumbuh. Gigi pertama tumbuh
pada usia lebih kurang 6 bulan hinggan 2 tahun. Pada umur lebih kurang 6 tahun
jumlah gigi susu adalah sebanyak 20 batang.
 Gigi susu akan mula gugur dan tanggal dan tumbuh gigi kekal. Ini terjadi sehingga
usia 13 tahun sehinggalah gigi kekal akan bertambah menjadi 32 batang
kesemuannya.
 Apabila jumlah gigi kekal mennjadi 32 batang ini berarti kematangan gigi telah
mencapai puncaknya pada usia lebih kurang 18 tahun.
 Kematangan gigi kekal pada perempuan terjadi lebih awal berbanding lelaki.

3.2 Kematangan Berhubung Variasi Dalam Pertumbuhan Dan Prestasi

(a) Variasi berkait dengan kematangan dalam pertumbuhan.

 Kebanyakan fokus adalah pada peringkat remaja di mana variasi masa pertumbuhan
pesat dan kematangan seksual dapat diperhatikan dengan jelas.
 Kanak-kanak pada lazimnya di kategorikan dalam kumpulan kematangan awal,
normal atau lewat berdasarkan umur rangka, umur semasa haid atau ciri-ciri seks
sekunder.

 Kanak-kanak yang matang awal adalah lebih tinggi dan berat berbanding mereka
yang normal atau lewat matang.Saiz badan akan kelihatan lebih ketara dan jelas di
peringkat remaja bagi mereka yang matang pada waktu yang berlainan.Kanak-kanak
lewat matang akan mempunyai pinggul yang kecil berbanding bahu mereka.Kanak-
kanak awal matang akan mempunyai pinggul yang lebar berbanding bahu mereka.

 Ektomorf lazimnya adalah berkait dengan lewat matang dalam lelaki dan perempuan.
Kajian telah menunjukkan bahawa terdapat korelasi positif antara endomorf dan

12
11mesomorf dan umur rangka, manakala korelasi negatif antara ektomorf dan umur
rangka dalam kanak-kanak berumur antara9 dan 17 tahun.Korelasi antara endomorf
dan umur rangka meningkat antara 9 dan 12 tahun, menunjukkan pengumpulan
lemak sebelum pertumbuhan pesat remaja.Korelasi antara endomorf dan umur
rangka menurun antara 12 dan 16tahun, menunjukkan pengurangan atau kehilangan
lemak semasa pertumbuhan.

 Lelaki akan mengalami pengurangan lemak bawah lapisan kulit dibahagian anggota
hujung dan pengumpulan yang lebih di bahagianabdomen semasa peringkat remaja.
Korelasi antara mesomorf dan umur rangka adalah stabil antara 9 dan12 tahun, dan
seterusnya meningkat dari 12 ke 15 atau 16 tahun. Korelasi negatif antara ektomorf
dan umur rangka adalah stabil antara 9 dan 15 tahun dan mula menurun pada lewat
remaja.Lelaki yang lewat umur rangkanya sering mempunyai nilai ektomorf yang
tinggi.

 Ektomorf yang ketara, sama ada di prabaligh atau awal dewasa adalah berkait
dengan kitaran remaja yang lewat atau panjang.Mesomorf yang ketara di peringkat
prabaligh akan kelihatan lebih rendah dan mempunyai kitaran remaja yang lewat
sedikit tetapipertumbuhan yang pesat.Endomorf prabaligh akan mempunyai
pertumbuhan yang awal dan pesat tetapi tidak lanjut untuk suatu tempoh masa yang
lama.
 Bagi lelaki, korelasi antara umur rangka dan kelebaran otot lengan dan betis
meningkat dengan ketara dari umur kanak-kanak ke remaja,berbanding perempuan.
Korelasi antara ketebalan lemak di betis dan umur rangka meningkatdari umur
kanak-kanak ke remaja dalam lelaki dan perempuan.Ukuran otot, tulang dan lemak
di lengan dan betis dalam kanak-kanak awal matang (lelaki dan perempuan) adalah
besar.

(b) Variasi berkait dengan kematangan dalam prestasi

 Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa terdapatnya korelasi positif antara umur
rangka dan prestasi.
 Kanak-kanak awal matang akan menjadi lebih kuat dan menunjukkan prestasi yang
lebih baik berbanding dengan kanak-kanak lewat matang.Prestasi semasa peringkat
kanak-kanak pertengahan dipengaruhi oleh umur kronologi dan saiz badan, kedua-
duanya berkait dengan status kematangan. Kekuatan dan prestasi motor kanak-
kanak praremaja adalah dipengaruhi oleh perkaitan antara umur kronologi, umur
rangka, dan saiz badan. Oleh itu, adalah sukar untuk membezakan dengan jelas
kesan khusus variasi berkait kematangan dalam penilaian kekuatandan prestasi
motor.
 Secara umumnya, perkaitan kekuatan dan prestasi motor remaja lelaki adalah positif
dan signifikan kepada kematangan rangka.Prestasi motor remaja perempuan adalah
tidak berkait secara signifikan kepada petunjuk kematangan rangka dan

13
seksual.Kekuatan statik adalah berkait secara positif kepada status kematangan dalam
perempuan semasa remaja.Data korelasi untuk kekuatan, prestasi motor, dan status
kematangan semasa remaja adalah berkait dengan umur kronologi, status kematangan,
saiz badan dan prestasi.

14
TOPIK 4 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN,
KEMATANGAN, PRESTASI DAN AKTIVITI

4.0 Aktiviti Fizikal

• Aktiviti fizikal adalah suatu tingkah laku yang berlaku dalam pelbagai bentuk dan
konteks, termasuk mainan bebas, kerja seharian, senaman, pendidikan jasmani
sekolah, dan sukan yang diuruskan.

• Aktiviti fizikal merupakan faktor terpenting dalam mengawal berat badan dan
mengekalkan keseimbangan yang sihat di antara komponen tisu kanak-kanak yang
berkembang.

• Melakukan aktiviti fizikal secara konsisten akan meningkatkan prestasi dalam sukan,
stamina (daya tahan jantung, paru-paru dan peredaran darah) dan proses
tumbesaran tulang dalam kalangan kanak-kanak dan remaja

• Individu yang melakukan jenis latihan fizikal yang berlainan akan mengembangkan
bentuk badan yang berbeza.

• Semasa melakukan aktiviti fizikal kanak-kanak berasa bebas, riang dan puas hati.
Fikiran mereka menjadi lebih tenang dan dapat melakukan aktiviti dengan lebih baik.

• Mereka belajar dan meneroka persekitaran melalui aktiviti fizikal kerana imaginasi
mereka yang tinggi aktiviti fizikal penting untuk perkembangan kanak-kanak sebab ia
menyumbang kepada perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan kesihatan emosi
mereka.

4.1 Keadaan Sosial

• Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini
termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir.

• Pengalaman sebelum lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup
ibu, rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan emosi ibu.

• Faktor-faktor selepas kelahiran pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan,


sosioekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan-rakan, sekolah, masyarakat, tempat
ibadat, media dan persekitaran dunia. Semua perkara ini akan mempengaruhi
perkembangan seseorang.

4.2 VARIASI KAUM DAN ETNIK

• Berlaku dominasi terhadap beberapa jenis sukan bagi kaum-kaum tertentu.

• Stereotype seperti ini menyebabkan limitation terhadap penyertaan kaum tertentu


dalam sesuatu sukan.

15
• Contohnya, bola untuk melayu, bola keranjang untuk cina dan olahraga untuk india.

• Seseorang tidak dapat peluang untuk mengambil pengalaman dan memajukan diri
untuk menguasai kemahiran dalam sukan sukan tersebut sekiranya terlalu terikut
dengan stereotype ini

4.3 PEMAKANAN DAN PENYAKIT KANAK-KANAK

• Individu yang berasal daripada keturunan yang berpenyakit. Individu tersebut besar
kemungkinan akan mewarisi penyakit, seperti lelah dan kencing manismelalui baka.
Jadi, kanak-kanak tersebut sukar menyertai aktiviti sosial dan
menyebabkanperkembangan sosialnya terganggu. Justeru, hubungan kanak-kanak
tersebut dengan rakan-rakan menjadi berkurangan. Kemudian, dia akan merasa
sedih dan sunyi. Impaknya, proses perkembangan sahsiahnya menjadi tidak sihat
kerana perkembangan sosial dan emosi terjejas.

• Pemakanan kanak-kanak boleh memberi kesan kepada berat badan. Kanak-kanak


yang mempunyai saiz badan yang agak besar akan berasa malu untuk bersosial
dengan orang lain kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukannya adalah terbatas.
Saiz badan akan menentukan sama ada individu sesuai melakukan suatu aktiviti
ataupun tidak. Kebolehan melakukan suatu aktiviti akan meningkatkan nilai prestij
yang tinggi untuk dirinya. Hal inimenyebabkan individu tersebut akan diminati oleh
rakan-rakannya dan seterusnya meningkatkan harga dirinya sekaligus akan
membentuk sahsiah sihat

4.4 IKLIM
 Faktor cuaca, kepanasan, kesejukan dan altitud tinggi boleh mempengaruhi
pertumbuhan dan kematangan.
 Masalah fisiologi utama bagi penduduk yang bercuaca panas adalah pembebasan
haba yang berlebihan manakala bagi pendudukyang bercuaca sejuk adalah
penyimpanan haba.
 Orang dewasa di kawasan cuaca panas lazimnya mempunyai bentuk badan yang
lurus dan kurang berat berbanding mereka yang tinggal di kawasan sejuk.
 Manakala bagi prestasi pula, apabila seorang atlet bersukan dalam cuaca panas,
suhu badan dan kadar denyutan nadi bukan sahaja akan meningkat, malah
pengambilan oksigen akan turut meningkat.
 Kesannya, otot yang terlibat akanmenggunakan lebih banyak glikogendan
menghasilkan penghasilan laktatdalam otot. Justeru, seorang atlet akancepat
menjadi penat dan lesu.
 Tekanan separa oksigen yang berkurangan mengikut peningkatan ketinggian
menyebabkan penurunan tahap prestasi atlet di tempat tinggi.
 Pengurangan cerun tekanan menyebabkan gangguan bekalan oksigen ke otot-otot
yang berfungsi semasa aktiviti cergas dijalankan.

16
4.5 KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI FIZIKAL / SUKAN

 Aktiviti fizikal/sukan membantu meningkatkan kekuatan otot


 Membantu kanak-kanak membesar dengan sihat.
 Mengekalkan kesihatan yang baik dengan peningkatan immune system melalui
aktiviti fizikal.
 Aktiviti fizikal juga mendedahkan kanak-kanak kepada microbes yang dapat
membantu membinta rintangan dan mencegahalergik/alahan.

4.6 ATLET MUDA

 Atlet muda boleh didefinisikan berdasarkan kejayaan di peringkat sekolah, daerah,


negeri, kebangsaan dan antarabangsa, dan peringkat kelab atau kumpulan umur.
 Atlet kanak-kanak lazimnya terdiri daripada mereka yang telah melalui proses
pemilihan berasaskan keperluan kemahiran sukan yang diceburi.
 Kajian ke atas atlet kanak-kanak yang cemerlang menunjukkan mereka mula
bertanding secara kerap sejak 5 atau 6 tahun, dan kebanyakan berasal dari keluarga
yang aktif sukan.
 Sukan kanak-kanak adalah popular dari 9-16 tahun dan tempohini memberi variasi
signifikan terhadap saiz, bentuk, komposisibadan, kekuatan dan prestasi motor yang
berkait dengan status kematangan biologi.

4.7 ALIRAN SEKULAR PERTUMBUHAN, KEMATANGAN DAN PRESTASI KANAK-


KANAK

17
Prestasi dalam sukan ini banyak bergantung pada kekuatan dan kuasa; saiz badan
dan jisim otot yang besar dan berkait dengan status kematangan awal adalah satu aset.
Atlet kanak-kanak lelaki dalam sukan besbol, ragbi, renang dan larian seringkali
menunjukkan kemajuan di dalam kematangan rangka dan seksual.

18
TOPIK 5 KAEDAH PEMBELAJARAN PRESTASI MOTOR

5.0 Klasifikasi Kemahiran Motor

Tiga sistem klasifikasi kemahiran motor satu dimensi

19
5.1 Pengukuran Pembelajaran

Penguasaan sesuatu kemahiran motor adalah dinilai berdasarkan kepada


perlakuannya.Dua isu yang perlu diberikan perhatian dalam membuat penilaian
pembelajaran motor adalah seperti berikut:

(a) Matlamat yang hendak dicapai oleh pelajar; dan

(b) Aspek prestasi yang menjadi indikator terbaik kepada lakuan kemahiran.

5.1.1 Terdapat dua kategori untuk membuat pengukuran prestasi pembelajaran motor:

(a) Pengukuran hasil (outcomes measures)

Pengukuran mengenai keputusan atau hasil lakuan pergerakan. Contohnya, masa, jarak,
jumlah kesilapan, ketepatan dan kekerapan.

(b) Pengukuran mengenai kualiti lakuan (process of movement)

Pengukuran melalui pemerhatian lakuan secara terus (contohnya, menggunakan pita video).
Kaedah pengukuran ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menentukan komponen lakuan
bagi mencapai lakuan yang disasarkan, contohnya, “spike” atau merejam dalam bola tampar
yang diukur dari aspek biomekanik.

Sesuatu pembelajaran dapat dinilai dengan menyimpan rekod tahap pencapaian sesuatu
perlakuan yang diukur dalam tempoh masa seseorang pelajar itu melakukan latihan
kemahiran berkenaan. Ia dapat ditunjukkan dalam graf lengkok perlakuan. Ia diplotkan
dengan menunjukkan tahap pencapaian perlakuan yang diukur dalam setiap tempoh masa
dalam bentuk saat, minit, percubaan, hari dan sebagainya.

