Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH MENENGAH SAINS POKOK SENA

(SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI)


06400 POKOK SENA, KEDAH DARUL AMAN.
Tel: 047823733 Fax : 047825275
Email : kea2181.ppdkotasetar@gmail.com
Web : http://www.smsps.edu.my

Ketua Pegawai Eksekutif.


E-Idaman Group Of Companies,
Wisma Idaman,
No 163 & 164 Jln BSG 4, Bandar Stargate,
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05400 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

PERMOHONAN SANGKAR KITAR SEMULA DAN TAKLIMAT KITAR SEMULA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah di bawah Unit Bimbingan Dan Kaunseling serta Kelab
Alam Sekitar serta Pelancongan SM Sains Pokok Sena berbesar hati ingin menjemput pihak Tuan
untuk menyampaikan ceramah berkaitan dengan Kitar Semula dan ingin memohon sangkar kitar
semula bagi kegunaan warga sekolah dalam memupuk kesedaran mencintai alam sekitar dan
menjaga kebersihan.

3. Program yang dirancang ini adalah salah satu elemen kepada hala tuju masa depan serta
kerjaya ke arah merealisasikan impian dan kejayaan dari segi akademik dan juga jati diri pelajar.

4. Kerjasama dan keprihatinan tuan bagi menjayakan program ini didahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih,

“KEGEMILANGAN SEMUA BIDANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(RAFEAH BINTI HASHIM)


Pengetua
SM Sains Pokok Sena
06400 Pokok Sena
Kedah Darul Aman