Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN UBAT

Ubat ialah sesuatu yang dicipta untuk meyembuhkan sesuatu penyakit yang dialami oleh seseorang.Ubat juga
merupakan suatu bahan keperluan asas bagi manusia. Walau bagaimanapun, terdapat juga ubat-ubatan yang tidak
diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana menimbulkan pelbagai masalah yang kritikal.Faktor-faktor
yang menyumbang kepada ketidaklulusan adalah kandungan bahan kimia sintetik yang tidak sesuai, ketidakhalalan
dan kandungan dadah yang melampau. Seseorang mungkin akan mengalami kesan sampingan, kesan alahan atau
memburukkan lagi keadaan penyakitnya secara yang tidak dijangka.

Antara akibat sekiranya mengambil ubat yang tidak mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan
Malaysia ialah seseorang itu mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti mengakibatkan gangguan
pemikiran otak yang boleh menyukarkan kawalan pergerakan tubuh walaupun pergerakan yang kecil. Sebagai
contoh, seseorang itu akan mengalami kesukaran untuk menulis. Hal ini kerana, ubat tersebut mungkin
mengandungi bahan kimia yang tidak sesuai untuk tubuh badan kita dan mengakibatkan kesan sampingan.
Intihannya, kita mestilah berwaspada dalam mengambil ubat agar kesihatan tubuh kita terjamin.

Antara keburukannya ialah pengguna ubat tersebut mungkin akan bertambah sakit kerana ubat tersebut
mengandungi bahan aktif yang berbahaya yang boleh merosakkan sistem dalam tubuh badan mereka.Jika ubat
tersebut digunakan dalam kuantiti yang banyak, pengguna ubat tersebut berisiko tinggi untuk meninggal dunia
akibat kandungan bahan beracun yang berlebihan dalam badan.Deduksinya,kita perlulah peka dan mengambil tahu
setiap jenis ubat yang diambil serta mengkaji sumber dengan memastikan ubat tersebut mempunyai cap yang
diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebagai lantaran idea seterusnya, ubat yang tidak diluluskan dapat membawa kepada perebakan wabak penyakit
yang hendak disembuh. Hal ini disebabkan kerana ubat yang tidak diluluskan itu mungkin merupakan sejenis
antibiotik yang tidak mempunyai dosej atau bahan aktif yang salah dan tidak mencukupi. Jika seorang pesakit
memakan ubat yang tidak diluluskan, bakteria dalam badannya tidak dapat dimusnahkan. Penyakit tersebut mungkin
merebak kepada orang lain.

Sekiranya kita mengambil ubat-ubatan yang tidak diluluskan , ubat tersebut tidak mempunyai bahan aktif
penyembuh atau mempunyai bahan dalam dosej yang sangat rendah.Maka seseorang itu tidak akan mendapat
sebarang kesan penyembuhan apabila mengambilnya..Dengan kata lain ,perbuatan ini hanyalah suatu
pembaziran.Contohnya, seorang pemuda membeli ubat gastrik melalui internet,tetapi dalam ubat tersebut tiada
kandungan alkali yang secukupnya untuk menyembuhkan penyakit tersebut dengan sebaik-baiknyaOleh itu,kita
hanya membazirkan wang untuk membeli penyakit secara percuma

Semua produk ubat-ubatan di Malaysia perlu mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
terlebih dahulu sebelum dipasarkan kepada pengguna termasuklah produk-produk yang dibuat di luar negara.
Produk yang berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL(contoh MAL 20125467 T ) dan label Hologram
Meditag pada pembungkusnya. Sekiranya sesuatu produk ubat tidak mempunyai kedua-dua ciri ini , produk tersebut
dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM.

Anda mungkin juga menyukai