Anda di halaman 1dari 1

LAMPIRAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERATURAN MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG)

Sebagai seorang bakal guru, anda mesti mempunyai perwatakan dan penampilan diri yang sesuai
dengan profesion keguruan. Di sini digariskan peraturan yang perlu anda turuti sebagai persediaan
untuk menduduki ujian tersebut. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan anda
dilarang daripada menduduki ujian. Sila ambil perhatian dan tindakan kepada perkara- perkara
berikut:

1. Anda mestilah berpakaian kemas dan sesuai ketika menjalani UKCG seperti ketetapan berikut.

2. Sila bawa perkara-perkara berikut ke pusat ujian :

a) Kad Pengenalan Diri/ MyKad


b) Surat Panggilan UKCG
c) Pensel 2B dan pemadam

3. Bahan-bahan berikut tidak dibenarkan dibawa masuk atau keluar daripada bilik ujian

a) Membawa masuk apa jua buku, kamus, telefon bimbit, alat perakam, kalkulator, kamera,
kertas dan barang lain yang dilarang ke dalam bilik ujian.
b) Membawa keluar buku soalan atau kertas jawapan OMR pada bila-bila masa.

4. Perbuatan berikut adalah dilarang semasa ujian:

a) Meniru.
b) Mengambil ujian untuk orang lain.
c) Memberi atau menerima pertolongan semasa ujian.
d) Membuat sebarang komunikasi (bercakap, berbisik, memberi isyarat dan sebagainya).
e) Menyalin soalan sama ada secara menulis atau elektronik.

5. Sila berada 30 minit lebih awal sebelum ujian dijalankan. Calon yang lewat semasa ujian
tidak akan diberi masa tambahan untuk menduduki ujian. Calon yang lewat hadir selepas
10 minit tidak akan dibenar menduduki ujian.

Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tahun 2019

Anda mungkin juga menyukai