Anda di halaman 1dari 17

Kajian Kemahiran Kebolehpasaran Bagi Pelajar

Semester Akhir Jabatan Kejuruteraan Mekanikal


Politeknik Sultan Azlan Shah
Ahmad Syarifuddin Che Abd Aziza a.syarifuddin@psas.edu.my

Wan Hasbullah Wan Mohamedb hasbullah@psas.edu.my


ab
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Azlan Shah

ABSTRAK

Kemahiran kebolehpasaran yang baik akan membolehkan seseorang individu


mengadaptasikan diri dengan perubahan yang berlaku di tempat kerja.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh penyelidik terdahulu, didapati graduan
politeknik masih lemah dalam kemahiran kebolehpasaran. Oleh itu, kajian ini
dijalankan untuk mengenal pasti penguasaan kemahiran kebolehpasaran dalam
kalangan pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik
Sultan Azlan Shah. Aspek kemahiran kebolehpasaran yang dikaji terdiri daripada
kemahiran akademik, kemahiran mengurus diri, dan kemahiran kerja
berpasukan. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik
sebagai instrumen kajian. Kaedah persampelan yang dipilih adalah persampelan
rawak mudah bagi sampel pelajar seramai 120 orang yang terdiri daripada
pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Pembuatan dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal Automotif. Data yang diperoleh
telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 15.0 untuk
mendapatkan nilai skor min dan sisihan piawai. Dengan adanya dapatan
keputusan daripada kajian ini, penyelidik akan mengemukakan cadangan kajian
untuk meningkatkan penguasaan kemahiran kebolehpasaran pelajar Politeknik
Sultan Azlan Shah.

Kata kunci: Kebolehpasaran, Penguasaan Kemahiran, Politeknik Sultan Azlan


Shah
1.0 PENGENALAN

Pada masa sekarang, bidang pekerjaan semakin kompleks dan mencabar


serta memerlukan pekerja yang bukan hanya mempunyai pengetahuan
akademik dan kemahiran teknikal malahan memiliki kemahiran kebolehpasaran
yang tinggi. Sektor perindustrian pada hari ini menuju ke era industri bio
teknologi (bio-tec), teknologi pertengahan (mid-tec), teknologi tinggi (hi-tec) dan
teknologi maklumat (i.t), maka sumber tenaga manusia yang diperlukan pada
masa akan datang ialah pekerja-pekerja yang mempunyai pengetahuan dan
kebolehan serta kemahiran yang tinggi (Shahril Marzuki,2003). Selain dari itu,
pekerja-pekerja ini juga mestilah bersifat fleksibel, sanggup belajar atau dilatih
semula untuk menambah pengetahuan sedia ada.

Majikan pada hari ini memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran


kebolehpasaran selain daripada kemahiran teknikal. Kemahiran kebolehpasaran
ini perlu kerana individu yang mempunyai kemahiran teknikal yang baik tanpa
memiliki kemahiran kebolehpasaran adalah dianggap tidak berkualiti. Graduan-
graduan teknikal dan vokasional seharusnya mempunyai beberapa elemen
kualiti seperti berkeupayaan untuk berkomunikasi, berinisiatif, fleksibel dan lain-
lain bagi menghadapi cabaran masa depan yang dinamik dan mencabar (Mohd
Yusuff, et al., 2005)

Kemahiran kebolehpasaran ini dilihat dari tiga kemahiran utama iaitu


kemahiran akademik, kemahiran mengurus diri dan kemahiran kerja berpasukan.
Kemahiran akademik meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir
secara kritikal, kemahiran menyelesaikan masalah dan juga kemahiran
matematik. Kemahiran mengurus diri meliputi kemahiran untuk bersikap dan
berkelakuan positif, bertanggungjawab serta berkebolehan membuat
penyesuaian. Kemahiran kerja berpasukan pula meliputi kemahiran seseorang
individu itu bekerja dengan orang lain dan kebolehan melibatkan diri dalam
sesuatu projek atau tugas. (The Conference Board of Canada, 2000).

2.0 LATAR BELAKANG MASALAH

Majikan industri hari ini bukan sahaja memerlukan pekerja yang mahir
dalam bidang teknikal malah mereka juga mahu pekerja yang memiliki
kemahiran yang lebih luas termasuk kemahiran kebolehpasaran. Majikan dan
pendidik vokasional merasakan bahawa pelajar-pelajar lepasan institusi teknikal
dan vokasional mempunyai kemahiran kebolehpasaran yang lemah (Ramlee
Mustapha, 1999). Bidang pendidikan dan latihan di institusi teknikal dan
vokasional dikatakan menghadapi cabaran dalam menyediakan belia yang
mempunyai sikap kerja dan kemahiran kebolehpasaran.
Pengkaji mendapati perkara ini berlaku disebabkan kemahiran
kebolehpasran yang masih rendah di kalangan graduan itu sendiri berdasarkan
kepada satu laporan yang bertajuk “Malaysia Mempunyai 54,103 Graduan
Menganggur”, pihak kerajaan telah menjalankan satu kajian dan mendapati lebih
kurang 54,103 graduan di Malaysia masih menganggur kerana mempunyai
kekurangan dalam kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran
berkomunikasi, penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah dan kurang
pengalaman kerja ( mstar, 2017).

Antara alasan yang diberikan oleh majikan yang menyebabkan mereka


tidak mahu mengambil pekerja baru untuk memegang jawatan di syarikat
mereka adalah graduan mempunyai pencapaian akademik yang rendah, sikap
yang kurang baik dan kurang berkeyakinan, kurang bermotivasi dan tidak
mempunyai daya kepimpinan (Charner, 2012)

3.0 PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di


Universiti Teknologi Malaysia (2010) berkaitan dengan pelajar-pelajar lepasan
sekolah menengah teknik dan vokasional serta institusi latihan lepasan sekolah
menengah mendapati bahawa 24.8% lulusan sekolah menengah teknik dan
vokasional dan 18.3% lulusan politeknik tidak mendapat pekerjaan. Kebanyakan
mereka yang tidak mendapat pekerjaan adalah disebabkan kekurangan
kemahiran interpersonal yang diperlukan dan pemaparan sikap negatif terhadap
kerja. Berdasarkan latar belakang masalah yang dinyatakan, pengkaji ingin
menjalankan kajian ini untuk mengenalpasti kemahiran kebolehpasaran yang
dikuasai oleh pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal Politeknik
Sultan Azlan Shah. Kemahiran kebolehpasaran yang ingin dikaji adalah meliputi
kemahiran akademik, kemahiran mengurus diri dan kemahiran kerja berpasukan.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk:

i. Mengenal pasti kemahiran kebolehpasaran iaitu kemahiran akademik,


kemahiran mengurus diri dan kemahiran kerja berpasukan yang
dikuasai oleh pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Sultan Azlan Shah.
5.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini mengandungi tiga kemahiran kebolehpasaran yang ingin dikaji


iaitu kemahiran akademik, kemahiran mengurus diri dan kemahiran kerja
berpasukan. Terdapat empat elemen kemahiran akademik yang ingin dikaji iaitu
kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir secara kritikal, kemahiran
menyelesaikan masalah dan kemahiran matematik. Kemahiran mengurus diri
pula mengandungi tiga elemen yang menyentuh perkara-perkara yang berkaitan
dengan sikap dan perlakuan seseorang seperti sikap positif, bertanggungjawab
dan kemahiran membuat penyesuaian. Manakala kemahiran kerja berpasukan
pula mengandungi dua elemen iaitu kebolehan seseorang individu bekerja
dengan individu lain dan kebolehan melibatkan diri dalam sesuatu projek atau
tugas.

6.0 KAJIAN LITERATUR

Dalam satu artikel yang bertajuk Yukon Work Futures : Skills For Today’s
Workplace mendefinisikan kemahiran kebolehpasaran sebagai istilah yang
digunakan untuk menjelaskan kemahiran dan juga kualiti individu yang
dikehendaki oleh majikan terhadap pekerja baru apabila mereka mula bekerja.
(The Conference Board of Canada, 1996).

Berdasarkan beberapa model dan juga konsep-konsep kajian terdahulu


yang telah dijalankan oleh pihak-pihak tertentu dan juga pengkaji di Amerika
Syarikat seperti Secretary’s Commission on Achieving Necessary Skills
(SCANS),Developing A Curriculum and occupational (DACUM), The Conference
Board of Canada, Otawa, Ontario dan juga Model for HRD Practice McLagan,
dapatlah dirumuskan bahawa aspek-aspek kemahiran kebolehpasaran terbahagi
kepada beberapa elemen utama iaitu kemahiran akademik, kemahiran mengurus
diri dan kemahiran kerja berpasukan.

