Anda di halaman 1dari 5

PENYELESAIAN MASALAH (DARAB)

1. Fatimah membungkus 216 jambangan bunga untuk dijual semasa


majlis konvokesyen di sebuah universiti. Terdapat 24 kuntum
bunga dalam setiap jambangan bunga itu. Hitung jumlah bilangan
bunga yang diperlukan oleh Fatimah untuk membungkus kesemua
jambangan bunga itu.

2. Encik Ahmad menjual 34 biji bantal dalam masa sehari.


Berapakah bilangan bantal yang dijual oleh Encik Ahmad dalam
masa seminggu?

3. Rajah di bawah menunjukkan bilangan ubat di dalam sebuah


bekas.

120 biji

Ali telah membeli 85 bekas ubat itu. Hitung bilangan ubat yang
dibeli oleh Ali.
4. Sebuah kilang mengeluarkan 765 rantai kunci setiap hari. Berapa
banyak rantai kunci yang dikeluarkan dalam tempoh dua minggu?

5. Rajah di bawah menunjukkan sepeket coklat.

Aisyah membeli 18 peket coklat itu. Berapakah jumlah coklat yang


dibeli oleh Aisyah.

6. Sejumlah manggis diikat secara sepuluh – sepuluh. Jika terdapat


2 317 ikatan, berapakah bilangan manggis kesemuanya?
7. Hasif mengumpul 675 keping setem. Bilangan setem Haqeem
adalah 25 kali bilangan setem Hasif. Hitung bilangan setem
Haqeem.

8. Chef Anna dapat membuat 480 biji kuih tat dalam masa sehari.
Hitung bilangan kuih tat yang dapat dibuat oleh Chef Anna dalam
bulan April?

9. Encik Hazrat dapat menjual 11 675 botol jus buah – buahan setiap
bulan. Berapa botol jus buah – buahankah yang dapat dijual dalam
masa setengah tahun?
10. Rajah di bawah menunjukkan bilangan manik yang diperlukan
untuk membuat seutas rantai tangan.

Sekumpulan pekerja telah membuat 1 000 utas rantai tangan itu.


Berapakah bilangan manik telah digunakan?

11. Rajah di bawah menunjukkan bilangan oren di dalam sebuah


kotak.

36 biji

1 028 buah kotak oren dimasukkan ke dalam lori. Hitung jumlah


bilangan oren di dalam lori itu?
12. Jadual di sbawah menunjukkan bilangan gelang tangan yang
dijual di dua buah kedai.

KEDAI BILANGAN
X 469
Y 15 kali bilangan gelang tangan
kedai x

Hitung bilangan gelang tangan yang dijual di kedai Y.

Anda mungkin juga menyukai