Anda di halaman 1dari 2

(Contoh Karangan Jenis Perbincangan)

Pembetulan Karangan Terbuka –UP1


Bahagian B

2. Dewasa ini, masalah obesiti semakin meningkat dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Bincangkan
punca-punca yang menyebabkan obesiti.

(AYAT ISU) Pada zaman yang semakin pesat dengan revolusi perindustrian seperti cendawan yang
tumbuh selepas hujan, semakin banyak remaja yang menghadapi masalah obesiti. (AYAT TEMA) Obesiti
dapat ditakrifkan sebagai seseorang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. (AYAT ARAHAN)
Persoalannya, apakah punca-punca masalah kegemukan dalam kalangan remaja yang semakin mewabak
pada era ini?

(ISI 1-AYAT TOPIK) Antara punca masalah obesiti dalam kalangan remaja semakin merebak pada
masa ini ialah para remaja tidak mempraktikkan amalan pemakanan seimbang. (AYAT HURAIAN –
MENGAPA) Pada zaman revolusi perindustrian ini, banyak syarikat makanan segera yang berkalori tinggi
dan berlemak tinggi. Bagi ibu bapa yang bekerja, mereka senang dan gembira dengan perkembangan
perindustrian makanan segera ini kerana mereka tidak sempat menyediakan makanan untuk anak-anak
lantaran berkejar-kejar ke tempat kerja. (AYAT CONTOH – BAGAIMANA) Jadi, anak-anak dibekalkan
dengan makanan segera seperti sosej, nuget, burger dan sebagainya. Jelaslah bahawa ibu bapa pada zaman
ini lebih mengutamakan hal-hal lain daripada anak sendiri ibarat anak kera di hutan disusui, anak di
rumah mati kelaparan. (AYAT PENEGAS) Tuntasnya, remaja zaman ini yang tidak mengamalkan
pemakanan seimbang telah menatijahkan obesiti dalam kalangan mereka.

(ISI 2-AYAT TOPIK) Selain itu, punca masalah kegemukan dalam kalangan remaja kini ialah
mereka tidak bersukan dan beriadah.(AYAT HURAIAN – MENGAPA) Fenomena ini terjadi kerana
mereka leka dengan hiburan daripada kaca televisyen, telefon pintar dan corong-corong radio, lebih selesa
tidur malah sikap mereka sendiri yang malas untuk bersukan atau beriadah. Remaja juga lebih gemar
melakukan aktiviti yang langsung tidak mendatangkan faedah. (AYAT CONTOH –
BAGAIMANA) Buktinya, kita sering melihat remaja kini lebih cenderung melepak, merokok, merayau-
rayau tanpa arah tujuan. (HURAIAN CONTOH – KESAN) Sikap ini tentulah tidak mendatangkan
kesedaran kepada para remaja untuk menjaga kesihatan diri. (PENEGAS) Pendek kata, jelaslah bahawa
remaja yang kurang gemar bersukan dan beriadah telah menyumbang kepada masalah obesiti yang melanda
Malaysia pada alaf baharu ini.

(ISI 3-AYAT TOPIK) Di samping itu, punca lain tercetusnya masalah kegemukan dalam kalangan
remaja juga adalah kerana sikap remaja itu sendiri. (AYAT HURAIAN – MENGAPA) Sikap remaja yang
tiada pendirian dan suka terpengaruh menyebabkan mereka suka mengambil makanan ringan. Bukan itu
sahaja, remaja juga tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang implikasi yang bakal dihadapi oleh mereka
jika terlalu banyak mengambil makanan yang berlemak serta berkalori tinggi yang akhirnya akan
mengundang penyakit obesiti. Mereka terlalu mengikut hawa nafsu. (AYAT CONTOH –
BAGAIMANA) Apabila syarikat pengeluar makanan segera mencipta produk baharu, mereka akan
mengiklankan produk itu kepada orang awam. (HURAIAN CONTOH – KESAN & UNGKAPAN) Cara
ini telah menyebabkan remaja terpengaruh oleh iklan-iklan yang yang indah khabar daripada rupa. (AYAT
PENEGAS) Ringkasnya, sikap remaja itu sendiri akan mengundang masalah obesiti.

(ISI 4-AYAT TOPIK) Seterusnya, kegemukan dalam kalangan remaja juga berpunca daripada sikap
ibu bapa yang kurang menjaga pemakanan anak-anak mereka. (AYAT HURAIAN – MENGAPA &
UNGKAPAN) Ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak bagai menatang minyak yang penuh sehingga
mengikut telunjuk mereka. Apabila anak-anak hendak makan apa-apa pun, ibu bapa akan memberikannya
walaupun makanan tersebut tidak berkhasiat dan kurang sesuai dengan tumbesaran anak-anak mereka.
(AYAT CONTOH – BAGAIMANA) Ibu bapa akan memenuhi hasrat anak-anak yang ingin makanan
segera seperti yang terdapat di Restoren McDonald, Pizza, KFC dan lain-lain l. (AYAT HURAIAN
CONTOH – KESAN) Malahan, ibu bapa tidak mengetahui bahawa ayam goreng di KFC mengandungi
garam yang tinggi, lemak yang tinggi serta berkalori tinggi yang bukan sahaja mengundang obesiti malah
turut mengundang penyakit kronik yang lain. (AYAT PENEGAS) Konklusinya, kegemukan dalam kalangan
remaja bertitik-tolak daripada sikap ibu bapa yang kurang menjaga pemakanan anak-anak mereka sejak
kecil lagi.

(PENUTUP – MERUMUS ISI-ISI) Kesimpulannya, terdapat beberapa punca yang telah menjadi
pencetus masalah obesiti di negara kita. Masalah ini kian serius dan membimbangkan semua
pihak. (CADANGAN) Oleh itu, ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak mereka makan makanan yang
berkhasiat. Kerajaan juga boleh mengadakan kempen secara besar-besaran mengenai keburukan obesiti ini.
Kempen yang dijalankan juga sewajarnya secara berketiak ular dan bukan bermusim sahaja atau seperti
hangat-hangat tahi ayam sahaja. (HARAPAN) Komitmen daripada semua pihak sudah pasti dapat
merealisasikan usaha negara untuk melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam
menuju Wawasan 2020 yang kita semua impikan.

(681 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai