Anda di halaman 1dari 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

1) Mata Pelajaran : Kokurikulum (Permainan)


2) Kelas / Tahun : PISMP Matematik Ambilan Jun 2016
3) Bil. Murid / Pelajar : 15 Orang
4) Tarikh : 13 April 2017
5) Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
6) Tajuk : Bola Jaring (Menjaring)
7) Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah membuat pembacaan awal tentang cara
menjaring sebelum kelas bermula.
Pelajar telah mempelajari kemahiran hantaran,
menerima dan gerak kaki pada sesi pengajaran minggu
lepas.
8) Objektif Pembelajaran : Pada akhir Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), murid
dapat :
1. Psikomotor
 Membuat jaringan menggunakan kedua-dua
belah tangan ke arah sasaran sekurang-
kurangnya tiga daripada lima percubaan.
 Membuat jaringan menggunakan kedua-dua
belah tangan semasa permainan kecil
dengan betul dan tepat.
2. Kognitif
 Mengenal pasti pemain atau posisi manakah
yang layak membuat jaringan dalam
permainan sebenar.
 Menyatakan peraturan-peraturan asas yang
perlu dipatuhi semasa membuat jaringan.
3. Afektif
 Menunjukkan kesungguhan untuk belajar
semasa mengikuti aktiviti kemahiran
menjaring.
 Meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk
mencuba sesuatu yang baru.
9) Nilai : Tidak berputus asa, Rajin, Bertoleransi, Berdisiplin
10) Bahan Bantu Mengajar : Bola jaring, gelung, jaring, wisel, bip

Anda mungkin juga menyukai