0 TAJUK
- Karnival Sukan dan Permainan peringkat SK.ST. PATRICK
2.0 RASIONAL
Rasional program ini dijalankan adalah sebagai salah satu platform untuk guru-guru
pelatih IPG Kampus Bahasa Melayu untuk menerokai serta mempelajari selok-belok
pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan terutamanya berkaitan dengan subjek
ini iaitu pengurusan kokurikulum. Penganjuran program ini adalah memenuhi keperluan yang
dikehendaki dalam proforma kursus PJMS 3092. Di samping itu, program yang sebegini juga
akan dapat membantu khususnya dari segi kemahiran mengelola dan mengurus sesuatu.
Selain itu, karnival ini diadakan untuk menyemaikan budaya yang sihat dalam kalangan warga
IPG Kampus Bahasa Melayu iaitu guru-guru pelatih. Penganjuran Karnival Sukan dan
Permainan ini juga merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan
kerjasama guru-guru pelatih. Bahkan, penganjuran Karnival Sukan dan Permainan inii dapat
memupuk semangat integrasi nasional dalam kalangan guru-guru pelatih IPG Kampus
Bahasa Melayu. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Karnival Sukan dan Permainan
ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu wadah semangat berpadu dan muhibbah antara
seluruh pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu.
Penganjuran Karnival Sukan dan Permainan peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu ini
merupakan salah satu aktiviti tahunan yang akan dianjurkan oleh pelajar PISMP 4 B1 pada
tahun ini yang mengambil kursus Pengurusan Pendidikan Jasmani sebagai aktiviti dalam
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Pendedahan awal tentang kepentingan
pengurusan pertandingan sukan membantu guru pelatih merancang sesebuah pertandingan
sukan yang baik dan lebih sistematik. Karnival Sukan dan Permainan ini merupakan aktiviti
yang sihat dan tidak ternilai dengan wang ringgit. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab kita
mengamalkan aktiviti yang sihat di samping kita dapat mengekalkan warisan bangsa yang
menjadi identiti kita agar warisan daripada nenek moyang ini tidak hilang ditelan zaman.
Malah, penganjuran Karnival Sukan dan Permainan ini juga turut mencakupi hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mementingkan keseimbangan individu dari segi jasmani,
rohani, emosi, intelek dan sosial. Penganjuran Karnival Sukan dan Permainan ini merupakan
salah satu cara rakyat malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana
menggunakan kemahiran asas. Antaranya, pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta
manipulasi alatan. Bahkan juga, contoh permainan tradisional yang menjadi permainan
kegemaran rakyat ialah galah panjang, batu seremban dan lain-lain lagi. Selain itu, permainan
moden yang dapat kita lihat pada zaman sekarang.
Selain itu, menerusi penganjuran Karnival Sukan dan Permainan ini, pendedahan dan
gambaran awal diberikan kepada guru pelatih yang bakal akan belajar subjek ini nanti.
Diharap penganjuran Karnival Sukan dan Permainan ini akan memberi pengetahuan serta
kesedaran terhadap generasi muda tentang kewujudan permainan tradisional sekaligus
memelihara warisan ini dari terus pupus ditelan zaman. Bahkan, generasi muda akan sedar
kepentingan menjalankan aktiviti yang sihat seperti bersukan dan beriadah
4.0 OBJEKTIF
Dalam penganjuran program yang sebegini juga mempunyai objektifnya yang tersendiri.
Objektif inilah yang ingin diketengahkan dalam penganjuran Karnival Sukan peringkat S. ST.
PATRICK ini. Antara objektifnya adalah seperti yang berikut;
5.1. Memenuhi keperluan proforma PJMS 3092 iaitu Pengurusan Pendidikan Jasmani bagi
pelaksanaan kerja kursus berkaitan Karnival Sukan dan Permainan
5.2. Memberi pendedahan awal kepada guru pelatih tentang prosedur pengurusan
Karnival Sukan dan Permainan dengan betul.
5.3. Merupakan satu alternatif sebagai permainan sosial yang mengeratkan perpaduan
antara warga IPG KBM.