6.1 Model Profil Rangka Kerja

Model Profil Rangka Kerja adalah antara model yang dijadikan sumber
pengkaji di dalam merangka dan menjalankan kajian ini. Model profil rangka
kerja yang dikemukakan oleh The Conference Board of Canada (1996) ini telah
mengelaskan tiga kemahiran employability yang diperlukan oleh majikan pada
hari ini iaitu kemahiran akademik, kemahiran mengurus diri dan kemahiran kerja
berpasukan.
6.1.1 Kemahiran Akademik

Kemahiran akademik adalah kemahiran yang menyediakan asas bagi


mendapatkan, menyimpan dan mengembangkan kerjaya untuk mencapai mutu
kerja yang terbaik. Majikan di Kanada berkehendakkan seorang pekerja yang
dapat:

i) Berkomunikasi

Berkomunikasi di sini bermaksud boleh memahami dan boleh berkomunikasi


dalam bahas yang digunakan dalam perniagaan atau bidang yang diceburi. Ia
juga meliputi kemahiran mendengar untuk memahami dan belajar, membaca
dan menggunakan bahan – bahan bertulis termasuk graf, carta dan bahan
pameran serta menulis dengan bahasa yang baik dalam bidang yang
dilakukan.

ii) Berfikir

Mempunyai kebolehan untuk berfikir secara kritis dan bertindak secara


munasabah untuk menilai sesuatu keadaan, menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan. Selain itu, mereka juga berkeupayaan untuk memahami
dan dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan matematik dan juga
menggunakan keputusan yang diperoleh. Juga berkebilehan dalam
menggunakan teknologi, peralatan dan sistem maklumat secara efektif. Yang
terakhir adalah keupayaan untuk mencari dan menggunakan pengetahuan
khusus daripada pelbagai bidang contohnya teknologi, sains fizikal, seni,
sains sosial dan perdagangan.

iii) Belajar

Mempunyai kesanggupan dan semangat yang tinggi untuk melalui


pembelajaran sepanjang hayat.

6.1.2 Kemahiran Mengurus Diri

Kemahiran mengurus diri adalah gabungan kemahiran, sikap dan tingkah


laku yang diperlukan untuk memperoleh, menyimpan dan mengembangkan
kerjaya untuk mencapai prestasi yang baik. Majikan di Kanada memerlukan
seseorang individu yang dapat mempamerkan:
i) Sikap dan tingkah laku yang positif

Seseorang yang berkeyakinan, menghargai diri sendiri, bersikap jujur, ikhlas,


dan beretika. Mereka juga hendaklah bersikap positif terhadap pembelajaran,
kehidupan dan kesihatan diri serta mempunyai inisiatif, tenaga, dan
ketekunan untuk menyiapkan tugasan yang diberi.

ii) Bertanggungjawab

Mempunyai kebolehan untuk menentukan matlamat dan keutamaan dalam


kerja dan kehidupan. Selain itu, mereka juga berkebolehan untuk merancang
dan mengurus masa, wang dan sumber-sumber lain untuk mencapai
matlamat serta bertanggugjawab diatas tindakan yang diambil.

iii) Membuat penyesuaian

Membuat penyesuaian di sini bermaksud bersikap positif terhadap sesuatu


perubahan, mengiktiraf, dan menghormati pendapat individu yang berbeza-
beza dan mempunyai kebolehan untuk mengenal pasti dan mencadangkan
idea-idea baru dan kreatif untuk menyelesaikan sesuatu kerja.

6.1.3 Kemahiran Kerja Berpasukan

Beberapa kemahiran dalam elemen bekerja dengan orang lain adalah


dapat menyumbang ke arah pencapaian matlamat organisasi, boleh bekerja
dalam kumpulan yang berbeza budaya, merancang dan membuat keputusan
bersama dan menyokong keputusan yang dihasilkan. Selain itu, seseorang itu
mestilah menghormati pemikiran dan pendapat orang lain dalam kumpulan,
bersikap “ memberi dan menerima” bagi mencapai keputusan bersama dan
mengetuai kumpulan bila diperlukan dan dapat menggerakkan kumpulan untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang.

6.2 Model Mansfield dan Mitchell

Satu model dibina berkaitan dengan ciri-ciri tenaga kerja pada masa
hadapan yang memberi tumpuan kepada peranan kerjaya yang dibentuk
berdasarkan jangkaan sosial yang perlu dicapai oleh individu (Mansfield dan
Mitchell, 1996). Dalam model ini, Mansfield dan Mitchell memberi penekanan
kepada empat aspek utama iaitu kebolehan mengurus pelbagai aktiviti kerja,
kebolehan mengurus masalah atau perkara-perkara di luar jangkaan, kebolehan
mengurus gangguan dari persekitaran kerja dan juga penguasaan teknikal.
6.2 Model Kajian De Leon dan Borchers

Kajian yang dilakukan oleh De Leon dan Borchers (1998) tentang


kemahiran yang diperlukan oleh industri pembuatan di Texas, Amerika Syarikat
mendapati beberapa kemahiran kritikal yang diperlukan oleh para pelajar
lepasan sekolah untuk memasuki kerjaya industri. Aspek kemahiran pertama
adalah kemahiran asas yang meliputi kemahiran membaca, kemahiran menulis
dan kemahiran matematik. Kedua, kemahiran berkomunikasi. Ketiga, kemahiran
berfikir secara kritikal. Keempat, kemahiran interaksi dalam kumpulan,
kemahiran menggunakan komputer, kemahiran sistem teknologi, kemahiran
memimpin dan juga kemahiran kebolehpasaran.