20
5.2 Lengkuk Prestasi

Ada empat jenis lengkuk bagi keluk (iii) Lengkuk positif


prestasi iaitu:

(i) Lengkuk linear (lurus)

Lengkuk yang menggambarkan


peningkatan prestasi yang rendah
Lengkuk yang menggambarkan pada awal praktis; lanjutan proses
peningkatan prestasi yang pembelajaran akan menyaksikan
seimbang sepanjang tempoh praktis kenaikan

tinggi kadar peningkatan prestasi

(ii) Lengkuk negatif


(iv) Lengkuk ogif (ogive) atau “S”

Lengkuk yang menggambarkan


peningkatan prestasi yang tinggi
Lengkuk yang menggambarkan
pada awal praktis; lanjutan proses
peningkatan prestasi yang
pembelajaran akan menyaksikan
mempamerkan kombinasi ketiga-tiga jenis
penurunan kadar peningkatan prestasi
lengkuk.

21
5.3 Ujian Pengekalan Dan Ujian Pemindahan

Penilaian dan pengukuran bagi jumlah pemindahan kemahiran dapat dilakukan


mengikut prinsip berikut:

(a) Pengetahuan asal dan latihan mempengaruhi pembelajaran;

(b) Latihan yang asal mempengaruhi pembelajaran berikutnya; dan

(c) Pembelajaran yang telah sedia ada dalam sesuatu tugasan mempengaruhi
pemindahan pembelajaran dalam tugasan yang lain.

Walau bagaimanapun, kesan pemindahan pembelajaran kemahiran melalui tiga jenis


pemindahan iaitu:

(a) Pemindahan positif

Kesan pemindahan positif berlaku apabila pembelajaran kemahiran motor lepas,


memudahkan sesuatu pembelajaran kemahiran motor baru. Contohnya, seorang
pemain tenis akan dapat mempelajari kemahiran motor permainan pingpong dengan
lebih mudah dan cepat.

(b) Pemindahan negatif

Kesan pemindahan negatif berlaku apabila pembelajaran kemahiran motor lepas


menyukarkannya mempelajari sesuatu kemahiran motor baru. Contohnya, seorang
pemain badminton akan menghadapi kesukaran untuk mempelajari kemahiran
permainan tenis.

(c) Pemindahan neutral atau kosong

Kesan pemindahan neutral atau kosong berlaku apabila pembelajaran kemahiran


motor lepas tidak memberi sebarang kesan kepada pembelajaran kemahiran motor
yang baru. Contohnya, kemahiran motor dalam permainan bola keranjang tidak akan
mempengaruhi pembelajaran kemahiran dalam permainan bola sepak.

22
TOPIK 6 PERBEZAAN INDIVIDU

6.0 Definisi Perbezaan Individu

Perbezaan individu ialah satu proses yang berterusan dan kekal. Menurut Schmidt &
Wrisberg, (2000), perbezaan individu juga ditakrifkan sebagai perbezaan, stabil dan
berkekalan dalam kalangan individu yang menyumbang kepada perbezaan dalam
prestasi tugas.

6.1 Pelbagai Keupayaan

Keupayaan merupakan sifat umum atau kapasiti individu yang menentu pencapaian
potensi seseorang untuk mencapai prestasi yang spesifik. Salah satu masalah dalam
mengkaji konsep keupayaan adalah kerana ia berkaitan dengan prestasi kemahiran
motor yang mempunyai istilah keupayaan yang berbeza.

Perbezaan individu yang dilihat dalam jumlah kejayaan orang yang mencapai
prestasi kemahiran motor bergantung kepada tahap prestasi kemahiran itu. Setiap
individu mempunyai pelbagai keupayaan yang berbeza dari segi jasmani, emosi ,
rohani, intelek dan sosial. Setiap daripadanya memberi kelebihan kepada diri individu
tersebut. Antaranya adalah :

a) Jasmani/ Fizikal

Dari segi fizikal, seseorang itu kan berbeza bentuk tubuh badannya, jantinanya dan
kemahirannya. Perbezaan ini memberi kelebihan dan keupayaan kepada individu
tersebut terutamanya dalam bidang sukan. Oleh itu,berdasarkan keupayaan diri
mereka, individu boleh memilih bidang sukan mereka sendiri. Salah satu faktor
fizikal ialah perbezaan bentuk badan

Manusia mempunyai tiga jenis bentuk bentuk badan iaitu endomorf, ektomorf dan
mesomorf.

I. Endomorf

Individu yang berbentuk badan endomorf mempunyai bentuk besar, badan


yang bulat dan berat. Sukan yang sesuai bagi individu yang mempunyai badan yang
berbentuk endomorf ialah lontar peluru, lempar tukul besi, ahli gusti dan sebagainya.

II. Ektomorf

Individu yang berbentuk badan ektomorf mempuyai bentuk badan yang kurus
dan ringan. Acara sukan yang sesuai bagi individu yang mempunyai badan yang
berbentuk entomorf ialah acara lompat tinggi, lari jarak jauh dan sebagainya.

23
III. Mesomorf

Individu yang berbentuk badan mesomorf mempunyai bentuk badan yang


tegap dan berotot. Antara sukan yang sesuai bagi individu yang mempunyai badan
yang berbentuk mesomorf ialah acara pecut, renang dan sebagainya.

b) Emosi

Selain perbezaan fizikal, perbezaan emosi juga adalah elemen perbezaan yang
penting yang membezakan individu. Istilah emosi merujuk kepada keadaan
kebangkitan dalaman yang berlaku dalam diri seseorang. Kebangkitan dalam
inisebagai reaksi terhadap sesuatu benda atau situasi yang tertentu. Setiap individu
mempunyai emosi yang berbeza dalam situasi yang sama.

Dalam bidang sukan emosi juga memainkan peranan yang tinggi bagi membolehkan
seseorang itu berjaya dalam bidang sukan. Sebagai contoh seorang pemain bola
perlu mempunyai kemahiran untuk mengawal emosi mereka kerana jika tidak
mereka akan menghadapi tekanan dan akhirnya akan merencatkan persembahan
mereka dan lebih teruk lagi bolehmenyebabkan berlakunya pergaduhan.

c) Rohani

Setiap individu juga mempunyai kepercayaan, prinsip hidup, pegangan agama dan
falsafah yang berbeza. Bagi setiap individu, falsafah dan prinip hidup memainkan
peranan penting untuk memastikan kehidupan yang berjaya. Dalam bidang sukan,
seseorang atlit mestilah mempunyai kerohanian yang tinggi dalam memastikan
prestasi dapat dikekalkan dalam masa yang panjang. Sebagai contoh, sebagai
seorang pelari pecut, disiplin ketika menjalani latihan dan kaedah pemakanan adalah
amat penting bagi memastikan prestasi tidak akan menurun.

d) Intelek

Perbezaan mental memberi kesan yang penting dalam persekolahan seseorang


pelajar. Setiap individu juga mempunyai intelek yang berbeza. Ahli-ahli psikologi
menjalankan pelbagai kajian bagi memahami dengan jelas fenomena perbezaan
individu yang berkaitan dengan aspek mental ini. Antara ahli psikologi yang
menjalankan kajian tersebut adalah Newman (1937) dan Galton (1869). Hasil
daripada kajian yang mereka lakukan mendapati kanak-kanak berbeza daripada segi
kebolehan dan kecerdasan intelek.

Dalam bidang sukan, daya pemikiran yang diperlukan bagi setiap acara juga
berbeza. Sebagai contoh seorang pemain bola sepak perlulah pandai memikirkan
strategi untuk menembusi benteng pertahanan pihak lawan.

24
e) Sosial

Status sosioekonomi merujuk kepada suatu bentuk pengukuran prestij dalam satu
bentuk kumpulan sosial yang tertentu.Dari segi pergaulan, dan cara hidup, setiap
individu mempunyai cara mereka sendiri. Dalam aspek ini termasuklah komunikasi,
kerjasama, hubungan dan lain-lain. Dalam bidang sukan, komunikasi amat penting
lebih-lebih lagi dalam acara yang melibatkan kumpulan kerana tanpa komunikasi,
permainan tidak akan mencapai matlamat yang dikehendaki.

6.2 Pelbagai Taksonomi

6.2.1 Taksonomi Keupayaan Motor Fleishman (1978)

Istilah keupayaan merujuk kepada kapasiti individu yang berkaitan dengan prestasi
pelbagai tugas (Fleishman, 1998). Apabila melihat keupayaan sebagai kapasiti,
keupayaan harus dilihat sebagai sifat yang agak berkekalan individu.Titik fokus
kajian mengenai perbezaan individu telah mengenal pasti dan pengukuran
kebolehan motor.

a) Mengawal ketepatan

(Keupayaan untuk membuat kawalan yang tinggi dan pelarasan berotot tepat dimana
melibatkan kumpulan-kumpulan otot yang lebih besar.)-- Mengayun raket

b) Orientasi Respons

(Keupayaan untuk memilih pesat di mana tindak balas harus dibuat.)-- Bola
bertindak balas kepada pergerakan pemain pertahanan dengan masa untuk
menggelecek, menghantar dan membuat pukulan bola.

c) Masa reaksi

(Keupayaan tindak balas masa kepada rangsangan apabila ia muncul.) --Permulaan


pecut dalam renang, larian 100m.

d) Kelajuan Pergerakan Lengan

(Keupayaan untuk membuat pergerakan lengan kasar.) --Melontar bola untuk


kelajuan dan bukannya untuk ketepatan.

e) Kawalan Kadar

(Keupayaan untuk menukar kelajuan dan arah dengan masa yang tepat.) --
Memandu kereta di lebuh raya

25
f) Ketangkasan Manual

(Keupayaan untuk membuat mahir, tangan diarahkan dengan pergerakan lengan


yang terlibat dalam memanipulasi objek di bawah syarat-syarat yang laju.) --Berjalan
sambil menggelecek dan mengekalkan kawalan bola keranjang.

g) Ketangkasan Jari

(Keupayaan untuk melaksanakan mahir, manipulasi mengawal objek kecil yang


melibatkan terutamanya jari.)-- Pusing baton

h) Keunggulan lengan-tangan

(Keupayaan untuk membuat kedudukan tepat pergerakan lengan tangan di mana


kekuatan dan kelajuan minimum terlibat.)-- Mensasarkan dalam memanah

i) Kelajuan Pergelangan tangan, Jari

(Keupayaan untuk mengerakkan pergelangan tangan dan jari dengan kerap.) --


Menaip

j) Sasaran

(Keupayaan membuat sasaran tepat pada objek kecil di angkasa.)--Pemain drum


mengerakkan drum kayu dengan cepat daripada dram perangkap ke canang kecil.

6.3 Pembolehubah Perbezaan Individu

Dalam mempelajari kemahiran motor, kebolehan seseorang untuk menguasai


sesuatu kemahiran berbeza. Pembolehubah perbezaan individu telah dikemukakan
oleh Fleishman (1972) berdasarkan dua taksonomi keupayaan motor iaitu :

4.1 Keupayaan persepsi motor

4.2 Kecekapan fizikal

a) Ciri-ciri Keupayaan Persepsi Motor

Koordinasi pelbagai anggota- Kebolehan menyeleras pelbagai anggota badan


dalam satu pergerakn pada masa yang sama.

Ketepatan kawalan- Kebolehan mengawal kualiti pergerakan agar hasilpergerakan


adalah kemas dan tepat.

Orientasi Respons- Keupayaan tentukan respon yang sesuai dihasilkan mengikut


keperluan persekitaran.

Masa reaksi- Kebolehan melakukan tindak balas segera terhadap rangsangan


dalam tempoh masa yang singkat.

26
Kelajuan pergerakan tangan- Keupayaan mengubah tangan daripada kedudukan
asal ke lain dengan pantas.

Kadar kewalan- Kebolehan mengubahsuai kelajuan tangan dan kaki supaya selaras
dengan respons persekitaraan .

Ketangkasan manual- Keupayaan menggerakan keseluruhan bahagian tangan


dengan memanipulasikan alatan yang bergerak laju.

Kecekapan jari- Keupayaan jari memanipulasi objek-objek kecil.

Ketegapan tangan- Keupayaan untuk mengubah kedudukan tangan dengan tepat


supaya dapat meminimakan kekuatan dan kelajuan.

Kelajuan jari dan pergelangan tangan- Keupayaan jari dan pergelangan tangan
melakukan pergerakan alternative dengan pantas.

b) Ciri-ciri Kecekapan Fizikal

i. Kekuatan Statik- Daya maksimum yang dikenakan ke atas objek luaran


yang static

ii. Kekuatan Dinamik- Kekuatan otot menghasilkan daya pergerakan yang


berulang

iii. Kekuatan Eksplosif-Keupayaan memindahkan tenaga kepada daya secara

eksplosif.

iv. Kekuatan Bahagian Anggota Atas-Kekuatan otot pada bahagian badan.

v. Kelenturan Statik-Kebolehan melentur, meregang bahagian badan dan


belakang

vi. Kelenturan Dinamik- Kebolehan melentur otot bahagian badan secara


berulang-ulang.

vii. Koordinasi Asas-Kebolehan menyelaras pelbagai anggota badan semasa


pergerakan. Semasa menerima servis, melibatkan koordinasi mata-
tangan dan tangan-kaki.

viii. Keseimbangan Asas-Keupayaan mengekalkan imbangan badan semasa


bergerak tanpa bantuan penglihatan.

ix. Daya Tahan-Keupayaan melakukan aktivti fizikal secara berterusan dalam


jangka masa yang lama.

