Anda di halaman 1dari 1

Sinopsis

Dalam tugasan kali ini, kita dapat menerokai secara mendalam tentang konsep
budaya dan masyarakat mengikut takrif tokoh budayawan dan ilmuan terkenal dengan
teliti serta menganalisiskannya dengan kebudayaan Melayu dari aspek politik, sosial
dan ekonomi masyarakat Melayu. Dengan tugasan ini juga, kita dapat membuat sebuah
rumusan bahawa budaya dan masyarakat yang terdapat di Malaysia saling berkait yang
mampu melestarikan sesebuah budaya ataupun adat itu tanpa ditelan zaman. Mungkin
segelintir masyarakat hanya memandang istilah budaya itu pada tarian, permainan dan
adat semata-mata. Namun, pada hakikatnya konsep budaya ini merangkumi segenap
sudut.

Adakah konsep budaya masyarakat saling berkait dengan aspek politik, sosial
dan ekonomi ?, sudah semestinya. Jika dilihat perkaitan antara budaya masyarakat
dengan politik, kita dapat meneliti hal ini dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran.
Bukan itu sahaja, perhubungan antara budaya dan politik dapat dilihat dalam institusi
sosial dan kekeluargaan. Kemudian jika dinilai dari aspek sosial pula, kita dapat
merungkai hal ini melalui kesenian masyarakat, seperti tarian, nyanyian dan muzik.
Begitu juga perkaitan budaya dari aspek sosial iaitu adat resam, agama dan
kepercayaan.

Makanya, jelaslah disini bahawa konsep budaya itu meliputi semua perkara
disegenap sudut dan menjadi sesuatu yang amat bernilai pada sesuatu kaum atau
kaum dan masyarakat sebagai sebuah edentiti tamadun cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai