Anda di halaman 1dari 1

1.

0 Pendahuluan

Globalisasi ditakrifkan sebagai satu proses pembangunan dan perubahan yang berlaku pada peringkat
internasional atau secara global. Dalam keadaan ini, timbul konsep “global village” yang menerangkan
keadaan dunia yang semakin mengecil dan batasan budaya menjadi semakin lemah. Istilah globalisasi
mula diperkatakan pada pertengahan tahun 1960-an oleh seorang pakar komunikasi massa Kanada
Marshall McLuhan dan pakar Amerika dalam “Problems of Communism” Zbigniew Brzezinki dari
University Colombia. Dekad 1990-an sering dikaitkan sebagai zaman globalisasi atau ‘the age of
globalization.’ Globalisasi telah merubah pembangunan negara dari pelbagai sudut. Namun dari sudut
poiitik, sosial, ketenteraan dan Iain-lain lagi (selain ekonomi), globalisasi masih bertahan dengan nilai-
nilai tradisi yang mana penguasaannya masih tertakluk kepada sesebuah negara. Bagaimanapun,
implikasi globalisasi terhadap dunia pendidikan adalah sangat serius dan memberikan kesan yang tidak
dapat disangkal lagi. Proses globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat
ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga
kurikulum yang ditawarkan.

Anda mungkin juga menyukai