27
TOPIK 7 ASAS NEUROMOTOR

7.0 Kawalan Pergerakan Voluntari Dan Involuntari

7.1 Peringkat Kawalan Motor

7.1.1 Pergerakan Voluntari


 Merujuk kepada pergerakan hasil interaksi individu dengan persekitarannya
 Dipengaruhi aspek tahap kemahiran dan pengalaman sedia ada
 Contoh pergerakan voluntari dalam sukan :
o Apabila menerima servis tinggi, pemain badminton berkemahiran
tinggi dan berpengalaman mungking membuat smesy. Pemain
badminton berkemahiran rendah mungkin membalas dengan
hantaran lob.
o Apabila menerima servis dalam permainan bola tampar, pemain
berkemahiran rendah mungkin akan menghantar bola semula kepada
pihak lawan. Pemain yang berkemahiran tinggi akan menerima bola
dengan menyangga dan membuat strategi serangan melalui umpanan
dan rejaman bola.

28
7.1.2 Mekanisme Pergerakan Voluntari

7.1.3 Proses yang berlaku secara kognitif (cognition)


Impuls sensori Impuls sensori bersinaps Impuls sensori menjadi
dari periferi dengan neuron sensori impuls motor (integrasi)

Korteks Korteks korteks saraf sistem


Talamus
sensori motor cerebral tunjang efektor
dihantar dihantar dihantar dihantar

Motor cortex Sensory cortex

29
7.1.4 Jenis Pergerakan Voluntari

Kemahiran semulajadi manusia yang diwarisi dan berpotensi


Kemahiran Generik
untuk dilakukan. Contoh : berjalan

Kemahiran yang dipelajari dan berkembang seiring dengan


Kemahiran berobjektif
tumbesaran (praktis dan latihan).

Terdiri daripada

Pergerakan lokomotor Pergerakan bukan lokomotor

Melibatkan pergerakan yang Melibatkan pergerakan yang tidak


membolehkan sesaran jasad secara menghasilkan sesaran jasad secara
mendatar seperti berjalan, berenang dan mendatar seperti menangkap bola dan
berbasikal (DINAMIK) melompat setempat (STATIK)

7.1.5 Pengelasan Kemahiran Motor

KEMAHIRAN MOTOR ASAS BERDASARKAN

Ketepatan lakuan Ciri Pergerakan Stabiliti persekitaran

Berpandukan jenis otot yang digunakan Berpandukan cara Berdasarkan keadaan


dalam pergerakan. Kemahiran kemahiran dimulakan persekitaran
dikelaskan seperti berikut. dan diakhirkan. kemahirannya dihasilkan
Kemahiran dikawal oleh dalam suasana yang
 Kemahiran motor kasar pelaku atau di luar dinamik (berubah-ubah)
o Melibatkan penggunaan kawalan pelaku. atau stabil (tidak
otot besar berubah- ubah)
o Contoh :  Kemahiran
Menedang bola, berlari diskrit  Kemahiran luar
 Kemahiran motor halus (hasil pergerakan kawalan (open
o Melibatkan penggunaan sudah diketahui) skill)
otot kecil  Kemahiran  Hasil pergerakan
o Contoh : membaling berterusan yang ingin
dart, memanah (hasil pergerakan dilakukan tidak
tidak nyata) boleh diramal
 Kemahiran  Dipengaruhi
bersiri persekitaran yang
(kemahiran tidak dijangka.
diskrit yang
dilakukan secara  Kemahiran
berterusan yang terkawal
membentuk siri (closed skill)
pergerakan).  Hasil pergerakan
boleh diramal
 Dipengaruhi
faktor dalaman
(individu) sahaja

7.2 Pergerakan Involuntari

 Merujuk kepada lakuan motor yang dilakukan di luar kawalan.


 Perlakuan tidak boleh diubah atau dimodifikasi.
 Berlaku apabila adanya stimulus (ransangan)

Mekanisma pergerakan Involuntary

31
7.2.1 Proses yang berlaku secara kognitif (cognition)
Impuls sensori Sinaps berlaku dalam Impuls sensori ditukar
dari periferi saraf tunjang kepada impuls motor

Ransangan
sistem saraf Neuron sistem
(impuls
tunjang motor efektor
sensori)
dihantar dihantar dihantar

 Pergerakan yang terhasil daripada impuls motor yang diproses dalam saraf
tunjang dan bukannya di otak.
 Maklumat pergerakan masih dihantar ke otak tetapi didahului dengan
pemprosesan yang berlaku di neuron motor saraf tunjang.
 Turut dinamakan sebagai ‘Reflex Arc’.

7.3 PROPRIOSEPSI DAN KAWALAN MOTOR

7.3.1 Propriosepsi

 Merujuk kepada kesedaran tubuh badan


 Membolehkan individu mengenal pasti kedudukan tubuh badan secara
bawah sedar
 Bergantung kepada maklumat daripada reseptor dalam otot, tendon dan
ligament.
 Maklumat dari reseptor memboleh propriosepsi berlaku dan pergerakan
kompleks melibatkan koordinasi tubuh badan dirangka pada peringkat kognitif
dan dihasilkan oleh sistem efektor.

7.3.2 Kawalan Motor

 Otak bertindak memproses input sensori bagi membentuk persepsi


terhadap persekitaran.
 Input sensori yang diterima diproses bagi menghasilkan pergerakan.
 Pergerakan yang terhasil merupakan hasil pemprosesan pada peringkat
kognitif di mana bentuk lakuan yang paling tepat dan sesuai dipilih untuk
dilaksanakan berdasarkan persekitaran lalu dihantar dalam bentuk impuls
motor.
 Impuls motor merupakan sebuah set arahan yang dihantar ke otot-otot,
tendon dan ligamen bagi memboleh pergerakan dilakukan.
 Proses ini dinamakan sebagai kawalan motor.

32
7.4 SISTEM VESTIBULAR

 Merupakan sistem yang mengekalkan orientasi tubuh badan (keseimbangan)


dalam melakukan pergerakan dan membantu adaptasi tubuh badan terhadap
daya yang dikenakan daripada luar.
 Sistem ini menghasilkan impuls yang dihantar ke korteks bagi memberi input
tentang persepsi terhadap graviti dan pergerakan tubuh badan semasa.

7.4.1 Organ-organ sistem vestibular

a) Saluran Separuh Bulatan (Semicircular Duct)

 Organ ini mengesan pecutun sudut yang berlaku apabila kepala digerakkan.
 Terdapat 3 saluran separa bulatan dalam telinga manusia yang bersusun
secara 90 darjah secara kasar antara satu sama lain bagi membolehkan
pecutan sudut dari pelbagai sudut dikesan.

Apabila kepala dipusingkan ke satu arah :

1. Inersia cecair dalam saluran telinga akan mewujudkan jeda yang


menyebabkan daya relatif terhasil dalam saluran separa bulatan
bertentangan dengan arah putaran kepala.
2. Pergerakan cecair ini menyebabkan cupula membengkok .
3. Sterocilia (berbentuk sepert sel rambut) turut ikut membengkok bersama-
sama dengan kandungan gelatin dalam cupula.
4. Perubahan ini menyebabkan saluran potassium pada aferen pada akar
sterocilia terbuka dan menghantar isyarat ke sistem saraf pusat.

33
b) Otoliths

 Terdiri daripada ‘saccule’ dan utricule.


 Organ ini terletak pada dinding telinga bahagian dalam antara saluran separa
bulatan dan koklea.
 Reseptor pada saccule dan utricule dinamakan sebagai maculae (bermasuk
titik) yang terdiri daripada sel rambut (kinocilia) yang diliputi oleh Kristal
kalsium karbonat yang dipanggil sebagai otoconia.
 Apabila kepala digerakkan, sel rambut pada maculae akan membengkok dan
menghantar isyarat ke sistem arah pusat tentang arah pergerakan kepala.

 Sensitif terhadap pergerakan apabila kepala menegak


Utricule
(vertical).

 Sensitif terhadap pergerakan apabila kepala dalam keadaan


Saccule
mendatar (horizontal).

 Kinocilia (sel rambut) yang terdapat dalam maculae adalah tidak sama
dengan sterocilia dalam saluran separa bulatan.
 Kinocilia tidak membengkok pada satu arah yang statik sahaja berbanding
sterocilia dan mampu membengkok ke pelbagai arah di atas garisan
dinamakan striola.

34
7.5 RESEPTOR OTOT

Sistem motor memerlukan input sensori untuk berfungsi dengan betul. Selain itu,
sistem kawalan motor memerlukan input sensori berkenaan keadaan semasa otot
yang terlibat dalam perlakuan yang bakal dilakukan. Reseptor yang terlibat
dinamakan sebagai ‘muscle spindle’ atau spindle otot.

7.5.1 Spindle Otot

 Memberi input berkenaan perubahan otot hasil daripada penguncupan otot


(maklumat semasa ukuran otot).
 Merupakan kumpulan 6 – 8 fiber otot khas yang berada dalam otot itu sendiri.
 Fiber otot khas ini tidak menghasilkan daya seperti fiber otot yang lain tetapi
memberi isyarat tentang ukuran dan kadar perubahan ukuran otot sewaktu
pergerakan.
 Kumpulan fiber otot khas ini turut dirujuk sebagai fiber intrafusal manakala
fiber otot lain yang menghasilkan daya dirujuk sebagai fiber ekstrafusal.

35
7.5.2 Jenis fiber spindle otot

Nuclear chain fibers  Memberi input tentang ukuran statik otot

Static nuclear chain fibers  Memberi input tentang ukuran statik otot

Dynamic Nuclear Chains  Memberi input tentang kadar perubahan ukuran otot
Fibers (kelajuan)

7.6 ORGAN TENDON GOLGI

 Reseptor khas yang terletak di antara otot dan tendon.


 Terdiri daripada kapsul yang mengandungi fiber kolagen.

36
 Apabila daya dikenakan ke atas otot, organ tendon Golgi akan meregang ,
menyebabkan fiber kolagen menjadi mampat dan mengganggu membran
penghujung aferen sensori utama.
 Hal ini menyebabkan aferen terpolarasi dan membolehkan maklumat tentang
jumlah daya yang dikenakan dihantar ke sistem saraf utama untuk diproses.

7.6 SENDI DAN PROPRIOSEPSI

 Sendi memainkan peranan penting dalam mengekalkan kestabilan seperti


ligament ‘cruciate’ yang terletak pada lutut.
 Ligamen seperti ACL dan PCL yang terdapat pada lutut membantu
menghantar daya otot dengan efektif ke seluruh kaki.
 Apabila sendi tersebut mengalami kerosakan, maklum balas neural daripada
sendi tersebut akan terganggu dan menggangu propriosepsi.
 Gangguan ini akan menggangu proses penghantaran daya ke seluruh kaki
dan menyukarkan fleksi kaki pada sudut yang tertentu berikutan gangguan
isyarat daripada saraf ligamen yang rosak.

37
Mekanisma kecederaan ACL berlaku

38
Tips mengelakkan kecederaan ACL

39
7.6 MEMBIDIK

Definisi Membidik Membidik atau mensasar. Kebolehan membidik atau mensasar


sesuatu objek dengan tepat menerusi pergerakan pantas.

Sistem Visual

a) Sistem Ambient

 Ialah sistem yang melibatkan visual peringkat rendah

 Dapat mengekalkan keseimbangan serta mewujudkan kesedaran terhadap


persekitaran.

b)Sistem Fokal

 Sistem yang melibatkan visual peringkat tinggi

 Berfungsi untuk pemfokusan imej yang bergerak

 Pemprosesan saraf visual melibatkan sistem visual dan otak.

40
Anatomi mata dan Fisiologi mata

Mekanisme Penglihatan

Mekanisme melihat adalah :

1. Cahaya masuk ke dalam mata melalui pupil.

2.Lensa mata kemudian memfokuskan cahaya sehingga bayangan benda yang dimaksud
jatuh tepat di retina mata.

3.Kemudian ujung saraf penglihatan di retina menyampaikan bayangan benda tersebut ke


otak.

4.Otak kemudian memproses bayangan benda tersebut sehingga kita dapat melihat benda
tersebut.

41
7.7 Aliran Optik

-Definisi Aliran Optik

"Seni optik adalah kaedah lukisan yang mengambil kira interaksi antara ilusi dan
menggabungkan pemahaman dan penglihatan." Seni aliran optik atau dikenali “Op Art”
adalah abstrak, kebanyakannya berbentuk kepingan yang hanya dibuat dalam hitam dan
putih. Apabila orang melihat karya ilusi optik, ia akan memberi kesan pergerakan, objek
tersembunyi, getaran, atau pola tertentu. (M.C.Escher. , 1930)

-Ciri ciri aliran optik:

- Karya aliran optik boleh mengelirukan pandangan mata.

- Kebanyakan berbentuk geometrik

- Pemilihan garisan, warna dan bentuk dilakukan secara terperinci untuk mendapatkan
kesan yang maksimum.

7.8 Imbangan

Definisi Imbangan Dalam Sukan

Imbangan adalah keupayaan individu untuk mengekalkan posisi badan pada kedudukan
asal dan mengimbangi kedudukannya dalam masa yang lama, sama ada melakukan
imbangan dinamik atau imbangan statik

Jenis jenis imbangan

-Imbangan Statik - Imbangan Dinamik

42
Konsep Imbangan

Imbangan badan yang baik semasa badan individu berada dalam keadaan yang
tetap dan tidak bergerak seperti dalam aktiviti dirian

Kepentingan Imbangan

 Dapat membantu individu atau atlet menunjukkan prestasi dan permainan yang bermutu

 Untuk mengekalkan kesimbangan apabila pusat graviti dan tapak yang menyokong
seseorang telah diubah

7.9 Pergerakan

Bukan lokomotor

Pergerakan asas bukan lokomotor memerlukan seseorang melakukan pergerakan di satu


tempat tanpa melibatkan perubahan penyokong atau titik pusat pelaku. Contohnya ketika
duduk atau berdiri. Pergerakan ini tidak menggunakan ruang yang banyak.