Paip Kuprum
7.0 METODOLOGI KAJIAN

7.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian deskriptif secara tinjauan yang bertujuan


untuk mengenal pasti kemahiran kebolehpasaran yang dikuasai oleh pelajar
tahun akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Sultan Azlan Shah.
Instrumen kajian ini dibina berasaskan instrumen-instrumen kajian yang pernah
dijalankan dalam bidang berkenaan dan diubahsuai oleh pengkaji berdasarkan
objektif kajian ini.

Kajian deskriptif menggunakan kaedah tinjauan telah dilakukan kerana ia


merupakan cara yang berkesan dan praktikal untuk mendapatkan maklumat
(Fowler, 1998). Pernyataan ini disokong oleh Kerlinger (1986) yang menyatakan
bahawa data yang didapati melalui kaedah tinjauan lazimnya tepat, dalam
lingkungan sampling error, jika faktor kebolehpercayaan ke aras 0.80 ke atas.
Terdapat banyak kelebihan dalam penggunaan kaedah tinjauan, antaranya ialah
ia amat berguna untuk mengukur pendapat, sikap dan tingkah laku (Fullan,
1991).

7.2 Sampel Kajian

Penyelidik telah menjalankan kajian hanya di sekitar Politeknik Sultan


Azlan Shah. Pemilihan peserta kajian adalah secara persampelan bertujuan di
mana melibatkan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Sultan
Azlan Shah. Jumlah keseluruhan sampel pelajar bagi kajian ini adalah seramai
120 orang.

7.3 Instrumen Kajian

Instrumen merupakan alat ukur yang digunakan dalam menentukan data


serta maklumat yang dikehendaki dapat diperolehi atau sebaliknya. Pengkaji
telah memilih untuk menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Ini
kerana penggunaan soal selidik dapat membantu pengumpulan data secara
terus daripada subjek (Mohd. Najib Abdul Ghaffar, 2003). Selain itu, ianya dapat
memberi fokus yang lebih baik terhadap masalah yang dihadapi dalam masa
yang sama dapat memberikan cadangan bagi menyelesaikan maslah tersebut.

Data daripada responden dapat diperolehi dalam satu jangka masa yang
singkat dan jawapan yang diperolehi adalah lebih konsisten dengan
menggunakan instrumen soal selidik berbanding dengan kaedah-kaedah lain
(Wiersma, 1995). Ini kerana ianya dapat mengukur persepsi, sikap dan
pandangan responden selain daripada keterangan latar belakang. Tambahan lagi
soal selidik dapat menjimatkan masa responden untuk memberi maklumbalas
kepada setiap item yang diperlukan oleh pengkaji.

7.4 Analisis Data

Data yang diperolehi menerusi ujian sebelum/selepas dianalisis dengan


menggunakan perisisan Statistical Packages For The Social Science (SPSS)
versi 15.0. Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif dan inferensi.
Statistik deskriptif yang digunakan ialah perbandingan min, sisihan lazim dan
peratus manakala statistik inferensi ialah Ujian-t dan ANOVA satu hala.
Manakala, temu bual semi struktur yang dibuat dianalisis dengan menggunakan
Sistem Kod Temu bual yang dicadangkan oleh Suseela Malakolunthu (2001).

8.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Bagi tujuan penganalisaan data, pengkaji menganalisis kajian ini


menggunakan statistik deskriptif. Statistik deskriptif melibatkan penggunaan min
dan sisihan piawai. Statistik jenis ini dapat menjelaskan maklumat secara
mudah. Statistik deskriptif adalah kaedah-kaedah yang digunakan untuk
menyusun, mempersembah dan memerihalkan data yang dikumpul. Hasil
dapatan kajian dipersembah melalui kaedah membina jadual serta pengiraan
beberapa ukuran seperti min dan sisihan piawai. Tafsiran min yang digunakan
adalah seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1: Tafsiran Min

Kumpulan Min Tahap


Penguasaan
1 1.00 – 2.49 Rendah
2 2.50 – 3.49 Sederhana
3 3.50 – 5.00 Tinggi
(Diadaptasi daripada Mohd. Najib Bin Abdul Ghaffar, 1999)

Kemahiran kebolehpasaran ini diklasifikasikan kepada tiga kategori


utama iaitu kemahiran akademik, kemahiran mengurus diri dan kemahiran kerja
berpasukan yang kemudiannya dikategorikan pula kepada tujuh sub-elemen.
Tiga sub-elemen iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir dan
penyelesaian masalah serta kemahiran matematik di bawah kategori kemahiran
akademik. Tiga sub-elemen kemahiran di bawah kemahiran mengurus diri ialah
tingkah laku dan sikap positif, bertanggungjawab dan kemahiran membuat
penyesuaian. Manakala kemahiran kerja berpasukan pula mengandungi dua
sub-elemen iaitu kebolehan individu bekerja dengan individu yang lain dan
kebolehan melibatkan diri dalam sesuatu projek atau tugas.

Secara keseluruhannya, tahap penguasaan kemahiran kebolehpasaran


responden berada pada tahap tinggi. Namun begitu, terdapat beberapa
kemahiran yang masih perlu diperbaiki tahap penguasaannya. Jadual 2
menunjukkan min yang tertinggi bagi tiga kumpulan kemahiran employability
utama di mana kemahiran mengurus diri mendapat min sebanyak 4.26 diikuti
kemahiran kerja berpasukan mendapat min sebanyak 4.22 dan kemahiran
akademik mendapat min sebanyak 4.12. Purata keseluruhan min kemahiran
employability yang dikuasai oleh pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan
Mekanikal Politeknik Sultan Azlan Shah adalah 4.20.

Jadual 2 : Analisis Skor Min Bagi Setiap Elemen Di Bawah Kemahiran


Kebolehpasaran

Kemahiran Skor Min Tahap Penguasaan


Employability
Kemahiran Akademik 4.12 Tinggi
Kemahiran Mengurus Diri 4.26 Tinggi
Kemahiran Kerja 4.22 Tinggi
Berpasukan
Skor Min Keseluruhan 4.20 Tinggi
8.1 Penguasaan Kemahiran Akademik

Jadual 3 : Analisis Skor Min Kemahiran Akademik

Sisih
No. Sko Tahap
an
Ite Item (Kemahiran Akademik) r Pengua
Piawa
m Min saan
i
Kemahiran Berkomunikasi
Boleh membaca maklumat yang disampaikan
1 dalam pelbagai bentuk (contoh: perkataan, graf, 4.21 0.708 Tinggi
carta)
Memahami maklumat yang disampaikan dalam
2 4.17 0.664 Tinggi
pelbagai bentuk (contoh: perkataan, graf, carta)
3 Mendengar untuk lebih faham 4.25 0.727 Tinggi
4 Bertanya soalan untuk mendapat maklumat. 4.30 0.704 Tinggi
Berkongsi maklumat menggunakan pelbagai
5 4.32 0.747 Tinggi
kemudahan ICT (contoh : emel, komputer)
Skor dan Tahap Penguasaan Keseluruhan 4.25 0.710 Tinggi
Kemahiran Berfikir & Penyelesaian Masalah
Mengenalpasti sesuatu masalah daripada akar
6 4.04 0.703 Tinggi
umbi.
Seorang yang kreatif dalam mencari jalan
7 4.02 0.675 Tinggi
penyelesaian yang munasabah.
Seorang yang inovatif dalam mencari jalan
8 4.01 0.667 Tinggi
penyelesaian yang munasabah.
Selalu menggunapakai pendekatan sains,
9 teknologi dan matematik sebagai satu cara 4.04 0.736 Tinggi
berfikir.
Selalu menggunakan pendekatan sains,
10 teknologi dan matematik untuk berkongsi 4.04 0.717 Tinggi
maklumat.
Selalu menggunakan pendekatan sains,
11 teknologi dan matematik untuk menyelesaikan 3.92 0.705 Tinggi
masalah.
Selalu menggunakan pendekatan sains,
12 teknologi dan matematik untuk membuat 3.84 0.702 Tinggi
keputusan.
Membuat penilaian terhadap penyelesaian
13 4.14 0.605 Tinggi
sebelum memberikan cadangan atau keputusan
14 Menggunapakai penyelesaian yang didapati. 4.06 0.667 Tinggi
Menganalisis kembali jika penyelesaian yang
15 dibuat member hasil dan respons yang lebih 4.09 0.690 Tinggi
baik.
Skor dan Tahap Penguasaan Keseluruhan 4.02 0.687 Tinggi
Kemahiran Matematik
16 Menentukan apa yang perlu diukur atau dinilai. 4.26 0.643 Tinggi
Membuat pemerhatian dengan menggunakan
17 4.19 0.620 Tinggi
kaedah, alat dan sistem yang sesuai.
Merekod data dengan menggunkana kaedah,
18 4.26 0.578 Tinggi
alat dan sistem yang sesuai
Skor dan Tahap Penguasaan Keseluruhan 4.23 0.614 Tinggi

Jadual 3 diatas menunjukkan item-item soalan yang ditanya di dalam borang


soal selidik bagi aspek kemahiran akademik. Hasil dapatan kajian menunjukkan
pelajar mempunyai penguasaan yang tinggi pada aspek ini. Terdapat tiga sub-
elemen yang dikaji iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir dan
penyelesaian masalah, serta kemahiran matematik.

