Anda di halaman 1dari 17

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

TUGASAN : KONSEP TAMADUN : CIRI-CIRI ASAS,


FAKTOR KELAHIRAN DAN KERUNTUHAN

1. KONSEP TAMADUN

1.1 Tamadun dan Bahasa

Menurut kamus Kamus Dewan Edisi Keempat, tamadun bermaksud keadaan

masyarakat berdasarkan taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran

yang merangkumi sosial, budaya, politik, dan lain-lain. Tamadun juga

melambangkan sesebuah negara dan penduduknya telah mencapai taraf kemajuan

kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi.

Menurut bahasa Arab pula, terdapat lima istilah yang berkait rapat dengan Tamadun

iaitu umran, hadharah, tamadun, madinah dan madaniah.


Manakala istilah bahasa Inggeris pula, istilah civilization yang seerti dengan

tamadun telah diambil daripada perkataan civitas dalam bahasa Latin yang

bermaksud bandar.

Tamadun dan bandar nyata memiliki pertalian yang akrab antara satu sama lain.

Setiap tamadun yang agung dalam sejarah dunia memiliki bandar-bandar yang

besar. Malah, pembentukan asas tamadun juga boleh dilihat dengan jelas di bandar-

bandar.

Daripada pelbagai perkataan yang dihubungkan dengan tamadun, perkataan

hadarah dan tamadun adalah istilah yang digunakan dengan begitu meluas oleh

para penulis Arab. Ia disifatkan lebih sesuai digunakan dalam zaman moden hari ini.

1.2 Terminologi Tamadun

Sarjana Islam
Terkemuka Dunia

Ibn Khaldun Umar Audah al- Muhammad Muhammad al-


Sayid Qutb Said Hawa
Khatib Rasyid Redha Bahiy

Sarjana Barat
Terkemuka Dunia

Arnold
Toynbee J.K Fiebleman E.B Taylor Oswarld Spengler Will Durant
Abdul Rahman Ibnu Khaldun (1332-1406M) telah memperkenalkan kajian sejarah

ilmu ketamadunan dengan menggunakan istilah umran untuk maksud tamadun.

Beliau melahirkan kitab Mukaddimah.

Karya tokoh agung ini mencatatkan pandangan awal berkaitan sejarah sejagat. Ia

dihasilkan sekitar tahun 1377 M dan diangkat sebagai karya pertama yang mengkaji

falsafah sejarah, atau sains sosial, demografi, pensejarahan atau sejarah

kebudayaan dan ekonomi.

Mohd Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi atau lebih dikenali dengan panggilan Idris

al-Marbawi berkata, tamadun bererti kehalusan adat atau kemurnian pencapaian

manusia yang hidup di kota dan memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya

menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran serta penghasilan teknologi

yang membantu menyempurnakan kehidupan kota yang bahagia.

Manakala Arnold Toynbee pula menegaskan bahawa tamadun adalah kebudayaan

yang berkembang di dalam kota dengan kumpulan pemikir yang terdiri daripada

pelbagai manifestasi, orientasi yang berterusan. Gaya kebudayaan yang

bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan dan moral.

Syed Muhammad Naquib pula menegaskan tamadun sebagai salah satu gaya

kehidupan manusia bermasyarakat yang hidup bersatu.

Dan akhir sekali, Abu A’la a-Maududi mendefinisikan tamadun sebagai satu hasil

adab, ilmu, kesenian, ciptaan oleh bangsa yang digunakan dalam kehidupan politik.

Kesimpulannya, tamadun disifatkan sebagai pencapaian gemilang manusia dalam

bidang kerohanian dan material yang berpusat di bandar-bandar. Sekali gus

membentuk bahasa dan sistem tulisan, perkembangan teknologi dan pengkhususan,

pembentukan sistem organisasi sosial, pembentukan sistem undang-undang dalam


kerajaan dan pentadbiran, pembinaan bandar dan pertumbuhan pertanian dan

perdagangan.

2. CIRI-CIRI TAMADUN

Kemajuan sesebuah tamadun boleh diukur menerusi ciri-ciri yang wujud di dalam

sesebuah tamadun yang dibina. Masing-masing memiliki pengaruh dan kelebihan

yang tersendiri. Contohnya, Tamadun Yunani yang menjadi asas tamadun barat

masa kini terkenal dengan perspektif kehidupan menyeluruh serta perkembangan

sains dan teknologi.

2.1 Perbezaan Tamadun


World View atau pandangan semesta telah membezakan sesebuah tamadun itu

sendiri. Menerusi pandangan inilah sesebuah tamadun itu mampu diukur kejayaan,

kekuatan dan ke berkekalannya.

Kebanyakan tamadun yang pernah wujud di dunia ini memiliki ciri-ciri utama

tertentu. Ciri-ciri ini telah mewujudkan kesinambungan dalam kehidupan sesebuah

masyarakat. Antaranya adalah seperti;

2.1.1 Penempatan kekal

Aktiviti ekonomi dan kemasyarakatan hanya akan wujud apabila manusia hidup di

dalam sesebuah penempatan yang kekal. Di sinilah manusia akan mula bercucuk

tanam untuk memperoleh hasil makanan sebagai bekalan sekali gus mewujudkan

era pertanian dan memperlihatkan peluang ekonominya.

Bagi tujuan tersebut, kesesuaian geografi sesebuah kawasan yang bakal dijadikan

penempatan akan dititikberatkan. Ini penting bagi manusia meneruskan

keberlangsungan hidup di sesebuah kawasan yang didiami.

2.1.2 Sistem politik dan pemerintahan teratur

Apabila sesuatu sistem politik dan pentadbiran teratur diwujudkan, ciri inilah yang

melambangkan ketamadunan hidup dalam sesebuah masyarakat. Manakala

pembentukan masyarakat pula bermula daripada hubungan kekeluargaan serta

pertalian darah. Pencapaian tahap tamadun yang tinggi akan melahirkan sistem

politik dan pentadbiran yang lebih lengkap.

Seterusnya ia akan membentuk kelompok besar masyarakat yang berstruktur.

Struktur ini memperlihatkan bentuk pemerintahan yang terdiri daripada ketua


sehinggalah kepada kuasa pemerintah tertinggi seperti raja atau sultan (tamadun

Melayu), firaun (tamadun Mesir) dan sebagainya.

Pentadbiran ini akan melancarkan sistem kenegaraan dengan pembentukan badan

kehakiman, perkhidmatan awam, suruhanjaya serta badan-badan keselamatan serta

polis dan tentera. Dan ini terbukti menerusi pemerintahan kesultanan Melayu

Melaka.

2.1.3 Lapisan pembahagian masyarakat dan sosial

Pembahagian masyarakat kepada beberapa lapisan atau kelas yang berlainan atau

stratifikasi berlaku seiring dengan perkembangan sesebuah tamadun. Ia bermula

daripada pemilikan tanah untuk pertanian. Individu dilabelkan sebagai golongan

yang berkedudukan tinggi. Manakala yang tidak bertanah pula lazimnya akan

menjadi pekerja atau buruh. Mereka diklasifikasikan sebagai golongan bawahan.

Kemunculan golongan peniaga atau pedagang pula mempengaruhi perubahan

sosial. Menerusi perkembangan ekonomi ini kekayaan tidak lagi diukur berdasarkan

pemilikan tanah semata-mata. Ia mempertingkatkan kedudukan pedagang di tahap

yang lebih tinggi. Bangsawan mampu dicantas kedudukannya oleh para pedagang.

2.1.4 Perpindahan penduduk dari desa ke kota

Perpindahan penduduk dari desa ke kota atau urbanisasi ini telah menjadikan

bandar atau kota sebagai pusat utama kegiatan pentadbiran, ekonomi, keagamaan

dan kemasyarakatan. Bandar adalah nadi untuk sesebuah tamadun. Bandar awal

yang wujud memperlihatkan pembinaan kuil dan istana.

2.1.5 Perkembangan sains dan teknologi


Sains dan teknologi mula berkembang selaras dengan perkembangan ilmu

pengetahuan dalam sebuah masyarakat. Ia membentuk tamadun daripada satu

tahap ke satu tahap yang lebih tinggi dari semasa ke semasa.

Sebagai contoh, di awal perkembangan sains dan teknologi setiap tamadun memiliki

ciri yang sama antara satu sama lain. Masyarakat menjadikan batu sebagai alat

terpenting dalam kehidupan. Seiring dengan kemajuan sains dan teknologi semasa,

manusia mual mencipta bajak dan roda. Kedua-dua hasil ciptaan melambangkan

pencapaian terpenting tamadun pada zaman tersebut.