Contoh lain bagi pergerakan asas bukan lokomotor ialah :

 Membongkok ,Memusing

 Menarik ,Menghayun ,Meregang

 Menolak ,Mengelak ,Memusing

Lokomotor

Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang


akanmengubah kedudukan atau pergerakannya mengikut pergerakan yang telah dirancang.

Contoh pergerakan lokomotor ialah :

 berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling
hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.

SENTUHAN DAN KAWALAN MOTOR

Perkembangan Motor

Definisi

 Berkaitan dengan perkembangan manusia iaitu dari bayi hingga tua.

 Bermaksud bidang pengajian berkaitan perubahan dalam prestasi motor hasil interaksi
antara manusia dengan persekitaran yang berlaku sepanjang hayat.

43
Perubahan Motor

Perubahan motor berlaku akibat:

 Proses perkembangan Proses perkembangan

 Tumbesaran Tumbesaran

 Kematangan Kematangan

 Penuaan Penuaan

Contoh: Apabila seseorang matang dari segi apabila seseorang matang dari segi
perkembangan motor, kemahiran dalam perkembangan motor, kemahiran dalam aktiviti
sukan seperti menjaring bola aktiviti sukan seperti menjaring bola keranjang menjadi
semakin bagus

Peningkatan Keupayaan

 Peningkatan keupayaan keupayaan

 Peringkat dari Peringkat dari bayi ke dewasa bayi ke dewasa

 Kemahiran motor di pelajari dari kecil

 Kemahiran motor di pelajari dari kecil hingga dewasa hingga dewasa

 Dari perilaku refleks bayi perilaku refleks bayi (kecil) ke perilaku perilaku kompleks
kompleks (telah matang)

Contoh: Setahun-berjalan

Dua tahun- berlari, melompat, menaiki tangga

Peringkat perkembangan kemahiran motor

 Bayi yang baru lahir perlu mempelajari dan mengenali objek, bunyi dan
mengkoordinasikan (gabung) pergerakan.

 Perkembangan ini berdasarkan kepada dua prinsip, yang diperkenalkan oleh Arnold
Gesell (1952).

 Berfokus pada dua tahun pertama selepas kelahiran, iaitu:

Prinsip l- Prinsip Cephalocaudal

Prinsip ll- Prinsip Proximodis

44
TOPIK 8 PEMPROSESAN MAKLUMAT

8.0 Model Pemprosesan Maklumat

Model pemprosesan maklumat menyamakan ingatan manusia dengan komputer,


iaitu menggunakan model input-output. Maklumat merupakan input yang diperoleh manusia
daripada persekitaran pembelajaran. Maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan.
Kemudian, maklumat ini boleh menjadi output melalui proses retrievel. Maka, pemprosesan
maklumat adalah sebagai satu operasi mental bagaimana manusia belajar melibatkan
proses menerima, mengenkod, menyimpan dan mengingat kembali maklumat. Terdapat tiga
fasa ingatan semasa pemprosesan maklumat berlaku dalam otak manusia. Tiga fasa
ingatan tersebut adalah daftar sensori/deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka
panjang.

a) Daftar sensori/Deria

• Input utama daripada penglihatan dan bunyi.

• Pemprosesan berlaku dalam 3-5 saat

• Input disalur kepada ingatan jangka pendek untuk pemprosesan sebenar.

• Maklumat yang diterima biasanya dipantau pada tahap perhatian rendah dan oleh itu
respons juga secara terpilih. Contohnya, apabila memandu kereta sambil bercakap,
seseorang boleh terus memandu dan bercakap.

b) Ingatan Jangka Pendek

• Maklumat yang dipindah ke dalam ingatan jangka pendek akan berada dalam keadaan
aktif selama 15-20 saat tanpa latihan dan lebih lama jika ada praktis.

• Kapasiti ingatan jangka pendek terhad kepada 7 + 2 item.

• Tiga cara untuk menangani tugasan kognitif dalam ingatan jangka pendek

: i. Chunking, bermaksud bahagikan kepada bahagian-bahagian kecil.

ii. Proses satu persatu pada satu ketika (Pemprosesan serial)

iii. Kemahiran praktis sehingga mencapai tahap automatik. contohnya mengingat


nombor telefon, 88432575 kepada 88-43-25- 75, iaitu 4 chunk berbanding 8 unit.

• Maklumat dalam ingatan jangka pendek akan hilang/pudar jika tidak diulangi dalam masa
20 saat atau bilangan item melebihi 5-9 unit.

45
c) Ingatan Jangka Panjang dan Simpanan

• Maklumat untuk rujukan masa depan disimpan dalam ingatan jangka panjang.

• Ingatan jangka panjang merupakan stor pengetahuan yang kekal, seperti kebolehan
mengingat nombor telefon.

• Mempunyai kapasiti dan tempoh masa yang tidak terhad.

• Konsep yang dibelajari disimpan dalam jaringan perkaitan yang bermakna secara hierarki
(skema).

• Tiga kategori dalam ingatan jangka panjang iaitu semantik, episodik dan prosedural.

8.1 Masa Reaksi

Magill (1993), telah mendefinisikan masa reaksi sebagai tempoh daripada mula
penerimaan stimulus sehingga bermulanya gerak balas. Masa reaksi seseorang individu
adalah berbeza dan ia dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan individu itu sendiri. Singer
(1980), telah menjelaskan bahawa masa reaksi berkait rapat dengan fungsi fisiologi yang
melibatkan integrasi antara sistem saraf, persepsi rangsangan dan tindak balas
rangsangan. Kesemua rangsangan yang diterima oleh sensori, impuls aferen dihantar ke
efektor untuk memberi tindakan terhadap rangsangan.

Menurut Johnson dan Johnson (1985), masa reaksi adalah selang masa di antara
penerimaan sesuatu rangsangan sehingga memulakan sesuatu gerak balas. Menurut Magill
(1983), pengukuran masa reaksi merangkumi dua komponen iaitu isyarat rangsangan dan
permulaan gerak balas. Isyarat amaran ialah isyarat awal yang diberi sebelum isyarat
rangsangan sebenar. Sebagai contoh “sedia” juga memainkan peranan penting kerana ia
membolehkan peserta bersedia untuk bertindak seterusnya dan mempengaruhi masa reaksi
peserta.

Faktor persekitaran yang mempengaruhi antaranya ialah:-


a)Jumlah alternatif stimulus-respon
b) Kesesuaian stimulus dengan gerakbalas
c) Variabiliti tempoh awal

Antara faktor individu yang mempengaruhi masa reaksi ialah seperti:-


a) Kematangan biologi
b) Intensiti tumpuan
c) Modaliti sensori yang digunakan.

46
TOPIK 9 TEORI DAN PENINGKATAN PEMBELAJARAN MOTOR

9.0 Teori Lingkaran Tertutup Adam (1971)


 Proses perolehan kemahiran motor yang berlandaskan pengukuhan tingkah laku
menerusi maklum balas luaran.
 pengesanan atau penentuan dan pembetulan ralat dalam prestasi. Pembetulan
ralat dibolehkan menerusi penyampaian maklum balas hasil lakuan (knowledge of
results KR).
 Pelajar bukan lagi merupakan organisma yang pasif, sebaliknya pelajar dianggap
sebagai komponen aktif dalam konteks mengawal, memanipulasi dan menghasilkan
lakuan atau pergerakan dalam proses pembelajaran motor.
Teori lingkaran tertutup (closed-loop) dipelopori oleh Adam (1971). Teori tertutup
pembelajaran motor adalah berdasarkan:
(a) Kelambatan respons
(b) Kedudukan linear.
Mengikut teori ini, terdapat dua struktur memori yang terbentuk dalam pembelajaran
motor iaitu:
(a) Kesan memori (memory trace)
Kesan memori adalah mekanisme yang digunakan untuk memilih dan memulakan
sesuatu pergerakan.
(b) Kesan persepsi (perceptual trace)
Kesan persepsi pula yang dibina daripada praktis dan sensori maklum balas adalah
mekanisme yang digunakan untuk membandingkan pergerakan yang sedang
dilakukan dengan merujuk kepada maklumat yang tersimpan dalam memori.
Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang kekal, dan keadaan ini dapat dicapai
menerusi praktis spesifik dan penyampaian maklum balas yang relevan, di mana praktis
yang spesifik boleh mengukuhkan kesan memori sementara ulangan yang tinggi
berserta penyampaian KR boleh mengukuhkan kesan persepsi.

Kesan Persepsi
Apabila seseorang pelajar melakukan satu pergerakan, rangsangan maklum balas
intrinsik adalah dihasilkan untuk menandakan lokasi tertentu anggota tubuh badan
dalam ruang. Rangsangan ini akan meninggalkan satu kesan dalam sistem saraf pusat.
Dengan tindak balas berulang, pelajar itu akan semakin menghampiri sasaran melalui
percubaannya dan dalam setiap percubaan, kesan lain akan ditinggalkan. Dengan itu,
satu pengumpulan koleksi kesan akan berlaku.

47
Oleh kerana adanya KR, pelajar dapat bertindak balas menghampiri sasaran selepas
beberapa percubaan di mana dalam setiap percubaan, satu rangsangan maklum balas
akan menunjukkan pergerakan yang betul. Begitu juga dengan adanya koleksi kesan
persepsi, ia akan memberikan maklum balas berkualiti bagi pergerakan yang betul.
Oleh kerana kesan persepsi akan menjadi semakin kukuh dengan setiap KR percubaan,
kesilapan dalam perlakuan akan berkurangan dengan latihan KR. Teori ini juga
menjangkakan dengan menurunkan kualiti maklum balas sensori, ia akan
membantutkan perkembangan kesan persepsi dan seterusnya mencacatkan hasil
pembelajaran.

Teori tertutup Adam

9.1 Teori Skema Schmidt (1975)


Apakah yang dimaksudkan skema?
 Skema yang dimaksudkan beliau ialah satu set peraturan yang menjadi garis
panduan untuk membuat sesuatu keputusan mengenai matlamat kemahiran
Beliau berpendapat bahawa apabila sesuatu perlakuan dilakukan, maklumat itu akan
dikumpulkan dan disimpan dalam memori. Ia disimpan dalam empat tempat umum iaitu:
 Keadaan persekitaran semasa pergerakan bermula: Kedudukan badan dan suhu;
 Keperluan spesifik pergerakan tersebut: Kelajuan, masa, ruang dan daya;
 Hasil pergerakan dan pengetahuan keputusan (knowledge of results):
Membandingkan hasil sebenar dengan hasilan yang diinginkan; dan
 Maklumat sensori yang berkaitan pergerakan tersebut: Bagaimana
pergerakan itu dirasai dan kelihatan.

48
Dua skema berikut untuk memudahkan simpanan maklumat:
(a) Skema ingat kembali (recall schema)
Skema ingat kembali merupakan satu set peraturan yang memilih nilai parameter untuk
pergerakan spesifik dan memulakan sesuatu perlakuan.
(b) Skema pengenalpastian respons (response recognition schema)
Skema pengenalpastian respons adalah satu set peraturan yang digunakan untuk
menilai dan membandingkan hasilan dengan parameter yang dipilih. Ianya
disimpan melalui maklumat sensori untuk kegunaan pembetulan pada masa akan
datang.
Sebagai contoh, bagi seorang penjaga gawang hoki, keadaan persekitarannya akan
mempengaruhinya menghantar bola kepada pemain pertahanan untuk mengelakkan
daripada jaringan gol pasukan lawan. Oleh itu, dia memilih menendang bola ke pemain
pertahanan pasukannya. Apabila program motor umum telah dipilih dan pergerakan
telah dilakukan, satu skema pengenalpastian respons telah digunakan untuk menilai dan
membandingkan hasilan dengan parameter yang telah dipilih dan disimpan melalui
maklumat sensori untuk kegunaan pembetulan pada masa akan datang.

Program motor umum adalah program yang menghasilkan pergerakan baru dan fleksibel
dalam pelbagai dimensi. Ia disimpan dalam memori secara simbolik dan mengawal
kumpulan pergerakan tertentu. Program motor dibentuk daripada setiap pengalaman
yang mempunyai persamaan yang dialami oleh individu tersebut.
Sebagai contoh, pengalaman kemahiran menyepak dikumpulkan untuk membentuk satu
program motor umum untuk kemahiran sepakan. Apabila program motor kemahiran ini
dipilih untuk mencapai matlamat kemahiran tersebut, dengan segera dan mudah ianya
dimodifikasi untuk memenuhi kesesuaian keadaan persekitaran. Jika perhubungan respons
berkenaan telah dikaitkan bersama, maka satu skema telah dibentuk.

49
Teori skema

Pembelajaran Skema
Setelah sesuatu pergerakan dilakukan dengan program motor umum, seseorang pelajar
akan menyimpan empat perkara berikut:
 Keadaan awal. Contohnya, kedudukan badan, berat objek dan sebagainya yang
wujud sebelum pergerakan itu;
 Pelajar akan menyimpan parameter yang ditetapkan kepada program motor
umum; Hasil daripada pergerakan dalam persekitaran dalam maksud KR
 disimpan;
 Pelajar akan menyimpan kesan sensori pergerakan berkenaan iaitu
bagaimana pergerakan itu dirasai, rupanya dan sebagainya.
Dengan itu, terbentuklah dua perhubungan atau skema.
(a) Skema ingat kembali
Perhubungan yang pertama dikenali sebagai skema ingat kembali yang berkaitan
dengan penghasilan pergerakan.
(b) Skema pengenalpastian
Skema pengenalpastian untuk penilaian tindak balas, adalah dijangka akan terbentuk
dan digunakan dalam cara yang sama.