(Rujuk Lampiran 2)
Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa Karnival Sukan dan Permainan yang
diadakan ini adalah sesuatu yang amat perlu bukan sahaja untuk memenuhi proforma kursus,
malah turut menjadi platform utama sebagai persediaan guru-guru pelatih Program Sarjana
Muda Perguruan Dengan Kepujian, Institut Pendidikan Guru Malaysia (PISMP-IPG)
khususnya yang mengambil subjek PJMS 3092: Pengurusan Pendidikan Jasmani sebelum
melangkah jejak ke pintu sekolah kelak. Diharap program ini dapat memberi manfaat kepada
guru-guru pelatih PISMP-IPG dan dapat membantu dalam menghadapi cabaran-cabaran
yang kian mencabar pada masa akan datang.
11.0 SYOR
Semoga aktiviti yang telah kami rancang ini dapat dijalankan dengan jayanya serta dapat
mengaplikasikan ilmu yang bakal kami perolehi kelak dengan penuh keazaman dan semangat
yang berkobar-kobar. Sesungguhnya setiap ilmu yang kami peroleh merupakan pengalaman
bermakna buat kami ketika bergelar pelajar. Kerjasama yang utuh dari pihak tuan kami
dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.
Disediakan oleh,
.........................................
(Muhamad Faris Asyraf B Mohd Redzuan)
Setiausaha,
Program Karnival Sukan dan Permainan 2018,
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.
Disemak oleh:
……………………………………..
Diluluskan oleh,
…………………………………………
(Fred Metalino)
Guru Besar,
SK. ST. PATRICK.
LAMPIRAN 1
Sarapan
Senaman
Bola Tampar
LAMPIRAN 3
Sukan
Terdapat 1 jenis sukan yang akan dipertandingkan iaitu bola tampar. Pertandingan
bola tampar akan diketuai oleh Muhamad Azim Bin Azlan dan Wong Vui Shin yang
diadakan di gelanggang bola tampar IPG Kampus Bahasa Melayu. Berikut merupakan
jadual pelaksanaan aktiviti.
7.50 pagi : Pendaftaran perserta dan perlawanan semua jenis sukan dan
10.00 pagi : Perlawanan semua jenis sukan dan permainan (separuh akhir dan
akhir)
Keseluruhan aktiviti yang dijalankan akan berjalan serentak mengikut masa dan
tempat yang telah ditetapkan.
LAMPIRAN 4
BOLA TAMPAR
Cara-cara permainan
Pengiraan mata
Setiap pasukan mendapat mata setiap kali ia berjaya mematikan bola atau pihak lawan
melakukan kesilapan. Jika pasukan yang menerima servis memenangi satu rali,
pasukan mendapat servis dan juga satu mata. Setiap perlawanan dimainkan
berdasarkan 3 set terbaik daripada 5 set (Best of 5) dengan kiraan mata rali 25 mata
bagi set pertama hingga set kelima (perlu memperoleh kelebihan 2 mata jika seri pada
mata 24-24). Untuk set penentuan,pasukan bertukar gelanggang apabila mana-mana
pasukan mencapai mata 8.
Putaran Servis
Apabila pasukan yang menerima servis memenangi hak untuk membuat servis,
semua pemain mesti memutar satu kedudukan mengikut putaran jam. Contohnya
ialah pemain diposisi 2 berputar keposisi 1 untuk membuat servis, pemain posisi 1
akan berputar keposisi 6 dan seterusnya.
Jika kedua-dua pasukan tiba untuk sesuatu perlawanan dengan memakai jersi yang
sama warna ,maka pasukan tuan rumah mesti tukar jersinya. Digelanggang
berkecuali, pasukan yang disenaraikan terdahulu pada jadual pertandingan mesti
menukar jersinya.
Pemain Libero
Pengerusi
Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
semua mesyuarat.
Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan
diambil tindakan yang sewajarnya.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari masa ke
semasa.
Naib Pengerusi
Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari masa ke
semasa.
Setiausaha
Menyiapkan kertas kerja untuk urusan permohonan seperti pinjaman barang dan
alatan, cenderamata, dan sebagainya.