2.1.6 Penulisan

Selain pertuturan, sistem tulisan adalah perantara komunikasi terpenting yang turut

melambangkan ciri-ciri sebuah tamadun. Pada tamadun awal, tulisan terdapat dalam

pelbagai bentuk yang hanya difahami oleh masyarakat atau komuniti setempat.

Gambar-gambar dilukis bagai mewakili sesuatu makna dan ia dikenali sebagai

piktograf.

Daripada piktograf ia berkembang menjadi tulisan yang berbentuk abjad atau

dikenali sebagai logografi. Tamadun jadi lebih dinamik dengan kewujudan sistem

tulisan ini malah, komunikasi masyarakat menjadi lebih meluas dan berkesan.

Perkembangan ini mewujudkan kelas terpelajar atau literati di mana mereka terlibat

dalam aktiviti pemerhatian dan penyimpanan rekod. Contohnya; dalam sejarah

China wujud tradisi menyimpan rekod istana sejak tamadun Shang.

Ilmu astronomi juga berkembang seiring dengan sistem tulisan. Sistem tulisan dan

angka menjadi ilmu pengetahuan lebih berkembang di mana catatan dibuat dan

rekod disimpan. Daripada sistem ini menjadikan penganut agama Islam boleh
menghayati Islam menerusi al-Quran menerusi tulisan yang dibukukan oleh para

ulama terdahulu.

2.1.7 Agama dan kepercayaan

Kehidupan beragama juga merupakan salah satu aspek asas tamadun seperti yang

dinyatakan oleh Ibn Khaldun. Malah, Edward L. Farmer memasukkan aspek agama

sebagai salah satu ciri masyarakat bertamadun, manakala R.A. Buchanan pula

menyebut wujudnya upacara agama yang kompleks adalah ciri-ciri kerahiban. Ini

sekali gus membuktikan kewujudan kehidupan agama. Wujudnya kepercayaan,

pemikiran tentang kuasa ghaib yang mengawal kehidupan dan peninggalan

bangunan keagamaan. Contohnya, masyarakat Tamadun Indus yang menyembah

dewi bermuka tiga. Malah ada yang percaya ada kuasa ghaib menguasai alam

sekeliling, amalan kepercayaan Animisme dan amalkan Politisme yang menyembah

banyak tuhan pada awal tamadun.

3. KELAHIRAN TAMADUN

Tamadun yang lahir di dunia:

TAMADUN AWAL

1. Zaman Batu Lama 2. Greek


3. Zaman Batu Baru 4. Rom
5. Mesopotamia 6. Tamadun Yunani
7. Tamadun Lembah Indus 8. Parsi
9. Mesir Purba 10. China Klasik

TAMADUN ZAMAN PERTENGAHAN HINGGA AWAL ZAMAN MODEN

1. Dunia Islam
2. Kristian
3. Asia Tenggara
4. Tamadun Amerika

Tamadun awal bermula di lembah-lembah sungai kerana manusia berhijrah dan

membina penempatan di samping menjalankan aktiviti pertanian. Perubahan

daripada kehidupan tidak bertamadun kepada bertamadun boleh bertukar secara

perlahan-lahan atau drastik. Pelbagai faktor mendorong kepada kelahiran tamadun

ini.

3.1.1 Kedudukan strategik

Faktor pembangunan penempatan serta mudah memperoleh sumber-sumber

semula jadi menjadi salah satu faktor utama dalam kelahiran sesebuah tamadun.

Contohnya Tamadun India di lembah Ganges dan Brahmaputra, Tamadun

Mesopotamia di lembah Tigris dan Euphrates, Tamadun Mesir di Lembah Nil dan

tamadun Melaka di pinggiran Selat Melaka.

3.1.2 Orientasi keagamaan

Ajaran agama dan rohani akan mendorong manusia untuk menghayati nilai-nilai

kehidupan sekali gus mendorong kehidupan bertamadun. Masyarakat yang

beriltizam kepada ajaran agama sentiasa memelihara diri dari perlakuan dan budaya
songsang yang menyalahi fitrah manusia. Ia mampu melahirkan ketinggian budaya,

misalnya menerusi penghayatan cara hidup Islam yang sempurna.

Sejarah Tamadun Islam bermula di Semenanjung Tanah Arab, dari zaman yang

dikenali sebagai jahiliah kerana masyarakat Arab pada ketika itu masih jahil tentang

agama dan hidup berpuak-puak. Kedatangan Islam merubah 360° cara hidup

mereka dengan menekankan perpaduan ummah dan sifat keinsanan yang tinggi.

