Anda di halaman 1dari 10

HARI ANUGERAH CEMERLANG SK BUKIT TUNGGAL

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tn Haji Ismail bin Nik, YDP


PIBG, diiringi oleh Guru Besar SKBT En. Md. Rahim b. Mamat, En. Che
Ghazali b. Mamat, PK Pentadiran, Pn. Hjh. Meriam bt. Mohamed GPK
HEM, En. Abd. Razak b. Mohd Atan GPK KO dan tetamu-tetamu jemputan
masuk ke dalam dewan.

Semua hadirin diminta berdiri.

Para jemputan masuk ke dalam dewan.

Hadirin dipersilakan duduk.

Ulik Mayang nyanyian asli


Dilagu sigadis merdu sekali
Terima Kasih sekalung budi
Sudi datang ke majlis merai..

Buku Pelawat serahan hati


Tanda ingatan kekal abadi
Biar padu seteguh jati
Budaya kita junjungan budi

KATA ALU-ALUAN

Yang Berusaha,
En Md. Rahim b. Mamat,
Guru Besar,
SK Bukit Tunggal.

Yang Berusaha
Tuan Haji Ismail bin Nik,
Yang Dipertua PIBG SK Bukit Tunggal.

Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong Kanan,


En. Che Ghazali bin Mamat - GPK Kurikulum
Pn. Hjh. Meriam bt. Mohamed - GPK HEM

1
Yang Dikasihi, Guru-guru , Para Ibu Bapa , Para Penerima Hadiah
Kecemerlangan serta pelajar- pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt , salam sejahtera, Salam Keilmuan dan salam 1


Malaysia.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Terengganu bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria

Selamat datang ke Majlis Anugerah Kecemerlangan SKBT 2013. Marilah


kita bersama-sama seiring dan sederap melangkah dalam menjayakan
majlis sambutan hari Anugerah ini. Setiggi-tinggi kesyukuran saya
panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat
kita berhimpun di sini dengan penuh kedamaian dan keamanan bagi
memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar, Sesungguhnya
kecemerlangan para pelajar hari ini membuktikan kejelikitan dan
pengorbanan yang terjalin antara semua pihak serta kesungguhan dan
iltizam tinggi seluruh warga pendidik dan pentadbiran SKBT untuk
membangunkan kegemilangan pendidikan di sekolah ini.

DOA

Anugerah di kecap si anak watan


Mengangkat senjata bidalan suara
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera

Untuk memberkati majlis, dengan sukacitanya dijemput Al Fadhil Ustaz


Norhisham b. Ibrahim untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

2
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Norhisham b. Ibrahim di atas bacaan


doa sebentar tadi.

BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAAN.

Sebagai santapan jiwa dan makanan rohani kita, saya dengan penuh
takzimnya menjemput saudara …………………………………………………. untuk
memperdengarkan alunan bacaan ayat-ayat suci al – quraan
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas alunan bacaan ayat-ayat suci
itu tadi.

UCAPAN GURU BESAR

Pepatah-petitih Adat Melayu


Warisan amalan sejak dahulu
Pohon keizinan barang sewaktu
Ucapan Guru Besar amat dialu

Sebagai pembuka acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang


Berusaha , En. Md. Rahim b. Mamat Guru Besar SKBT untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

3
UCAPAN PERASMIAN YDP PIBG

Tuah tersenyum pada Si Teja,


Duduk bersimpuh sambil bersila,
Kain ditenun bersama reja,
YDP PIBG hormat dipersila,

Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,


Sungguh terkenal serata negeri,
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Haji Ismail


b. Nik Yang Dipertua PIBG SK Bukit Tunggal untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Penyampaian Anugerah
Kecemerlangan SKBT. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan perasmian sebentar


tadi.

Hadirin dan Hadirat yang dikasih.

Proses diajar, belajar dan mengajar


Membentuk modal insan lebih gemilang
Menghasilkan modal insan elok akhlaknya
Melahirkan watan yang mantap jati diri
Melahirkan generasi kemenjadian dan harapan

PENYAMPAIAN GRADUASI PRA

Pergi sekolah seawal pagi,


Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,
Penerima-penerimanya sabarlah menanti

4
Terbang tinggi si burung helang
Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang Negara terbilang
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dimulakan dengan penyampaian


hadiah kepada PRA SEKOLAH.
Sehubungan itu, majlis dengan hormatnya mempersilakan
…………………………………………… dan mengiringi
…………………………………………………untuk menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah kepada pelajar terlibat.

BACA SENARAI NAMA PENERIMA HADIAH MENGIKUT


URUTAN

Terima kasih diucapkan kepada ………………………………….. dan


……………………………………….. atas penyempurnaan majlis itu..

PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMRLANGAN KELAS KAFA

Majlis diteruskan dengan penyampaian Angerah Kecemerlangan kelas


KAFA. Untuk itu, majlis mempersilakan ………………………………… bagi
menjemput dan mengiringi …………………………………………………………. untuk
menyampaikan anugerah kepada penerima. Dipersilakan.

BACA SENARAI PENERIMA ANUGERAH KECEMRLANGAN


KELAS KAFA

Majlis mengucapkan terima kasih kepada …………………………………….


dan ………………………………………….

5
PENYAMPAIAN ANUGERAH MENGHAFAL AL-QURAN

Majlis seterusnya ialah Penyampaian ANUGERAH KECEMRLANGAN


kepada murid-murid yang berjaya menghafal al-Quran. Untuk itu majlis
mempersilakan …………………………………..untuk mengiringi
…………………………………………., ke pentas utama untuk menyampaikan
anugerah. Dengan hormatnya dipersilakan.

(MUZIK GAMELAN BERMULA)

BACA SENARAI pelajar menghafal al Quran


PELAJAR TERAKHIR ………………………………… berhenti)

PERSEMBAHAN 1

Untuk meneruskan majlis, marilah kita sama-sama menyaksikan


persembahan yang akan disampaikan oleh murid-murid Tahun 4 yang
bertajuk Best Friends Forever. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas persembahan itu tadi.


Untuk makluman semua, persembahan sebentar tadi, merupakan ilham
kreatif murid-murid dan guru pemimpinnya iaitu Pn. Wan ZZanariah bt.
Wan Sembak, Pn Suhana bt. Maarof dan Pn. Norzaitulakma bt. Md. Yunus.

PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS

Warga dewan sekalian,


Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas untuk menjadi
galakan sekaligus teladan kepada semua murid. Ini bukan sahaja dapat
membantu mereka untuk menjadi lebih berdisiplin malah ini akan menjadi
tunggak untuk mereka menjadi lebih berjaya pada masa akan datang.
Majlis yang menjadi agenda wajib dalam takwim tahunan sekolah ini turut
menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang memegang
jawatan dan mengawal disiplin sekolah, mempraktikkan budaya membaca
melalui Penganugerahan Sijil Nilam dan beberapa anugerah khas yang lain.
Bagi menyerikan acara penyampaian anugerah khas ini, pihak majlis pada

6
pagi ini berbesar hati mempersilakan
……………………………………mengiringi………………..………... untuk tampil ke
pentas bagi acara yang seterusnya iaitu anugerah khas murid. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS BERMULA

Majlis merakamkan ribuan terima kasih diucapkan kepada


…………………………………………… dan ……………………………………………kerana
kesudian menyampaikan anugerah kepada para pelajar itu tadi.

PENYAMPAIAN ANUGERAH MATA PELAJARAN TERBAIK

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah


mata pelajaran terbaik Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya,
mempersilakan …………………………………… ………………..diiringi oleh
…………………………………………………. untuk menyampaikan
anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

PENYAMPAIAN ANUGERAH BERMULA

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada


………………………………………………. atas kesudian menyampaikan anugerah
sebentar tadi.
Adat tuan adat berserah
Mari datang membawa puan
Adat bersirih adat sejarah
Untuk tuan kami sembahkan

PERSEMBAHAN 2

Majlis penyampaian anugerah berhenti rehat seketika bagi memberi laluan


kepada persembahan pelajar. Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada murid-murid yang telah


mempersembahkan persembahan itu tadi. Persembahan itu tadi bertajuk
“Guru Tercinta” yang dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan
6. Untuk makluman semua, persembahan sebentar tadi, merupakan ilham

7
kreatif murid-murid dan guru pemimpinnya iaitu Pn. Wan Zanariah bt.
Wan Sembak, Pn Suhana bt. Maarof dan Pn. Norzaitulakma bt. Md. Yunus.

Anak Ibarat kain putih


Diasuh diajar dididik dilatih

Kalau anak tidak dilatih


Jika besar ibu bapa letih

Hati orang tua perlu dijaga


Emak ayah berasa bangga

Jika anak berbudi bahasa


Itu tandanya membalas jasa

PENYAMPAIAN ANUGERAH TERBAIK SETIAP KELAS

Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah terbaik bagi


setiap kelas. Untuk itu, majlis mempersilakan
…………………………………………………………mengiringi……………………………….u
ntuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada …………………………………….dan


…………………………… di atas kesudian menyampaikan anugerah itu tadi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang menerima


anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk
anda terus cemerlang dalam bidang masing-masing.

GRADUASI TAHUN 6

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian graduasi Murid Tahun 6.


Dengan itu, majlis menjemput ………………………………………………untuk
mengiringi …………………………………………………………bagi menyampaikan
anugerah tersebut. Denan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


………………………………………….dan ……………………………………..diatas
kesudian menyampaikan anugerah itu tadi.

8
PENYAMPAIAN ANUGERAH KOKO, AKADEMIK DAN SAHSIAH

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kokurikum,


akademik dan sahsiah. Dengan itu, majlis menjemput
………………………………………………untuk mengiringi
…………………………………………………………bagi menyampaikan anugerah
tersebut. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


………………………………………….dan ……………………………………..diatas
kesudian menyampaikan anugerah itu tadi.

Hadirin yang dihormati,


Adat orang bertandang, kehadiran dialu-alukan, kepulangan
diraikan…sebagai tanda kasih dan tanda penghargaan , majlis dengan ini
mempersilakan En. Md Rahim b. Mamat untuk menyampaikan tanda hati
kepada tetamu jemputan kita pada pagi ini. Dipersilakan Yang Berbahagia
Tn Hj Ismail b. Nik untuk menerima tanda hati daripada pihak sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua dan Yang Berbahagia Tn.
Hj. Ismail b. Nik.

PENUTUP

Dengan penyampaian tanda hati itu tadi, majlis kita sudah tiba
dipenghujungnya.
Kami bagi pihak AJK Pelaksana , mengucapkan setinggi tahniah dan syabas
kepada semua penerima anugerah.Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa
iltizam yang padu.

Gugur menguning buah kuini,


Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja
Sebarang kelemahan harap dimaafi

9
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Hari Anugerah Cemerlang 2013 merakamkan
ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam
menjayakan majlis pada hari ini.

Untuk menangguhkan majlis pada hari ini dengan sukacitanya dijemput Tn. Guru Besar
SKBT En. Md. Rahim b. Mamat untuk memberikan ucapan penangguhan.

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Guru Besar SKBT En. Md. Rahim b. Mamat diatas
ucapan penangguhan majlis anugerah kecemerlangan itu tadi.

Bagi pihak sekolah , majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada
Tetamu jemputan dan semua hadirin yang turut sama meluangkan masa
untuk hadir pada majlis ini . Terima kasih kalungan budi juga diberikan
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
bagi memastikan majlis ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Akar keladi melilit selasih


Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Tenang-tenang air di kali


Tempat mandian putra puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi

Hinggap tempua di hujung dahan


Kenari berbalah berebut taman
Sajian tersedia jemputlah makan
Awal bismillah menjamah hidangan

Sekian . Wabilahitaufiq walhidayah wassalamualaikum wbt.

10

Anda mungkin juga menyukai