Mengeluarkan memo untuk panggilan mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat serta
mencatat kehadiran ahli.
Menguruskan segala bentuk permohonan kepada pihak-pihak tertentu.
Menyiapkan surat yang perlu dihantar segera kepada individu tertentu atau badan-
badan tertentu.
Bendahari
Mengumpul segala dana dan kutipan yang diserahkan.
Melaporkan laporan terkini kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.
Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata
Menyediakan jenis hadiah yang diperlukan, menyelaras dengan Jawatankuasa
Permainan dan Pengadilan.
Menyusun hadiah dan cenderamata.
Menyediakan senarai pemenang hadiah.
Memohon kepada mana-mana pihak yang berkaitan untuk meminta penajaan agar
kewangan yang akan digunakan untuk melaksanakan program dapatkan dikurangkan.
Mencari penajaan atau sumbangan dengan pelbagai cara dan medium contohnya
penggunaan faksimili ke syarikat-syarikat besar.
Jawatankuasa Dokumentasi
Mengambil gambar dan video untuk dijadikan laporan dokumentasi projek.
Mengumpulkan minit mesyuarat untuk dimasukkan ke dalam laporan akhir projek.
Membuat laporan akhir projek sebagai simpanan.
Jawatankuasa Peralatan
Membuat tempahan berkaitan dengan sebarang peralatan yang hendak dipinjam dari
IPG-KBM.
Memantau dari masa ke semasa permohonan tempahan yang dibuat.
Mengira kuantiti barang dan peralatan yang dipinjam sebelum dan selepas
peminjaman dibuat agar tidak berlaku sebarang masalah.
Memastikan peralatan selamat untuk digunakan.
Jawatankuasa Pertandingan
Menyediakan petak pemarkahan untuk digunakan oleh pengadil sewaktu
pertandingan berlangsung.
Menguruskan tempat duduk penonton untuk menyaksikan pertandingan yang akan
diadakan
Memastikan keselamatan kawasan pertandingan selamat dan tidak licin untuk
mengelakkan sebarang kecederaan kepada peserta.
Memastikan jadual pertandingan mengikut susunan yang telah ditetapkan.
Jawatankuasa persiapan tempat & hiasan
SUMBER PENDAPATAN
ANGGARAN PERBELANJAAN
9.1 Makanan
Sarapan(Roti +
Minuman kotak)
RM 2.00 x 20
- Penganjur
RM 2.00 x 50 RM 146.00
- Peserta
RM 2.00 x 3
- Pensyarah
Makan tengahari
- Penganjur RM 4.00 x 20
- Pensyarah RM 4.00 x 3
9.4 Kebersihan
9.6 Hadiah
Hamper
- Tempat pertama RM 40.00 (1 hamper)
- Tempat kedua RM 30.00 (1 hamper)
- Tempat ketiga RM 20.00 (1 hamper) RM 105.00
- Tempat keempat RM 15.00 (1 hamper)
*Sumbangan atau tajaan yang diterima akan digunapakai untuk memeriahkan lagi program
ini dan menampung perbelanjaan yang tidak mencukupi*
LAMPIRAN 7
PERTANDINGAN
“BOLA TAMPAR”
1.
2.
3.
4.
NAMA PESERTA / 5.
NO K/P : 6.
7.
8.
9.
10.
NO TELEFON :
NAMA KUMPULAN :
PENGAKUAN DIRI
Kami akan mematuhi segala peraturan, undang-undang dan syarat yang ditetapkan dalam
pertandingan ini. Kami bersetuju membenarkan sebarang pindaan atau perubahan dibuat dari
semasa ke semasa sebelum atau semasa pertandingan dijalankan oleh Jawatankuasa
Pertandingan. Kami mengakui semua butiran yang diberikan adalah benar dan jika penipuan
dilakukan, kami bersedia permohonan kami ditolak. Kami tidak akan menuntut atau
mendakwa Jawatankuasa Pertandingan jika berlaku sebarang musibah ke atas diri kami
(seperti nama yang diberikan) sebelum, semasa atau selepas pertandingan diadakan.
Tandatangan: Tarikh:
Nama: