Anda di halaman 1dari 3

Kelebihan dan kelemahan teori Tret dan Faktor

1. Kelebihan
Teori Tret dan Faktor merupakan teori yang sering digunapakai dalam proses
membuat pemilihan kerjaya dengan cara memadankan ciri-ciri individu dengan
keperluan sesuatu pekerjaan (Sidek 2013). Kelebihan utama teori ini ialah gabungan
ciri personaliti dan keperluan kerjaya yang dipadankan akan memenuhi keperluan
individu yang akan menjadikan pencapaian kerja yang memuaskan. Teori ini mampu
membentuk pekerjaan yang ideal untuk setiap individu kerana minat dan kebolehan
individu tidak mudah berubah dari semasa ke semasa kerana tret personaliti manusia
telah diandaikan sebagai struktur psikik neurologikal yang tidak mudah luntur dan
wujud di dalam sistem otak dan saraf manusia(Hogan de Soto & Solono 1977).Teori
Tret dan Faktor juga merupakan teori yang sangat mudah untuk diimplementasi
kerana ianya merupakan proses yang agak mudah untuk difahami dan sangat
praktikal serta boleh diukur dan dipercayai (Crities 1981) .Para pengamal teori Trek
dan Faktor juga telah membentuk dan memberikan definisi tret dan penjelasan
tentang isu pemilihan kerjaya dan pertukaran kerja dengan begitu memuaskan (Sidek
2013) Kaunseling kerjaya yang mengunakan teori Trek dan Faktor sentiasa
menunjukkan kepekaan kaunselor dalam membuat penilaian dan juga semakan
berkaitan dengan personaliti klien yang sesuai untuk dikaitkan dengan bidang kerjaya
yang bertepatan dengan personalitI dri klien . Keperibadian seseorang individu dalam
teori Trek dan Faktor ini dihubungkan antara satu sama lain dan ianya membentuk
sebuah set nilai yang sangat berguna kepada kaunselor untuk membantu klien yang
datang menjalankan sesi kaunseling kerjaya dalam menentukan matlamat kerjaya
yang jelas untuki diri mereka. Kaunseling merupakan alat bantuan yang dijalankan
oleh seorang kaunselor untuk membantu klien bagi menilai kecekapan diri klien dan
mengembangkan potensi diri klien tersebut. Tugas kaunselor dalam disiplin
kaunseling kerjaya dengan menggunakan Teori Trek dan Faktor sebagai panduan
merupakan sesuatu yang tidak asing lagi kerana teori ini sememangnya dapat
membantu seseorang individu untuk memperolehi kemajuan dengan memberikan
pemahaman dan cuba mengenal diri mereka dengan menilai dan menginterprestasi
sendiri kekuatan dan kelemahan diri dengan melihat apa sebenarnya keserasian
keperluan kerjaya yang diingini dengan ciri-ciri kendiri yang wujud pada diri masing-
masing.
Apa yang lebih menarik, teori ini juga telah merangsang ratusan penyelidikan
dalam bidang tret, menghasilkan rasional untuk analisis pekerjaan dan telah menjadi
asas pembentukan dokumen seperti Dictionary of Occupational Titles (DOT) . Teori
Trek dan Faktor ini juga menghasilkan skala inventori dan ujian-ujian psikologikal yang
banyak dan pelbagai serta digunakan oleh kebanyakan kaunselor kerjaya bagi
membantu individu membina dan mengembangkan potensi kerjaya masing-masing ke
arah mencapai nikmat dan kepuasan diri yang menuju kebahagiaan dan kesejahteraan
kualiti kehidupan sejagat.

2. Kelemahan

Tidak dinafikan teori trek dan Faktor juga tidak terlepas daripada kekurangan dan
kelemahan. Banyak diskusi yang membincangkan secara ilmiah tentang kelemahan
teori Trek dan Faktor. Walaupun teori ini dilihat sangat rasional dan praktikal,namun
ianya dikaitkan dengan personalisme iaitu penumpuan kepada faktor individu
keseluruhan (Weinrach 1979). Hakikatnya dalam membuat pertimbangan tentang
kerjaya,pelbagai faktor atau aspek perlu diberi pertimbangan sewajarnya bagi
memastikan pembinaan kerjaya dilihat dan dinilai secara holistik dan komprehensif.
Antara elemen yang perlu diambilkira dan diberi perhatian dalam isu dan proses
pemilihan kerjaya seperti faktor biologi, geografi dan sosiologi yang sememangnya
memberi kesan kepada proses pemilihan kerjaya (Sidek 2013). Hubungan tret dan
pemboleh ubah seperti gender,taraf pendidikan dan status ekonomi juga seharusnya
diberi keutamaan dalam melihat perkembangan kerjaya. Selain itu, pertalian tret
dengan pemilihan kerjaya juga perlu diperincikan seperti hubungan nilai
,keperluan,sikap dan minat berkobelarasi membentuk pemilihan kerjaya (Sidek 2013.
Hubungan ke atas faktor dan pembolehubah ini perlu dibuat dan dinyatakan secara
jelas agar proses pemilihan kerjaya dapat difahami dengan mendalam dan keputusan
dalam memilih kerjaya dapat dilakukan dengan lebih jelas dan tepat.
Antara kelemahan lain yang dapat dilihat dalam perbahasan mengenai teori Trek
dan Faktor ini ialah kestabilan tret dan personaliti individu itu sendiri. Personaliti dan
tret individu boleh mengalami perubahan dalam pelbagai sebab. Antara faktor yang
mendorong perubahan tret ialah peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi
global yang boleh mengubah keperluan personaliti kerjaya yang wujud dalam
persekitaran. Perubahan zaman dan kemodenan ini boleh mempengaruhi jumlah
peluang dan pilihan yang wujud dan tersedia untuk seseorang.Faktor institusi sosial
seperti pengaruh keluaga dalam pemilihan kerjaya turut tersenarai dalam elemen
yang perlu diambil kira dalam peroses pemilihan kerjaya. Kadang kala keluarga
meletakkan syarat atau harapan kepada individu dalam pemilihan kerjaya.Tret
mereka dipengaruhi dan diasuh ke arah laluan pilihan kerjaya keluarga yang mungkin
juga disebabkan tradisi atau faktor ekonomi keluarga itu sendiri. Satu lagi Kelemahan
yang dikenalpasti dalam teori ini ialah keterbatasan pola ciri-ciri keperibadian individu
yang membatasi peluang seseorang.Terdapat ramai manusia yang mempunyai pola
keperibadian yang sama untuk mencapai kejayaan di bidang pekerjaan yang sama
.Ini akan menyebabkan persaingan dan motivasi yang perlu diukur dan
dipertimbangkan dalam sesuatu proses pemilihan kerjaya.

Rujukan

Horgon,R.,C.B.De Soto & C. Solano.1977.Traits,tests and personality


research.American Psychologist 32:255-264

Crities, J.O. 1981.Career Counseling:Models, Methods and Materials.New York:Mac


Graw Hill

Sidek Mohd Noah.2013.Perkembangan Kerjaya Teori dan Praktis.Universiti Putra


Malaysia,Serdang:Perkhidmatan Percetakan FPP.

Weinrach, S.G. 1979a. Career Counseling : Theoretical and Practical


Perspective.New York:McGraw Hill