Teks Pengacara Majlis Sambutan Hari Guru
Teks Pengacara Majlis Sambutan Hari Guru
Barisan Warga Pendidik & staff D’ Serdang Yang Disayangi Dan anak2 didik yang Dikasihi Sekalian…
Warga SK Serdang sekalian, Bersyukur Kita Ke hadrat Ilahi Kerana Pada Pagi Ini Kita Dapat Bersama-
Sama Berkumpul Bagi meraikankan Insan Yang Amat Kita Sanjungi. Dalam Majlis Sambutan Perayaan
Hari Guru Peringkat SK Serdang Bagi tahun 2019.
Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu NEGARAKU, lagu SELAMAT SULTAN &
lagu SEKOLAH.
Murid-murid diminta berdiri tegak dan bersama menyanyikan dengan penuh semangat.
Bunga Mawar Cantik Tersemat
Dipetik Gadis di Tepi Titi
Doa dibaca Memohon Rahmat
Moga Majlis Sentiasa diberkati
Bagi memberkati majlis ini, dijemput Al Fadhil Ustaz, Tn Hj Mohd Rawi bin Samah untuk memimpin
bacaan doa..dipersilakan.
Terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz di atas bacaan doa sebentar tadi.
PERSEMBAHAN KETIGA –
Demikianlah tadi berakhirnya acara persembahan murid istimewa untuk guru-guru SK Serdang yang
dikasihi sekalian.
Seterusnya adalah acara penyerahan kuntuman bunga ros mekar nan indah oleh barisan pengawas
tahun 4, 5 & 6 kepada guru-guru SK Serdang yang diraikan. Dipersilakan.
Sekiranya ada di antara murid-murid yang berhajat untuk menyerahkan hadiah sebagai tanda terima
kasih dan penghargaan terhadap guru-guru juga bolehlah berbuat demikian dimulakan dengan murid
tahun 6 terlebih dahulu. Sekiranya ada boleh tampil ke hadapan dan menyerahkannya.
Murid-murid tahun 6 diberikan kuasa istimewa untuk mengundi pada hari ini bagi memilih pasangan
kembar yg paling unik di antara kalangan guru-guru & staff yg ada. Kertas undian boleh anda
dapatkan dari saya sebentar lagi dan perlu diserahkan pada waktu rehat untuk tujuan audit dan
pengiraan.
PERMAINAN DALAMAN
REHAT 10.30AM
SILA LETAK NO 1, 2 ATAU 3 PADA PILIHAN ANDA. ANDA HANYA BOLEH MEMILIH 3
PASANGAN SAHAJA.
PETUNJUK MARKAH:
1 - YANG TERBAIK
2 - TERBAIK
3 - BAIK
TERIMA KASIH ATAS UNDIAN ANDA. PILIHLAH SECARA BIJAK, ADIL DAN SAKSAMA.