3.1.3 Rangsangan ilmu dan nilai moral

Nilai-nilai murni yang ada dalam diri diri mampu menggalakkan kecintaan

masyarakat terhadap ilmu. Ilmu pengetahuan dianggap sebagai makanan jiwa,

malah ilmu juga terletak pada kedudukan yang tertinggi dalam sesebuah tamadun

manusia. Ilmu sebagai penyuluh untuk memahami kebenaran dan membebaskan

daripada unsur-unsur kejahilan. Di zaman kegemilangan tamadun Islam, tradisi

keilmuan merupakan gelanggang untuk para ilmuwan dan cendekiawan meneroka

sebanyak mungkin cabang ilmu yg ada.

Kesemua tokoh tamadun seperti Plato dan Aristotle dalam tamadun Yunani; Lao Tze

dan Kung Fu Tze dalam Tamadun Cina; Kautilya dan Samkara dalam Tamadun

India; serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn-Khaldun dalam Tamadun Islam

sangat menekankan konsep keadilan dalam pemerintahan di samping menghayati

nilai-nilai murni dalam usaha membina tamadun masing-masing.

3.1.4 Interaksi antara tamadun

Kegemilangan tamadun dahulu banyak dipengaruhi oleh hubungan interaksi antara

satu tamadun dengan tamadun yang lain. Kebanyakan tamadun dahulu bersifat
anjal dan sentiasa bersedia untuk menerima asimilasi pengaruh budaya asing untuk

diadaptasi dalam proses perkembangannya. Tamadun Islam contohnya merupakan

tamadun yang bersikap terbuka untuk menerima sumber ilmu ekonomi daripada

Tamadun Yunani.

3.1.5 Pengalaman kesusahan

Kesengsaraan hidup terlalu dikaitkan dengan kemunculan tamadun. Ia mendorong

generasi baharu memperbaiki kekurangan untuk membentuk sebuah kehidupan

yang lebih baik sekali gus membebaskan diri dari belenggu kesusahan terdahulu.

Dalam konteks zaman moden, kemunculan negara Jepun kerap dikaitkan dengan

pengalaman kekalahan mereka pada perang dunia kedua. Kekalahan itu telah

meningkatkan semangat mereka untuk memajukan negara Jepun. Semangat itulah

yang menjadikan Jepun sebuah negara yang maju dalam bidang teknologi sekali

gus menguasai ekonomi dunia.

4. KERUNTUHAN DAN KEJATUHAN TAMADUN

Para ilmuwan memiliki pandangan tersendiri tentang faktor-faktor yang membawa

kepada keruntuhan sesebuah tamadun. Menurut Ibn Khaldun, keruntuhan tamadun


disebabkan oleh keruntuhan nilai-nilai moral kerana terlalu taksub dengan

kemewahan yang melimpah-ruah dan kehidupan yang penuh hiburan. Malah,

ketidakseimbangan antara aturan fizikal dan spiritual juga turut menyumbang ke

arah kejatuhan tamadun ini.

Sesuatu tamadun bukan sahaja fokus kepada elemen modenisasi dan kosmopolitan,

sebaliknya ia perlu seiring dengan dimensi ideologi, spiritual dan moral. Menurut

Edward Gibbon, dalam karyanya ‘The Decline and Fall of the Roman Empire,’

kejatuhan empayar Rom adalah disebabkan kekalahan Constantinople kepada

kerajaan Turki Uthmaniyyah pada 1453 Masihi.

Theodor Mommsen pula menjelaskan bahawa, keruntuhan tamadun cenderung

kepada analogi biologi iaitu kitaran tamadun melalui proses kelahiran, kematangan

dan akhirnya mengalami proses kejatuhan.

Manakala tulisan Arnold J. Toynbee ada mengatakan bahawa kejatuhan tamadun

berpunca daripada dekadensi moral. Apabila rakyat terlalu leka dan alpa

menyebabkan moral manusia semakin lemah.

Secara keseluruhannya, kejatuhan sesebuah tamadun itu kebanyakannya

disebabkan oleh kegagalan manusia untuk berpegang teguh kepada agama,

mengalami kemuflisan moral, ketidakadilan, tidak bersikap mesra dengan alam,

bencana alam dan penindasan terhadap rakyat. Tidak dinafikan juga faktor-faktor

lain seperti faktor kemunduran dari aspek keilmuan, kemiskinan, kejatuhan ekonomi

dan faktor penyakit juga boleh menyumbang kepada kemerosotan tamadun.

4.1.1 Ketidakadilan dan perbezaan jurang

Jurang yang ketara antara golongan kaya dan miskin menjadi penyumbang kepada

kemerosotan tamadun. Contohnya sewaktu pemerintahan raja-raja pada zaman


Greek awal. Ramai hamba abdi yang hidup melarat dan golongan kaya terus hidup

dengan kekayaan mereka. Si miskin pula tidak mendapat hak untuk mengundi dan

mereka ditindas. Akibatnya timbul rasa dendam dan ketidakpuasan hati sehingga

menimbulkan rusuhan serta pemberontakan. Mereka menuntut keadilan yang

berupa pembaharuan dari segi ekonomi. Malangnya ia tidak diendahkan, malah

ketua mereka iaitu Tiberus dan Cains terkorban akibat ditindas oleh ahli-ahli senat.

4.1.2 Penindasan

Penindasan dan kezaliman yang berleluasa menyebabkan persoalan hak-hak

kemanusiaan diketepikan. Sistem perundangan pula tidak lagi dihormati. Contohnya

semasa era pemerintahan Dinasti Sui (589-618), Maharaja Yang Ti (604-617)

bertidak kejam dan tidak bertanggungjawab kepada rakyat. Memaksa rakyat

membina istana dan terusan. Akhirnya rakyat, bangkit memberontak menentangnya.

4.1.3 Keruntuhan Moral dan nilai sosial

Pemimpin tidak lagi menghormati hak orang lain, sebaliknya hanya mementingkan

diri sendiri. Ini berlaku di dalam sejarah kemerosotan tamadun Yunani, Romawi dan

Tamadun Islam. Contohnya, puak Syiah dan Sunni berpecah kerana semangat

perkauman yang sempit. Malah, para pemimpinnya pula tidak lagi menjaga akhlak

dan tamak kuasa. Keruntuhan nilai-nilai integriti dan spiritual di kalangan pemimpin

menyebabkan keadaan politik tidak stabil, merosot dan seterusnya menjadi lemah.

4.1.4 Sikap tertutup

Tidak mahu menerima perubahan teknologi, politik, ekonomi dan sosial

menyebabkan daya kreativiti dan inovasi terencat. Mereka berterusan menjadi beku
dan jumud. Ia terjadi di dalam tamadun Uthmaniyyah, apabila berhadapan dengan

keruntuhan dari dalam kerana mereka bersikap tertutup. Tidak mahu menerima

perubahan teknologi dan sosial dalam kehidupan. Sama seperti China, tidak mahu

menerima perubahan daripada pihak barat sehingga mereka menjadi semakin

merosot dan lemah.

4.1.5 Bencana

Kerosakan berlaku secara besar-besaran akibat malapetaka dan bencana. Walau

bagaimanapun ia berada di luar kawalan manusia. Contohnya wabak penyakit

merebak di seluruh bandar Athens sehingga menyebabkan kematian dan

kemusnahan. Sekitar 429 S.M penduduknya jadi lemah semangat sekali gus

mengakibatkan kejatuhan. Ketika itu, pemerintah berkaliber Pericles serta para

pembesar yang lain turut dijangiti wabak. Keadaan tersebut memberi perubahan

yang besar kepada Athens.

3. KESIMPULANNYA

Pembentukan sesebuah tamadun dipengaruhi oleh kriteria dan faktor yang

tersendiri. Pembinaan, kemajuan dan pembangunan sesebuah tamadun itu nyata


begitu unik. Ada tamadun yang mampu bertahan lama dan ada juga yang

sebaliknya. Contohnya Tamadun Malaysia, ia terbina berasaskan acuan polarisasi

kaum dan bangsanya.

RUJUKAN

1. Kamus Dewan (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka


2. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). 2009. Oxford Fajar. Ahmad Zaki Abd
Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros.

3. Tamadun Islam & Tamadun Asia. Mohd Yadman Sarwan. Institut Perkembangan
Pendidikan (InED) UiTM. 2009

4. Pembangunan Tamadun Melayu (2015). Book-Rix. Uqbah Iqbal

5. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Edisi Lengkap (2011). Universiti
Sains Islam Malaysia.Mashitah Sulaiman, Adibah Sulaiman @ Mohamad

Anda mungkin juga menyukai