Anda di halaman 1dari 5

PERTANDINGAN BADMINTON KOMUNITI PUTRAJAYA 2011

BORANG PENDAFTARAN

TARIKH : 28 HINGGA 30 OKTOBER 2011 (JUMAAT-AHAD)


TEMPAT : KOMPLEKS KEJIRANAN PRESINT 11 , PUTRAJAYA
KATEGORI :
*Sila pilih yang berkaitan ()
BIL. KATEGORI ()
1. BEREGU LELAKI TERBUKA
2. BEREGU CAMPURAN TERBUKA
3. BEREGU WANITA TERBUKA
4. BEREGU LELAKI VETEREN
5. BEREGU WANITA VETEREN
6. BEREGU LELAKI BAWAH 18 TAHUN
7. BEREGU PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN
NAMA PEMAIN 1 : ----------------------------------------------------------------------------------------------

NO KAD PENGENALAN :

NAMA PEMAIN 2 : -----------------------------------------------------------------------------------------------

NO KAD PENGENALAN :

ALAMAT RUMAH : ----------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------

NO TELEFON : ----------------------------- (PEJABAT) ---------------------------------- (H/P)

----------------------------- (RUMAH) ------------------------------------ (EMEL)

PENGAKUAN DIRI
Saya dengan ini bersetuju dan faham akan segala syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak
penganjur. Saya mengaku segala keterangan yang diberikan adalah benar dan faham pihak
penganjur berkuasa penuh untuk membatalkan penyertaan sekiranya saya melanggar peraturan
yang telah ditetapkan serta tidak mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur
atau agennya di atas sebarang musibah ke atas diri saya sebelum, semasa atau selepas
menyertai acara ini.
Tandatangan Peserta:____________________________ Tarikh:_____________________
KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA (Bagi peserta yang berumur bawah 16 tahun sahaja)

PENGAKUAN : Saya_________________________________Ibu Bapa/ Penjaga / Guru kepada


penama bersetuju untuk memberi kebenaran dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh
pihak penganjur serta mengakui bahawa jika berlaku apa-apa kehilangan / kecederaan atas
sebab-sebab tertentu sebelum, semasa dan selepas pertandingan adalah di bawah
tanggungjawab saya sendiri.

__________________________
( )

Nama :
No.Telefon :
Alamat Rumah :
Tarikh :

 Ruangan ini wajib diisi oleh pemain yang berminat menyertai Pertandingan Badminton
Tertutup Komuniti Putrajaya 2011 sebagai bukti kebenaran / pengesahan; dan
 Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya perakuan tidak disertakan.

PENGESAHAN PEMAIN

PENGAKUAN : Saya__________________________Pengerusi Jawatankuasa Penduduk / Ketua


Blok / Ketua Jabatan / Pengetua / dengan ini mengesahkan bahawa pemain yang berdaftar adalah
sah Komuniti / kakitangan / Pelajar di Putrajaya mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak
penganjur.

___________________________
( )
Nama : COP

Jawatan : RASMI
No.Telefon :
No.Fax :
E-Mail :
Tarikh :
SYARAT DAN PERATURAN
PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP KOMUNITI PUTRAJAYA 2011

1.0 PENGANJUR
Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Persatuan Badminton Putrajaya.

2.0 TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN


Pertandingan akan dijalankan pada 28-30 Oktober 2011 (Jumaat, Sabtu & Ahad) bermula pada
masa yang telah ditetapkan seperti berikut :

 Hari Jumaat (28 Oktober 2011) - 6.00 petang hingga 12.00 malam;
 Hari Sabtu (29 Oktober 2011) - 8.30 pagi hingga 10.00 malam; dan
 Hari Ahad (30 Oktober 2011) - 8.30 pagi hingga 6.00 petang.

3.0 TEMPAT PERTANDINGAN :


Pertandingan akan dijalankan di Dewan Serbaguna, Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya.

