Anda di halaman 1dari 11

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN ISLAM

1.0 TAJUK :

Bahan Inovasi Kata Sendi Nama “dari” dan “daripada” Menggunakan Nyanyian
MATO.

2.0 PENGENALAN

Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia (PPPM) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi
dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu,
program inovasi dalam PdP ini diharap dapat menyuntik semangat dan minat
murid-murid Tahun 4A1 di Sekolah Kebangsaan Relau untuk menguasai kata
sendi nama “dari” dan “daripada” dalam pembelajaran Bahasa Melayu yang
dianggap keliru, sukar dan membosankan.

3.0 OBJEKTIF

Antara objektif program ini ialah;

3.1 Guru dapat menambah baik amalan mengajarkan kata sendi nama “dari” dan
“daripada” untuk pengayaan murid tahun 3 Bestari menggunakan akronim
MATO dalam kuiz melalui teknik nyanyian.

3.2 Memastikan murid mempunyai sifat kreativiti dan berdaya saing antara rakan.

3.3 Memupuk hubungan dua hala yang baik dan mesra antara murid dengan
murid serta murid dengan guru.

3.4 Membentuk murid supaya sentiasa bersedia dengan pembelajaran


berpusatkan murid.

1
4.0 RASIONAL

Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu


dan serba boleh secara keseluruhan demi kelangsungan hidup yang
semakin mencabar.

5.0 SASARAN

Murid Tahun 4A1, di SK Relau (Kedah) terutamanya yang menghadapi


masalah dalam menguasai kemahiran tatabahasa kata sendi nama “dari”
dan “daripada”.

6.0 PERNYATAAN MASALAH

Kajian tindakan yang dilakukan ini berfokus pada masalah penguasaan


mengingati fungsi kata sendi nama “dari” dan “daripada”. Berdasarkan
pemerhatian saya, segelintir murid 3 Bestari masih lagi keliru dengan
fungsi kata sendi nama “dari” dan “daripada” menyukarkan saya untuk
mengajarkan kemahiran membina ayat, penulisan karangan dan lisan.
Sebagai contoh, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, saya telah
mengajar kemahiran tatabahasa dan teknik yang saya gunakan ialah
teknik syarahan. Apabila selesai sesi penerangan, saya telah
memberikan latihan lembaran kerja. Segelintir murid telah gagal
menjawab soalan yang diberikan walaupun aras soalan yang diajukan
adalah aras mudah dan sederhana.

Hal ini bukan sahaja berlaku semasa pembelajaran kata sendi


nama “dari” dan “daripada” malahan kesalahan ini dapat dikesan dalam
penulisan karangan mereka. Selain itu, setelah menjalankan pengajaran
secara konvensional seperti kaedah terus yang menggunakan kad
imbasan dan papan putih semata-mata, saya mendapati minat murid
untuk mengikuti pengajaran saya adalah pada tahap yang lemah. Mereka
tidak ceria dan tidak bermotivasi untuk belajar.

2
Jika masalah ini tidak ditangani dengan segera, masalah akan
timbul semasa murid tersebut melangkah ke tahap 2 dan seterusnya
akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Oleh itu, saya
terpanggil untuk mengambil inisiatif sebagai seorang guru bagi
membantu murid-murid saya mengingati fungsi kata sendi nama “dari”
dan “daripada” dengan betul dan tepat. Akhirnya, saya mengambil
keputusan untuk menggunakan teori kecerdasan pelbagai iaitu
kecerdasan muzik untuk diaplikasikan dalam intervensi saya.

7.0 SKOP DAN LIMITASI PROJEK

Berdasarkan fokus saya untuk meningkatkan penguasaan kata sendi


nama “dari” dan “daripada” murid Tahun 4 Bestari, saya telah menetapkan
skop bagi projek saya ini iaitu menumpukan perhatian terhadap
meningkatkan penguasaan dalam tatabahasa kata sendi nama “dari” dan
“daripada”. Saya menggunakan teknik nyanyian daripada Teori
Kecerdasan Pelbagai. Dalam menentukan skop projek yang sesuai, saya
telah menjadikan soalan-soalan di bawah sebagai panduan dan penanda
aras :

i. Adakah situasi atau masalah itu wujud dalam amalan penyelidikan


dan inovasi?

