Anda di halaman 1dari 3

1.

Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Amira telah


berjaya menempa nama dalam bidang perniagaan.
kedua-dua
2. Setiap petang, Puan Asmah menjual goreng keledek di hadapan
rumahnya.
keledek goreng
3. Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada
pihak berkuasa tempatan.
kerana
4. Lain-lain hal yang berbangkit akan dibincangkan kemudian.
Hal lain-lain
5. Farha menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita yang
sedih itu.
apabila
6. Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke
kampung.
marahi
7. Sudah berminggu saya tidak bersua muka dengan anak Pak Hilal itu.
berminggu-minggu
8. Berbagai jenis pakaian yang dipamerkan di Pameran Busana
Tradisional Melayu tempoh hari.
Pelbagai
9. Keropok lekor itu sangat sedap sekali apabila dimakan dengan cili sos.
sos cili
10. Semua peserta-peserta seminar itu diminta berkumpul di dewan
utama seawal pukul 8.00 pagi.
Semua peserta-peserta
11. Manisha sangat suka akan biskut yang ibunya bakar.
dibakar oleh ibunya
12. Sikap saling bantu-membantu wajar dipraktikkan dalam masyarakat.
bantu-membantu
1. Mahadzir memohon cuti dari majikannya untuk pulang ke kampung.
daripada
2. Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu perlu dilakukan dengan segera.
memperlebar
3. Dr. Shanti adalah pensyarah di Universiti Malaya. Beliau berasal dari Sibu.
ialah
4. Wan Liang mendapat tempat pertama di dalam pertandingan syarahan itu.
dalam
5. Mini telekung yang dibeli oleh ibu di Bandung sangat halus corak
sulamannya.
corak sulamannya sangat halus
6. “Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas
tersebut,” sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.
Patik
7. Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kami.
Kami usahakan
8. Cahaya lampu dari rumah agam di atas bukit itu sangat terang-benderang.
sangat terang
9. Dua orang perompak-perompak telah ditembak mati oleh pihak polis dalam
satu insiden rompakan bank pagi semalam.
10. Kuih yang enak itu dibuat dari tepung pulut dan santan.
daripada
11. Adik memanggil abang berapa kali tetapi langsung tidak dibenakannya.
beberapa
12. Di hari raya, semua ahli keluarga saya akan berkumpul di rumah datuk dan
bergotong-royong membuat persiapan hari raya.
Pada
13. Janganlah kamu membincangkan tentang perkara itu lagi.
membincangkan
14. Wahida gemarkan masakan yang dimasak dari kakaknya.
gemar akan
15. Sesetengah daripada pendapatannya dihantar kepada ibunya di kampung.
pendapatan
16. Beberapa orang pelajar – pelajar berada di perpustakaan.
Beberapa orang pelajar
17. Buku – buku di atas meja itu tebal – tebal belaka.
tebal belaka
18. Beberapa helai dedaun kering berterbangan ditiup angin.
daun
19. Abang berada pada rumah sepanjang hari ini.
di
20. Amir dengan Ashraf mengajak saya mandi di sungai itu.
dan
21. Pekarangan rumah agam itu sangat terang-benderang.
sangat terang
22. Suasana di dalam kelas itu sangat riuh-rendah apabila guru keluar.
riuh-rendah
23. Ali terbongkok – bongkok berkali – kali mengutip buah yang gugur itu.
terbongkok berkali-kali
24. Adik menggaru – garu kakinya berkali – kali kerana gatal.
menggaru
25. “Berusahalah daripada sekarang,” pesan Cikgu Malik kepada pelajar-
pelajarnya.
dari
26. Berpuluh orang penumpang terbunuh dalam nahas udara itu.
Berpuluh-puluh
27. Razak pergi di sekolah dengan berjalan kaki.
ke
28. Berbagai alasan diberikan oleh pelajar itu apabila dia gagal dalam
peperiksaan.
Pelbagai
29. Hidup berjiran mestilah saling tolong – menolong.
saling menolong
30. Kelab Kerjaya itu terdiri dari 150 orang ahli.
daripada
31. Janganlah saling caci – mencaci sesama kita.
saling mencaci
32. Pelajar – pelajar itu pandai – pandai semuanya.
pandai
33. Program hiburan itu disiarkan daripada pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam.
dari
34. Jalan menuju ke rumah Taufiq incang – incang.
35. Pelbagai dayung – mayung tersimpan kemas di dalam bangsal itu.
Pelbagai dayung
36. Mereka menunggu sejak dari pagi tadi.
sejak
37. Aris memperolehi keuntungan besar hasil daripada penjualan buah durian di
dusun datuknya.
memperoleh
38. Julia menghadiahkan Samera sepasang kasut sukan berjenama bersempena
dengan hari lahirnya.
menghadiahi
39. Nian indah pemandangan matahari terbit di pulau itu pada waktu pagi.
Indah nian
40. Pelbagai kuih-muih yang dijual di gerai itu enak belaka.
Pelbagai kuih
41. “Kami semua perlu berlatih bersungguh-sungguh untuk perlawanan akan
datang,” ujar Shamir selaku ketua pasukan kepada ahli-ahli pasukannya.
42. “Sudah lama hamba menunggu kedatangan awak,” kata Tun Mamat.
tuan hamba
43. Perlawanan bola jaring antara Sekolah Menengah Bukit Parang dan Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Gading ditangguhkan kerana hujan lebat.
dengan
44. Monica membuka pintu pagar rumahnya seraya melangkah masuk.
45. Dr. Suresh adalah seorang pakar perubatan yang terkenal dari Pakistan.
ialah
46. Antara punca-punca pencemaran udara ialah pelepasan asap kilang dan
pembakaran terbuka.
Antara punca
47. Dia merupakan Perdana Menteri yang disegani dan dihormati.
Beliau

Anda mungkin juga menyukai