4.0 UNDANG-UNDANG
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF)
dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini.

5.0 TARIKH TUTUP PENYERTAAN DAN JADUAL PERLAWANAN

5.1 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 19 Oktober 2011 (Rabu). Borang penyertaan
hendaklah diserahkan beserta bayaran di lokasi seperti berikut sahaja :

 Unit Sukan & Rekreasi, Aras 3 Blok B Perbadanan Putrajaya; atau


 Pejabat Pengurusan Kompleks Kejiranan Presint 11 Putrajaya (03-8887 7664)

5.2 Jadual perlawanan akan mula dikeluarkan pada 24 Oktober 2011 (Isnin) dan mula di
pamerkan di lokasi seperti berikut :

 Dewan Serbaguna Kompleks Kejiranan Presint 16;


 Dewan Serbaguna Presint 8;
 Dewan Serbaguna Kompleks Kejiranan Presint 9; dan
 Dewan Serbaguna Kompleks Kejiranan Presint 11.

6.0 SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN AM PERTANDINGAN

6.1 Penyertaan adalah TERTUTUP kepada semua warganegara Malaysia yang bermastautin
atau bekerja di Putrajaya sahaja dengan maksud takrifan seperti berikut :

“MAKSUD BEKERJA ADALAH PEMAIN TERSEBUT BEKERJA DENGAN MANA-MANA


AGENSI SAMADA BADAN KERAJAAN MAHUPUN PIHAK SWASTA DI PUTRAJAYA DAN
DITEMPATKAN DI DALAM PUTRAJAYA DENGAN CARA KERJA SEKURANG-
KURANGNYA 8 JAM SEHARI DAN 5 HARI DALAM SEMINGGU SERTA MEMPUNYAI
PEJABAT TETAP DI DALAM PUTRAJAYA”

“MAKSUD MENETAP PULA ADALAH TINGGAL SECARA TETAP DI DALAM


PUTRAJAYA SAMADA MENYEWA, RUMAH SENDIRI ATAUPUN KUARTERS MILIK
KERAJAAN”

6.2 Bagi kategori Veteran adalah diwajibkan melampirkan sesalinan Kad Pengenalan bersama
borang penyertaan yang lengkap untuk semakan dan pengesahan umur kelayakan.
6.3 Setiap pemain hanya dibenarkan untuk menyertai satu kategori sahaja. Kecuali bagi peserta
Wanita dibenarkan untuk menyertai maksimum 2 kategori yang dipertandingkan.

6.4 Penyertaan pula adalah terhad kepada 64 penyertaan sahaja bagi setiap kategori yang
dipertandingkan dengan mengikut konsep siapa cepat (Tidak tertakluk kepada tarikh
tutup).

6.5 Pemain yang pernah mewakili NEGERI ATAU NEGARA dalam mana-mana kejohanan
peringkat KEBANGSAAN termasuk KEJOHANAN SIRKIT KEBANGSAAN yang diiktiraf
oleh BAM dan BWF, MAKSAK, SUKMA DAN MASUM bagi tahun 2000 hingga 2011 tidak
dibenarkan mendaftar. Namun begitu bagi pemain yang hanya menyertai kejohanan
peringkat MSSM adalah terkecuali.

6.6 Pertandingan ini akan dijalankan sebanyak TUJUH (7) KATEGORI seperti berikut:

i. Beregu Lelaki Terbuka


ii. Beregu Wanita Terbuka
iii. Beregu Campuran (Lelaki & Wanita)
iv. Beregu lelaki Veteran (Berumur 45 tahun dan ke atas)
v. Beregu Wanita Veteran (Berumur 40 tahun dan ke atas)
vi. Beregu Lelaki Bawah 18 Tahun (Berumur 18 tahun dan ke bawah)
vii. Beregu Perempuan Bawah 18 Tahun (Berumur 18 tahun dan ke bawah).

7.0 PERATURAN PERTANDINGAN

7.1 Format pertandingan akan dijalankan secara kalah singkir.

7.2 Perlawanan peringkat awal akan dijalankan dengan kiraan mata 30 dan pada peringkat suku
akhir hingga seterusnya akan dijalankan berdasarkan kiraan mata penuh 21.

8.0 PERLAWANAN

8.1 Semua perlawanan akan dimulakan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh
jawatankuasa pengelola pertandingan.
8.2 Setiap pemain dikehendaki berada ditempat permainan LIMA BELAS MINIT lebih awal dari

masa yang dijadualkan. Penangguhan masa LIMA BELAS MINIT hanya akan diberi dan
selepas penangguhan tersebut maka pengadil berkuasa memberi kemenangan percuma
kepada pemain yang hadir mengikut jadual.
8.3 Bulu Tangkis akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusan

adalah MUKTAMAD.
8.4 Jadual pertandingan boleh diubah sekiranya difikirkan perlu oleh Pengerusi Pertandingan.

Setiap peserta adalah bertanggungjawab untuk memastikan perlawanan-perlawanan


seterusnya dari Pengerusi Pertandingan.

9.0 BANTAHAN

9.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dalam tempoh 30 minit selepas tamat
perlawanan dengan wang cagaran sebanyak RM200.00 beserta bukti.

9.2 Wang cagaran akan dipulangkan semula sekiranya bantahan berjaya.

9.3 Panel bantahan akan di diwakili oleh jawatankuasa penganjur dan tiga (3) orang wakil
berkecuali yang akan ditentukan sendiri oleh pihak penganjur.
10.0 YURAN PENYERTAAN

10.1 Yuran penyertaan adalah berdasarkan kepada kategori iaitu:

i. Beregu Lelaki Terbuka - RM20.00


ii. Beregu Wanita Terbuka - RM15.00
iii. Beregu Campuran - RM20.00
iv. Beregu Lelaki Veteran - RM15.00
v. Beregu Wanita Veteran - RM15.00
vi. Beregu Lelaki Bawah 18 Tahun - RM15.00
vii. Beregu Perempuan Bawah 18 Tahun - RM15.00

11.0 HADIAH

11.1 Hadiah akan diberikan kepada Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat mengikut
kategori :

BIL. KATEGORI KEDUDUKAN HADIAH


Pertama RM400.00 + medal
1. Beregu Lelaki Terbuka Kedua RM300.00 + medal
Ketiga RM200.00 + medal
Keempat RM100.00 + medal
Pertama RM300.00 + medal
2. Beregu Wanita Terbuka Kedua RM200.00 + medal
Ketiga RM150.00 + medal
Keempat RM100.00 + medal
Pertama RM400.00 + medal
3. Beregu Campuran Kedua RM300.00 + medal
Ketiga RM200.00 + medal
Keempat RM100.00 + medal
Pertama RM300.00 + medal
4. Beregu Lelaki Veteren Kedua RM200.00 + medal
Ketiga RM150.00 + medal
Keempat RM100.00 + medal
Pertama RM300.00 + medal
5. Beregu Wanita Veteren Kedua RM200.00 + medal
Ketiga RM150.00 + medal
Keempat RM100.00 + medal
Pertama RM300.00 + medal
6. Beregu Lelaki Bawah 18 Tahun Kedua RM200.00 + medal
Ketiga RM150.00 + medal
Keempat RM100.00 + medal
Pertama RM300.00 + medal
7. Beregu Perempuan Bawah 18 Tahun Kedua RM200.00 + medal
Ketiga RM150.00 + medal
Keempat RM100.00 + medal

SEBARANG PERTANYAAN ATAU MAKLUMAT LANJUT BOLEHLAH HUBUNGI :

03-8887 7439 / 7547 / 7092 / 03-8887 7000 SAMB 8028


WEBSITE : www.ppj.gov.my
FACEBOOK : www.facebook.com/putrajaya

Anda mungkin juga menyukai