Ya. Masalah membezakan fungsi kata sendi nama “dari” dan


“daripada” sememangnya wujud dalam amalan penyelidikan.
Hanya bergantung kepada guru untuk mengambil cakna akan
masalah ini atau pun hanya mengabaikannya.

ii. Bolehkah penyelidik atau guru melakukan sesuatu terhadap situasi


atau masalah tersebut bagi penambahbaikannya?

Boleh. Saya menggunakan teknik nyanyai MATO iaitu formula bagi


kata sendi nama “dari” iaitu M untuk masa, A untuk arah dan T
untuk tempat, manakala kata sendi nama “daripada” melibatkan O
untuk orang dan objek.

3
iii. Adakah penyelidik atau guru terlalu bergantung kepada orang lain
apabila hendak melakukan sesuatu perubahan terhadap situasi
atau masalah tersebut?

Tidak. teknik nyanyian adalah sangat fleksibel digunakan dalam


bilik darjah tanpa perlu membawa murid ke luar bilik darjah.
Kaedah ini juga tidak memerlukan alatan bantu mengajar yang
canggih sebaliknya hanya menggunakan bahan bantu mengajar
yang asas seperti alat pandang dengar dan laptop. Oleh itu saya
tidak perlu bergantung kepada mana-mana pihak sama ada pihak
sekolah atau pun ibu bapa untuk melaksanakan kaedah ini.
Kaedah ini boleh dijalankan pada bila-bila masa sahaja.

8.0 KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK

Hasil penelitian dan penganalisaan saya terhadap soalan-soalan


peperiksaan Matematik Tahun 4 tahun-tahun lepas, saya dapati bahawa
item berkaitan tatabahasa merupakan item wajib dan perlu dikuasai oleh
murid-murid sebelum mereka mempelajari topik-topik lain seperti ayat
atau sintaksis. Kelemahan murid-murid dalam morfologi boleh
menyebabkan pembelajaran mereka dalam topik-topik lain seperti ayat
sama maksud, struktur ayat dan sebagainya menjadi sukar, kerana dalam
setiap topik berkenaan ada diselitkan aspek-aspek morfologi. Jika murid
dapat menguasai kemahiran asas tatabahasa, kemungkinan besar
mereka akan berpeluang memperolehi sekurang-kurangnya lulus dalam
ujian atau peperiksaan yang dijalankan.

Daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid, saya


telah merasakan bahawa satu teknik diperlukan bagi membolehkan murid-
murid dapat menguasai kata sendi nama “dari” dan “daripada” dengan
betul agar dapat membantu meningkatkan prestasi mereka dalam
akademik khususnya dalam matapelajaran Bahasa Melayu agar tidak
ketinggalan berbanding dengan murid-murid lain. Saya juga yakin jika

4
saya dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu ini, sikap negatif murid-murid akan berubah dan
pencapaian mereka dalam matapelajaran ini dapat diperbaiki. Menurut
Hayazi (2008), dalam proses pengajaran dan pembelajaran, rangsangan
dari pelbagai sumber penting bagi membina daya kreativiti dan inovasi
dalam membina kreativiti dan juga inovasi pelajar. Oleh itu, saya
berpendapat dengan penggunaan teknik nyanyian MATO yang juga
merupakan bahan bantu belajar dapat membantu murid-murid saya
menguasai kemahiran kata sendi nama “dari” dan “daripada”.

9.0 ANGGARAN KOS PROJEK


Jadual 9.0 menunjukkan anggaran kos perbelanjaan yang diperlukan
untuk melaksanakan projek ini.

Jadual 9.0 : Kos Kajian

BIL JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA JUMLAH KOS


SEUNIT
1 Kertas A4 X RM 9 = RM 9 RM 9
2 Dakwat Printer 4 X RM 5 = RM 20 RM 20
3 Potostat Bahan Dan RM 20 RM 20
Laporan Projek
4 Fail 1 X RM 5.00 = RM 5.00
RM5.00
5 Kertas Warna 10 X 0.10 = RM 1 RM 1
6 Buku Catatan RM 2 RM 2
JUMLAH RM 57.00

5
10.0 TINJAUAN DAN KAJIAN

Kajian yang dilakukan oleh pakar psikologi Dr. Frances Rauscher (1994)
dari Universiti Wisconsin telah membuktikan bahawa muzik boleh
merangsangkan fungsi otak yang diperlukan dalam pembelajaran. Kajian
Rausher et al (1994) dalam catatan Denie (2000) juga membuktikan
bahawa kanak-kanak yang didedahkan kepada muzik pada awal umur
mereka, mereka mempunyai perkembangan sosial, mental dan fizikal
yang lebih matang. Selain itu Dr. Georgi Lozanov mengatakan muzik
dapat menguatkan daya ingatan dan memudahkan pembelajaran
sekiranya digunakan dengan baik (Radin, 2003).

Penggunaan muzik dan nyanyian dalam proses pengajaran


merangsang pancaindera komunikasi murid seperti pancaindera
pendengaran. Rangsangan terhadap pancaindera murid mempengaruhi
keberkesanan pembelajaran murid. Pernyataan ini disokong oleh kajian
yang telah dijalankan oleh Gould-Marks dalam buku Zarul Akhmar, 1993
yang membuktikan bahawa apabila pancaindera digunakan dengan bijak
peratus pemahaman ialah sebanyak 30 peratus dan peratus ingatan ialah
40 peratus. Sebagai kesimpulannya penggunaan teknik nyanyian
merangsang pancaindera murid dan dapat meningkatkan pencapaian
murid.

Dalam kajian Sofian dan Osman (2008), Herman (1991)


menyatakan bahawa intergrasi muzik dengan mata pelajaran lain akan
melengkapkan perkembangan otak kiri dan kanan. Hal ini jelas
menyatakan bahawa penggunaan muzik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mampu meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif murid-
murid. Melalui kaedah nyanyian yang digunakan ini juga murid bukan
sahaja berhibur tetapi juga turut menerima maklumat yang ingin
disampaikan oleh guru. Kenyataan ini disokong oleh Laurence O’Donnel
(1999) yang menyatakan bahawa maklumat yang diterima mengaktifkan
otak kiri, manakala muzik mengaktifkan otak kanan, aktiviti yang

6
melibatkan kedua-dua belah otak seperti nyanyian menyebabkan otak
menjadi lebih afektif untuk memproses maklumat.

Oleh hal yang demikian, berdasarkan kajian dan pendapat para


ilmuwan, maka saya terpanggil untuk mencipta senikata lagu kata sendi
nama “MATO” dengan mengubah suai lirik lagu “Aku Anak Kampung”.
Dengan terciptanya lirik lagu ini murid-murid dapat menghafal dan
seterusnya memahami fungsi kata sendi nama “dari” dan “daripada”
berdasarkan teknik nyanyian yang didedahkan. Pentingnya kajian ini
adalah untuk mendatangkan keseronokan kepada murid mahupun guru
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Aktiviti
nyanyian juga merupakan pencetus kepada perubahan dalam aktiviti yang
lazim ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Proses pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan ini memberi
peluang kepada murid untuk lebih memahami perkara yang dipelajari.

Aktiviti ini juga memberi peluang kepada murid-murid untuk terlibat


sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajran. Rentak, irama,
seni kata dan melodi semuanya boleh menerapkan perkataan-perkataan
yang dipelajari ke dalam otak secara berkesan di samping menyumbang
kepada pengajaran guru yang sangat menarik. Oleh sebab itu, saya telah
menerapkan contoh-contoh penggunaan kata sendi nama “dari” dan
“daripada” ke dalam lirik lagu tersebut.

11.0 KAEDAH PENILAIAN

Saya akan menggunakan empat cara untuk membuat penilaian ke atas

projek inovasi ini.. Jadual 11.0 dibawah ditunjukkan kaitan soalan kajian

dengan cara pengumpulan data untuk penilaian projek.

7
Jadual 11.0 : Soalan Kajian , Pengumpulan Data Dan Analisis

CARA
SOALAN KAJIAN MENGUMPUL ANALISIS
DATA
1. Adakah penggunaan teknik -Analisis Dokumen :
nyanyian MATO dapat
membantu murid Tahun 4A1 i) Lembaran kerja Peratus
menguasai kemahiran kata sendi
nama “dari” dan “daripada”? ii) Pemerhatian naratif

2. Adakah penggunaan teknik -Analisis Dokumen :


nyanyian MATO dapat
mengatasi masalah memahami i) Lembaran kerja Peratus
kata sendi nama “dari” dan
“daripada”? ii) Pemerhatian
3. Adakah penggunaan kaedah -Pemerhatian Koding
nyanyian MATO dapat menarik
minat murid Tahun 4 A1 untuk -Soal selidik Peratus
mengatasi kekeliruan fungsi kata
sendi nama “dari” dan
“daripada”?

11.1 Huraian Kaedah Pengumpulan Data

i. Pemerhatian

Saya telah menjalankan pemerhatian ke atas diri saya


sendiri dan murid-murid 4A1 semasa proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu sebelum ini. Pemerhatian ini
bertujuan untuk memerhati suasana dan juga tingkah laku
murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung terutama semasa pengaplikasian teknik
nyanyian.

Instrumen yang diguna pakai bagi melaksanakan


pemerhatian ini ialah borang senarai semak pemerhatian,

8
rakaman video, foto dan borang pemantauan oleh pihak
pentadbir. Suasana pembelajaran dan pola tingkah laku
dapat dilihat dengan jelas melalui rakaman video.

Tujuan saya menggunakan borang senarai semak


pemerhatian adalah untuk memerhati dan menganalisis
tahap penguasaan kemahiran kata sendi nama “dari” dan
“daripada” dalam kalangan murid-murid sasaran semasa
intervensi dijalankan.

Pemerhatian berstruktur digunakan supaya data


dapat dianalisis menggunakan frekuensi dan peratus melalui
senarai semak yang disediakan. Kaedah pemerhatian
merupakan satu kaedah penyelidikan yang biasa digunakan
untuk mengukur pemboleh ubah dalam sesuatu penyelidikan

ii. Temu Bual

Saya memilih temu bual berstruktur dalam kajian ini.


Menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddn (2013),
tujuan temu bual berstruktur ini untuk memastikan bahawa
semua responden yang ditemu duga akan mendapat soalan
yang sama atau serupa dan ini menjamin jawapan yang
dibeerikan mempunyai kebolehpeercayaan terkumpul yang
tinggi.

Menurut Chua Yan Piaw (2006), menyatakan bahawa


perbualan dua hala yang bertujuan untuk mengumpul
maklumat kajian, melibatkan interaksi bersemuka antara
penemubual dan responden. Oleh itu, saya memilih temu
bual berstruktur bertujuan untuk mendapatkan maklumat
yang sahih daripada murid-murid sasaran saya.

Tujuan saya menjalankan temu bual ini adalah untuk


mengetahui keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

9
semasa intervensi. Saya ingin mengetahui berkaitan tahap
penguasaan murid, suasana yang ceria dan kemampuan
teknik nyanyian ini menarik minat murid-murid. Secara tidak
langsung, masalah tingkah laku di dalam kelas dapat saya
tangani.

iii. Analisis Dokumen

Bagi instrumen analisis dokumen, saya telah menggunakan


borang analisis markah lembaran kerja murid. Data daripada
dokumen boleh diperoleh dengan menggunakan kekerapan
atau peratus. Analisis dokumen lembaran kerja murid akan
dibuat secara kualitatif dengan melihat kekerapan murid
yang lemah dalam latihan menjawab soalan kata sendi
nama “dari” dan “daripada”. Analisis data ini dipaparkan
secara jadual dan graf grafik.

Saya memberikan gred bagi setiap lembaran kerja


yang diberi. Pembahagian gred tersebut adalah seperti Gred
A (80% -100%), gred B (60% -79%), gred C (40% - 59%),
gred D (20% - 39%) dan gred E (0% - 19%).

Disediakan oleh,

................................................
(MOHD. PARDZLI BIN LAZIM)
Guru Pelatih
PPG IPGK Tuanku Bainun

Disemak oleh, Disahkan oleh,

....................................... ................................

10
11

Anda mungkin juga menyukai