Anda di halaman 1dari 4

[KPKAT3 2019 – SMK BANDAR TASEK MUTIARA]

TUGASAN PROJEK KERJA KURSUS


ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 3 2019 (KPKAT3)

Integrasi Mata Pelajaran : Matematik Tingkatan 3

Bidang Pembelajaran : Nombor dan Operasi

Tajuk : 3.0 Matematik Pengguna : Simpanan dan Pelaburan, Kredit dan Hutang

Standard Kandungan : 3.1 Simpanan dan Pelaburan

Standard Pembelajaran : 3.1.2 Membuat pengiraan yang melibatkan faedah mudah bagi jumlah pelaburan
yang dibuat berdasarkan tempoh simpanan.

Soalan:

Pn. Fasha mempunyai sejumlah wang dan mengambil keputusan untuk mendepositkan wang tersebut ke
dalam akaun simpanan tetap (fixed deposit) di bank tempatan sebagai pelaburan jangka pendek. Bantu
Pn. Fasha untuk memilih bank yang menawarkan kadar dividen yang terbaik bagi wang yang bakal
disimpan oleh beliau.

A) Anda dikehendaki untuk membina satu aturcara bagi membantu Pn. Fasha untuk memilih bank
yang terbaik untuk menyimpan wang beliau berdasarkan kepada beberapa faktor seperti berikut:

i) Tempoh simpanan
ii) Kadar Faedah

B) Anda juga dikehendaki untuk menghasilkan satu pelaporan penggunaan teknik pemikiran
komputasional dalam setiap fasa pembangunan aturcara

C) Bentangkan hasil pelaporan anda menggunakan media digital yang sesuai.

Arahan:

1. Anda dikehendaki untuk menjalankan kerja lapangan bagi mengumpul maklumat berkaitan bank
yang dipilih (minima 2 bank).
2. Pastikan maklumat berkaitan yang dikumpul disertakan dengan bukti (pamplet,
brousure,jadual,skrip temuduga, gambar dsbnya).
3. Kerja projek murid hendaklah dilaksanakan secara individu dan akan menyumbang markah
sebanyak 30% daripada markah keseluruhan ujian bertulis PT3.
4. Sila rujuk lampiran yang diberi untuk memudahkan anda melaksanakan KPKAT3 ini.
5. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan pentaksir anda.

[Disediakan oleh : Pn. Nazrunnisa binti Mydin – KP ASK]


[KPKAT3 2019 – SMK BANDAR TASEK MUTIARA]
MAKLUMAN KEPADA CALON
1. Mendapat taklimat tentang KPKAT3 dan rangka kerja projek daripada guru mata pelajaran.
2. Menerima sesalinan Arahan Kepada Murid (Lampiran 12), membaca, memahami dan
melaksanakan KPKAT3 seperti yang diarahkan.
3. Membina pernyataan masalah berdasarkan tema atau tajuk yang telah ditetapkan di
peringkat sekolah untuk KPKAT3 tahun semasa.
4. Mencari sumber rujukan sekurang-kurangnya dua rujukan berkaitan pernyataan
masalah.
5. Membawa Surat Kebenaran untuk Melawat atau Menemuramah dan Mendapatkan
Bahan Sumber serta Surat Akuan Diri Murid sekiranya perlu mendapatkan maklumat
tambahan semasa menjalankan KPKAT3
6. Membina objektif KPKAT3 merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai bersesuaian
dengan tema atau tajuk yang telah ditetapkan.
7. Mengenal pasti kaedah yang sesuai dengan KPKAT3.

8. Mengumpul dan menganalisis data daripada sumber yang berkaitan.


9. Menyenarai bahan-bahan yang telah dirujuk.
10. Menganalisis data dan membuat perbandingan daripada pelbagai bahan dan sumber
untuk penyelesaian masalah KPKAT3.
11. Menulis dokumentasi mengikut format yang ditetapkan.
12. Membentangkan KPKAT3 secara individu.

FORMAT PENULISAN LAPORAN


1. Laporan projek KPKAT3 hendaklah ditulis tangan atau bertaip dalam kertas saiz A4 bersaiz
huruf 12 pt dan jenis tulisan Times New Roman atau Times Roman atau jenis yang mudah
dan sesuai dibaca.
2. Penulisan sumber rujukan hendaklah mengikut format yang betul. (rujuk lampiran)
3. Perlu dikokot dan tidak perlu ring binding.
4. Tidak perlu memasukkan senarai kandungan dalam pelaporan.
5. Format laporan adalah seperti berikut;
a) Kulit hadapan
i. Nama mata pelajaran
ii. Tajuk kajian
iii. Nama sekolah
iv. Nama murid
v. No. kad pengenalan murid
vi. Angka giliran peperiksaan
vii. Nama penilai
viii. Tarikh dihantar

b) Kandungan
i) Pendahuluan
ii) Carta Gantt
iii) Fasa pembangunan aturcara. (Rujuk buku teks halaman 3-18)
a) Analisis masalah
b) Reka bentuk atur cara
c) Pengekodan
d) Pengujian dan penyahpepijatan
e) Dokumentasi
iv) Pelaporan menggunakan teknik pemikiran komputasional bagi setiap fasa
pembangunan atur cara. (Rujuk buku teks halaman 19-22)
v) Penghasilan produk (carta aliran kerja-rujuk Carta Gantt)
vi) Cadangan Penambahbaikan
[Disediakan oleh : Pn. Nazrunnisa binti Mydin – KP ASK]
[KPKAT3 2019 – SMK BANDAR TASEK MUTIARA]
vii) Lampiran (Sumber Rujukan, foto, gambar, rajah, atau grafik yang relevan untuk
menjelaskan hasil kajian)

PRODUK ATURCARA
a) Pelajar akan menggunakan perisian Python untuk melaksanakan KPKAT3 ini berdasarkan
soalan yang telah diberi oleh pentaksir.
b) Semua atur cara yang telah siap wajib dicetak kod arahan dan disertakan bersama
dengan dokumentasi yang lengkap.
c) Pelajar wajib menghantar softcopy atur cara yang lengkap kepada pentaksir.

PEMBENTANGAN
a) Pembentangan akan dilaksanakan secara individu.
b) Pelajar boleh memilih medium pembentangan yang dirasakan sesuai (powerpoint, video,
lakonan, simulasi, kertas sebak dan sebagainya).
c) Masa pembentangan adalah 3-5 minit bagi setiap murid.
d) Pemarkahan akan diberi berdasarkan kepada ;
i) kandungan
ii) Kelancaran
iii) Susun atur
iv) Gaya Penyampaian
v) Kreativiti

FORMAT PENULISAN BAHAN RUJUKAN

[Disediakan oleh : Pn. Nazrunnisa binti Mydin – KP ASK]


KERJA PROJEK KSSM ASK TINGKATAN 3 (KPKAT3)

[Disediakan oleh : Pn. Nazrunnisa binti Mydin – KP ASK]

Anda mungkin juga menyukai