Anda di halaman 1dari 3

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, para hakim, guru besar, guru-guru dan rakan

sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah
Semangat Kejiranan”.

Hadirin yang dikasihi,

Jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling rumah kita. Sebagai manusia
yang waras, kita mesti ada sikap hormat-menghormati, kasih sayang, bertolak ansur
dan ramah mesra. Semangat kejiranan mampu mewujudkan masyarakat yang aman
damai dan bersatu padu.

Semangat kejiranan masih diamalkan di kawasan luar bandar berbanding di


bandar. Kebanyakan penduduk di kawasan kota begitu sibuk dengan urusan kerja.
Ada kalanya, jiran sebelah tidak pernah bertegur sapa. Namun begitu, semangat ini
masih kukuh dalam kalangan masyarakat desa. Kelompok ini masih berpengang
teguh pada adar resam, saling membantu dan menziarahi serta mengutamakan
gotong-royong.

Hadirin yang dihormati,

Sudah tiba masanya kita membaiki perbezaan ini agar segenap lapisan
masyarakat di negara kita sentiasa mengutamakan semangat kejiranan. Kerajaan
telah menjalankan pelbagai program untuk melahirkan masyrakat yang mengamalkan
semangat kejiranan. Apapun, kita mesti berubah untuk mencapai matlamat ini.
Setakat ini sahaja syarahan saya.

Sekian, terima kasih.


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru besar, guru-
guru dan rakan-rakan seperjuangan. Salam sejahtera. Pada hari ini, saya akan
menyampaikan syarahan yang bertajuk “Tanggungjawab Sebagai Seorang Anak
terhadap Ibu Bapa”.

Hadirin yang dihormati,

Ibu bapa adalah insan yang paling bermakna dalam hidup kita. Tanpa mereka,
kita tidak mungkin wujud di alam fana ini. Mereka telah banyak berkorban untuk kita.
Sejak kita lahir sehingga dewasa, merekalah yang membesar dan mendidik kita tanpa
jemu. Jadi, apabila dewasa kita mestilah membalas jasa mereka walaupun mereka
tidak pernah minta dibalas.

Kita hendaklah berbakti kepada ibu bapa. Lebih-lebih lagi di saat mereka
memerlukan kasih sayang seorang anak ketika usia mereka semakin lanjut dan uzur.
Ketika itulah, perhatian dan kasih sayang kita harus berikan kepada mereka
sebagaimana mereka memelihara kita dengan penuh kasih sayang. Curahkan kasih
sayang tanpa berbelah bagi kepada mereka.

Hadirin yang dikasihi,

Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, berbaktilah dan hargailah jasa


mereka ketika masih berkesempatan. Kasih sayang mereka tiada ternilai dengan
wang ringgit.

Sekian, terima kasih.


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Tuan Guru Besar, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat pagi dan selamat sejahtera
saya ucapkan.Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan syarahan yang
bertajuk "Membaca Amalam Mulia".

Hadirin yang dihormati,

Sikap membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi. Melalui bacaan dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana kebanyakan orang yang maju dan
berjaya adalah terdiri daripada mereka yang minat membaca. Justeru,tanamlah sikap
suka membaca di kalangan kita semua. Sebenarnya ibu bapa memainkan peranan
penting dalam mewujudkan sikap ini. Ibu bapa seharusnya menjadikan amalan ini
sebagai kegiatan harian mereka. Apabila anak-anak melihat ibu bapa mereka sering
membaca secara tidak langsung minat mereka turut terpahat.

Hadirin yang budiman,

Buku-buku yang baik perlu dibaca bagi meningkatkan ilmu yang terkandung di
dalamnya. Buku-buku ini akan dapat membentuk peribadi yang mulia berdasarkan
nilai-nilai murni yang terdapat dalam bacaan tersebut. Selain itu, membaca juga dapat
mengisi masa lapang tanpa menghabiskan masa dengan sesuatu yang tidak
berfaedah dan sia-sia.

Oleh itu, di sini saya ingin menyeru kepada semua “Jadikan membaca ini satu
amalan seharian.” Melalui bacaan dapat menambah dan memperluaskan ilmu
pengetahuan yang sedia ada.

Sekian dahulu syarahan saya dan saya akhiri dengan lafaz terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai