Anda di halaman 1dari 1

tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.

Begitulah kata-kata yang sering


diingatkan kepada anak-anak agar menghargai segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh
ibu bapa kepada anak-anaknya. Dari sejak kecil, kita telah ditatang bagai minyak yang penuh oleh ibu
bapa kita agar dapat menjalani kehidupan yang sempurna. Sedasarwarsa ini, sering meniti dari bibir ke
bibir setiap umat manusia di seganap empat penjuru dunia tentang isu anak-anak melupakan ibu bapa
mereka. Sebagai seorang anak yang telah dilahirkan dari rahim ibu, kita hendaklah melaksanakan
tanggungjawab kita sebagai seorang anak terhadap ibu bapa kita.

Tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa adalah dengan
belajar bersungguh-sungguh. Ibu bapa hanya mengharapkan kejayaan daripada anak-anaknya dan
bukanlah wang ringgit atau harta benda. Kita hendaklah belajar dan menuntut ilmu dengan bersungguh-
sungguh agar dapat mengerapi segala impian dan harapan ibu bapa. Janganlah kita mudah berputus asa
dan rajinlah bertanya kepada guru-guru jika tidak memahami sesuatu topik yang telah dipelajari kerana
malu bertanya sesat jalan. Seorang cendekiawan dunia iaitu Albert Einstin ada mengatakan bahawa apa
yang paling penting bagi anak-anak muda pada masa ini adalah sikap rajin bertanya. Oleh sebab itulah,
kita hendaklah beringan mulut untuk bertanya. Sebagai seorang anak, janganlah kita sesekali
mengecewakan ibu bapa kita. Sebagai tamsilan, apabila seorang anak itu ingin menduduki peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ianya perbelajaran yang begitu besar amatlah diperlukan oleh anak
tersebut dan oleh sebab itulah, kita hendaklah menjawabnya dengan bersungguh-sungguh. Hal ini
demikian, agar segala jenih-penih dan penat-lelah ibu bapa akan terbayar. Jelaslah bahawa, anak-anak
perlu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap ibu bapa dengan belajar bersungguh-sungguh.

Di samping itu, sebagai seorang anak kita hendaklah mentaati segala perintah dan suruhan serta
nasihat yang telah diberikan oleh ibu bapa. Janganlah sesekali kita membantah percakapan mereka
selagi mana suruhan tersebut tidak bertentangan dengan hukum syarak. Kita mestilah patuh dan
mendengar nasihat ibu bapa dengan penuh rasa hormat kerana mereka merupakan orang yang lebih tua
daripada kita. Segala tugasan dan suruhan yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada kita hendaklah
dilaksanakan dengan penuh rasa keikhlasan dan bermanis muka. Apabila kita dibelenggu sesuatu
permasalahan, mintalah

Anda mungkin juga menyukai