50
9.2 Model Tiga peringkat Fitts dan Posner (1967)
(a) Model tiga peringkat Fitts dan Posner
Fitts dan Posner pada tahun 1967 telah mengemukakan model klasik tiga peringkat
pembelajaran motor iaitu:
(i) Peringkat lisan-kognitif
Peringkat ini merupakan peringkat permulaan atau awal pada kontinum peringkat
pembelajaran. Ini adalah peringkat kognitif di mana pelajar akan memberi lebih tumpuan
kepada masalah yang berorientasikan kepada kognitif. Pada peringkat ini, pelajar
banyak buat kesilapan, banyak soalan bertanya, perlakuan tidak konsisten. Jurulatih
atau guru perlu memberi banyak maklum balas ekstrinsik kepada pelajar kerana pada
peringkat ini pelajar tidak tahu apa perlu dibuat untuk membaiki kesilapan perlakuan.
(ii) Peringkat assiosiatif
Peringkat ini adalah peringkat pertengahan di mana pelajar mula memperhalus atau
memperbaiki perlakuan kemahiran. Aktiviti kognitif bertukar pada peringkat ini kerana
pelajar telah mengetahui bagaimana menghubungkaitkan beberapa maklumat
persekitaran dengan pergerakan yang diperlukan untuk mencapai matlamat
kemahiran tersebut.
Oleh kerana penambahbaikan kemahiran masih diperlukan di peringkat ini, maka Fitts
dan Posner merujuk peringkat ini sebagai peringkat penyempurnaan (refining stage), di
mana pelajar akan melakukan perlakuan yang berjaya dan lebih konsisten dari satu
percubaan ke percubaan berikutnya, kesilapan besar semakin kurang. Pelajar juga
dapat mengesan kesilapan yang dilakukan. Walau bagaimanapun, ia masih
memerlukan maklum balas daripada jurulatih atau guru.
(iii) Peringkat autonomus
Peringkat ini merupakan peringkat terakhir dalam kontinum pembelajaran. Ia juga
dikenali sebagai peringkat automatik. Pada peringkat ini, kemahiran telah menjadi
hampir automatik atau biasa. Pelajar pada peringkat ini tidak secara sedar
memikirkan tentang ciri-ciri pergerakan tertentu semasa melaksanakan
kemahiran kerana mereka boleh melakukannya tanpa berfikir. Variabiliti prestasi semasa
peringkat ini adalah sangat kecil kerana pelajar dapat melaksanakan kemahiran
secara konsisten dengan baik daripada percubaan kepada percubaan yang berikutnya.
Selain itu, pelajar yang mahir boleh mengesan kesilapan mereka sendiri dan membuat
pelarasan yang betul untuk membetulkan kesilapan yang mereka lakukan. Kualiti
pengajaran dan praktis serta jumlah praktis adalah faktor penting menentukan pelajar
dapat mencapai peringkat ini.

51
Tiga peringkat pembelajaran Fitts dan Posner dapat dilihat dalam kontinum masa seperti
dalam berikut.:

Peringkat pembelajaran model Fitts dan Posner


9.3 Model Dua Peringkat Gentile (1972)
Model ini diperkenalkan oleh Gentile (1972), secara perbandingan kepada Fitts dan
Posner. Dia melihat kemahiran motor berjalan melalui sekurang- kurangnya dua
peringkat dan menyampaikan peringkat ini dari perspektif matlamat pelajar pada setiap
peringkat.

(i) Peringkat awal (initial stage)


Peringkat awal adalah istilah yang Gentile gunakan untuk peringkat pertama. Pada
peringkat ini, pelajar baru mempunyai dua matlamat penting untuk dicapai iaitu:

 Memperoleh corak pergerakan penyelarasan yang akan membolehkan


beberapa tahap kejayaan untuk mencapai matlamat tindakan kemahiran. Ini
bermakna bahawa pemain baru mesti membangunkan ciri-ciri pergerakan
yang sepadan dengan keadaan regulatori dalam konteks alam sekitar di
mana kemahiran dilakukan; dan

 Belajar untuk membezakan antara situasi regulatori dan bukan regulatori dalam
konteks alam sekitar di mana pelajar melakukan kemahiran. Tidak seperti
keadaan regulatori, keadaan bukan regulatori, pencapaian ciri-ciri
persekitaran yang tidak mempengaruhi ciri-ciri pergerakan yang
diperlukan untuk mencapai matlamat tindakan. Contohnya, warna gelanggang,
sorakan penonton dan warna jersi.

52
(ii) Peringkat kedua (later stage)
Pada peringkat kedua, ia menunjukkan kemungkinan lebih daripada satu peringkat di
mana pelajar perlu memperoleh tiga ciri umum iaitu :
 Individu mesti membina keupayaan menyesuaikan corak pergerakan yang dia
telah diperoleh dalam peringkat pertama kepada keperluan spesifik;
 Individu perlu meningkatkan konsisten dalam mencapai matlamat
kemahiran; dan
 Individu itu mesti belajar untuk melaksanakan kemahiran dengan usaha yang
ekonomi.

Kemahiran tertutup memerlukan penetapan corak (fiksasi) koordinasi pergerakan asas


yang diperoleh semasa peringkat pertama pembelajaran. Ini bermakna bahawa pelajar
mesti memperbaiki corak ini supaya dia secara konsisten boleh mencapai matlamat aksi.
Pelajar berusaha ke arah membangunkan keupayaan untuk melaksanakan corak
pergerakan dengan usaha yang sedikit, jika ada, sedar dan tenaga fizikal minimum.

Oleh itu, praktis kemahiran tertutup semasa peringkat ini mesti memberi pelajar peluang
untuk menetapkan corak koordinasi pergerakan yang diperlukan dengan cara yang dia
mampu melaksanakan secara konsisten.Sebaliknya, kemahiran terbuka yang diperlukan
kepelbagaian corak pergerakan asas yang diperoleh semasa pembelajaran peringkat
pertama.

Model pembelajaran dua peringkat Gentile

53
TOPIK 10 MEMORI

10.0 Memori Dalam Pembelajaran Motor

Memori atau ingatan adalah salah satu fungsi otak manusia menyimpan maklumat. Memori
memainkan peranan penting dalam aktiviti-aktiviti harian kita. Sama ada dalam perbualan
dengan rakan, penyelesaian masalah kerja harian atau semasa aktiviti riadah, kita
menghadapi situasi-situasi yang memerlukan kegunaan memori untuk menghasilkan tindak
balas. Memori adalah berkait rapat dengan pembelajaran. Apa memori sebenarnya? Memori
sering dirujuk sebagai penyimpanan atau peringatan. Dengan itu memori sering dianggap
sebagai satu kebolehan mengingat.

10.1 Model Kontemporari Memori: Model Multistorestor Berganda Atkinson Dan


Shiffrin

 Model Memori Stor Berganda

Model memori stor berganda (multistore) merupakan satu model yang cuba menjelaskan
bagaimana proses-proses memori berfungsi. Anda dengar, lihat dan rasa pelbagai benda,
akan tetapi cuma sebilangan kecil sahaja adalah diingati. Model ini pertama kali
dikemukakan oleh Atkinson dan Shiffrin pada tahun 1968 dan telah disokong oleh Clive
Wearing.

Memori jangka masa panjang membenarkan pengekalan atau penyimpanan maklumat dan
kemahiran-kemahiran dari minit ke sepanjang hayat. Memori jangka masa panjang
mempunyai kapasiti tak terhad untuk pengekalan atau penyimpanan maklumat, akan tetapi
ia tidak dapat diukur kerana ia akan mengambil masa terlalu lama untuk melakukannya.
Maklumat jangka masa panjang adalah dienkod terutamanya dalam bentuk maksud (memori
semantik) seperti yang dijelaskan oleh Baddeley. Ia juga mengekalkan atau menyimpan
kemahiran dan bayangan.

 Memori Berkerja

Memori berkerja merupakan satu konstruk teoritikal dalam psikologi kognitif yang merujuk
kepada struktur-struktur dan proses-proses yang digunakan untuk penyimpanan sementara
dan pemanipulasian maklumat. Memori berkerja boleh dianggap sebagai satu sistem yang
menggabungkan ciri-ciri dan fungsi-fungsi tradisional yang berkaitan dengan proses-proses
sensori, persepsi, tumpuan dan memori jangka masa pendek. Memori berkerja beroperasi
dalam semua situasi-situasi yang memerlukan kegunaan dan penyimpanan sementara dan
proses-proses perlaksanaan memori dan penghasilan respon. Oleh itu memori berkerja
merangkumi fungsi-fungsi tradi sional dianggap memori jangka masa pendek. Begitu juga
fungsi-fungsi lain kebiasaannya dikaitkan dengan proses-proses tumpuan.

54
Memori berkerja boleh dianggap sebagai tempat di mana maklumat disimpan untuk satu
jangka masa pendek dan sebagai satu struktur aktif fungsional. Ciri-ciri fungsional memori
berkerja membenarkan manusia bertindak balas mengikut kepada permintaan-permintaan
dalam situasi-situasi 'sekarang'. Untuk melakukannya, memori berkerja memainkan peranan
kritikal dalam membuat keputusan, menyelesaikan masalah, menghasilkan pergerakan dan
melakukan penilaian serta fungsi memori jangka masa panjang.

dua ciri memori berkerja penting yang perlu difahami ialah; tempoh masa maklumat akan
kekal dalam memori berkerja, yang dikenali sebagaiv tempoh dan jumlah maklumat yang
akan berada dalam memori berkerja pada bila-bila masa, dikenali sebagai kapasiti.

jangka masa pendek. Untuk meningkatkan saiz sesuatu item dalam memori, ia melibatkan
satu proses kawalan yang dikenali sebagai organisasi.

WORKING MEMORY LONG-TERM MEMORY

(SUBSYSTMEMS) (SUBSYSTMEMS)

 ohonologyical loop  procedural memory


 visuopatial sketchpad  semantic memory
 central executive  episodic memory

Interaksi semula jadi antara dua sistem

10.2 JENIS MEMORI

Memori adalah dirujuk sebagai pengekalan atau penyimpanan dan seterusnya pengeluaran
kembali maklumat-maklumat. Memori biasanya diukur dengan ujian pengenalpastian dan
ingat kembali. Memori adalah dibahagikan kepada tiga jenis: sensori, jangka masa pendek
dan jangka masa panjang.

 Memori Sensori

Memori sensori menyimpan seketika maklumat sensori sebelum ianya diproses kepada
memori jangka masa pendek. Memori sensori bertindak antara 200-500 milisaat selepas
satu item dilihat. Kebolehan melihat pada sesuatu item dan mengingatinya dalam sesaat
merupakan satu contoh sensori memori. Dengan hanya persembahan sekelip mata sahaja,
individu sering melaporkan bahawa dia seakan-akan 'lihat' lebih daripada yang dapat
dilaporkan.Iaitu ia berlaku secara automatik dan tidak diminta.

 Memori Jangka Masa Pendek

Memori jangka masa pendek ada kalanya dirujuk sebagai memori 'utama', 'berkerja' atau
'aktif'. Ia dikatakan dapat menyimpan sejumlah kecil maklumat selama lebih kurang 20 saat.

55
Anggaran kapasiti memori jangka masa pendek adalah pelbagai iaitu dari tiga hingga empat
item, contohnya perkataan-perkataan, nombor-nombor atau huruf antara satu dan sembilan
item. Biasanya memori ini dinyatakan sebagai kapasiti tujuh campur tolak dua item,

Sifat utama stor jangka masa pendek adalah jelas bersifat jangka masa pendek, iaitu ia
menyimpan maklumat untuk satu masa yang terhad sahaja. Memori jangka masa pendek
menghadkan simpanan kurang dari 30 saat. Memori yang melebihi had tempoh masa
memori jangka masa pendek adalah dikenali sebagai memori jangka masa panjang.
Tempoh memori jangka masa yang terhad menyebabkan maklumatnya susut dengan cepat.
semula stor jangka masa pendek dan disimpan untuk satu tempoh masa lagi.

 Memori Jangka Masa Panjang

Memori jangka masa panjang merupakan memori yang disimpan sebagai maksud yang
boleh disimpan dari beberapa hari sehingga tidak terhad masanya. Ia adalah berbeza
secara struktur dan fungsionalnya daripada memori berkerja atau memori jangka masa
pendek. Secara biologikal, memori jangka masa pendek merupakan keupayaan
perhubungan neural sementara yang boleh menjadi memori jangka masa panjang melalui
proses-proses latihan dan perhubungan yang bermakna. Mekanisme di mana memori-
memori jangka masa pendek bergerak ke simpanan jangka masa panjang adalah melalui
keupayaan jangka masa panjang, yang menyebabkan perubahan fizikal dalam struktur
neuron-neuron.

Oleh sebab memori jangka masa panjang akan hilang melalui proses-proses lupa semula
jadi, beberapa proses ingat kembali atau keluar kembali memori mungkin diperlukan untuk
memori-memori jangka masa panjang berkekalan bertahun. Ia bergantung juga kepada
sedalam mana pemprosesan itu. Pengeluaran semula maklumat secara individu boleh
berlaku dalam penambahan jeda-jeda mengikut prinsip ulangan jeda. Ini boleh berlaku
biasanya melalui refleksi atau sengaja diingat semula, dan ini sering bergantung kepada
kepentingan bahan yang dilihatnya seragam seperti dilihat dalam cakera padat komputer.
Memori yang berlainan adalah disimpan dalam kawasan yang lain dalam otak.