Dalam item-item yang diberikan, aspek kemahiran komunikasi dari segi


pertuturan, pendengaran dan penulisan dikaji. Skor min keseluruhan yang tinggi
menunjukkan pelajar mempunyai penguasaan yang baik dalam kemahiran
komunikasi dengan nilai skor min 4.25. Pelajar didapati boleh membaca dan
memahami maklumat yang disampaikan dalam pelbagai bentuk, mendengar
dengan baik, bertanya soalan dan berkungsi maklumat menggunakan
kemudahan ICT. Dapatan ini bersamaan dengan dapatan kajian yang dilakukan
oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber
Manusia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mendapati graduan dalam
bidang perniagaan menunjukkan prestasi yang tinggi dalam kemahiran
komunikasi secara lisan dan bertulis (Rohaizat, et al., 2006). Kemahiran
komunikasi amat penting kepada pelajar kerana kemahiran merupakan asas
dalam setiap perhubungan dan ia adalah kunci kepada setiap kejayaan (Zulkifli,
2000). Oleh itu, seseorang pelajar seharusnya menguasaai kemahiran ini kerana
melalui komunikasi, idea dan informasi dapat dinyatakan, dihurai dan dijawab.

8.2 Penguasaan Kemahiran Mengurus Diri

Jadual 4 : Analisis Skor Min Kemahiran Mengurus Diri

No. Skor Sisihan Tahap


Item (Kemahiran Akademik)
Item Min Piawai Penguasaan
Tingkah Laku Dan Sikap Positif
19 Berasa selesa dengan diri sendiri 4.36 0.707 Tinggi
20 Berasa yakin pada diri sendiri 4.29 0.685 Tinggi
Berhadapan dengan orang lain, masalah
21 4.19 0.677 Tinggi
dan situasi dengan sikap yang jujur.
Berhadapan dengan orang lain, masalah
22 4.13 0.665 Tinggi
dan situasi dengan sikap yang beretika.
23 Menghargai usaha yang saya lakukan 4.36 0.679 Tinggi
Menghargai usaha yang orang lain
24 4.24 0.643 Tinggi
lakukan
Mengambil berat tentang kesihatan diri
25 4.33 0.668 Tinggi
saya
Sentiasa menunjukkan minat, inisiatif dan
26 4.28 0.622 Tinggi
daya usaha terhadap sesuatu tugasan.
Skor dan Tahap Penguasaan Keseluruhan 4.28 0.668 Tinggi
Bertanggungjawab
27 Seorang yang jujur. 4.29 0.680 Tinggi
28 Seorang yang menghormati orang lain 4.42 0.622 Tinggi
Seorang yang bertanggungjawab
29 4.34 0.614 Tinggi
terhadap tindakan yang saya lakukan.
30 Seorang yang menepati masa. 4.07 0.821 Tinggi
Mempunyai sikap positif dan ditonjolkan
31 melalui tingkahlaku, inisiatif dan daya 4.23 0.652 Tinggi
usaha.
Skor dan Tahap Penguasaan Keseluruhan 4.27 0.678 Tinggi
Kemahiran Membuat Penyesuaian
32 Boleh bekerja secara individu 4.06 0.740 Tinggi
Boleh bekerja sebagai sebahagian
33 4.32 0.614 Tinggi
daripada kumpulan
Boleh menyelesaikan pelbagai tugas atau
34 4.11 0.679 Tinggi
projek
35 Seorang yang berfikiran terbuka 4.32 0.626 Tinggi
Dapat menyesuaikan diri dengan
36 4.22 0.665 Tinggi
perubahan
Sentiasa ingin mencuba sesuatu yang
37 4.37 0.652 Tinggi
baru.
Sentiasa mencari idea baru untuk
38 4.25 0.646 Tinggi
menyelesaikan tugasan saya.
Skor dan Tahap Penguasaan Keseluruhan 4.23 0.660 Tinggi

Jadual 4 menunjukkan item-item soalan yang ditanya di dalam borang soal


selidik bagi aspek kemahiran mengurus diri. Hasil dapatan kajian menunjukkan
pelajar mempunyai penguasaan yang tinggi bagi kesemua elemen. Dalam
kemahiran mengurus diri, terdapat tiga sub-elemen iaitu tingkah laku dan sikap
positif, bertanggungjawab serta kemahiran membuat penyesuaian. Bagi sub-
elemen tingkah laku dan sikap positif, tahap tingkah laku serta sikap positif
adalah pada tahap tinggi dengan skor min 4.28. Item berasa selesa dengan diri
sendiri dan menghargai usaha yang dilakukan mendapat min paling tinggi pada
nilai 4.36. Tingkah laku dan sikap pelajar yang positif adalah hasil daripada
penerapan nilai-nilai murni oleh pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran
mereka. Dapatan ini dipersetujui oleh Ahmad Zaini Mohd. Amin (2005) yang
menyatakan kriteria tingkah laku yang baik sangat penting untuk menceburi
bidang industri. Selain itu, pelajar perlu mempunyai keyakinan yang tinggi
terhadap kemampuan diri mereka untuk melaksanakan sesuatu tugasan.
Robinson et. al. (2007) dalam kajiannya menyatakan bahawa keupayaan untuk
menangani tekanan kerja dengan baik dianggap paling penting kepada bidang
pekerjaan.
Kesemua item bagi sub-elemen bertanggungjawab menunjukkan
penguasaan pelajar berada pada tahap tinggi. Pelajar didapati boleh bersikap
jujur, menghormati orang lain, bertanggungjawab dengan tindakan yang
dilakukan, menepati masa dan bersikap positif. Pengusaan pelajar terhadap
kemahiran-kemahiran tersebut adalah memenuhi keperluan industri. Kenyataan
ini diperjelas melalui kajian yang dibuat oleh William dan Owen (1997) yang
mendapati kumpulan kemahiran yang biasa dikehendaki oleh industri terhadap
graduan adalah terdiri daripada kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah,
kemahiran personal dan interpersonal, bertanggungjawab dan kemahiran
berorganisasi.

Bagi sub-elemen kemahiran membuat penyesuaian, item-item seperti boleh


bekerja secara individu dan berkumpulan, boleh menyelesaikan pelbagai tugas
atau projek, berfikiran terbuka, menyesuaikan diri dengan perubahan serta
sentiasa mencari idea baru untuk menyelesaikan tugasan mendapat skor min
yang tinggi. Dapatan kajian ini menyokong kajian yang dijalankan di Fakulti
Perniagaan UNITAR di mana responden meletakkan rating yang tinggi bagi
kemahiran membuat penyesuaian terutamanya dalam menyesuaikan diri dengan
perubahan situasi dan berdikari dalam menyelesaikan masalah (Nurita Juhdi, et.
al., 2007)

8.3 Penguasaan Kemahiran Kerja Berpasukan

Jadual 5 : Analisis Skor Min Kemahiran Kerja Berpasukan

No. Skor Sisihan Tahap


Item (Kemahiran Akademik)
Item Min Piawai Penguasaan
Bekerja Dalam Kumpulan
Memastikan matlamat dan objektif
39 4.27 0.541 Tinggi
kumpulan jelas
Mengharigai perbezaan dan perspektif
40 4.24 0.550 Tinggi
setiap individu
Menghormati perbezaan dan perspektif
41 4.26 0.545 Tinggi
setiap individu
Memberi respons dengan cara yang
42 4.16 0.605 Tinggi
konstruktif dan bertimbang rasa.
Menerima respons dengan cara yang
43 4.19 0.538 Tinggi
konstuktif dan bertimbang rasa.
Menyumbang kepada kumpulan dengan
44 berkongsi maklumat dan kepakaran yang 4.26 0.607 Tinggi
ada.
45 Mengetuai kumpulan apabila diperlukan. 4.00 0.748 Tinggi
Menyokong kumpulan untuk mencapai
46 4.33 0.655 Tinggi
hasil yang baik
Memotivasikan kumpulan untuk mencapai
47 4.24 0.610 Tinggi
hasil yang baik
Skor dan Tahap Penguasaan Keseluruhan 4.22 0.600 Tinggi

Jadual 5 pula menunjukkan item-item soalan yang ditanya di dalam borang


soal selidik bagi aspek kemahiran kerja berpasukan. Keberkesanan bekerja
dengan orang lain dan dalam pasukan berfokuskan kepada kemampuan
individu, melibatkan diri secara berkesan, menyumbang idea dan bersedia
memberi pertolongan dalam kumpulan merupakan antara kemahiran kerja
berpasukan. Tahap penguasaan kemahiran kerja berpasukan berada pada tahap
tinggi dengan nilai skor min 4.22. Kemahiran bekerja secara berpasukan dilihat
sebagai satu kemahiran yang penting untuk memastikan seseorang individu
dapat menyesuaikan diri dengan orang lain dan sekaligus berusaha bersama-
sama untuk mencapai matlamat yang telah ditentukan oleh pasukannya.
Penguasaan terhadap kemahiran bekerja secara berpasukan membolehkan
individu dapat berkomunikasi dengan baik dan dapat membantu antara satu
sama lain.

9.0 KESIMPULAN

Kemahiran kebolehpasaran merupakan satu kemahiran yang penting


sama ada dalam bidang pekerjaan mahupun tuntutan dalaman individu itu
sendiri. Kemahiran kebolehpasaran boleh dipupuk dan diasah secara tidak
langsung sejak zaman kanak-kanak lagi. Namun begitu, pada peringkat
pengajian tinggi, kemahiran kebolehpasaran boleh diterapkan secara lebih
formal melalui pelaksanaan kurikulum dan ko-kurukulum yang disesuaikan
mengikut situasi semasa.

10.0 CADANGAN

Kemahiran kebolehpasaran sudah dikenalpasti sebagai satu kemahiran


yang penting dalam melahirkan pekerja yang berkualiti serta mampu
mengharungi era dunia tanpa sempadan. Berdasarkan kepada analisis yang
dijalankan, pengkaji menyarankan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan
oleh pihak yang berkenaan serta untuk kajian yang akan datang, iaitu :

i. Institusi pengajian tinggi perlu menjalankan program-program atau kursus


jangka pendek yang mampu meningkatkan kemahiran employability
dalam kalangan pelajar.
ii. Pensyarah atau tenaga pengajar haruslah berperanan untuk menerapkan
aspek-aspek etika profesional di tempat kerja serta meningkatkan
kemahiran employability dalam kalangan pelajar.
iii. Menjemput pihak industri mengadakan ceramah berkaitan kepentingan
dan keperluan aspek kemahiran employablity di pihak industri kepada
pelajar dan pensyarah di politeknik.
iv. Menjalinkan hubungan usaha sama atau kolaborasi dengan pihak industri
bagi merangka program di politeknik yang dapat diintegrasikan dengan
aspek kemahiran employability yang diperlukan oleh pihak industri.

Selain itu, bagi cadangan kajian lanjutan, pengkaji seterusnya boleh


menjalankan kajian semula dan difokuskan kepada industri yang terdapat di
Malaysia untuk mendapat refleksi dari industri berkenaan dengan kemahiran
kebolehpasaran yang diperlukan di setiap industri khususnya.

RUJUKAN

David G.Ullman (2003). The Mechanical Design Process, Third Edition, New
York: Mc Graw Hill.
Dereja Engida Woldemichael dan Fakhruldin Mohd Hashim (2010).
“Development of Conceptual Design Support Tool for Subsea Process
Equipment Design.” International Journal of Mechanical & Mechatronics
Engineering IJMME Vol: 9 No: 10.

Dieter, G.E (1983). “Engineering design: A Materials and Processing Approach.”


New York: McGraw-Hill.

French, M.J (1985). “Conceptual Design for Engineers.” Penerbit: Design


Council, London.

J.L Richardson III, J. D. Summers dan G. M. Mocko (2011). “Function


Representations in Morphological Charts: An Experimental Study on
Variety and Novelty of Means Generated. CIRP Design Conference 2011.

Karl T. Ulrich , Steven D. Eppinger (2003). “Product Design and Development.”


New York: Mc Graw Hill

Maria C. Yang (2005). “Observations of Concept Generation and Sketching in


Design.

Masanori Ookubo, Yusuke Koji, Munehiko Sasajima, Yoshinobu Kitamura dan


Riichiro Mizoguchi (2007). “Towards in Interoperability Between Functional
Taxonomies Using an Ontology Based Mapping.” International Conference
on Engineering Design, ICED’ 07.

Mohamad Kasim Abdul Jalil (2000). “Proses dan Kaedah Reka Bentuk.”
Penerbit: Universiti Teknologi Malaysia.

Nigel Cross (1989). “Engineering Design Methods.” Penerbit: John Wiley & Sons.

Olvander J., Lunden B., Gavel H. (2008). “A computerized Optimization


Framework for the Morphological Matrix Applied to Aircraft Conceptual
Design. Computer Aided Design, doi: 10.10/j.cad.2008.06.005.

Pahl, G. dan W. Beitz (1984). “Engineering Design.” Penerbit: Design Council,


London.

Richard Birmingham, Graham Cleland, Robert Driver dan David Maffin (1997).
“Understanding Engineering Design.” Penerbit: Prentice Hall.

S.Pugh (1990). “Total Design.” Chapter 3, MA: Addison-Wesley


Youself Haik (2003). “Engineering Design Process.” United State of America:
Thomson Learning