Anda di halaman 1dari 4

JADUAL SLT

INTERAKSI BUKAN BERSEMUKA


(KULIAH)

1. Kod dan
PJMS 3013 LATIHAN KECERGASAN FIZIKAL
Nama Kursus
2. Kredit 3
3. Minggu 3
4. Tarikh 27 JUN 2015 – 1 JULAI 2015
5. Masa 7.00 – 9.00 PM
6. Tempat Librari IPGKS
Interaksi
Kuliah : 2 Jam
7. Bukan
Amali :-
Bersemuka

3.Jenis-jenis latihan
Tajuk dan  Latihan meningkatkan kecergasan
8.  Latihan meningkatkan kuasa
Kandungan
 Latihan sukan spesifik
 Latihan meningkatkan kekuatan otot
 Latihan untuk rehabilitasi

Aktiviti-
9. Menghuraikan jenis-jenis latihan untuk meningkatkan
Aktiviti kekuatan otot, kuasa, sukan spesifik dan rehabilitasi.

Latihan Litar
Objektif latihan

Refleksi/ 1. Meningkatkan daya tahan otot


10. 2. Meningkat dan melatih keupayaan anaerobik dan
Catatan aerobik.
3. Meningkatkan kederasan,
4. ketangkasan dan kelembutan
5. Membina daya tahan kardiovascular
http://panitiapjksktdh2.blogspot.com/2010/11/jenis-jenis-latihan-kecergasan-fizikal.html

Latihan Litar
- Latihan litar ialah salah satu daripada kaedah latihan yang selalu digunakan
untuk menguji kecergasan fizikal.
- Latihan ini telah diperkenalkan oleh R.E.Morgan dan G.T.Adamson pada tahun
1953 di Universiti of Leeds, England.
- Latihan litar merupakan latihan yang melibatkan stesyen-stesyen tertentu dan
dilakukan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. Satu litar telah dilakukan jika
pelaku telah melakukan semua aktiviti.
- Latihan ini adalah latihan di mana peserta melakukan beberapa aktiviti secara
bersiri atau dalam satu litar. Jumlah aktiviti yang dipilih adalah di antara 8 hingga
12 yang mana melibatkan otot-otot yang berlainan.
- Objektif latihan
6. Meningkatkan daya tahan otot
7. Meningkat dan melatih keupayaan anaerobik dan aerobik.
8. Meningkatkan kederasan,
9. ketangkasan dan kelembutan
10. Membina daya tahan kardiovascular
Rasional Latihan
- berasaskan prinsip lebihan beban
- Tidak memerlukan alatan dan ruang yang banyak Jangka latihan singkat Aktiviti
boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian Memberi kebebasan kepada individu
berlatih mengikut kemampuannya Keputusan cepat diperolehi. Prinsip Latihan
Aktiviti yang dipilih bersesuaian dengan objektif Kaedah perlakuan mestilah betul
dan diselaraskan Aktiviti disusun supaya tidak bebankan kumpulan otot yang
sama Peserta melakukan aktiviti secara berterusan Aktiviti latihan litar (contoh)
Tekan tubi Bangun tubi Lari ulang alik Burpee Skipping Lompat selang seli
(alternate split jump) Jack knife Angkat kaki Langkah-langkah keselamatan
Sebelum menjalankan sebarang latihan kecergasan, perlulah diambil perhatian
supaya atlit kita sentiasa dalam keadaan selamat dan boleh menjalani aktiviti
secara berterusan. Aktiviti tidak menyakitkan. Pergerakan sendi hingga ke tahap
maksima. Alatan atau tempat latihan hendaklah selamat digunakan. Pakaian
sesuai. Ulangan adalah munasabah dan dalam kemampuan peserta. Intensiti
yang terlalu berat akan mendatangkan masalah kepada pernafasan
http://sportiviartsen.blogspot.com/2014/05/pemulihan-kecederaan-sukan-rehabilitasi.html

Definisi Rehabilitasi
Rehabilitasi bermaksud proses mengembalikan bahagian yang cedera kepada
keadaan yang asal.
Prinsip
Kesegeraan - Ambil tindakan segera ke atassesuatu insiden atau kes.
Pemulihan awal - Dilakukan pemulihan awal untuk mengurangkan kesan
kecederaan. Seseorang individu yang cedera haruslah melakukan pemulihan
daripada menunggu bahagian yang tercedera sembuh.
Progresif - Melakukan rehabilitasi secara beransur maju.

Objektif
Rawatan yang diberikan mestilah bertujuan untuk memulihkan dan mengembalikan
fungsi badan kepada tahap asal pada jangka masa yang singkat dan secepat
mungkin.

Faktor-faktor Mempengaruhi Rehabilitasi


Cedera yang teruk atau serius.
Tahap penyembuhan tisu.
Jenis rawatan.
Kekuatan otot-otot pada tangan dan kaki.
Kesakitan dan julat pergerakan sendi.
Bengkak pada sendi.
Keperluan atlit untuk bermain semula
Proses Pemulihan
Menguatkan otot, ligamen dan tendon yang telah pulih daripada kecederaan.
Memulihkan tahap kecergasan atlet kepada keadaan asal.
Meningkatkan julat pergerakan dan kestabilan sendi atau otot.
Mengembalikan keyakinan diri atlit terhadap keupayaannya.
Fisioterapi
Fisioterapi ialah kaedah rawatan yang dijalankan oleh ahli fisioterapi yang terlatih
atas arahan doktor perubatan.
Objektif utama fisioterapi sukan ialah membantu mempercepatkan kadar
penyembuhan sesuatu kecederaan sukan.
Matlamatnya ialah mengambalikan atlit yangc edera itu kepada keadaan asal dan
bersedia untuk beraksi atau berlatih.
Peranan Jurulatih dan Ahli Fisioterapi
Jurulatih
Menggalakkan dan memantau atlit mematuhi program rehabilitasi dan kaedah
penyesuaian latihan.
Tidak membenarkan atlit menyertai sebarang pertandingan sehingga pulih
sepenuhnya daripada kecederaan.
Ahli Fisioterapi
Mengekalkan kecergasan atlit sepanjang masa dalam program rehabilitasi.
Merancang program rehabilitasi secara individu.
Memantau perkembangan atlit sehingga kembali aktif semula.
Membantu mempercepat kadar penyembuhan sesuatu kecederaan.

Anda mungkin juga menyukai