Memori jangka masa panjang adalah terdiri daripada tiga jenis simpanan memori iaitu:
 Memori prosedural
 Episodik
 Semantik

10.3 Lupaan

Lupaan dalam Penjelasan Psikologi

Proses lupaan adalah bertentangan dengan proses ingatan. Segala maklumat yang
telah diterima dalam stor ingatan tetapi tidak dapat diingat atau dikeluarkan kembali
sebagai tindak balas adalah dilenyapkan dalam proses lupaan. Menurut Erikson
(1963), lupaan merupakan satu motif di mana maklumat yang tertentu sengaja dilupai
56

kerana dianggap tidak penting, kurang seronok atau tidak berguna berdasarkan
kesedaran mental seseorang. Maka lupaan ditafsir sebagai kelenyapan atau
kehilangan dalam persepsi seseorang terhadap maklumat-maklumat yang telah
dipelajari.

7 Jenis Lupaan

JENIS LUPAAN PENERANGAN

LUPAAN KEUSANGAN lupaan keusangan berlaku apabila maklumat yang


disimpan dalam ingatan jangka panjang dilupai
akibat jarang digunakan. Ini bermaksud kod-kod
maklumat yang disimpan tidak aktif dan tidak
dipanggil semula.

LUPAN KEGAGALAN individu-individu gagal untuk memanggil semula


maklumat yang spesifik. Setiap kali manusia
mempelajari maklumat baru, otak akan mewujudkan
satu tanda halus ingatan untuk maklumat tersebut.
Jika maklumat ini tidak dilatih dan dipanggil balik, ia
akan lama kelamaan hilang begitu sahaja.

LUPAAN PENGGANTIAN ia berlaku apabila maklumat baru menggantikan


segala ingatan yang lama. Sebagai contoh,
pembelajaran rumus matematik yang dapat dikira
secara pendek akan menggantikan pembelajaran
rumus matematik sama yang lebih panjang dan
yang mengelirukan.

LUPAAN GANGGUAN lupaan yang berlaku akibat gangguan yang berlaku


akibat pembelajaran baru atau pembelajaran lama.
2 jenis lupaan gangguan iaitu gangguan retroaktif
dan proaktif. Gangguan retroaktif adalah gangguan
yang berlaku akibat pembelajaran baru
mengganggu pembelajaran lama. Justeru itu
maklumat pembelajaran lama dilupakan. Ia berlaku
apabila bahan pembelajaran yang lama tidak
difahami dengan baik atau belum mencapai tahap
pembelajaran yang berkesan. Oleh itu,
pembelajaran yang baru akan mengganggu
pembelajaran yang lama. Gangguan proaktif pula
ialah pembelajaran lama yang kekal dan mantap
dalam fikiran mengganggu pembelajaran baru. Ini
bermakna seseorang itu mungkin enggan untuk
menerima pembelajaran baru.

LUPAAN DESAKAN berlaku akibat sesuatu pengalaman pahit atau


sesuatu peristiwa yang menyakitkan. Oleh itu,
individu akan sengaja menolaknya ke otak sebagai
mekanisme helah bela diri.

LUPAAN KEBIMBANGAN Lupaan ini berlaku dalam keadaan yang tertekan

57
DAN KETAKUTAN seperti individu yang bimbang atau semasa murid-
murid berada di dalam dewan peperiksaan. Lupaan
ini berlaku apabila murid-murid tidak dapat
mengingati nota-nota penting dan proses ini dikenali
sebagai “mental block”.

LUPAAN LEDAKAN Maklumat yang terlalu banyak untuk dipelajari dan


MAKLMAT yang tidak mempunyai kaitan di antara satu sama
lain juga boleh menyebabkan proses lupaan. Fikiran
murid-murid buntu dan menyebabkan mereka panik
dan melupai fakta-fakta yang penting.

Kegagalan untuk menyimpan. Maklumat penting dilupakan apabila tidak sampai ke


dalam ingatan jangka panjang. Kegagalan dalam proses enkoding menghalang
maklumat daripada memasuki ingatan jangka panjang.

Faktor yang Menyebabkan Lupaan

1. Faktor minat.

2. Perasaan takut dan bimbang.

3. Peredaran masa.

4. Pengalaman yang pahit.

5. Masa yang tidak cukup untuk mengingat

6. Aras keyakinan.

7. Kekurangan kejelasan kepada ingatan.

10.4 Gangguan proaktif dan retroaktif

 Gangguan proaktif berlaku apabila pembelajaran lama mengganggu pembelajaran


baru.
 Gangguan retroaktif pula berlaku apabila pembelajaran lama masih tidak difahami
dengan baik namun guru telah mengajar pembelajaran yang baru.

10.5 Cara untuk Mengelakkan Lupaan

1. Guru perlu menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna dan berkaitan


dengan kehidupan murid-murid.

2. Guru meningkatkan isi pembelajaran dengan menggunakan pelbagai cara iaiti


daripada senag kepada susah, maujud kepada abstrak, dekat kepada jauh dan kecil
kepada besar.
58

3. Memeringkatkan kaedah pembelajaran melalui interaksi guru murid dua hala, pelajar
bebas bertanya dan mengeluarkan pendapat serta merancang aktiviti pembelajaran
menarik dan berkesan.

4. Menyusun jadual waktu di mana subjek yang susah seperti matematik, kimia dan
fizik di sebelah pagi, manakala subjek seperti seni di sebelah tengah hari atau
petang.

5. Menggunakan kaedah mnemonik dan singkatan. Ia digunakan bagi mengingat jenis


memori dalam ingatan jangka panjang.

6. Guru membimbing pelajar bagaimana cara belajar dengan betul atau Kemahiran
Meta-kognitif iaitu dengan teknik membuat rumusan atau ringkasan nota, teknik
pengurusan masa, membuat peta minda atau peta kosep dan sebagainya.

7. Guru perlu menjarakkan isi pelajaran yang ingin disampaikan. Elakkan mengajar
satu sesi pengajaran dengan maklumat atau isi pelajaran yang terlalu padat.

8. Guru haruslah menggunakan bahan pengajaran yang bermakna. Di mana guru


menekankan kepada isi-isi pengajaran yang sangat penting.

Guru menggunakan bahan bantu mengajar secara visual. Guru perlu menggunakan banyak
alat bantuan pengajaran visual.

 Cara-cara menguatkan ingatan

1. Belajar berlebihan

· Kajian menunjukkan bahawa ingatan kekal lebih lama dan proses ingat kembali
menjadi lebih mudah apabila sesuatu bahan itu dipelajari secara berlebihan sehingga
dikuasai sepenuhnya. Guru patut galakkan pelajar supaya belajar dengan berlebihan
terutama dalam perkara yang pelajar mendapati sukar.

2. Pemahaman

· Guru perlu menekankan tentang pemahaman konsep dan bukan menumpukan


kepada ulangan fakta. Apabila pelajar belajar dengan pemahaman mengikut kategori,
mereka akan belajar maklumat baru dengan cepat dan cekap. Mengajar untuk kefahaman
memerlukan bahan yang bermakna. Sebagai contoh : murid diberi angka berikut untuk
diingat:

100816449362516941

· Oleh kerana angka di atas melebihi had untuk disimpan dalam ingatan jangka pendek
adalah sukar untuk mengingat kembali semua angka tersebut. Dengan kefahaman ia
merupakan satu tugas yang mudah. Sebenarnya angka-angka di atas merupakan kuasa
dua untuk angka dari 10 hingga 1.
59

3. Mengaitkan bahan baru dengan yang sedia ada

· Guru patut berusaha untuk mengaitkan perkara-perkara baru yang diajar


kepada pembelajaran yang sudah diterima. Apabila bahan baru dikaitkan dengan
pengetahuan sedia ada murid, pengajaran menjadi lebih berkesan. Pelajar perlu
diingatkan tentang perkaitan antara pembelajaran baru dengan yang lama dalam
bentuk kategori. Dengan itu maka maklumat baru akan disimpan dalam kategori
tertentu yang teratur dan memudahkan proses ingat kembali.

4. Mengajar menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna supaya ia lebih


mudah diingati oleh murid.

Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai untuk meningkatkan
kefahaman mereka, seterusnya membentuk konsep yang betul.
TOPIK 11 PERHATIAN

60

11.0 Teori Perhatian

Teori perhatian terpilih telah mencadangkan bahawa setiap individu mempunyai


kecenderungan untuk mengorientasikan diri mereka ke arah, atau proses maklumat dari
hanya satu bahagian alam sekitar dengan pengecualian bahagian-bahagian lain.

a ) Teori Penapisan Bottleneck

1) Bentuk model yang sama dengan huruf 'Y', melambangkan dua sumber maklumat yang
masuk dengan kedua-dua lengan Y dan satu sumber terakhir yang diiktiraf, melalui penapis.
Penapis ini melambangkan lokasi pilihan untuk perhatian.

2) Broadbent (1957) telah membangunkan model penapis untuk menjelaskan cadangan


bahawa gangguan berlaku sebelum pengiktirafan corak, dan perhatian yang menentukan
maklumat apa yang sampai ke peringkat pengiktirafan corak.

3) Model ini menegaskan bahawa penapis selektif membolehkan maklumat yang datang dari
hanya satu saluran pada satu-satu masa, ke dalam ingatan kerja.

4) cth : kajian broadbent :2 bola dimasukkan kedalam corong kiri dan corong kanan secara
urutan yang mewakili telinga. penapis akan hanya membolehkan satu bola melalui corong
dari salah satu corong pada suatu masa tertentu

andaian: perhatian boleh diberi dari satu belah telinga pada satu2 masa
61

b) Model Perhatian Kahnerman (Attention)

1) Kegiatan yang paling pertama dalam pembelajaran adalah untuk mendapatkan perhatian
siswa (Gagne, 1974). Pendidik yang baik mengarahkan perhatian peserta didik,membantu
mereka menghindari gangguan dan daripada nformasi yang berlebihan. Terdapat
beberapa teori utama tentang perhatian(attention) dan alasan mengapa relevan dengan
desain pembelajaran.

2) Focalization menekankan aspek selektiviti.aspek membantu supaya kita tidak

mabukdengan maklumat atau overload with information.

3) CONCENTRATON ATAU KADAR TUMPUAN / KADAR PENGAMATAN

• konsentrasi menekankan aspek intensiti penumpuan mental


62

11.2 Stroop Effect

1) Stroop menunjukkan satu perkataan dan warna, subjek perlu membaca dan mengecam
warna yang di tunjukkan. Dalam eksperimen ini dua proses berlaku iaitu membaca
perkataan dan mengecam warna dalam masa yang sama. Ini memberi satu bentuk
‘gangguan’ antara membaca perkataan dan mengecam warna tersebut

2) Stroop membuat kesimpulan bahawa manusia lebih senang membuat pengecaman pada
perkataan daripada mengecam warna. Terdapat kurang gangguan apabila seseorang itu
mengecam perkataan daripada mengecam warna. (Stroop, J. R. 1935).

3) ‘Stroop effect’ boleh di istilahkan sebagai ‘perhatian terpilih’ atau ‘selective attention’ yang
boleh dikatakan sebagai satu contoh untuk mengkaji fokus seseorang dalam membaca
perkataan yang berkaitan dengan warna dan pengecaman warna.

11.3 Perhatian Berpilih

• Penerima memilih satu sumber informasi yang paling penting dan mengabaikan
informasi yang lain.
• Kemampuan mengikuti satu perbualan walaupun terdapat banyak perbualan lain.
• Perhatian berpilih boleh dibahagikan sama ada sengaja (intentional) atau
kebetulan (incidental)
• Intentional selective berlaku apabila penerima memilih satu sumber informasi
(mendengar radio) dan tidak mempedulikan sumber yang lain (televisyen).
• Incidental berlaku apabila penerima memberi respon kepada rangsangan luar
(perlanggaran dua kereta)
TOPIK 12 PRAKTIS

63

12.0 Definisi

Praktis didefinisikan sebagai aktiviti yang dilakukan dengan kadar ulangan yang tinggi.
Tanpa praktis pembelajaran kemahiran motor tidak akan berlaku. Usaha merancang praktis
bagi pembelajaran kemahiran motor perlu mempertimbangkan aspek-aspek berikut iaitu
jenis praktis, kaedah praktisdan taburan praktis

Jenis Praktis

Umumnya, terdapat dua jenis praktis yang boleh diaplikasi semasa proses pembelajaran
motor iaitu

I. praktis spesifik
II. praktis variasi.

Praktis spesifik merupakan jenis praktis yang mengkhusus kepada sesuatu lakuan. Tujuan
utama jenis praktis sebegini adalah untuk pengukuhan sesuatu kemahiran yang spesifik.
Contohnya, dalam permainan bola sepak, praktis spesifik boleh dijalankan bagi
mengukuhkan kemahiran tendangan penalti. Dalam praktis tersebut, pemain akan berlatih
menjaring daripada jarak yang sama dengan menggunakan teknik tendangan yang
konsisten.

Praktis variasi pula merupakan jenis praktis yang menekankan kepada variasi lakuan dalam
satu sesi praktis. Tujuan utama jenis praktis sebegitu adalah untuk pengukuhan pembinaan
asas kemahiran. Contohnya dalam permainan bola sepak, praktis variasi boleh dijalankan
bagi mengukuhkan kemahiran menjaring gol. Dalam sesi praktis, pemain akan berlatih
menjaring daripada berbagai jarak, sudut dan teknik tendangan yang berbeza.

Kaedah Praktis

Umumnya, kaedah praktis yang diaplikasi adalah secara fizikal dan mental. Praktis fizikal
merupakan kaedah praktis yang lazim dijalankan dalam sesi-sesi pembelajaran motor iaitu
pelajar perlu melaksanakan program praktis yang telah dirancang secara nyata. Perlakuan
yang dihasilkan dapat dilihat dan diperbaiki. Praktis fizikal adalah kaedah praktis yang utama
dalam sesuatu sesi pembelajaran kemahiran motor. Praktis mental pula merupakan praktis
pelengkap kepada kaedah praktis fizikal. Praktis mental tidak melibatkan perlakuan fizikal
yang nyata.Perlakuan-perlakuan fizikal yang hendak dilakukan direalisasikan dalam bentuk
imageri.
64

Kualiti dan kuantiti latihan kemahiran motor telah sering dibincang dan dianalisis sejak lama
lagi oleh profesional-profesional tingkah laku motor. Terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi pembelajaran dan perlakuan dalam sesuatu persekitaran latihan. Di
antaranya adalah
a. Struktur sesi latihan;
b. Cara bagaimana latihan dikelolakan; dan
c. Kesan kedua-dua faktor tadi ke atas individu; atau
d. Jumlah dan agihan latihan.

Tujuan utama seorang berlatih sesuatu kemahiran adalah untuk meningkatkan perlakuan
yang lebih baik di masa akan datang. Oleh kerana terdapat keperluan perlakuan yang lebih
baik pada masa akan datang, guru dan jurulatih perlu mereka dan membentuk satu keadaan
latihan yang dapat menyediakan pelajarnya untuk melakukan sesuatu kemahiran ke tahap
paling tinggi .

Variabiliti latihan adalah merujuk kepada kepelbagaian pergerakan dan ciri-ciri konteks pelajar
itu mengalami semasa berlatih sesuatu kemahiran.

Variabiliti Latihan
Kebanyakan teori pembelajaran kemahiran motor memberi tumpuan kepada manfaat yang
diperolehi daripada variabiliti latihan.

Contohnya, dalam Teori Skema Schmidt, jangkaan kejayaan perlakuan yang akan datang
pada kemahiran berkenaan adalah bergantung kepada jumlah variabiliti pelajar itu alami
semasa latihan. Begitu juga dalam Model Peringkat Pembelajaran Gentile yang
menekankan bahawa, semasa latihan seorang pelajar perlu mengalami berbagai ciri-ciri
pengalaman regulatori dan bukan regulatori. Corak Dinamik pula mengatakan bahawa
pembelajaran motor memerlukan pelajar mempelopori ruang perseptual motor dan menemui
penyelesaian optima kepada masalah yang diwujudkan oleh kemahiran tersebut.

Manfaat utama seorang pelajar akan perolehi daripada pengalaman-pengalaman latihan


yang membantu pergerakan dan variabiliti konteks adalah, satu peningkatan kebolehan
untuk melakukan kemahiran itu dalam situasi ujian yang akan datang. Ini bermakna pelajar
itu telah memiliki satu peningkatan kebolehan untuk melakukan serta mengadaptasi
kemahiran yang telah dilatihnya dalam situasi yang akan datang. Teori Skema
Schmidt yang mengatakan bahawa semakin besar jumlah variab el latihan akan
mewujudkan satu pembelajaran yang lebih berkesan daripada jumlah variab el latihan yang
sedikit.

Jumlah Dan Distribusi Latihan


Dalam konteks jumlah latihan yang perlu dilalui untuk mempelajari sesuatu
kemahiran, pendapat konvensional mempercayai bahawa semakin banyak latihan
dilalui oleh seorang pelajar, semakin baik kesannya pada perlakuan. Distribusi

65
menentukan berapakah masa yang perlu ditumpukan kepada pelbagai aktiviti-aktiviti dalam
dan merentasi sesi-sesi latihan. Guru perlu:
a. Menentukan jumlah masa yang harus ditumpukan kepada setiap aktiviti dalam
sesuatu sesi
b. Jumlah masa rehat di antara aktiviti dalam sesuatu sesi
c. Tempoh setiap sesi dan jumlah masa antara sesi-sesi

Jumlah Latihan dan Lebihan-belajar


Pengkaji-pengkaji telah mengkaji hubungan antara jumlah latihan dengan pencapaian
matlamat spesifik perlakuan dalam konteks lebihan-belajar.

Lebihan-belajar ditakrifkan sebagai


sambungan latihan yang melampaui jumlah
masa yang diperlukan untuk mencapai
sesuatu kriteria perlakuan.

Seorang guru atau jurulatih menggunakan strategi lebihan-belajar dengan:


a. Menentukan satu kriteria perlakuan
b. Menetapkan jumlah masa latihan pelajar yang diperlu untuk mencapai kriteria
tersebut
c. Keperluan peratusan masa tambahan masa latihan sebagai latihan tambahan

Distribusi Latihan dan Kaedah Perlaksanaan


Distribusi latihan adalah merujuk kepada jarak atau langkauan latihan. Isu dalam distribusi
latihan adalah sama ada penggunaan latihan berkelompok atau latihan bersebar lebih
berkesan untuk pembelajaran sesuatu kemahiran motor.

Latihan berkelompok bermaksud satu jadual


agihan waktu latihan di mana jumlah rehat
antara sesi-sesi latihan adalah singkat.

Latihan bersebar pula jumlah masa rehat


antara sesi-sesi latihannya adalah
panjang.

66
Pengelolaan ditakrifkan sebagai
perhubungan antara bahagian-
bahagian komponen sesuatu
kemahiran.
Hasil kajian menunjukkan bahawa
latihan bersebar adalah lebih berkesan
jika dibandingkan dengan latihan berkelompok. Terdapat tiga kemungkinan ini berlaku.
a. Kelesuan mempengaruhi pembelajaran sesuatu kemahiran dalam latihan
berkelompok
b. Latihan berkelompok akan mengurangkan jumlah usaha kognitif
c. Pengukuhan memori, di mana ia merupakan proses penyimpanan memori jangka
panjang

Kebanyakan kajian masa kini adalah tertumpu kepada bagaimana latihan berkelompok dan
bersebar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Berbagai-bagai kombinasi latihan telah
dicadangkan. Kajian-kajian ditumpukan kepada distribusi latihan:
a. Tanpa masa rehat
b. Masa rehat yang tetap selepas tiap percubaan
c. Masa rehat yang ditambah secara beransur-ansur selepas tiap percubaan
d. Masa rehat yang dikurangkan secara beransur-ansur selepas tiap percubaan

Penghalang yang tinggi boleh berlaku akibat latihan berkelompok sebab


a. Kemahiran itu mudah atau serupa dengan yang sudah dialaminya
b. Aktiviti pada anggapan pelajar terlalu sukar

12.1 PRAKTIS KESELURUHAN DAN SEBAHAGIAN

Penting bagi guru atau jurulatih untuk memastikan semasa mengajar sesuatu kemahiran
motor sama ada adalah lebih baik pelajarnya melatih keseluruhan atau sebahagian
kemahiran tersebut. Contohnya, katakan anda ingin mengajar kemahiran lompat tinggi gaya
flop, adakah anda akan menyuruh pelajar anda berlatih keseluruhan kemahiran gaya flop
atau membahagi-bahagikan kemahiran gaya tersebut dan pelajar berlatih sebahagian gaya
tersebut? Menurut Naylor dan Briggs, ciri-ciri pengelolaan dan kompleksiti kemahiran
sesuatu kemahiran boleh dijadikan asas penimbangan sama ada menggunakan praktis
keseluruhan atau sebahagian. Apakah maksud kompleksiti?

Kompleksiti

ditakrifkan sebagai jumlah bahagian atau komponen dalam kemahiran tersebut dan juga
keperluan tumpuan tugasan.

Ini bermakna kemahiran kompleks akan mempunyai banyak komponen dan memerlukan
lebih tumpuan, terutamanya untuk pelajar baru. Apakah pula pengertian pengelolaan?

pengelolaan

Satu kemahiran yang mempunyai tahap pengelolaan yang tinggi apabila bahagian
komponennya adalah saling bergantungan antara ruang dan masa.

67
Ini bermakna bahagian kemahiran yang tinggi pengelolaannya adalah seperti satu rantai
acara di mana ciri-ciri perlakuan ruang-masa mana-mana bahagian adalah bergantung
kepada ciri perlakuan ruang-masa kepada bahagian yang dilakukan sebelumnya.
Disebabkan ciri ini, sukar untuk melakukan satu bahagian sahaja kemahiran yang
pengelolaannya tinggi. Contohnya, jaringan melompat (jump shot) dalam permainan bola
keranjang merupakan satu kemahiran pengelolaan tinggi. Sebaliknya satu kemahiran yang
pengelolaannya rendah adalah apabila perhubungan ruang-masa antara bahagian
komponennya tidak saling bergantung. Oleh itu, adalah sesuai praktis dijalankan secara
bahagian-bahagian.

Jika kemahiran itu adalah rendah kompleksiti dan tinggi pengelolaannya, praktis
keseluruhan adalah pilihan yang lebih baik. Ini bermakna bahawa pelajar akan belajar
kemahiran mudah yang mempunyai bahagia komponen yang kurang dengan lebih berkesan
dengan kaedah praktis keseluruhan. Contohnya, perlakuan membaling damak (dart).

Di sebaliknya, pelajar mempelajari kemahiran yang mempunyai tahap tinggi kompleksiti dan
rendah pengelolaan dengan lebih berkesan menggunakan kaedah praktis sebahagian.
Contohnya, kemahiran servis dalam tenis. Untuk menentukan kombinasi kompleksiti dan
pengelolaan mana yang menggambarkan sesuatu kemahiran tertentu, adalah terlebih
dahulu kita perlu menganalisis kemahiran tersebut. Analisis ini perlu ditumpukan untuk
mengenal pasti bahagian-bahagian komponen kemahiran itu dan sejauh mana ciri-ciri
perlakuan ruang-masa berhubungan. Berikutnya adalah menentukan bahagian mana dari
kontinum kemahiran itu menunjukkan kompleksiti dan pengelolaan kemahiran itu. Strategi
praktis sebahagian harus melibatkan pemindahan pembelajaran positif antara dan dalam
kalangan bahagian tugasan dan antara bahagian praktis dan keseluruhan tugasan.
Wightman dan Lintern telah mengklasifikasikan tiga strategi tugasan sebahagian

Tiga Strategi Tugasan Sebahagian

Strategi Deskripsi

Pecahan Ia melibatkan praktis terlebih dahulu


(fractionisation) anggota tubuh badan untuk sesuatu
kemahiran berkenaan yang melibatkan
koordinasi asimetrik lengan dan kaki
Pensegmenan Ia melibatkan pengasingan kemahiran itu
(segmentation) ke bahagian-bahagian dan berlatih
bahagian-bahagian itu supaya selepas
seseorang pelajar mempelajari satu
bahagian, dia kemudiannya akan berlatih
bahagian itu bersama dengan bahagian
berikutnya
Pemudahan Kaedah ini sebenarnya satu daripada
(simplication) variasi strategi praktis keseluruhan dan
melibatkan pengurangan kesukaran
keseluruhan kemahiran tersebut atau
bahagian-bahagian lain kemahiran itu
68
Ada kalanya adalah tidak digalakkan untuk mengasingkan bahagian-bahagian sesuatu
kemahiran untuk dilatih. Ini tidak bermakna seorang pelajar tidak boleh berlatih bahagian
keseluruhan kemahiran itu. Mungkin ini adalah untuk melatih

12.2 TABURAN PRAKTIS

Taburan praktis merujuk kepada jangka masa pelaksanaan sesuatu sesi praktis.Terdapat
dua jenis taburan praktis iaitu

I. taburan massa
II. taburan agihan.

Taburan praktis massa ialah jenis taburan praktis di mana pelaksanaannya memakan masa
yang lama dengan kadar rehat yang sedikit. Sebagai contoh, sekiranya satu sesi praktis
mengambil masa selama 2 jam dan jurulatih membenarkan rehat selama 5 minit selepas
jam pertama (iaitu sekali rehat sepanjang praktis), taburan masa aktiviti selepas rehat
menggambarkan praktis massa.

Taburan praktis agihan merujuk kepada jenis taburan praktis di mana pelaksanaannya
melibatkan masa rehat yang kerap sepanjang sesi praktis.Contohnyas ekiranya satu sesi
praktis mengambil masa selama 2 jam dan jurulatih membenarkan rehat selama 5 minit
selepas setiap 20 minit (iaitu enam kali rehat sepanjang praktis), taburan masa aktiviti-rehat
menggambarkan keadaan praktis taburan

12.3 PENDEKATAN GANGGUAN KONTEKSTUAL UNTUK MENYUSUN PEMBOLEH


UBAH PRAKTIS

Salah satu cara untuk menyelesaikan masalah jadual yang ada pemboleh ubah ialah
memohon fenomena pembelajaran yang dikenali sebagai gangguan kontekstual. Apakah
yang dimaksudkan dengan gangguan konstekstual? Jumlah yang berbeza gangguan
kontekstual boleh berlaku daripada organisasi jadual praktis. Praktis blok, rawak dan bersiri
opsyen organisasi jadual yang diterangkan dalam Jadual 9.1 tadi boleh dilihat seperti yang
terletak di sepanjang kontinum gangguan kontekstual (rujuk Rajah 9.1).

69
Jumlah gangguan kontekstual yang mungkin dalam situasi amalan digambarkan sebagai
kontinum yang terdiri dari tinggi ke rendah. Gangguan kontekstual yang tinggi berlaku pada
satu hujung, apabila jadual praktis melibatkan susunan praktis rawak di mana percubaan
semua tugas dilakukan secara pelbagai variasi dalam setiap sesi praktis. Dalam jadual ini,
variasi tugasan yang dipraktiskan pada setiap cubaan adalah secara rawak. Pada hujung
yang bertentangan, jumlah gangguan kontekstual yang rendah hasil daripada jadual yang
susunan praktis variasi praktis setiap tugas dalam blok sendiri atau unit, masa. Jadual lain,
seperti jadual praktis bersiri yang diterangkan sebelum ini, terletak di sepanjang kontinum
antara kedua-dua hujung. Bukti yang menjelaskan bahawa kesan gangguan kontekstual ke
atas pembelajaran motor di tunjukkan oleh kajian yang dijalankan oleh Shea dan Morgan
(1979). Dalam kajian ini, mereka talah memberi tugasan kepada peserta kajian untuk
menggerakkan satu lengan melalui satu siri halangan kayu kecil secepat mungkin. Satu
kumpulan diberi praktis dengan susunan jadual yang rendah gangguan kontekstual (praktis
blok) dan satu kumpulan lagi tinggi gangguan kontekstual (praktis rawak). Keputusan kajian
menunjukkan kumpulan praktis rawak menunjukkan prestasi yang rendah semasa sesi
praktis tetapi menunjukkan prestasi yang lebih baik semasa ujian pengekalan dan ujian
pemindahan. Dapatan kajian yang menyokong dapatan kajian Shea dan Morgan (1979) ini
juga dibuktikan oleh Brady (1998), dan Magill dan Hall (1990) yang membuktikan bahawa
pembelajaran melalui situasi gangguan kontekstual yang tinggi memberi kesan yang baik
terutama peserta kajian diuji dalam situasi yang berubah-ubah.
.

12.4 PENJADUALAN PRAKTIS

Adalah mengenai teknik organisasi komponen-komponen praktis.

 Keberkesanan penjadualan bergantung kepada tujuan & tahap kemahiran yang


hendak dicapai
 Praktis Himpun (Blocked practice) - spesifik
 Praktis siri (serial blocked practice) - motivasi
 Praktis rawak (randoms practice) –kemahiran motor

Maklum balas Keberkesanan praktis yang dijalankan bagi pembelajaran kemahiran motor
adalah dipengaruhi oleh maklumbalas yang diterima.(Perbincangan mengenai peranan
maklumbalas dalam pembelajaran motor adalah fokus kepada jenis maklum balas serta
teknik menyampaikannya kepada pelajar).

(a) Jenis maklum balas Maklum balas yang wujud dalam pembelajaran motor adalah
maklum balas intrinsik dan ekstrinsik. Maklum balas dalaman adalah maklum balas yang
diperolehi daripada sumber deria dan dialami sendiri oleh pelajar. Contoh maklum balas
intrinsik adalah rasa sakit atau selesa. Maklum balas ekstrinsik merupakan maklum balas
tambahan daripada sumber luaran seperti arahan jurulatih atau tayangan video.

(b) Teknik penyampaian maklum balas ekstrinsik Teknik penyampaian maklum balas
ekstrinsik perlu mempertimbangkan dua aspek iaitujenis maklumat yang perlu disampaikan
dan cara maklum balas tadi boleh disampaikan.

70
TOPIK 13 MAKLUM BALAS TAMBAHAN

13.0 MAKLUM BALAS TAMBAHAN

Maklumbalas dianggap sebagai pembolehubah kritikal bagi pemerolehan kemahiran dan


secara umumnya ditakrifkan sebagai sebarang maklumat deria yang berkaitan dengan
tindak balas atau pergerakan (Schmidt and Wrisberg, 2004). Maklum balas adalah
maklumat yang timbul akibat prestasi (van Dijk, 2006). Ia menyediakan asas bagi penilaian
ketepatan pergerakan atau tugas. Mengimbas kembali apa yang telah dibincangkan awal
mengenai kawalan neurologic pembelajaran, maklum balas boleh menjadi alat yang
membolehkan pelajar untuk mengenal pasti objektif tugas di tangan. Menurut Thorpe (2003),
ini adalah elemen penting untuk pembelajaran motor. Dan untuk ini dia secara ringkas,
tetapi jelas memberi akaun kepada dua jenis utama maklum balas: maklum balas intrinsik
dan ekstrinsik. Thorpe dibezakan kedua-dua jenis maklum balas. Beliau menegaskan
bahawa maklum balas intrinsik adalah jenis yang diberikan kepada pelaku oleh sistem deria
(visual, auditori, proprioceptive, vestibular, dan kulit) sebagai hasil pergerakan. Sebaliknya,
maklum balas ekstrinsik, juga dikenali sebagai maklum balas bertambah adalah maklumat
tambahan yang diberikan kepada pelaku tentang tugas. Tidak seperti jenis intrinsik, ia
berasal dari sumber luaran, seperti bio feedback, pita video, dan isyarat lisan atau sentuhan.

a) Maklumbalas instrinstrik.

Maklumat yang boleh diperoleh secara semulajadi oleh pelajar semasa atau setelah sesuatu
pergerakan dilakukan. Ia tidak memerlukan bantuan daripada orang lain untuk memperoleh
maklumat tersebut. Maklumbalas instrinstrik adalah diperolehi sendiri dari sumber-sumber
deria seperti berikut:

 Visual
 Propriosepsi
 Auditori
 Daya
 Sentuhan

Maklumbalas ekstrinsik Maklumat yang mengandungi mengenai kesudahan atau hasil


perlakuan yang disampaikan kepada pelajar daripada sumber-sumber luar. Kebiasaannya ia
adalah di bawah kuasa jurulatih atau guru. Maklum balas ekstrinsik boleh diberikan dalam
beberapa cara:

 komen positif semasa / selepas prestasi


 penghapusan komen negatif akibat prestasi yang berjaya
 maklum balas maklumat kepada aspek teknikal prestasi
 pengetahuan mudah maklumat prestasi
 maklum balas mempunyai aspek-aspek positif dan negatif:
 positif - motivasi, tetulang dan menyediakan maklumat

71
 mewujudkan keadaan pergantungan - negatif Maklumbalas ekstrinsik terbahagi
kepada dua iaitu;
 Maklumbalas hasil lakuan (KR)
 Maklumbalas prestasi (KP)

b) Maklumbalas hasil lakuan ( Knowledge of Result )

Knowledge of Result (KR) ditakrifkan sebagai maklumat ekstrinsik ataubertambah


diberikankepada pelaku selepas jawapan, menunjukkankejayaan tindakan mereka dengan
mengambil kira matlamat alam sekitar (Salmoni et al., 1984). KR mungkin berlebihan
dengan maklum balasintrinsik, terutamanya dalam senario dunia sebenar (Schmidt
danWrisberg, 2004).

Walau bagaimanapun, dalam kajian eksperimen, ia merujuk kepada maklumat yang


diberikan ke atas dan ke atas mereka sumbermaklum balas yang semulajadi yang diterima
apabila sambutan dibuat(iaitu, tindak balas-maklum balas yang dihasilkan; Adam,
1968/1971;James, 1890). Biasanya, KR juga secara lisan atau verbalizable(Schmidt, 1982).
Kesan KR motor pembelajaran telah baik dikaji danbeberapa implikasi diterangkan di
bawah.

KR adalah maklumbalas mengenai hasilan sesuatu respon; dalam konteks


pencapaian objektif persekitaran lakuan. KR adalah maklumbalas daripada sumber luaran
kepada pelajar dan ia adalah maklumbalas yang diterima oleh pelajar selepas tamat sesuatu
respon atau pergerakan.

Contoh yang boleh dilihat dalam KR ini ialah apabila seorang pemain bola menyepak
bola ke arah pintu gol dengan harapan menjaringkan gol. Pemain bola tersebut menyepak
bola tetapi KR pemain bola tersebut berada di pintu gol. Ini bermaksud KR adalah respon
selepas lakuan itu dibuat samada berjaya atau tidak. Jika berjaya ini bermaksud ia adalah
positif dan jika tidak ia adalah negatif. Ketepatan maklumbalas juga sangat penting dalam
KR kerana ia menangani tahap ketepatan KR yang dibentangkan. Ketepatan maklumbalas
terbahagi kepada dua iaitu maklumbalas kualitatif dan maklumbalas kuantitatif

c) Maklumbalas kualitatif

Maklumbalas kualitatif adalah maklumbalas yang memaklumkan pelaku jika prestasi mereka
betul atau salah. Ia juga boleh memberikan maklumat bahawa prestasi adalah terlalu
cepat/perlahan, terlalu keras/lembut atau terlalu panjang/pendek. Terdapat eksperimen yang
dilakukan untuk mengukur tahap ketepatan maklumbalas kualitatif. Eksperimennya seperti
berikut;

 Eksperimen ini memerlukan 2 orang dimana kedua-duanya akan ditutup matanya


semasa melakukan tugas eksperimen ini.
 Kedua-dua pelaku tidak dibenarkan menggunakan tangan yang dominan ketika
melakukan eksperimen ini.
 Tiada percubaan dibenarkan sebelum eksperimen dijalankan.
 Pelaku perlu melaksanakan 16 ujian eksperimen

72
 KR akan diberikan selepas pelaku membuat balingan bola lisut ke dalam tempat
yang disediakan.
 KR yang akan diberikan selepas setiap cubaan dan akan dicatat sebagai hit(kena
target) atau dicatat sebagai pendek, panjang, kanan, kiri atau gabungan daripada
keduadua darinya.
 Setiap bola lisut yang dibaling ke dalam tempat yang disediakan akan direkod.

d) Maklumbalas kuantitatif

Maklumbalas kuantitatif didefinisikan sebagai maklumbalas yang menunjukkan arah dan


magnitud ralat. Ia boleh dipersembahkan oleh darjah yang berbeza ketepatan. Eksperimen
yang dijalankan adalah seperti berikut;

 Eksperimen yang dijalankan bersamaan dengan eksperimen yang dilakukan untuk


maklumbalas kualitatif
 Tetapi KR akan diberikan kepada setiap percubaan dan akan diukur serta dinyatakan
sebagai KR tambahan
 KR tambahan yang dimaksudkan ialah apabila bola lisut yang dibaling oleh pelaku
terkeluar dari tempat yang disediakan. Maka jaraknya akan dikira.
 Setiap bola lisut yang dibaling ke tempat yang disediakan akan diekod.

13.1 Maklumbalas prestasi ( Knowledge of Performance )

Knowledge of Performance (KP) atau maklum balas kinematik merujuk kepada


maklumat yang diberikan kepada pelaku, menunjukkan kualiti atau corak pergerakan
mereka (Schmidt dan Wrisberg, 2004). Ia mungkin termasuk maklumat seperti anjakan,
halaju atau gerakan sendi. KP cenderung untuk menjadi berbeza daripada maklumbalas
intrinsik dan lebih berguna dalam tugas-tugas dunia sebenar. Ia merupakan satu strategi
yang sering digunakan oleh jurulatih atau pengamal pemulihan.

Maklumbalas prestasi juga adalah maklumat yang diterimamengenai pelaksanaan


sebenar pergerakan dan adakah pergerakandilakukan dengan betul atau cara ia bertujuan
untuk dilaksanakan? Ia juga menyediakan maklumat asas di mana untuk menilai
ketepatanpergerakan. KP adalah maklumbalas daripada sumber luaran kepada pelajar dan
maklumbalas yang diterima pelajar semasa atau selepas tamat sesuatu respon atau
pergerakan. KP merupakan sumber maklumat ekstrinsik utama yang boleh digunakan untuk
membetulkan ralat prestasi dalam praktis atau latihan. KP biasanya memberi panduan
mengenai mengapa ( aspek lakuan ) prestasi tersasar daripada objektif lakuan. Tetapi KP
tidak seiring dengan maklumbalas instrinsik iaitu maklumat tambahan.

Contoh yang boleh dilihat untuk KP ialah dimana seorang jurulatih melatih seorang
atlet lompat tinggi. Atlet lompat tinggi tidak dapat melepasi ketinggian yang semakin
meningkat maka jurulatih memberitahu beberapa tips supaya atlet tersebut dapat melompat
melepasinya. Beberapa tips yang mungkin diberikan oleh jurulatih kepada atlet untuk
meningkatkan keupayaan atlet tersebut adalah kelajuan larian, bila hendak melonjak dan
kecepatan kaki untuk diangkat supaya tidak kena pada palang

73
Ciri-Ciri Maklumbalas Ekstrinsik Maklum balas ekstrinsik boleh diberikan dalam beberapa
cara:

 komen positif semasa / selepas prestasi


 penghapusan komen negatif akibat prestasi yang berjaya
 maklumbalas maklumat kepada aspek teknikal prestasi
 pengetahuan mudah maklumat prestasi
 maklumbalas mempunyai aspek-aspek positif dan negatif:
 opositif - motivasi, tetulang dan menyediakan maklumat
 negatif mewujudkan keadaan pergantungan

13.2 Persamaan Antara KR Dan KP

1. kedua-duanya adalah dari sumber luaran

2. merupakan sumber maklumat ekstrinsik utama yang bertujuan untuk membetulkan ralat
prestasi.

3. Mempengaruhi matlamat dan prestasi individu

4. Boleh digunakan sebagai ganjaran/pengukuran

5. Penting diperingkat awal pembelajaran

6. Respon selepas lakuan

7. Verbal/lisan, visual.

74
RUJUKAN

Dr. Mohd K. Z., Haji abdul A. Z. ( 2008). Motor Learning And Control. Kuala Lumpur : Open
University Malaysia.

Johnson, B., & Nelson, J. (1986). Practical measurements for evaluation in physical
education (4th ed.). Edina, MN.: Burgess Pub.

Mook Soon Sang. (2006). Perkembangan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: Penerbitan


MultimediaSdn. Bhd.

Shahabuddin R., Mahani R. dan Ramlah J. (2004). Psikologi Pendidikan. Pahang:


PTSPublication & Distributors Sdn.Bhd.

75

Anda mungkin juga menyukai